You are on page 1of 16

SEKOLAH AGAMA MENENGAH

MUHAMMADIAH PEKAN SABAK


SABAK BERNAM, SELANGOR

PEMBUANGAN SISA DOMESTIK YANG TIDAK TERANCANG


DAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK SETEMPAT
DI TAMAN BUKIT INDAH,
KAJANG, SELANGOR

OLEH:
AFNAN MUKRIM BIN NORDIN
1 IBNU KHALDUN

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

PENDAHULUAN 1

OBJEKTIF KAJIAN 2

KAWASAN KAJIAN 2-3

KAEDAH KAJIAN 3- 4

HASIL KAJIAN 4-12

RUMUSAN 13

RUJUKAN 13

LAMPIRAN 14

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya iaitu Tuan Muhammad Zahiruddin Bin Wakira
kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang aktiviti ini
dijalankan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang turut menyumbang
dari aspek masa . Rakan-rakan sekelas yang telah menyumbangkan
banyak idea.

PENDAHULUAN

Saya Afnan Mukrim Bin Nordin, dari kelas 1 Ibnu Khaldun yang bersekolah di
Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak telah diberikan tugasan
oleh guru geografi untuk menjalankan kajian tentang kawasan tempat tinggal saya
iaitu Taman Cahaya. Kajian ini dijalankan untuk memastikan masalah
pembuangan sisa domestik merupakan satu isu utama yang membawa banyak
kesan kepada penduduk di taman ini. Saya menjalankan kerja lapangan ini selama
enam minggu. Saya mengumpul data dan maklumat yang diperlukan dan menulis
laporan di rumah semasa waktu lapang dan pembelajaran mata pelajaran Geografi.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:

1. Mendefinisikan konsep sisa domestik

2. Mengenal pasti jenis jenis sisa domestik

3. Mengenal pasti punca punca pembuangan sisa domestik

4. Mengkaji kesan kesan sisa domestik

5. Menyenaraikan langkah langkah mengurangkan kesan pembuangan


sisa domestik

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Cahaya , Ampang, Selangor.


Lingkungan kawasan kajian saya lebih kurang tiga kilometer persegi. Kawasan
terletak dalam daerah Ampang di negeri Selangor. Jumlah penduduk di kawasan
kajian adalah kira-kira 1000 orang.

3
KAEDAH KAJIAN

Kajian luar ini saya jalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:

1. PERMERHATIAN

Pemerhatian dan pencerapan dijalankan bagi mengenal pasti jenisjenis


sisa domestik di taman ini .

4
2. RUJUKAN

Saya membuat rujukan di Internet untuk mengetahui konsep sisa domestik dan
jenis-jenis sisa domestik.

3. SOAL SELIDIK

Saya telah menjalankan soal selidik dengan mengedarkan borang soal selidik
melalui internet kepada beberapa responden yang tinggal di kawasan kajian.

4. BIMBINGAN GURU
Saya mendapat bimbingan dari guru Geografi saya iaitu Tuan Muhammad
Zahiruddin Bin Wakira yang banyak memberikan tunjuk ajar untuk menyiapkan
kajian lapangan ini.

HASIL KAJIAN

KONSEP KAJIAN

Merujuk buku teks tingkatan 1 konsep sisa domestik ialah sisa sisa yang
terkumpul dan tidak menyelenggarakan.

5
JENIS-JENIS SISA DOMESTIK

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik bersama 10 orang


responden di taman saya, sisa domestik di kawasan ini dapat dikelaskan
kepada dua jenis iaitu:

1) Bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan dan dilupuskan dan
dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan, iaitu sisa makanan, sisa
kebun dan kertas. Sisa makanan dan kertas merupakan sisa buangan
yang sering dan mudah ditemui di kawasan ini.

2) Bahan bukan organik pula ialah bahan yang sukar diuraikan dan
dilupuskan dan dihasilkan dari sumber mineral. Bahan-bahann yang
biasa ditemui di taman ini adalah tin, plastik, besi buruk dan kaca.

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Para responden memberi pendapat tentang punca punca pembuangan


sisa domestik. Punca punca yang menyebabkan berlakunya pembuangan
sisa domestik adalah:

1. Pembuangan sisa jualan makanan di premis perniagaan oleh


peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Keadaan
bertambah buruk apabila penduduk turut membuang bekas-bekas
plastik merata rata di sepanjang jalan.

2. Pemungutan dan pengendalian sisa domestik tidak mengikut jadual


oleh kontraktor yang diberikan kontrak menguruskan sisa domestik.

6
3. Amalan atau tabiat pembuangan sisa domestik oleh penduduk setempat. Ada di
kalangan penduduk tempatan yang mengambil jalan mudah dengan membiarkan
sisa domestik dibiarkan di atas jalan tanpa penggunaan tong sampah.

7
KESAN-KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Pilihan responden adalah:

1. Pemandangan sangatlah menjijikan

2. Pembiakan lalat atau serangga perosak berleluasa

3. Bau busuk berpanjangan

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PEMBUANGAN SISA

1. Pengasingan sampah di punca iaitu tempat terkumpulnya sampah


sarap

2. Mengadakan program gotong royong bersama jiran tertangga

3. Menggalakkan program konsep 3R (Reuse, Reduce, Recycle) yang


membawa maksud kurangkan penggunaan beg plastik ataupun berkaitan dengan
plastik, menggunakan semula bahan-bahan dan berkaitan kitar semula

8
KESAN-KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK YANG TIDAK
TERANCANG DI KAWASAN KAJIAN

Jadual 1: Kesan pembuangan sisa somestik di Taman Bukit Indah, Kajang, Selangor

Kesan pembuangan sisa domestik Bilangan responden Peratus %

Bau yang busuk 12 50%

Penularan wabak penyakit 6 25%

Saliran tersumbat 3 12.5%

Menjejaskan keindahan alam 3 12.5%


sekitar
Jumlah 24 100%

(Sumber: Soal Selidik)

BAU YANG BUSUK


Berdasarkan soal selidik, 12 orang responden dalam 50$% mengatakan bahawa
pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di kawasan kajian menghasilkan
bau yang busuk. Bau yang busuk terhasil daripada timbunan sampah yang tidak
diurus dengan baik. Terdapat juga najis haiwan, terutamanya najis daripada haiwan
peliharaan dan sisa makanan yang berbau busuk. Hal ini mengganggu emosi
komuniti setempat. Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh
mewujudkan pencemaran udara di kawasan sekeliling.

PENULARAN WABAK PENYAKIT

Menurut soal selidik, 6 orang responden dalam 25% mengatakan bahawa


pembuangan sisa pepejal secara tidak terancang menyebabkan penularan wabak
penyakit. Longgokan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit yang disebarkan oleh serangga dan haiwan seperti lalat, tikus, lipas
dan nyamuk. Penyakit berjangkit bawaan haiwan mudah terjadi seperti taun,
demam denggi, zika dan malaria. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan
lipas, jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan
seterusnya diserang penyakit yang serius.

10

SALIRAN TERSUMBAT
Pembuangan sisa domestik ke dalam longkang dan parit di kawasan kajian juga
menyebabkan saliran tersumbat. Berdasarkan soal selidik, 3 orang responden
dalam 12.5% mengatakan longkang di kawasan kajian tersumbat berpunca
daripada sampah sarap seperti plastik, tisu, kertas dan puntung rokok yang dibuang
ke longkang. Tambahan pula kebanyakan rumah di kawasan kajian telah diubah
suai sehingga menutup longkang asal. Keadaan itu menyukarkan pengaliran air
dengan sempurna lebih-lebih lagi apabila sisa makanan dan minyak masak dari
rumah berdekatan turut dibuang ke longkang itu. Sisa atau sampah yang tidak
dikutip selalunya akan tersumbat di longkang-longkang lalu mengakibatkan banjir.

MENJEJASKAN KEINDAHAN ALAM SEKITAR

Pembuangan sisa domestik juga menjejaskan keindahan alam sekitar. 3 orang


responden dalam 12.5% mengatakan timbunan sisa domestik mewujudkan
pemandangan yang buruk di kawasan kajian. Peningkatan penghasilan sisa
domestik setiap kali musim perayaan kerana terdapat penduduk di kawasan kajian
menjalankan operasi pembersihan ‘skala besar’ setahun sekali menjelang perayaan.
Tambahan pula lori sampah tidak mengutip semua longgokan sampah yang
dihimpunkan di hadapan rumah dan di sepanjang jalan. Hal ini sedikit sebanyak
mencemar pemandangan pada musim perayaan. Keadaan ini mencacatkan
pemandangan dan mengganggu keselesaan hidup komuniti yang tinggal
berhampiran.

11

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SISA DOMESTIK


SECARA TERANCANG DI KAWASAN KAJIAN
AMALAN KITAR SEMULA

Berdasarkan soal selidk, 10 orang responden berpendapat bahawa mengurangkan


kesan pembuangan sisa domestik, proses kitar semula (recycle) perlu dijalankan.
Kitar semula merupakan kaedah menghasilkan barangan baharu daripada bahan
terbuang seperti botol kosong, tin minuman, kertas, plastik dan sebagainya.
Kaedah kitar semula boleh membawa pelbagai kebaikan kepada manusia dan alam
sekitar. Langkah ini dapat mengurangkan jenis bahan buangan yang tidak
terbiodegradasikan seperti kaca, plastik dan logam dilupuskan di tapak pelupusan
sampah. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula
supaya menjadi produk baharu untuk kegunaan kita.  Malah bagi membudayakan
sikap mengitar semula di kawasan kajian, pihak berkuasa tempatan hendaklah
menyediakan tong sampah pelbagai warna agar sampah mudah diasing mengikut
kategori seperti plastik, kaca dan kertas.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Berdasarkan soal selidk, 6 orang responden berpendapat pihak berkuasa tempatan


(PBT) hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang diberi kuasa
memungut sampah tetapi tidak memungut sampah mengikut jadual yang
ditetapkan. Selain itu, tindakan tegas juga hendaklah dikenakan terhadap penduduk
yang membuang sampah di dalam longkang dan parit. Beliau juga meminta
peraturan ‘Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca’ mulai 1 September 2015 yang
mewajibkan semua premis mengasingkan sisa pepejal dikuatkuasakan di negeri
Selangor. Melalui peraturan ini, sisa pepejal perlu diasingkan mengikut kumpulan
dan bilangan kutipan seminggu. Sebagai

12

contoh, sisa makanan dan lampin pakai buang dimasukkan ke dalam bekas yang
sesuai/plastik sampah dan masukkan ke dalam tong yang dikutip dua kali
seminggu. Manakala kertas plastik dan kaca diasingkan, dimasukkan ke dalam
bekas yang sesuai/plastik sampah. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan
yang dikutip satu kali seminggu.

GOTONG-ROYONG

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, 6 responden telah
mencadangkan agar penduduk Taman Bukit Indah melaksanakan program gotong-
royong membersihkan kawasan persekitaran. Pada masa gotong-royong ini,
penduduk boleh membersihkan longkang, mengumpul sampah dan menanam
pokok bagi mengindahkan lagi kawasan perumahan. Aktiviti gotong-royong ini
boleh dijalankan dua bulan sekali. Semangat gotong-royong ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan penduduk.

KEMPEN

Sebanyak 2 orang responden berpendapat bahawa kempen kesedaran mencintai


alam sekitar hendaklah dipergiatkan. Contohnya, cara mengurangkan penggunaan
beg plastik melalui kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik” hendaklah diperluaskan
bukan sahaja di pasar raya besar tetapi juga di kedai-kedai runcit. Hari Tanpa Beg
Plastik juga diperluaskan bukan sahaja pada hari Sabtu, juga pada hari-hari lain.
Selain itu, kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun
sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. Dengan adanya kempen-kempen ini, sikap
mencintai alam sekitar dapat disemai dalam kalangan penduduk.

13

RUMUSAN
Pembangunan ekonomi ini merupakan indikator yang positif dari aspek sosio-
ekonomi penduduk tetapi ia perlulah seimbang dengan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam semula jadi. Jika kepentingan alam semula jadi diabaikan,
penduduk akan terus menghadapi masalah seperti pencemaran dan bencana alam.

Sebagai kesimpulannya, kerja lapangan yang saya jalankan membolehkan saya


mengetahui konsep sisa domestik, jenis sisa domestik, kesan-kesan pembuangan
sisa domestik yang tidak terancang dan langkahlangkah pengurusan sisa domestik
secara terancang. Kesedaran masyarakat dalam melaksanakan program kitar
semula perlu ditingkatkan demi mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.
Sokongan semua anggota masyarakat sangat penting untuk menangani masalah
pembuangan sisa pepejal.

RUJUKAN
Buku Teks
Hisham Azman bin Ibrahim,Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. 2016. Buku
Teks Tingkatan 1. Kuala Lumpur.BHS Book Printing Sdn.Bhd.

Internet
Wikipedia, (2020). Sisa domestik, diperoleh pada 5 November 2020.
daripada https://ms.wikipedia/wiki/Pengurusan sisa

Halim Mohalam, (2011), Kerja Lapangan Sisa Domestik diperoleh pada 15


April 2011. daripada
https://www.scribd.com/document/425884210/Kerja-Lapangan-Sisa-Domestik

LAMPIRAN

Borang Soal Selidik Kerja


Lapangan Geografi
Tajuk: Pembuangan Sisa Domestik yang tidak Terancang dan Kesannya terhadap Penduduk
Setempat di Taman Bukit Indah, kajang, Selangor

Tandakan (✓) di dalam petak dengan jawapan yang sesuai.


1. Nama: __________________________________________________________________________________

2. Jantina: Lelaki Perempuan

3. Umur: 0-20 21-40 41-60 61 ke atas

4. Bangsa: Melayu Cina India Lain-lain

5. Pekerjaan: _____________________________________________________

Jawab semua soalan

6. Apakah kesan pembuangan sisa pepejal di tempat tinggal anda?

Bau yang busuk Menjejaskan keindahan alm sekitar

Penularan wabak penyakit Saliran tersumbat

7. Apakah langkah pengurusan terancang pembuangan sisa pepejal?

Penguatkuasa undang-undang Gotong-royong

Kempen Amalan kitar semula

8. Apakah cadangan anda dalam mewujudkan pengurusan sisa domestik yang terancang di
Taman Cahaya, Ampang, Selangor?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

You might also like