You are on page 1of 1

PERBEZAAN IALAH DAN ADALAH

Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah . 1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata djektif atau kata sendi nama seperti berikut: 2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18 3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu. Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini: 4. Keputusan penyertaan adalah bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah) Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. Contohnya: 5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

You might also like