You are on page 1of 7

1.

2.

3.

4.

Kata adjektif sifat / keadaan


Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat
pintar
nakal
keras
lemah
sihat
bijak
cergas
jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2.
Dia lemah dalam matematik.
3.
Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4.
Anak Pak Kamar bijak sekali.
5.
Peserta itu berdiri dengan cergas.

Kata adjektif warna


Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga
perang
hitam
putih
biru
kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.

Kata adjektif ukuran


Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan:
tebal
gemuk
panjang
nipis
kurus
pendek
tinggi
rendah
kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

Kata adjektif bentuk


Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus
bulat
bujur

nama,

perkataan

perkataan

perkataan

Contoh ayat: 1.
2.
3.
4.
5.

5.

6.

7.

bengkok
leper
bundar
lonjong
buncit
tajam
Jalan lurus mudah dilalui.
Bentuk buah kelapa itu lonjong.
Mukanya bujur sirih.
Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
Matanya tajam memandang ke hadapan.

Kata adjektif waktu


Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan:
kerap
awal
sering
jarang
lewat
silam
baharu
dahulu
lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

Kata adjektif jarak


Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan:
nyaris
dekat
hampir
jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

perkataan

perkataan

Kata adjektif cara


Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas
deras
ligat
lambat
gopoh
perlahan
laju
cermat
cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8.

Kata adjektif perasaan


Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan:
kasih
takut
malu
sayang
hendak
geram
cinta
rindu
marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9.

Kata adjektif pancaindera


Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah
perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa seperti
contoh yang berikut:
Indera sentuh
Contoh perkataan:
lembik
kasar
licin
halus
kesat
keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
Contoh perkataan:
nyaring
lembut
mersik
merdu
garau
serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
Indera pandang
Contoh perkataan:
comel
hodoh
molek
cantik
buruk
segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau

hanyir
busuk
hancing
tengik
Bunga ros itu harum baunya.
Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
Setiap hari dia memakai minyak wangi.
Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

Contoh perkataan:

wangi

Contoh ayat: 1.
2.
3.
4.
5.
Indera rasa
Contoh perkataan:

manis

Contoh ayat: 1.
2.
3.
4.
5.

kelat
masin
payau
Setiap hari kita minum air tawar.
Semua orang suka makanan lazat.
Buah limau masam rasanya.
Saya tidak suka minum ubat pahit.
Kuih tradisional itu terlalu manis.

harum

masam
lazat

KATA PENGUAT
1.

Maksud

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

2.

Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

Kata penguat
Penguat hadapan
Penguat belakang
Penguat bebas
3.

Contoh:

a.

Diguna di hadapan kata adajektif.

Kata penguat hadapan


terlalu
paling
agak

b.

Diguna di belakang kata adjektif.

Contoh
terlalu, paling, agak
sekali, benar, nian, betul
amat, sungguh, sangat

Contoh
Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
Sambal tumis itu paling sedap
Jalan di kawasan itu agak bahaya.

Kata penguat belakang


sekali
nian

Contoh
Hujah murid itu bernas sekali.
Nyaman nian udara di puncak
pusat peranginan tanah tinggi itu.
Cantik benar rantai mutiara itu.
Besar betul rumah Ah Meng.

benar
betul
c.

Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penguat bebas


amat
sangat

sungguh

Contoh
1.
Kraf tangan itu amat cantik.
2.
Kraf tangan itu cantik amat.
1.
Beg pakaian yang dibawa oleh
Suria sangatberat.
2.
Beg pakaian yang dibawa oleh Suria
beratsangat.
1.
Kereta yang dipandu oleh
Osman sungguhlaju.
2.
Kereta yang dipandu oleh Osman
lajusungguh.

4. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata
adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan dan terlalu
amat pedih.

Contoh:
a.

Suaranya sungguh amat merdu

b.

Perangainya sopan.

c.

Kata-katanya pedih.

DARJAH PENGHABISAN

1.1 . se + kata adjektif + gandaan + kata nama


Contoh:
a.

Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hasrat kami.

b.

Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.

c.

Faridahlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.

1.2 ter + kata adjektif


Contoh:
a.

Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas itu.

b.

Liza antara gadis tercantik di kampungnya.

c.

Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.

1.3. paling + kata adjektif


Contoh:
a.

Antara adik beradiknya, Mimilah yang paling cantik.

b.

Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.

c.

Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

1.4. kata adjektif + sekali


Contoh:
a.

Perniagaan Encik Halim maju sekali.

b.

Sedap sekali ayam percik itu.

c.

Suasana di dalam dewan itu meriah sekali.

1.5. ter + amat, sangat + kata adjektif


a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.

1.6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali.

Contoh:
a.

Peserta larian itu amat cergas sekali.

b.

Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.

c.

Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

2. Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.

Salah
paling terbaik sekali
paling terbaik
paling tercantik sekali
paling tercantik
paling masyhur sekali
paling termasyhur
paling terpandai sekali
terindah sekali
terpandai sekali
tertinggi sekali
terendah sekali

betul
baik sekali / terbaik
paling baik / terbaik
cantik sekali / tercantik
paling cantik / cantik sekali
paling masyhur / masyhur sekali
masyhur sekali / termasyhur
Terpandai / pandai sekali
Terindah / indah sekali
pandai sekali / terpandai
tinggi sekali / tertinggi
rendah sekali / terendah

You might also like