You are on page 1of 8

KATA GANDA PENUH

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan


keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi
imbuhan ataupun tidak.
Kata ganda penuh terbahagi kepada 2 iaitu :
a. kata ganda dasar
b. kata ganda berimbuhan.
Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi kepada 4 iaitu :

a.Gandaan penuh kata pada kata nama

Contohnya :
Adik- Agar-agar Batu-batu Buku-buku
adik
Jari-jari Duri-duri Cawan- Jala-jala
cawan
Kisi-kisi Kanak- Kuda-kuda Mata-mata
kanak

Contoh penggunaan dalam ayat


i. .Adik-adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris,
Segamat.
ii. Agar-agar ini sangat manis.
iii. Shamsudin telah membaca buku-buku itu.
iv. Lima daripada jari-jari basikal itu telah patah.
v. Kisi-kisi tingkap itu telah buruk

b. Gandaan penuh kata pada kata kerja.

Contohnya :
Ajak-ajak Baring- Duduk-duduk Garu-garu
baring
Gelak- Kejar-kejar Ketuk-ketuk Lompat-
gelak lompat
Main-main Masak- Muntah- Pulang-pulang
masak muntah

Contoh penggunaaan dalam ayat :


i. Azah sedang baring-baring di bangku panjang itu.
ii. Ali,Abu dan Arman sedang bermain kejar-kejar.
iii. Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah pokok itu.
iv. Semasa ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan Amrila.
v. Ramai orang sedang makan-makan di tepi pantai itu.

c.Gandaan penuh kata pada kata adjektif.

Contohnya

Hitam- Jinak-jinak Muda- Nakal-nakal


hitam muda
Rajin-rajin Rapat- Sihat-sihat Tinggi-tinggi
rapat
Besar- Bodoh- Cantik- Gemuk-
besar bodoh cantik gemuk

Contoh penggunaan dalam ayat :


i. .Rumah di taman perumahan itu besar-besar belaka.
ii. Lukisan yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik.
iii. Kambing yang dibela oleh En.Roshan gemuk-gemuk belaka.
iv. Murid-murid di Tahun 6 Maju nakal-nakal.
v. Rajin-rajinlah belajar supaya kamu lulus di dalam peperiksaan
UPSR nanti,kata Cikgu Zafie.

d.Gandaan penuh pada kata keterangan

Contohnya :

Awal-awal Baik-baik Diam-diam Enak-enak


Handal-handal Jauh-jauh Jiran-jiran Kadang-kadang
Renyai-renyai Sayup-sayup Senyap-senyap Sungguh-sungguh

Contoh penggunaan dalam ayat :


i. .Awal-awal lagi adik saya sudah bangun.
ii. Apabila melihat polis datang, Sufian cepat-cepatbersembunyi
iii. Zakaria membuat kerja itu secara diam-diam.
iv. Hujan yang turun petang tadi hanya renyai-renyai sahaja.
v. Sayup-sayup kedengaran suara orang meminta tolong.
KATA GANTI NAMA TANYA...!

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Terdapat tiga jenis Kata Ganti Nama Diri Tanya, iaitu:


(a) apa
(b) siapa
(c) mana

Kata Ganti Nama Diri Tanya digunakan untuk


menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.

Terdapat Kata Ganti Nama Diri Tanya keterangan, iaitu:


(a) bagaimana
(b) bila
(c) mengapa

Berapa pula merupakan Kata Ganti Nama Diri Tanya bilangan.

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Tanya

Kata Tanya Penggunaannya Contoh Ayat

menanyakan nama 1. Apa nama kucing itu?


apa benda dan binatang 2. Kertas apa yang kamu beli?

1. Siapa yang datang bersama kamu


siapa menanyakan orang dan itu?
nama orang 2. Nama kamu siapa?

1. Cikgu mana?
mana menanyakan manusia, 2. Awak tinggal di mana?
binatang, benda dan 3. Bola baru mana?
tempat 4. Kucing awak mana?

1. Bila dia pulang dari sekolah?


bila menanyakan masa 2. Bila peperiksaan PMR bermula?
1. Mengapakah cikgu datang awal?
mengapa menanyakan sebab 2. Mengapa budak itu menangis?

berapa menanyakan jumlah 1. Berapakah harga kereta ini?


atau bilangan
1. Bagaimanakah dia pergi ke
bagaimana menanyakan cara dan sekolah?
keadaan 2. Bagaimanakah keadaan Azim
sekarang?
Jenis Emosi atau Perasaan.

Jenis Emosi atau Perasaan.

1. Gembira

Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu
dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup
mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini
adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.

Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka
bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat
keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu
bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang,
bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila
seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu gembira.

Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir
berbentuk perahu.

2. Rasa bangga

Tercetus bila seseorang terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang
diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga
dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya
oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan berasa bangga apabila diri mereka dipuji kerana
mempunyai bakat dalam lakonan.perasaan bangga juga boleh tercetus apabila seseorang itu berjaya
melakukan sesuatu hasil usahanya sendiri.

Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu
terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri
atau sombong. Perasaan bangga seharusnya dikawal agar tidak mendatangkan kesan buruk
terhadap diri sendiri.

3. Simpati

Perasaan simpati merupakan perasaan yang baik dan perasaan ini terdapat di dalam diri setiap
individu. Simpati bermaksud perasan belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu perkara yang
berlaku. Perasaan simpati selalunya tercetus terhadap perkara-perkara sedih atau kemalangan.

Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu melihat atau merasai akan kesedihan yang dialami
oleh individu lain. Sebagai contoh, anda akan berasa simpati apabila rakan karib anda ditimpa
musibah dan anda akan kasihan kepadanya lalu cuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi
oleh kawan anda itu.

Selain daripada perasaan simpati terhadap sesama manusia, perasaan simpati juga berlaku terhadap
binatang dan tumbuhan. Perasaan simpati atau belas kasihan ini ditunjukkan melalui perbuatan
seperti memberi haiwan makan, menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan jika haiwan itu sakit
dan sebagainya. Di dalam ajaran agama islam juga menyeuruh agar setiap manusia menjaga serta
belas kasihan terhadap haiwan.

4. Malu

Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia
menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang
dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Selalunya, apabila seseorang bersa malu, mukanya akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam
dan kadang kala lari daripada perkara yang memalukan itu. Perasaan malu mempunyai kesan positif
dan negatif.

Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara
melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Manakala kesan negatifnya
pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, merka
mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti berhadapan dengan orang ramai,
tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.

Justeru, perasaan malu perlu dikawal dengan baik agar ia tidak mendatangkan kesan negatif di
dalam diri.

5. Reda

Perasaan reda atau pasrah wujud di dalam diri seseorang apabila sesuatu perkara atau peristiwa
telah berlaku sama ada yang baik atau buruk. Perasaan ini selalunya timbul di dalam diri seseorang
yang mempunyai pemikiran positif dan tidak mudah putus asa.

Selalunya, apabila seseorang ditimpa musibah, mereka akan menyalahkan orang lain serta tidak
dapat menerima musibah dan mengeluh. Tetapi, kepada orang yang mempunyai pemikiran positif,
mereka dapat menerima musibah dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu ujian
daripada Tuhan. Mereka akan reda dengan ketentuan Ilahi dan bangkit dari kesilapan untuk
memperbaiki kelemahan.

6. Rindu

Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu kita dengari. Rindu merupakan satu perasaan
yang menyeksakan bagi sesetengah orang. Perasaan ini berkait rapat dengan hubungan sesama
manusia.

Perasaan ini tercetus apabila orang yang disayang atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang
yang disayang itu berjauhan, maka perasaan rindu pada orang itu mula timbul. Ada orang kata, ubat
hilangkan rindu ialah berjumpa dengan orang yang dirindu itu.

7. Sedih

Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.

Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila
seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti
seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan
sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat
dikurangkan.

8. Marah

Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung,
malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut
menyebabkan kita marah.

Kemarahan yang kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya perlakuan-
perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk melakukannya. Sekarang ini banyak kita
baca dan kita lihat pelbagai insiden yang melibatkan emosi marah.

Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam
konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila
ini yang berlaku, maka kita perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang
buruk.Apapun, kemarahan itu sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik. Di negara barat,
institusi yang berkaitan dengan pengurusan marah banyak diwujudkan. Tidak seperti negara asia
yang masih lagi terbelenggu dengan perasaan malu untuk berjumpa kaunselor atau psikatri untuk
meluahkan pendaman mereka akibat rasa marah.

9. Takut

Takut ialah perasaan terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal
dan psikologi.

Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan


seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang
takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan
orang ramai dan sebagainya.

10. Cemas

Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu seseorang berusaha mengambil langkah


mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif
untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

11. Rasa bersalah

Wujud bila seseorang melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang
baik. Seseorangl akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin
dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang seseorang
meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

12. Geli

Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan
seseorang berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati
dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

13. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir
apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika
bersedih. Selalunya, perasaan sedih akan beransur hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita
mungkin akan bangkit dari kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.

14. Terkejut

Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu
adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya
jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan
menggigil.

15. Stress

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila seseorang mengalami
stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau
gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap
seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan negatif, hilang
pertimbangan dan sebagainya.

16. Cemburu

Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia. Perasaan cemburu
timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan orang lain. Sebagai contoh, seseorang akan
berasa cemburu apabila orang lain lebih hebat atau dipandang tinggi berbanding dirinya.

Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai rapat dengan orang lain. Sebagai
contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila suaminya rapat dengan perempuan lain

You might also like