You are on page 1of 75

KUMPULAN 1

SJH 3093

PENGENALAN KEPADA
PENTAKSIRAN
Kursus:

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH


Pensyarah Pembimbing:

TUAN HAJI HASIM BIN SAARI

PEMBENTANG

Mohd. Fadhli bin


Mohd. Nasir

Muhammad
Fakhrurrazi Amin
bin Senin

KONTEKS BICARA
1. Konsep
2. Jenis-jenis ujian
3. Ciri-ciri pengujian
4. Penilaian dalam mata pelajaran sejarah

KONSEP
PENTAKSIRAN

KONSEP

Sumber: http://assessment.uconn.edu/what/index.html

Pentaksiran melibatkan penggunaan data


empirikal ke atas pembelajaran murid
untuk meningkatkan pembelajarannya
(Allen, 2004).

KONSEP

Sumber: http://assessment.uconn.edu/what/index.html

Pentaksiran ialah proses mengumpul dan


membincangkan maklumat yang diperoleh
daripada kepelbagaian sumber untuk
memperkembangkan satu pemahaman
yang mendalam terhadap apa yang murid
tahu, faham dan boleh buat dengan
pengetahuan mereka untuk digunakan
dalam kehidupan seharian mereka.
(Freed, 2000).

KONSEP

Sumber: http://assessment.uconn.edu/what/index.html

Pentaksiran ialah asas sistematik untuk


membuat
inferens
mengenai
pembelajaran dan perkembangan murid.
Ia merupakan proses mencari, memilih,
mereka bentuk, mengumpul, menganalisis,
menginterpretasi
dan
menggunakan
maklumat
untuk
meningkatkan
perkembangan dan pembelajaran murid.
(Erwin, 1991).

KONSEP

Sumber: http://edglossary.org/assessment/

Pentaksiran digunakan untuk mengenal


pasti kelemahan dan kekuatan akademik
supaya pendidik boleh menyediakan
sokongan akademik yang tertentu,
program pendidikan atau perkhidmatan
sosial.

Sumber:
(Terenzini, Patrick T., Assessment with open eyes: Pitfalls in studying
student outcomes.Journal of Higher Education, Vol. 60, No. 6, pp. 644-

KONSEP ASAS
PENTAKSIRAN

1. PENGUKURAN
Pengukuran adalah suatu proses untuk
menghasilkan
nilai
kuantitatif
bagi
menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan murid dalam pembelajaran.
Pengukuran bertujuan untuk membuat
perbandingan pencapaian dan kedudukan
antara
murid
dalam
penguasaan
pembelajaran.

2. PENILAIAN
Proses memperoleh maklumat dan
menggunakannya
untuk
membuat
keputusan.
Penilaian bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian murid,
objektif
pembelajaran,
kaedah
mengajar, dan pelaksanaan kurikulum.

Penilaian berguna untuk membaiki


rancangan
mengajar,
kurikulum,
pengesanan punca kelemahan, dan
membuat ramalan.
Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau
gred yang dihasilkan melalui pengiraan
perangkaan (statistik).

CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN
Oleh:
Sarah Godlove Evans (2013)

Sumber :
https://www.nwea.org/blog/2013/five-characteristics-qualityeducational-assessment/

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
Content Validity
Student
Fairness
Reliability
Engagement & Motivation

1. CONTENT VALIDITY
Kesahihan kandungan bermaksud pentaksiran
akan mengukur apa yang ingin diukur atas tujuan
tertentu dan itu sahaja.
Contoh :
Apabila pentaksiran dibentuk untuk mengukur
prestasi Algebra, maka isu pembacaan tidak
boleh diselitkan dengan keupayaan murid untuk
menunjukkan apa yang mereka tahu dan faham
mengenai Algebra.

2. RELIABILITY
Kebolehpercayaan
merujuk
kepada
keputusan pentaksiran yang konsisten.
Ianya adalah satu tahap yang mana
prestasi murid adalah sama apabila
mereka mengambil ujian yang sama
dalam keadaan yang berbeza.

3. FAIRNESS
Keadilan bermaksud setiap murid layak
dapat
peluang
sama
rata
untuk
menunjukkan apa yang mereka faham,
tahu dan boleh buat.

4. STUDENT ENGAGEMENT
& MOTIVATION
Penglibatan
murid
dan
motivasi
merupakan ciri-ciri yang tidak ketara
kerana penglibatan tidak sinonim dengan
keseronokan.
Murid mungkin melibatkan diri dalam
pentaksiran tapi tidak bermakna dia
gembira dengan aktiviti yang ditaksir.

JENISJENIS

JENIS-JENIS UJIAN
Ujian

UJIAN RUJUKAN NORMA


Tujuannya
untuk
menentu
dan
membandingkan prestasi seorang muridmurid atau kumpulan-kumpulan dengan
menggunakan keputusan ujian yang sama.
Item Ujian : ( 25% Mudah : 50%
Sederhana : 25% Susah )

Contoh:
Ujian Pertengahan Semester / Akhir
Semester
Peperiksaan Awam seperti SPM
Keputusan ujian digunakan sebagai
penilaian sumatif bagi menentu dan
membanding pencapaian antara murid.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


Berdasarkan standard / taraf prestasi
yang telah ditetapkan tanpa membuat
perbandingan.
Tujuan : menentukan taraf pencapaian
murid yang dikehendaki dalam sesuatu
bidang kemahiran & diadakan setelah
kemahiran diajar.

Keputusan ujian dibandingkan


kriteria yang ditetapkan.

dengan

Contoh :
Murid hendaklah menjawab sekurangkurangnya 4 daripada 5 soalan dengan
tepat.
Murid-murid dapat menjawab 7 daripada 10
soalan yang diberi.

Kegunaan :
Menguji sebahagian kecil isi kandungan
pelajaran,
iaitu
satu
/
beberapa
kemahiran.
Tentukan sama ada murid berkenaan
menguasai kemahiran dalam peringkat
dikehendaki atau tidak.
Sebagai penilaian formatif bagi mengesan
kelemahan murid.

UJIAN OBJEKTIF
Jenis Item Respons Bebas
Item Memerlukan Jawapan Pendek
Item Melengkapkan Ayat
Item Perkaitan
Jenis Item Respons Tetap
Item Betul / Salah
Item Jenis Padanan
Item Jenis Pengelasan
Item Aneka Pilihan

UJIAN SUBJEKTIF
Jawapan Pendek
Jawapan Tidak Terhad

UJIAN PRESTASI
Ujian prestasi ialah tugasan yang dibuat
oleh murid untuk pamerkan tahap
kompetensi dan pengetahuannya dengan
membina satu hasil dan memberi respon
tertentu.
(Valencia,
Hiebert
&
Afflerback, 1994).

Ujian prestasi cuba mengaitkan kesahan


dengan meletakkan murid dalam situasi
sebenar
dan
menilai
prestasinya
berdasarkan kriteria yang disediakan.
(Feuer & Fulton, 1993).

Contoh :
Mencantum kad dengan gambar.
Mencantum kepingan potongan gambar.
Menyusun siri gambar untuk buat cerita.
Guna kiub untuk bina benda yang
menarik.
Amali sains, PAFA.

UJIAN BINAAN GURU


Disediakan
oleh
guru
untuk
uji
kefahaman, penguasaan, kemajuan murid
dalam pembelajaran.
Soalan berdasarkan isi pelajaran yang
dipelajari.
Bentuk : Objektif / Subjektif.

Contoh :
Ujian Kelas
Ujian Bulanan
Ujian Penggalan
Peperiksaan Percubaan
Peperiksaan Pertengahan / Akhir Tahun

CIRI-CIRI
PENGUJIAN

KONSEP PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai
proses penyerahan set soalan yang
piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur yang
sistematik
bagi
mengukur
sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang
individu atau pelajar

TUJUAN PENGUJIAN
Mengesan hasil pembelajaran.
Mengesah
kemajuan
yang
telah
diperoleh.
Mengesan kesulitan yang dihadapi.
Sebagai penggerak guru-murid.
Mencari punca kelemahan.
Mendapatkan maklum balas.

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN


Kebolehtafsiran
Kebolehtadbiran
Keobjektifan
Kebolehpercayaan
Kesahan

1. KESAHAN
Merujuk kepada sejauh manakah sesuatu
ujian itu benar-benar menguji perkaraperkara yang hendak diuji itu.
Terbahagi kepada empat:

Kesahan
Kesahan
Kesahan
Kesahan

isi
ramalan
gagasan
serentak

KESAHAN ISI
Merujuk kepada keupayaan ujian menguji
apa yang sepatutnya diuji.
Contoh :
Ujian
kebolehan
berbahasa
perlu
mengandungi soalan tentang bacaan
petikan dan soalan kefahaman petikan
itu.

KESAHAN RAMALAN
Merujuk
ketepatan
sesuatu
ujian
meramal kebolehan sebenar seseorang
calon untuk menjalankan sesuatu tugas
dalam situasi lain pada masa depan.

KESAHAN RAMALAN
Contohnya, seorang murid memperoleh 4A
dalam Peperiksaan Percubaan di sekolah juga
memperoleh pencapaian yang sama dalam
peperiksaan UPSR yang sebenar.
Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di
sekolah dikatakan mempunyai kesahan ramalan
yang tinggi untuk menentukan pencapaian
murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR
tersebut.

KESAHAN GAGASAN
Merujuk kepada ciri yang sah yang terkandung
dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur
tret, tingkah laku atau tret mental manusia.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur
sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk
hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan
tingkah laku manusia, misalnya, kecerdasan,
kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan.

KESAHAN GAGASAN
Contoh :
Markah seseorang mungkin dipengaruhi
oleh kecerdasan, kebolehan menaakul
dan sebagainya.

KESAHAN SERENTAK
Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam
sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya
dalam satu ujian lain yang diakui sah.
Contoh :
Jika anda membuat kesilapan tertentu dalam
satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan
anda masih mengulangi kesilapan tersebut, maka
ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan
serentak.

2. KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk
kepada pencapaian yang ada ketekalan
atau ketetapan dalam skor ujian.
Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian
dirujuk kepada ketekalan prestasi
pelajar dalam dua ujian yang sama yang
ditadbir pada masa yang berlainan.

2. KEBOLEHPERCAYAAN
Contoh :
Seorang calon memperoleh 80 markah
untuk ujian Matematik dan kemudian
memperoleh markah yang sama apabila
ujian yang sama ditadbirkan selepas
seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan
mempunyai
kebolehpercayaan
yang
tinggi.

3. KEOBJEKTIFAN
Merujuk kepada setakat mana pemeriksa
dapat memberikan markah yang sama kepada
skrip jawapan yang mempunyai jawapan yang
sama.
Sekiranya pemeriksa boleh memberikan
markah yang sama kepada jawapan-jawapan
yang sama mengikut skema pemarkahan, maka
ujian ini boleh dikatakan mempunyai ciri
keobjektifan yang amat tinggi.

3. KEOBJEKTIFAN
Contoh :
Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri
keobjektifan yang tinggi kerana pemarkahan tidak
dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi
seseorang pemeriksa.
Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan
yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan
berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang
lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang
sama.

4. KEBOLEHTADBIRAN
Kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam
bilik darjah atau di dewan peperiksaan.
Contoh :
Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek
seperti penyediaan bilik peperiksaan,
pengedaran kertas soalan, memberi arahan,
pengawasan,
pengutipan
skrip-skrip
jawapan serta pemarkahan.

5. KEBOLEHTAFSIRAN
Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian
merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan
jelas mengikut objektif penilaian.
Hal ini bermakna keputusan ujian itu
haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan
supaya dapat memberi gambaran yang jelas
serta tepat bagi aspek-aspek berikut:

5. KEBOLEHTAFSIRAN
Pencapaian murid dalam kelas
Kekuatan dan kelemahan pembelajaran
murid
Pencapaian
objektif
pengajaran
dan
pembelajaran
Kesesuaian strategi-strategi pengajaran
dan bahan bantuan mengajar yang digunakan
Kesesuaian aras kesukaran item ujian

PENILAIAN
DALAM MATA
PELAJARAN
SEJARAH

Penilaian dalam mata pelajaran


Sejarah
adalah
perlu
untuk
memastikan:
1. Murid faham tentang fakta sejarah.
2. Murid dapat memperoleh manfaat daripada
pengajaran guru dan peristiwa Sejarah.
3. Murid dapat mengaplikasikan ilmu Sejarah
yang diajar dalam kehidupan sebenar.

Terdapat 3 aspek penilaian yang akan


difokuskan terhadap murid dalam mata
pelajaran Sejarah iaitu:
1. Menilai
murid.

penguasaan

konsep

2. Mengukur kefahaman idea murid.


3. Penguasaan nilai dalam diri murid.

fakta

MENILAI PENGUASAAN
KONSEP FAKTA
Mata pelajaran Sejarah sarat dengan fakta
yang perlu diketahui oleh murid.
Jadi murid perlu menguasai fakta ini.
(Pelbagai cara berpusatkan guru/murid dan
lain-lain)
Guru perlu menilai murid samada mereka sudah
berjaya atau tidak dalam menguasai fakta.

Antara kaedah penilaian yang boleh


digunakan:
1.
2.
3.
4.

Soal jawab
Kuiz
Latih tubi
Ujian formatif dan sumatif

Dalam
menilai,
guru
boleh
mengaplikasikan model pemeringkatan
soalan Taksonomi Bloom.
Taksonomi Bloom 6 pemeringkatan
aras soalan
Guru
kemukakan
soalan
mengikut
pemeringkatan aras (senang ke susah,
kokrit ke abstrak).

ARAS 1 PENGETAHUAN
Untuk murid mengingat semula fakta.
ARAS 2 KEFAHAMAN
Murid kuasai & faham
peristiwa sejarah.

keseluruhan

ARAS 3 APLIKASI
Murid kaitkan peristiwa sejarah dengan
pengalaman sedia ada.

ARAS 4 - APLIKASI
Murid
menaakul/mencari
sebab
berlakunya sesuatu peristiwa sejarah.

mengapa

ARAS 5 - SINTESIS
Murid berimaginasi membentuk peristiwa sejarah
(lepas/akan datang) berdasarkan perkongsian idea.
ARAS 6 - PENILAIAN
Murid membuat pertimbangan tentang peristiwa
sejarah (pengajaran)

Contoh:
1. Siapakah nama bendahara Melaka?
2. Apakah sumbangan bendahara Melaka?
3. Apakah jawatan Bendahara pada hari ini
dalam sistem politik di Malaysia?
4. Mengapa Portugis menyerang Melaka?
5. Jika Portugis gagal menawan Melaka, apa yang
mungkin akan terjadi kepada Melaka?
6. Apakah
pengajaran
daripada
Portugis menawan Melaka?

peristiwa

MENGUKUR KEFAHAMAN IDEA MURID


Penting kerana untuk melahirkan murid
yang berfikiran futuristik.
Pelajar perlu tahu untuk menilai dari
pelbagai
sudut
pandangan
untuk
pembelajaran yang lebih bermakna dan
dapat memberi kesan dalam kehidupan
mereka (Baharuddin Jabar, 2006).

Guru boleh aplikasi KPS kerana murid


dapat faham secara kritis dan imaginatif
tentang aspek kehidupan manusia silam
sehingga
hari
ini
(Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003).

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)


ELEMEN
KONSEP
SUSUNAN
KONSERVASI
ISU
PERBANDINGAN
IMAGINASI
MENCARI
SIGNIFIKAN
DANMASA
ASAS
MASALAH
SUMBER
MASA
DAN
BUKTI
MASA
SEJARAH
MASA
EMPATI
MASA
LALU
LALU

Contoh : Kaedah perbincangan / kuiz (esei)


Perbandingan masa Kesultanan Melayu
Melaka
dengan
Malaysia
zaman
sekarang.
Bayangkan kemajuan infrastruktur dan
teknologi di Malaysia 10 tahun akan
datang.

KPS membantu murid menganalisis,


merumus
dan
menilai fakta-fakta
sejarah negara secara rasional dan
meningkatkan daya pemikiran dan
kematangan yang berasaskan iktibar
daripada
pengalaman
Sejarah
(Kementerian
Pendidikan
Malaysia,
2003).

Guru boleh mengemukakan soalan aras tinggi


untuk mencambahkan idea dalam diri murid.
Soalan aras tinggi memerlukan murid
membanding, menganalisis dan membuat
inferens tentang sesuatu fakta.

Contoh:
Bayangkan suasana sekolah selepas 10 tahun
akan datang.

PENGUASAAN NILAI
Penguasaan nilai penting
melahirkan murid yang terbaik.

untuk

Guru perlu menitikberatkan


penyampaian nilai dalam PdP.

aspek

Antara kaedah penerapan nilai untuk


mata pelajaran Sejarah:
1. Kaedah kuliah
2. Perbincangan

1. Kuliah
. Guru
menyampaikan
nilai
murni
berdasarkan
pengajaran
peristiwa
Sejarah.
Contoh:
. Sifat peribadi Tun Perak.
. Cara kepimpinan Sultan Melaka

2. Perbincangan
. Bincangkan mengapa Kesultanan Melayu
Melaka dianggap sebagai kerajaan yang
besar pada zamannya.
(Memerlukan pemantauan dan dorongan
daripada guru)

RUMUSAN
Pentaksiran
adalah
penting
untuk
memastikan
murid
dapat
melalui
pembelajaran yang bermakna.
Guru tidak boleh malas dalam melakukan
ujian untuk menilai murid.

RUJUKAN

Huba & Fred, 2000.


<http://assessment.uconn.edu/what/index.html> diakses pada 13 Januari
2015.
Hidden curriculum (2014, August 26).
In S. Abbott (Ed.), The glossary of education reform.
<http://edglossary.org/hidden-curriculum> diakses pada 13 Januari
2015.
Sarah, G. E., 2013.
<https://www.nwea.org/blog/2013/fivecharacteristics-qualityeducational assessment/> diakses pada 13 Januari 2015.
<http://www2.rgu.ac.uk/celt/pgcerttlt/assessing/assess3.htm>
pada 13 Januari 2015.

diakses

Terenzini, Patrick T.
Assessment
with
open
eyes:
Pitfalls
in
studying
student
outcomes.Journal of Higher Education. Vol. 60, No. 6. (1989): pp. 644664.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Thanks For Listening !!!

You might also like