You are on page 1of 2

Nilai murni dalam sejarah

Sejarah Ting 3

Bab 1: Pendudukan Jepun di Negara Kita 1. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan telah berjuang bermatian-matian mempertahankan Tanah Melayu. Peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun memberi iktibar kepada kita supaya tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri. Kunci kejayaan Jepun dapat dirumuskan kepada strategi peperangan yang baik terutamanya kegiatan perisikan Jepun ynag berkesan, semangat perjuangan tentera Jepun. Tentera Jepun bijak menggunakan kesempatan semasa kuasa-kuasa Barat sedang menumpukan perhatian kepada peperangan di Eropah. Kejayaan Jepun menewaskan kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan. Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran kepada kita supaya tidak mudah mempercayai kebajikan yang ditawarkan oleh kuasa asing. Ini jelas berlaku apabila Jepun mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita. Slogan Jepun yang telah memikat hati penduduk sebenarnya hanyalah muslihat Jepun untuk mencapai hasrat mereka. Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari Barat atau Timur.

Bab 3: Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat 1. Permuafakatan yang terjalin di antara rakyat dan kerajaan merupakan senjata yang paling berkesan untuk menghadapi bahaya fahaman komunis. Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan menghapuskan perasaan perkauman. Kelonggaran syarat kewarganegaraan menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain dan mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Tempoh darurat memberi kesan kepada masalah hubungan kaum di Tanah Melayu. Oleh itu, usaha ke arah kerjasama antara kaum telah diadakan dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Kerajaan melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu. Kerajaan mengharapkan agar kandungan sukatan pelajaran yang berorientasikan tempatan dapat memupuk perasaan cinta akan tanah air kepada generasi muda. Penggunaan bahasa pengantar yang sama dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum Tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dibanteras. Kerjasama antara kerajaan dan rakyat menentang komunis diumpamakan seperti peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

2.

2.

3.

3.

4.

4.

5.

5.

6.

6.

7.

7. 8.

8.

Bab 2: Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu 1. Perjuangan menentang Malayan Union telah mempaparkan kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu. UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasakan kemajuan bangsa. Kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat dalam menegakkan kedaulatan bangsa mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu. Penubuhan UMNO adalah hasil daripada perpaduan orang Melayu menentang Malayan Union. Pemimpin UMNO yang terdiri daripada golongan cerdik pandai telah membolehkan UMNO bergerak secara sistematik. Perpaduan jitu orang Melayu telah membolehkan mereka menolak Malayan Union.
Disediakan oleh Cikgu Khoo

2.

3.

4.

5.

6.

Nilai murni dalam sejarah

Sejarah Ting 3

Bab 4: Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan 1. Kebijaksanaan para pemimpin terdahulu yang telah berunding bagi mencapai kemerdekaan negara tanpa pertumpahan darah sewajarnya kita hargai. 2. Dato Onn Jaafar telah menyedari kepentingan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti iaitu IMP. 3. Tunku Abdul Rahman memulakan kerjasama pelbagai parti dalam sebuah gabungan parti politik iaitu Parti Perikatan. 4. Sistem pendidikan kebangsaan merupakan cara untuk melahirkan perpaduan. 5. Kerjasama kaum menjadi prasyarat bagi Persekutuan Tnah Melayu untuk berkerajaan sendiri. 6. Sistem Ahli mencerminkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu. 7. Kerjasama antara kaum merupakan satu pakatan politik yang murni sehingga dapat melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. 8. Kerjasama antara kaum yang wujud dalam parti Perikatan melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya. 9. Parti Perikatan mengamalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa dalam pengurusan sebuah negara Bab 5: Kemerdekaan negara 1. Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuah suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka bagi berlaku adil kepada semua kaum Perkara dalam suruhanjaya Reid telah dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum di Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.

Bab 7: Malaysia yang berdaulat 1. Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial di kalangan negeri persekutuan. 2. Kesemua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha. Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis Daerah. Ini menunjukkan kesepakatan rakyat Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia. 3. Pengunduran Brunei daripada menyertai Persekutuan Malaysia menunjukkan kebebasan rakyat dalam menentukan masa depan negara mereka sendiri. 4. Rakyat Sabah telah mengemukakan Tuntutan 20 Perkara yang pada umumnya diterima oleh rakyat Sarawak. Hampir semua tuntutan diberikan pertimbangan sewajarnya. Hal ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi dan keikhlasan kerajaan Tanah Melayu untuk merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia. 5. Rakyat Malaysia telah bersatu dalam menghadapi konfrontasi untuk mempertahankan kedaulatan negara. 6. Sebagai sebuah negara jiran, kita perlu terus menjalinkan hubungan baik dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain demi keamanan serantau. 7. Rundingan merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan. 8. Pemisahan Singapuran daripada Malaysia adalah untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. 9. Penubuhan Persekutuan Malaysia memperlihatkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman. 10. Tunku Abdul Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan kerana memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 11. Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat membawa penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura dalam sebuah Persekutuan Malaysia.

2.

3.

Bab 6: Perubahan Pentadbiran ke arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah 1. Rosli Dhobi merupakan anggota Rukun Tiga Belas yang sanggup mengorbankan diri untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan British. Gagasan Persekutuan Malaysia berjaya menyatukan pelbagai parti politik yang berbeza kepentingan dalam satu barisan.

2.

Disediakan oleh Cikgu Khoo

You might also like