You are on page 1of 9

Nama : ___________________________ 2.2.

2021 ( SELASA)

ULASAN

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

1
Bahagian A
[20 markah]
Sistem Bahasa dan Pemahaman Teks
[30 minit]
Soalan 1 hingga 5

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.Jawapan anda hendaklah
diisi pada ruang jawapan yang telah disediakan.

1.Bau daging lembu yang __________dapat dihilangkan setelah mencucinya dengan air kelapa.

A busuk C hamis
B hapak D tengik

2.Kedua-dua orang anak kembar Puan Anisa suka memakai pakaian yang______________ketika keluar
bersiar-siar.

A sepasang C sepadan
B sedondon D seiras

3.Bunyi___________gong menandakan rasmilah majlis pelancaran buku yang telah disempurnakan oleh
orang kenamaan itu.

A letuk-letak C lepak-lepuk
B lesuk-lesak D letung-letang

4.Reka bentuk bangunan KLCC yang tersergam indah itu idea_____________tempatan.

A jurubina C juruukur
B jurutera D juruteknik

5.Kaki Kak Mastura_____________kerana memakai kasut baharu yang dihadiahkan oleh tunangnya.

A melecus C melecar
B melecit D melecek

Soalan 6 hingga 9
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

2
6.Penduduk kampung itu menyedari yang nasib mereka akan terancam jika mereka tidak berpindah
A B
dari kawasan bahaya itu.Tiada kesalahan.
C D

7.”Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak terlebih dahulu dan kacau sehingga sebati”,kata
A B C
tukang masak itu.Tiada Kesalahan.
D
8.Antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah kebejatan sosial dalam kalngan murid sekolah
A B
pada milenium ini.Tiada kesalahan.
C D
9.Penduduk Kampung Santan merasa sungguh takut tatkala menghadapi banjir besar yang menimpa
A B C
mereka baru-baru ini.Tiada kesalahan.
D
Soalan 10 hingga 11

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda
telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

10. I. Jalan tanah merah ke kampung itu lembap dan becak setelah hujan turun selama beberapa
hari.
II. wajah ayah yang dulunya lembap kini kembali ceria semasa menyambut kepulangan abang
dari perantauan.
III. Ucapan beliau yang lembap dalam majlis perpisahan itu menyebabkan pelajar-pelajar berasa
bosan.
IV. Lariannya yang lembap menyebabkan dia gagal merangkul sebarang pingat dalam kejohanan
olahraga peringkat sekolahnya.

A I dan III sahaja C I,II dan III sahaja


B II dan IV sahaja D II,III dan IV sahaja

11. I. Tubuh manusia mempunyai tiga puluh keratan tulang belakang semuanya.
II. Keratan kayu itu diikat dengan kemas sebelum dimuatkan ke atas lori.
III. Amirul menyusun keratan akhbar mengikut topik sebelum dibukukannya.
IV.Penghasilan syair yang baik akan mementingkan keseragaman bunyi di hujung keratan
perkataannya.

3
A I dan IV C I,II, dan III sahaja
B II dan III sahaja D II,III dan IV sahaja

Soalan 12 hingga soalan 13

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi.Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah,anda
hendaklah menandakan A,B atau C sebagai pilihan jawapan anda .Jika tiada kesalahan tanda D.

12. Pelancong itu bertanyakan saya tentang jalan ke Gua Kelam Perlis.

A bertanya saya tentang jalan C menanyai saya jalan


B menanyakan saya jalan D bertanyakan saya tentang jalan
.

13 Damia menduakan harta hasil tinggalan ayahnya mengikut surat wasiat yang diserahkan oleh
peguam.
A menduai harta hasil tinggalan
B memperduakan harta hasil peninggalan
C memperdua harta hasil peninggalan
D menduakan harta hasil tinggalan

Soalan 14
Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

14. Sebuah hospital swasta telah melancarkan Kempen Derma Darah untuk menambahkan
kuantiti darah dalam simpanan.
A Pelancaran Kempen Derma Darah bagi meningkatkan jumlah darah dalam simpanan
akan dilakukan oleh sebuah hospital swasta.
B Kempen Derma Darah untuk meningkatkan jumlah darah dalam simpanan telah
dilancarkan oleh sebuah hospital swasta.
C Dengan kelancaran Kempen Derma Darah melalui sebuah hospital swasta, kuantiti
darah dalam simpanan telah ditingkatkan.
D Sebuah hospital swasta telah menambahkan jumlah darah dalam simpanan dengan
melancarkan Kempen Derma Darah.

Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.

4
15. I Persembahan tarian singa itu menarik sungguh
II Kain yang sudah berbasuh itu ibu sidai di ampaian.
III Lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh,Balqis berjaya dengan cemerlang.
IV Encik Aliff yang berkereta Proton Perdana itu guru kamu?

A I dan III sahaja. C I,II dan III sahaja


B II dan IV sahaja D I,III dan IV sahaja
Soalan 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut.
16.
Sudah terhantuk baru tengadah
Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya
A menghadapi pancaroba hidup dengan berhati-hati.
B sentiasa beringat atau berwaspada sebelum melakukan sesuatu perkara.
C menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan.
D tidak terlanjur melakukan sesuatu perkara kerana tidak dapat dibetulkan lagi.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada era globalisasi dan serba moden ini,sektor pertanian sememangnya memberikan
sumbangan yang besar kepada negara.Sektor pertanian membekalkan bekalan makanan kepada
kita.Sesungguhnya sektor pertanian telah menjamin bekalan yang mencukupi, selamat,berkhasiat serta
bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.Beras tempatan yang dihasilkan menjadi keperluan asas
makanan rakyat.Dengan adanya sektor pertanian,kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada
makanan import seperti beras dan sayur-sayuran dari negara asing.
Selain itu, seKtor pertanian juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.Memang tidak
dapat dinafikan bahawa sektor pertanian bukan sahaja meningkatkan jumlah pengeluaran
eksport,bahkan dapat mengurangkan import serta menambahkan pendapatan negara.Hal ini sekali gus
mengurangkan pengaliran keluar wang negara kepada negara lain.
Dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor
moden,dinamik dan kompetitif,sektor pertanian hendaklah banyak menghasilkan produk pertanian yang
berasaskan keperluan pengguna.Dalam konteks ini,produk dan pasaran utama perlulah dikenal pasti

5
berdasarkan permintaan,potensi pasaran dan cita rasa pengguna.Sebagai contohnya,penanaman pokok
tongkat ali,pengeluaran susu kambing dan halia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Seterusnya untuk membangunkan sektor pertanian,teknologi dan kaedah pertanian moden
perlulah digunakan.Sebagai contohnya,kaedah penanaman atau penternakan moden dan penggunaan
peralatan pembungkusan serta pemasaran perlu diperkenalkan.Semua pihak hendaklah bekerjasama
supaya sektor pertanian di Malaysia dapat dimajukan.
17. Apakah maksud mentransformasikan yang terdapat dalam petikan?

A menukar C mengganti
B mengubah D menggabung
18. Semua yang berikut merupakan sumbangan sektor pertanian kecuali
A meningkatkan hasil pendapatn negara
B membekalkan makanan
C mengurangkan kebergantungan kepada negara asing
D meningkatkan import
19. Sektor pertanian dapat dimajukan apabila
A mengimport bahan makanan dari luar
B teknologi moden hendaklah digunakan
C eksport bahan makanan ke negara asing
D kekalkan teknik pertanian tradisional.
20. Sektor pertanian menjamin hal-hal berikut kecuali

A kekayaan petani
B bekalan mencukupi
C bekalan bermutu tinggi
D bahan makanan berkhasiat.

6
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012-7257842

Soalan 2:Subjektif pemahaman petikan –[8markah]


Baca petikan puisi di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Burung Nuri


Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,


Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,


Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,


Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderia,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untuk yang malang,


Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,


Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

[Dipetik daripada antologi Bintang Hati,tingkatan 3 ,arah pendidikan Sdn.Bhd)]

(i).Berdasarkan rangkap kedua ,mengapakah seseorang itu dianggap hina?


________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

7
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012-7257842

____________________________________________________________________________
[2markah]
(ii)Berikan dua unsur bunyi berserta contoh yang terdapat dalam rangkap syair di atas.
_________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
[3 markah]
(iii)Pada pendapat anda,apakah kelebihan orang yang memiliki ilmu pengetahuan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[3
markah]

Bahagian C
Pemindahan Maklumat

Arahan: Pilih satu soalan sahaja sama ada soalan 1 atau soalan 2.
Soalan1 (a) Ringkasan – [10 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut,tulis sebuah ringkasan tentang
kaedah menangani gejala buli.Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan.Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Gejala buli kian membarah dalam kalangan pelajar.Akhbar-akhbar harian menyiarkan kes-kes
buli ini hampir setiap hari.Mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang
yang penakut.Oleh itu,kejadian buli tidak harus dipandang ringan sebagai “gurauan budak-budak”
semata-semata.

Pelaksanaan program mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dilihat sebagai langkah
berkesan membanteras perbuatan buli di sekolah.Penetapan tingkah laku yang tidak diterima di
sekolah juga merupakan kaedah positif mengelakkan gejala ini daripada berterusan.Penglibatan ibu
bapa dalam perbincangan dengan guru bagi menyelesaikan tingkah laku anak mereka juga sangat
penting.Kementerian Pelajaran pula digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di sekolah-sekolah
bagi mengawal gejala ini.Perbincangan antara pelbagai pihak seperti ibu bapa ,guru dan pertubuhan-
petubuhan lain amat penting bagi pewujudan dasar tersebut.

8
Bimbingan tutor oleh Cikgu Abd. Rahman bin Ngah
012-7257842

Kadang-kadang pelajar sendiri tidak tahu mereka membuli.Oleh itu,suatu bentuk perjanjian
dengan pelajar yang terbabit membolehkan pihak sekolah mengenakan tindakan terhadap mereka
yang membuli perlu diwujudkan.Peraturan sekolah tentang dasar antibuli hendaklah ditampalkan
secara hitam putih di dalam kelas.Dalam hal ini,guru perlu memainkan peranan penting dengan
mengedarkan risalah antibuli dan memberikan penjelasan mengenainya.

Sementara itu.kaunselor bertanggungjawab memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan


kaunseling secara berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit.Memandangkan tidak
banyak kajian tentang masalah buli maka langkah untuk menyediakan laman web khas bagi
memberikan kesedaran berhubung gejala tersebut sangat perlu.Pihak sekolah juga boleh membina
laman web sendiri bagi membolehkan pelajar berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa buli.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menangani masalah Buli Di sekolah,


Haji Samat Buang,Dewan Siswa,Ogos 2005)
Soalan 2(a) Rumusan [ 10 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian tulis rumusan tentang kebaikan senyum dalam
kehidupan dan faktor-faktor seseorang itu sukar mengukir senyuman.Panjangnya rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Pengkaji dan pengamal barat percaya,memulakan hari dengan senyuman dapat memberikan
banyak impak positif terhadap kesihatan. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari California
mengatakan ketika senyum,fungsi pertahanan badan akan meningkat menyebabkan badan tidak
akan mudah dijangkiti selesema dan kesejukan.
Senyuman bukan sahaja mewujudkan reaksi gerak muka tetapi merupakan ubat semula jadi
bagi mengurangkan kesakitan fizikal dan mental.Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan emosi
berkait rapat dengan penyakit jantung dan penuaan pramasa.Dalam hal ini senyuman mampu
mengurangkan risiko penyakit jantung ,strok,tekanan darah tinggi,artritis,ulser dan proses penuaan
pramasa.
Selain itu ,senyuman boleh menjadikan seseorang yakin terhadap setiap perkara yang
dilakukan.Meletakkan senyuman dalam setiap aktiviti kehidupan seharian dan pekerjaan menjadikan
sesorang itu mudah didekati dan disenangi oleh pelbagai golongan.Sebaliknya seseorang yang tidak
mampu menangani masalahnya akan sentiasa berfikiran negatif.Perasaan yang gembira dan ikhlas
melakukan sesuatu pekerjaan juga disimulasikan daripada senyuman.Senyuman yang dilemparkan
bukan sahaja mampu membahagiakan dirinya bahkan orang di sekeliling kita.
[Dipetik dan diubah suai daripada rencana sekuntum senyuman untuk Kesihatan,”oleh desy

You might also like