You are on page 1of 11

SMK TELOK GADONG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2019


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 3

Nama :________________________________________
Ting :____________________

Arahan Umum: Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja.
Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1 . Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti aerobik?

A) Merupakan aktiviti yang melibatkan kesan kepada sistem kardiovaskular.


B) Merupakan keupayaan untuk melakukan aktiviti berulang-ulang.
C) Merupakan keupayaan untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan.
D) Merupakan keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen bagi membenarkan
anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.

2. Berikut merupakan prinsip kecergasan fizikal menggunakan FITT KECUALI

A) Frekuensi
B) Integriti
C) Time
D) Type

3. Merupakan pergerakan tubuh badan dalam menghasilkan senaman yang


mampu meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan, daya tahan
otot, kekuatan otot dan kawalan badan.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A) Pergerakan Kreatif
B) Renang Berirama
C) Gimnastik Asas
D) Pergerakan Berirama

4. Rekreasi dan kesenggangan merupakan aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa
lapang secara terancang. Berikut adalah tujuan aktiviti ini dilakukan KECUALI

A) Keseronokan B) Ketenangan C) Rehatkan badan D) Kecergasan

1
5. Apakah yang dimaksudkan dengan gender?

A) Set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai dengan jantina lelaki
mahupun perempuan.
B) Persepsi masyarakat tentang tatacara pertuturan dan tingkah laku sama ada lelaki atau
perempuan.
C) Suatu persepsi atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau
benda tetapi seringkali tidak benar dalam realiti.
D) Menunjukkan sifat diri dan keperibadian seseorang.

6. Proses sosialisasi boleh mempengaruhi identiti gender dan


peranan gender dalam sesebuah masyarakat.

Berikut merupakan perkaitan dengan pernytaan di atas kecuali

A) Kanak-kanak cuba untuk mengikut atau meniru tingkah laku serta perlakuan
individu.
B) Pendekatan yang dibawa oleh individu lain seperti ibu-bapa, rakan, guru dan lain-
lain mampu mempengaruhi identiti dan peranan gender.
C) Membentuk identiti baharu kanak-kanak berdasarkan kepada agen sosialisasi.
D) Kanak-kanak memang dilahirkan untuk berpewatakan yang diimpikan sejak kecil.

7. Gambar berikut menunjukkan fasa melepasi pagar (kaki belakang) dalam acara lari
berpagar. Apakah peranan kaki belakang semasa fasa melepasi pagar?

A) Untuk meminimumkan ketinggian melepasi pagar dan bersedia untuk mendarat


dengan cepat.
B) Untuk mengoptimum dan meminimumkan masa di udara.
C) Untuk menarik badan dan paha ke sisi selari dengan pagar.
D) Untuk memudahkan badan dicondongkan ke hadapan yang disesuaikan mengikut
ketinggian pagar.

2
8. Antara berikut yang manakah susunan fasa dalam lari berpagar

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4


A) Larian Lonjakan Melepasi Pagar Mendarat
B) Lonjakan Melepasi Pagar Larian Mendarat
C) Larian Melepasi Pagar Lonjakan Mendarat
D) Lonjakan Melepasi Pagar Larian Mendarat

9. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan bola keranjang kecuali

A) Gerak badan B) Menjaring C) Memukul D) Menggelecek

10. Gambar di bawah menunjukkan salah satu kemahiran hantaran yang digunakan
dalam permainan bola keranjang. Nyatakan kemahiran yang digambarkan tersebut

A) Hantaran paras dada


B) Hantaran atas kepala
C) Hantaran sisi
D) Hantaran lantun

11. Kemahiran pukulan pepat ialah salah satu kemahiran asas dalam permainan ping pong.
Kemahiran ini memerlukan pemain memukul bola dengan posisi tangan yang dominan
berbeza dengan pukulan kilas. Antara berikut yang manakah benar lakuan pukulan pepat?

A) Kedudukan dan lakuan pemain ialah sama


B) Lengan menyilang badan semasa memukul bola
C) Pemain perlu berdiri menyisi hampir dengan meja
D) Sudut permukaan bet ialah ke bawah

12. Berikut adalah perbezaan antara pukulan kilas dan pukulan pepat kecuali

A) Kedudukan sedia bet menghala ke hadapan bagi pukulan pepat dan bet menghala ke
belakang bagi pukulan kilas
B) Badan dikilas dan ayunkan tangan ke belakang bagi pukulan pepat dan bawa bet
menyilang ke sisi bagi pukulan kilas
C) Pemain perlu memandang bola dan bawa bet rapat ke badan bagi pukulan pepat,
manakala dalam pukulan kilas pemain perlu memandang bola.
D) Pindahkan semula berat badan pada kaki hadapan bagi pukulan pepat, dan pukulan
kilas tidak perlu pindahkan berat badan.

3
13. Lompat kijang memerlukan seorang pemain melakukan tiga jenis lonjakan sebelum
mendarat di kawasan mendarat. Berikut adalah lonjakan yang terdapat dalam lompat
kijang kecuali

A) Fly B) Hop C) Jump D) Step

14. Terdapat beberapa fasa dalam lakuan lompat kijang iaitu fasa lari landas, fasa
melonjak, fasa melangkah dan ............................

A) Fasa mendarat B) Fasa melompat C) Fasa terbang D) Fasa layangan

15. R.I.C.E. merupakan kaedeh bantuan awal untuk kecederaan pada tisu lembut. Berikut
adalah prinsip dan prosedur R.I.C.E. kecuali

A) R = merehatkan mangsa ditempat yang sesuai dan selamat serta mengurangkan


aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan.
B) I = menggunakan ais yang dibalut dengan kain atau plastik pada tempat yang cedera.
C) C = berikan tekanan pada tempat yang sakit dengan membalut kawasan tersebut
menggunakan bandage untuk mengurangkan bengkak.
D) E = rendahkan kawasan yang cedera pada paras lutut bagi memudahkan pengaliran
darah.

16. Apakah punca menyebabkan kecederaan tisu lembut?

A) Otot dan ligamen tidak menjadi tegang dan terkoyak melalui pergerakan yang secara
tiba-tiba atau kasar.
B) Terjatuh merupakan salah satu kecederaan ligamen dan sendi.
C) Kecederaan tisu-tisu ini tidak memberi kesan kepada oto-otot, ligamen dan tendon.
D) Aktiviti sukan seringkali mengakibatkan kecederaan tisu lembut.

17. Apakah peranan ruang pandang dalam kawalan bola semasa menggelecek dalam
permainan bola keranjang?

A) Memudahkan hantaran bola kepada rakan


B) Boleh melakukan jaringan
C) Memastikan ruang kosong dan keberadaan rakan
D) Memudahkan kawalan bola

4
18. Pernyataan di bawah berkaitan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan.

Merujuk kepada keupayaan sendi mampu melakukan pergerakan yang kemas dalam
pergerakan maksimum 

Apakah komponen tersebut?

A) Komposisi badan
B) Daya tahan kardiovaskular
C) Fleksibiliti
D) Kekuatan otot

19. Antara berikut aktiviti manakah yang boleh meningkatkan daya tahan otot?

A) Latihan Farlek B) Latihan isometrik C) wrist curl D) Meniarap

20. . Berikut merupakan ujian yang biasa digunakan untuk mengukur lemak KECUALI

A) Ujian Darah
B) Pengukuran lipatan kulit
C) Under water weighting
D) Bod pod

21. . Terdapat banyak kesan yang baik apabila kita melakukan senaman yang melibatkan
kelenturan (fleksibiliti) terhadap otot dan sendi. Antaranya ialah ........
A) Berisiko kecederaan tisu lembut adalah tinggi
B) Mengurangkan kesakitan ketika melakukan pergerakan
C) Membantutkan proses rehabilitasi
D) Menyukarkan pergerakan

22. Apakah ciri-ciri yang menunjukkan latihan bagi meningkatkan komponen daya tahan otot?

A) Beban tinggi Ulangan bebas


B) Beban tinggi Ulangan tinggi
C) Beban rendah Ulangan rendah
D) Beban rendah Ulangan tinggi

23. Apakah faktor yang perlu diberi perhatian semasa membuat hantaran bola keranjang?

A) Hantaran
B) Lompatan
C) Kelajuan
D) Kecergasan

5
24. "Penyalahgunaan bahan terdiri daripada aktiviti seperti menghisap rokok termasuk vape,
menghidu gam dan mengambil dadah seperti syabu, ganja dan pil khayal"

Antara berikut yang manakah BUKAN implikasi penyalahgunaan bahan terhadap diri dan
keluarga?

A) Mengharumkan nama baik keluarga


B) Keruntuhan akhlak
C) Bertentangan dengan ajaran agama
D) Terdedah kepada penyakit dan gegala sosial

25. Rajah di atas menunjukkan peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia dari tahun
2013 hingga 2017. Antara berikut yang manakah usaha-usaha yang dilaksanakan untuk
membendung masalah penyalahgunaan bahan ini?

A) Memberikan amaran berkala


B) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling terhadap pesalah yang berkenaan.
C) Menjatuhkan hukuman berat tanpa belas kasihan kepada pesalah.
D) Penggubalan undang-undang untuk mengawal kelakuan dan tindakan anggota
sesuatu komuniti terutamanya remaja berkaitan salahlaku penyalahgunaan bahan.

26. Antara berikut, yang manakah prosedur pertolongan cemas yang boleh diberikan yang betul?

A) Rest – Ice – Compression - Elevation


B) Rest – Elevation – Compression - Ice
C) Ice – Compression – Rest - Elevation
D) Compression – Ice – Rest – Elevation

6
27.

Rajah di atas merupakan salah satu aksi dalam gimnastik iaitu

A) Hambur C) Gerak edar


B) Lombol kangkang D) Putaran

28. Bagaimanakah kita mampu untuk menangani cabaran stereotaip dan diskriminasi gender?

A) Masyarakat mengambil sikap usah peduli


B) Ibu bapa mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang stereotaip ini
C) Peranan guru dan ibu bapa bertumpu kepada pendedahan cabaran ini
D) Peranan kerajaan meneruskan serta menyokong gaya hidup mereka.

29. Bilakah Persatuan Ping Pong Malaya dittubuhkan secara rasminya?

A) 1926 C) 1958
B) 1952 D) 1964

30. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi jarak lemparan cakera KECUALI

A) Sudut lontaran
B) Daya yang dikenakan semasa membuat lontaran
C) Teknik lakuan
D) Kekuatan otot kaki

31. Antara berikut yang manakah kemahiran dalam pergerakan rutin gimnastrada?

i) Gerak edar iii) Lompatan


ii) Imbangan iv) Putaran

A) i, ii, dan iii


B) i, ii, dan iv
C) ii, iii, dan iv
D) i, ii, dan iv

32. Apakah faktor yang mempengaruhi pengambilan nilai kalori oleh seseorang individu?

i) Warna kulit iii) Saiz badan


ii) Jantina iv) Aktiviti

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv
7
33. Antara berikut yang manakah mekanik lakuan kemahiran smesy dalam permainan ping pong?

i) Ayunkan tangan ke belakang lebih jauh


ii) Kilaskan badan dan bet menyilang ke sisi badan
iii) Pindahkan berat badan sepenuhnya ke kaki hadapan semasa ayunan ke hadapan
iv) Lakuan pukulan dengan pantas semasa bet menyentuh bola

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

34. Antara berikut yang manakah mekanik lakuan kemahiran smesy dalam permainan ping pong?

i) Cari peluang untuk mematikan pihak lawan yang leka


ii) Melakukan serangan secara bersama kepada sasaran yang sama agar mengelirukan
pihak lawan
iii) Menggunakan teknik lantunan supaya bola yang dibaling sukar ditangkap oleh
pasukan lawan
iv) Fokus kepada bola yang hendak dibaling

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

35 Antara berikut yang manakah peranan yang perlu dimainkan oleh ahli keluarga dalam
mengelakkan sumbang mahram?

i) Mendidik dengan ilmu agama yang tinggi


ii) Menjauhi daripada perkara maksiat
iii) Ibu bapa memantau pergerakan anak-anak
iv) Menggalakkan penggunaan telefon atau internet

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) ii, iii, dan iv

36 Kekuatan otot merupakan keupayaan otot menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan.
Antara berikut manakah aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot?

i) Bench press iii) Triceps curl


ii) Biceps curl iv) Wrist curl

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

8
37 Mengapakah dalam permainan ping pong kedudukan pemain perlu disesuaikan dengan
kedudukan bola semasa melakukan pukulan?

i. Dapat melakukan pukulan yang baik


ii. Memastikan pihak lawan dapat membuat pukulan dengan selesa
iii. Mengelak daripada melakukan kesilapan
iv. Boleh mengambil bola yang dihantar oleh pihak lawan

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

38. Apakah kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam mengatur strategi menyerang dalam
permainan bola keranjang?

i) Menjaring iii) Compak


ii) Menggelecek iv) Mencari ruang

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

39. Nyatakan nilai kalori yang dibekalkan oleh sumber kalori berikut

i) 1gram karbohidrat = 4 kilo kalori iii) 1 gram lemak = 6 kilo kalori


ii) 1 gram lemak = 9 kilo kalori iv) 1 gram protein = 4 kilo kalori

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

40. Faedah pengambilan pemakanan yang mencukupi termasuklah

i) Elak obesiti iii) untuk aktiviti otot


ii) Metabolisme asas iv) mengurangkan tenaga dalam badan

A) i, ii, dan iii C) i, iii, dan iv


B) i, ii, dan iv D) i, ii, iii, dan iv

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………. ……………………………. …………………………….


( AZMI BIN AHMAD ) ( RASYIDAH BINTI NURDIN ) ( ROSLI BIN ALI )
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia GKMP Kemanusiaan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9
Skema Jawapan Kertas PJPK Tingkatan 3 :

1.A 11.C 21.B 31.B


2.B 12.D 22.D 32.D
3.C 13.A 23.C 33.C
4.D 14.B 24.A 34.A
5.B 15.D 25.D 35.A
6.D 16.D 26.A 36.D
7.A 17.C 27.B 37.C
8.A 18.C 28.C 38.B
9.C 19.B 29.C 39.B
10.B 20.A 30.D 40.A

1
0
JADUAL SPESIFIKASI ITEM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3

BIL. ITEM ARAS SOALAN TABURAN JAWAPAN


MUDAH SEDERHANA SUKAR A B C D
1 S1 X X
2 S2 X X
3 S3 X X
4 S4 X X
5 S5 X X
6 S6 X X
7 S7 X X
8 S8 X X
9 S9 X X
10 S10 X X
11 S11 X X
12 S12 X X
13 S13 X X
14 S14 X X
15 S15 X X
16 S16 X X
17 S17 X X
18 S18 X X
19 S19 X X
20 S20 X X
21 S21 X X
22 S22 X X
23 S23 X X
24 S24 X X
25 S25 X X
26 S26 X X
27 S27 X X
28 S28 X X
29 S29 X X
30 S30 X X
31 S31 X X
32 S32 X X
33 S33 X X
34 S34 X X
35 S35 X X
36 S36 X X
37 S37 X X
38 S38 X X
39 S39 X X
40 S40 X X
PERATUS
TABURAN 50% 25% 10 10 10 10
25%
SOALAN (%)

1
1

You might also like