You are on page 1of 1

Pusat Sukan,

Universiti Teknologi MARA,


40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,
PERMOHONAN PENGGUNAAN PADANG DAN FASILITI BAGI KEGUNAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN
PADANG PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-25 2019

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang SMK Telok Gadong akan diadakan pada 11
April 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan agar dapat
memberi kebenaran menggunakan padang dan kemudahan fasiliti sepanjang kejohanan diadakan.
Kami berharap permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.

4. Sebarang pertanyaan perkara di atas, pihak tuan boleh berhubung terus dengan Encik Azmi bin
Ahmad di talian 017-5853425 .

Kerjasama dari pihak tuan dalam mempertimbangkan hal ini amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terim kasih.

Sekian,

Yang benar,

________________________
TN HJ. SHOKHIMI BIN SAMAN
Pengetua
SMK Telok Gadong Klang

You might also like