You are on page 1of 4

Cadangan Jawapan Kertas 3 Tingkatan 5 Bab 4 Malayan Union

Tajuk : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union,factor-faktor kebangitan masyarakat tempatan menentangnya .
Di samping itu,memberikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran baru,iaitu Persekutuan Tanah Melayu .

1) Pendahuluan : Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union .


Sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union ialah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah
membentuk pemerintahn sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah
Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS),Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) .Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos
yang besar dan menyenbabkan pembangunanekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat
melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union . Justeru , British dapat
memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut .Di samping
itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain
mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

2. Jelaskan Ciri-ciri MU dan Sebab-sebab masyarakat tempatan menentang.

Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran . Antara
syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu England akan
melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan kerana mempunyai kepentingan
sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli . Raja-raja
Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang
melayu . Seorang pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis Eksekutif dan
Majlis Undangan MU dibentuk .

Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah
pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen British di London san tidak tertakluk kepada
Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi dan sistem politik orang
melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House
( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan MU . Dengan
pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran Tentera British BMA yang
dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang
Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa
Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai
kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat fitrah sipungut di
bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan .
Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar .
Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai penduduk
peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang ini . orang melyu juga
bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan melayu
sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan menghapuskan
sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang Melayu telah keluar menentang MU .

3) Huraikan pembentukan PTM 1948.


British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli.Mereka
mengadakan mesyuarat di King’s House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima tuntutan orang melayu iaitu Raja-
Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.Selain itu,mereka juga menginginkan sebuah
persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan
Union dan meminta dasr perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan.Mereka juga
menuntu supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula.
Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr.Burhanuddin al-
Helmy .Mereka berpendapat Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh
seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah republic dan kemerdekaan penuh . Majlis
Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga
Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO .
Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan mogok . Mereka turut
mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil, British telah bersetuju
menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka dalam menyediakan perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang MU . Jelaskan langkah yang akan anda ambil untuk
membina kekuatan negara dalam masyarkat berbilang kaum .
Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu . Masyarakat yang
berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk menentang MU . Bantahan dapat
dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita . Zaman ini , ramai masyarakat yang
membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah untuk mempengaruhi minda mereka dan lebih senag
menyampaikan sesuatu berita . seterusnya ialah , mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat
mengeratkan hubungan apabila semua masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat yang sama .
Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati .
Menghidupkan persatuan-persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah
wujudnya pemberontakan dan pembangkang . ini akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong
mestilah berdiri bersama untuk menyatukan matlamat .

5) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara
Malaysia.
Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara
daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama lain
dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh
sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat
penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan
sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman
meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan
membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asingtidak akan berasa was-was untuk
melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga
berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur .
Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai
warganegara . Contohnya , hak keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan
sebagainya .

6. Bincangkan langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan , pencapaian
diutamakan .
Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting
kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan
kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan
keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh
hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama
lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara.Perkara ini dapat mengelak berlakunya
perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku
tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia
yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam
segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada
hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum
terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan
ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini,


maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar
bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah
negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk
memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan
semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat
menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat
dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet.
Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama
mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang
kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

7) Apakah nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan
dalam kehidupan.

Antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan
dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu
padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan
faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada kehidupan
berteraskan permuafakatan dalam kehidupan . Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara
mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur .
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan yang
wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud . Kita
perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar tiada masalah
persilisihan faham . Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam
negar berjalan lancer.
Justeru , kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.

8. Pengetahuan yang diperoleh , iktibar kepada diri , bangsa serta harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih
cemerlang .

iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas dalam
menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum .
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan tindakan orang
asing . Pentingnya pemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita .
pengenalanMU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap
Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka
bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan
UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO
dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan
rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan
Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 .Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa
british sebelum tahun 1941 .

You might also like