You are on page 1of 58

Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

Semangat toleransi dan persefahaman dapat membina satu kesamaan identiti yang kukuh
dalam pembentukan negara bangsa

Negara Ialah sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di
bawah pemerintahan dan penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada
kuasa luar. Bangsa pula merujuk kepada satu komuniti orang ramai (komuniti politik)
yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,
ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi
bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama. Negara bangsa
mendefinasikan kepada pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa
serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Lahir
pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai etnik.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah Pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Salah satu syarat Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa
Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di
peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Negara bangsa Malaysia mempunyai masyarakat yang bersatu padu dan saling
hormat menghormati. Mereka mengamalkan konsep penerimaan, walaupun mereka
berbeza kaum. Bagi mengharmonikan Negara Malaysia, rakyat Malaysia perlu
berkongsi pegangan dengan satu ideologi politik. Kestabilan politik menjamin
kesejahteraan Negara. Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu yakin dengan
pemerintahan Negara dan Undang-Undang Negara Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia dan
menjadi rujukan utama bagi pentadbiran negara.
Pemangkinan Negara bangsa memerlukan integrasi dalam masyarakat Malaysia.
Walaupun berbeza dari segi pemahaman dan kepercayaan, pemupukan dan
pengukuhan perpaduan adalah agenda utama kerajaan untuk membentuk Negara
aman dan makmur. Selain itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanam semangat
nasionalism dalam diri. Sesungguhnya nasionalisme masih diperlukan dalam zaman
globalisasi ini, masih penting dan ia masih berperanan. Nasionalisme ini bukan

berkehendak kita pikul senjata. Ia memerlukan kepintaran dan perpaduan,


memerlukan strategi yang bijak, dan hati yang cekal.
Kesimpulanya, pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh
daripada setiap anggota masyarakat & jentera kerajaan. Kita perlu memahami,
menghayati, mengaplikasi supaya proses pembinaan negara menjadi lebih kukuh.
Kita perlu bijak dan bersedia dalam menangani ancaman untuk memusnahkan negara
bangsa. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh
warganegara Malaysia.
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
By Cikgu Azid

14

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


( a ) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato Onn
Jaafar
Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan
rakyat
Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
Keupayaan orang Melayu memujuk British
Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap
orang Melayu
Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan
Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi
Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac

Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union


Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam
akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
British tertarik dengan cara UMNO
Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan
tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti
PKMM, API, AWAS dan BATAS
Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan
latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
(b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan
British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di Kings House, Kuala Lumpur
Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British
Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan
terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan
UMNO

Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok


Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam
menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948
(c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal
Melayu melalui Perlembagaan Rakyat
Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
Kerakyatan yang sama rata
Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah
Melayu
Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu
(d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
Syarat kerakyatan diperketatkan.
Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas

(e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948


Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat
pusat
Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan
Persekutuan
Sultan menjadi ketua negeri
Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri
(f ) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada
peringkat pusat
Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri
Besar sebagai ketua pentadbir negeri
Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri
Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Syarat kerakyatan diperketatkan
British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu
Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas
dalam pentadbiran
Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan
British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undangundang bertulis

Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja
Melayu dan orang Melayu
(g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu &
Peranannya
Raja-Raja Melayu
Sultan Badlishah(Kedah)
Sultan Abdul Aziz(Perak)
Sultan Ibrahim(Johor)
Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum
tahun 1941
Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut
dikekalkan
Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka,
perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara
Pembesar Tempatan
Dato Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
Dato Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi
kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam
dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke
dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pembinaan Negara Bangsa Sejajar Dengan


Konsep Satu Malaysia
Ditulis oleh: K UL AN Z SA L LE H on MOND AY , JAN UA RY 0 4 , 2 01 0

Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia usaha
membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup
bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT
yang pesat usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas

bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP
menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang
mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama
dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik,
liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.
Matlamat dan dasar yang hasratkan dalam teras membina Negara Bangsa adalah
untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang
teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang
penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta
bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab KPM
menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat
awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk
memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti
kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Justeru, bagi memastikan langkah pembinaan negara bangsa sejajar dengan konsep
Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, beberapa
penekanan perlu diberi perhatian. Ini termasuklah pengukuhan terhadap penggunaan
bahasa kebangsaan, integrasi nasional, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.
a. Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama
Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan
masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa
rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun
termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:
Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di
semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah
jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi
pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. (Akta
Pendidikan, 1996)
Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia
dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.
b. Memantapkan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduan negara
dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan oleh PIPP bagi
memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah (a) meningkatkan taap
kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan
Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara, (c)
menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat
pelbagai kaum, (d) memberi kefahaman tentang pentingnya semangan kejiranan ke
arah perpaduan dan integrasi nasional dan (e) mempergiatkan aktiviti RIMUP iaitu
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.
Dalam usaha membina Negara Bangsa seperti yang dihasratkan dalam Wawasan
2020, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah
memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di
kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak

sekolah dan institusi pendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial


yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid
daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti
nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah
dan guru juga perlu mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat
perpaduan dapat terus ditingkatkan. Walaupun, perpaduan dan semangat patriotisme
tidak dapat dinilai dengan tepat, namun diharapkan impak yang positif dapat dilihat
melalui modal insan minda kelas pertama yang dihasilkan dari sistem pendidikan
negara kita.
c. Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama
Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh
guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan
kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar
yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum
Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini
telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996).
Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua
sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang
diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi,
kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap
pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia
sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.
d. Mendemokrasikan Pendidikan
Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an.
Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan
mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan
Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan
jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program
sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen
Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian,
biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan
dipertingkatkan.
e. Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin
Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis
dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta
Pendidikan (1996), Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan
dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan
menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh
kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah
yang seimbang dan sepadu

PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


TERHADAP PROSES PEMBINAAN NEGARA-BANGSA MALAYSIA
Mohd Fauzi Bin Mat Adam
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi-persepsi mahasiswa
Universiti Putra Malaysia terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Sejumlah 100 orang mahasiswa Universiti Putra Malaysia telah dipilih sebagai
responden kajian. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan program
Statistical Package For Social Science (SPSS For Windows, Version 11.0).
Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) mahasiswa masih kurang didedahkan
dengan konsep negara-bangsa Malaysia, (2) sebahagian besar mahasiswa mempunyai
persepsi positif terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa
Malaysia, (3) mahasiswa mempunyai persepsi yang berbeza dikalangan mereka
didalam melihat perkara-perkara berkaitan politik, pembangunan, ekonomi dan sosial;
terdapat elemen-elemen positif daripada persepsi yang dikenalpasti mampu
mempercepatkan proses pembentukan negara-bangsa Malaysia: namun masih terdapat
elemen-elemen negatif yang memerlukan tindakan susulan untuk membantu
mempercepat proses pembinaan negara-bangsa ini, (4) mahasiswa secara amnya
mempunyai persepsi berbeza dikalangan mereka dalam menentukan ciri-ciri asas
negara-bangsa yang ingin dibentuk dan (5) analisis keseluruhan kajian mendapati
perbezaan persepsi dikalangan mahasiswa masih dapat dikaitkan dengan jelas
berdasarkan faktor keturunan. Di akhir kajian beberapa cadangan dikemukakan
sebagai alternatif untuk pihak-pihak berwajib bagi membantu mempercepatkan proses
pembinaan dan pembentukan negara-bangsa Malaysia yang mantap sifatnya.
Abstract
PERCEPTIONS OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA STUDENTS TOWARDS
THE PROCESS OF MALAYSIA NATION-BUILDING
Mohd Fauzi Bin Mat Adam
This research seeks to identify students perception about the process of nationbuilding in Malaysia. One hundred UPM students were identified as respondents.
Sampling was made using the random technique and data from the questionaire was
analyzed using the Statistical Package For Social Science (SPSS For Windows.
Version 11.0). Results show that : (1) a large percentage of student respondents were
not sufficiently exposed towards the process of nation-building in Malaysia, (2) a

large number of student respondents have positive perception towards factors which
influenced the process of nation-building in Malaysia, (3) student respondents have
different perceptions on the process of nation-building and on development based on
political, economic and social outlook, (4) student respondents generally have
different perceptions about what constitute the basic characteristic of the desired
nation-state, and (5) the overall analysis of the research shows that there exist
differences in the perception among student respondents. This can be attributed to the
ethnic factor. The study concluded with a number of suggestions to speed up the
process of nation-building and the formation of a concrete Malaysian nation-state
identity.

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (1994: 924), negara-bangsa didefinisikan sebagai negara
berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah
merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan
dikalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia beerti mewujudkan
sentimen satu bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian bangsa (Faizal
Othman, 1993).
Mahasiswa pula merupakan golongan penting dalam generasi muda hari ini yang akan
mewarnai dan mencorakkan negara Malaysia pada masa akan datang. Mahasiswa
merupakan suatu golongan penduduk negara ini yang umumnya akan terlibat pada
masa akan datang dalam memberikan pelbagai jenis perkhidmatan dan melaksanakan
perancangan pembangunan serta pentadbiran. Nyatalah golongan ini akan memainkan
peranan yang amat penting di dalam proses pembinaan negara-bangsa. Penghayatan
dan penerimaan dalam hal ini merupakan perkara utama yang harus ada pada
mahasiswa bagi menjayakan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Oleh itu,
persepsi mahasiswa terhadap aspek-aspek di dalam agenda pembinaan negara-bangsa
merupakan perkara yang akan dikaji dalam kajian ini.
Ke arah membentuk satu negara-bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang
mendominasi perbincangan iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ranjit
(1996), faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai
kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Kerjasama dan pakatan politik
pelbagai kaum dalam Barisan Nasional telah menghasilkan kestabilan politik dan
keamanan di dalam negeri. Faktor politik juga merupakan ciri asas ke arah
mempercepatkan agenda pembinaan negara-bangsa ini. Kestabilan politik menjadi
prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara
umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada faktor
ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang
dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak
yang berbeza didalam melihat sesuatu isu. Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan
falsafah dalam rupa pembinaan negara-bangsa dan cara-cara mencapainya. Melalui
kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang negara-bangsa melalui

faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan ini menjuruskan kepada
lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa mengenai perspektif politik
ini. Jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara dikalangan mahasiswa pada
masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya negara-bangsa Malaysia.
Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan
perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa Malaysia. Selepas
merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan
dengan sesautu kumpulan etnik. Secara umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang
diindentitikan sebagai menguasai sesautu bidang, ianya pasti menimbulkan perasaan
cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan proses pembinaan negarabangsa. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak
langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia. Selepas
perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mahasiswa mengenai aspek ekonomi ini adalah
diharapkan turut berubah.
Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula
merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini
banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional
negara-bangsa Malaysia yang dibentuk. Pembinaan negara-bangsa merupakan suatu
proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan. Melalui takrifan ini
faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya. Kepelbagaian kaum
yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional namun
titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat
dilaksanakan. Oleh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai
sebahagian dari masyarakat mampu membantu mencari titik persamaan dan
pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang stabil.
Agenda pembinaan negara-bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini kerana
mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai
persepsi atau tanggapan tersendiri terhadap kaum lain dan ianya masih lagi dipisahkan
dengan panggilan bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan bangsa-bangsa lain.
Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah
baik namun pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkukuhkan
sentimen perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan meningkatkan
sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum. Sekiranya
mahasiswa atau golongan cerdik pandai ini bersefahaman dan dapat melepaskan diri
daripada kongkongan prasangka dan perasaan perkauman barulah mereka dapat
dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan mengalakkan orang lain berbuat
demikian. Ini sekaligus dapat memberi kesan kepada pembinaan bangsa Malaysia.
Antara isu dan cabaran yang paling sukar ditangani dalam proses pembinaan satu
negara-bangsa Malaysia ialah bagaimana menyatukan masyarakat dari segi wilayahwilayah yang terpisah oleh faktor-faktor geografi. Proses mengintegrasi Sarawak,
Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian
hidup akan mempercepatkan pembentukan negara-bangsa. Secara umumnya, wilayahwilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masing-masing terhadap identiti
negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Persefahaman, kerjasama dan toleransi
antara wilayah adalah penting bagi mewujudkan identiti negara-bangsa Malaysia ini.

Di universiti-universiti terdapat mahasiswa yang datang dari pelbagai tempat di


seluruh Malaysia. Mereka ini berbeza dari segi tempat asalnya, namun untuk
mewujudkan satu negara-bangsa Malaysia, perbezaaan yang ketara antara mahasiswamahasiswa pastinya mencacatkan agenda besar ini.
1.2 Kenyataan masalah
Di dalam kandungan Wawasan 2020 digariskan sembilan cabaran tentang ciri-ciri dan
sifat negara yang diingini pada tahun 2020. Cabaran utama yang harus ditangani ialah
membentuk sebuah negara-bangsa yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsi bersama. Ini bermakna untuk menjayakan Wawasan 2020 seperti yang
dihasratkan oleh penulisnya, cabaran pertama tadi haruslah disempurnakan sebaik
mungkin supaya dapat merealisasikan cabaran-cabaran lain yang terkandung di
dalamnya.
Jika ditinjau dari aspek sejarah, negara-bangsa adalah satu konsep baru bagi
masyarakat majmuk di negara ini. Perjuangan kemerdekaan yang berjaya mengambil
alih kuasa daripada penjajah tidak menjadikan pembinaan bangsa Malaya ataupun
bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang mahu dibentuk dengan tersingkirnya
penjajah. Selepas terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, yang terbentuk hanyalah
negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu masih jauh
daripada terwujud. Bahkan pada hari ini, setelah empat dekad merdeka, bangsa
Malaysia masih juga dalam proses pembentukannya.
Persoalannya mengapakah penting kewujudan negara-bangsa kepada kita ? Jika
konsep perpaduan negara, secara amnya bermaksud perpaduan antara suku kaum agar
tidak berlaku pergelutan seperti pada 13 Mei 1969. Manakala integrasi nasional pula
tidak dianggap lebih daripada penggabungan serta penyatupaduan daerah atau
wilayah supaya tidak timbul gerakan-gerakan pemisahan. Kedua-dua konsep tadi iaitu
perpaduan negara dan integrasi nasional bolehlah disimpulkan sebagai pendekatan
bersifat jangka pendek semata-mata. Ini amat berbeza dengan kewujudan negarabangsa kerana ianya lebih bersifat jangka panjang dan dapat menjamin survival
Malaysia untuk masa-masa mendatang. Lahirnya negara-bangsa Malaysia akan
terwujudlah sebuah negara maju yang berperadaban tinggi, makmur pembangunan
ekonominya, mantap dari segi perawakan moral dan etika serta kukuh benteng
kerohanian masyarakatnya. Pergeseran etnik adalah hampir mustahil untuk berlaku
ketika itu. Persoalannya, dimanakah tahap negara kita pada masa sekarang ? Adakah
kita sudah wujud sebagai sebuah negara-bangsa atau masih di tahap perpaduan dan
integrasi nasional. Pastinya kita masih jauh dengan kewujudan sebagai sebuah negarabangsa. Jadi, bagaimanakah cara-cara untuk mencapai hasrat yang murni ?
Persoalan yang biasanya timbul dalam membincangkan negara-bangsa ialah apakah
wajah atau identiti negara-bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan itu ? Seperti yang
diketahui, negara bekas jajahan yang baru merdeka selalunya dikekangi masalah
masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk yang dicirikan oleh pelbagai perbezaan ini,
memungkinkan perpecahan berlaku sekaligus boleh mengugat keutuhan sesebuah
negara. Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan falsafah dalam menentukan
pembinaan rupa bangsa negara dan masa hadapan negara serta cara-cara
mencapainya. Jesteru, bagi menjamin keutuhan negara Malaysia pada abad-abad
mendatang yang pastinya lebih mencabar, langkah terpenting ialah membentuk

negara-bangsa Malaysia secepat yang mungkin. Perbezaan falsafah tadi mestilah


ditangani segera bagi membentuk satu wajah atau identiti bangsa Malaysia yang
unggul. Permasalahannya pula bagaimanakah negara-bangsa Malaysia ini boleh
terbentuk dan berkembang ?
Mahasiswa pula merupakan suatu golongan penduduk penting negara ini yang
umumnya akan terlibat pada masa akan datang dalam memberikan pelbagai jenis
perkhidmatan dan melaksanakan perancangan pembangunan serta pentadbiran.
Manakala pembinaan negara-bangsa memerlukan pengetahuan, kesedaran dan
penghayatan dari warganya. Maka kita perlu bertanya apakah mahasiswa benar-benar
telah diberi pendedahan dan mempunyai kesedaran serta penghayatan yang jelas
terhadap agenda pembinaan negara-bangsa Malaysia ini ?
Seterusnya, mahasiswa seharusnya mempunyai persepsi-persepsi yang membantu ke
arah membentuk negara-bangsa yang unggul. Jadi tertanya kepada kita apakah
persepsi-persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa ini. Adakah
ianya membantu mempercepatkan proses pembinaan negara-bangsa atau terdapat
perbezaan persepsi yang ketara antara mereka ?

1.3 Objektif Kajian


Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu:
Objektif Am
Untuk menghuraikan persepsi-persepsi mahasiswa di Universiti Putra Malaysia
terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Objektif Khusus
Terdapat enam objektif khusus kajian ini. Pertamanya, untuk membincangkan konsep
pembinaan negara-bangsa Malaysia. Keduanya, mengenalpasti sejauhmana
pendedahan yang diterima oleh mahasiswa terhadap konsep dan proses pembinaan
negara-bangsa Malaysia. Ketiganya, untuk menghuraikan persepsi mahasiswa
terhadap faktor-faktor utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Keempatnya
adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap perkara-perkara dan isu-isu
yang berkaitan dengan negara-bangsa Malaysia. Kelimanya, menganalisis persepsi
mahasiswa terhadap ciri-ciri asas dalam pembentukan negara-bangsa Malaysia. Yang
terakhir ialah untuk membandingkan persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan
negara-bangsa Malaysia berdasarkan latarbelakang terpilih.

1.4 Kepentingan Kajian

Dalam usaha ke arah mencapai matlamat negara maju yang dapat bersaing dipentas
dunia, Malaysia yang kini sudah menampakkan kestabilan politik dan pertumbuhan
ekonomi yang mantap perlu memikirkan satu suasana yang lebih baik dan sempurna
untuk terus berkembang dan pesat membangun. Maka kestabilan politik dan
kemakmuran ekonomi itu merupakan satu situasi yang cukup kondusif untuk
perbincangan, kajian dan perlaksanaan tentang merealisasikan kewujudan negarabangsa Malaysia.
Perbincangan mengenai konsep negara-bangsa di Malaysia merupakan satu perkara
baru, maka melalui kajian ini diharapkan akan dapat mewujudkan rasa penghayatan
dan kesedaran kepada pembaca terutamanya mahasiswa tentang betapa perlunya
sebuah negara-bangsa Malaysia diwujudkan. Penghayatan dan kesedaran dari setiap
individu ini merupakan asas yang paling penting untuk mewujudkan rasa kekitaan dan
kesetiaan terhadap negara kita.
Kajian mengenai senario dan situasi semasa generasi muda diharapkan akan dapat
menghasilkan sesautu yang perlu bagi kegunaan perancangan pembinaan negarabangsa Malaysia. Sebagai contoh, hasil kajian bolehlah digunakan bagi merancang
bagaimana untuk merapat dan mengintegrasikan antara mahasiswa yang berbeza
etniknya di institusi pengajian tinggi. Jika mahasiswa di institusi pengajian tinggi
mempunyai rasa kekitaan dan kesetiaan yang tinggi terhadap negaranya tanpa
dipisahkan dengan elemen sempit seperti etnik, kedaerahan dan kepercayaan maka
ianya merupakan asas dan gambaran kepada negara-bangsa yang akan terbentuk.
Kajian ini juga berkemungkinan dapat digunakan dan diaplikasikan oleh pihak-pihak
yang berwajib untuk menyusun tindakan ke arah itu. Ini sangat penting kepada pihak
berwajib terutamanya pihak pemerintah untuk mengambil tindakan seterusnya bagi
mencari strategi dan alternatif terbaik yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat
sebuah negara-bangsa. Berkemungkinan ianya boleh digunakan oleh kementerian
yang paling hampir dengan generasi muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan.
Sokongan dan dorongan daripada pihak pemerintah adalah penting supaya negarabangsa tidak akan tinggal ungkapan dan angan-angan sahaja.
1.5 Kerangka Konseptual
Kajian mengenai persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa
Malaysia dapat diterangkan dengan lebih jelas lagi melalui konsep yang ditunjukkan
dalam Rajah 1. Berdasarkan Rajah 1, persepsi mahasiswa terhadap proses pembinaan
negara-bangsa Malaysia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, kaum, tempat
asal (bandar/luar bandar) dan negeri asal.
Perkaitan antara faktor-faktor ini yang akan mempengaruhi persepsi mahasisiwa
terhadap faktor-faktor utama, perkara-perkara dan isu-isu berkaitan dalam pembinaan
negara-bangsa Malaysia dan ciri-ciri asas negara-bangsa yang ingin dibentuk.
Rajah 1: Kerangka Konsepsual
Latar belakang:

Jantina
Kaum
Tempat asal
(bandar/ luar bandar)
Negeri asal

Pendedahan
yang diperolehi

1.6 Persoalan kajian


1. Adakah mahasiswa telah diberi pendedahan yang meluas terhadap konsep dan
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ?
2. Adakah terdapat perbezaan persepsi yang ketara diantara mahasiswa mengenai
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ini ?
3. Jika terdapat perbezaan persepsi diantara mahasiswa, faktor latarbelakang apakah
yang mempengaruhi pembentukan persepsi mereka ?
4. Di dalam perkara-perkara apakah terdapat persepsi yang sama dikalangan
sebahagian besar mahasiswa ?
5. Di dalam perkara-perkara apakah terdapat persepsi yang berbeza dikalangan
sebahagian besar mahasiswa ?
1.7 Limitasi Kajian
Hasil kajian dan juga kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada kajian ini boleh
diguna pakai terhadap 100 orang responden yang dikaji dan juga terhadap mahasiswa
Universiti Putra Malaysia umumnya. Walaupun begitu kesimpulan daripada kajian ini
kekuatannya kurang jika diguna pakai untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi
umumnya memandangkan jumlah reponden yang diwakili hanya 100 orang
mahasiswa di Universiti Putra Malaysia sahaja.
Skop kajian mengenai negara-bangsa merupakan satu perkara yang amat luas.
Memandangkan perbincangan mengenai negara-bangsa merupakan sesautu yang baru
di negara kita, pengkaji hanya memilih aspek-aspek terpilih sahaja dan
berkemungkinan banyak lagi aspek didalam perbincangan negara-bangsa yang
terlepas dari skop kajian ini.
BAB 2
ULASAN KARYA TERPILIH

2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan ulasan karya lepas berkenaan perkara-perkara yang berada di
dalam skop kajian. Perbincangan ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, 1)
definisi negara-bangsa ; 2) konsep pembinaan negara-bangsa; dan 3) pembinaan
negara-bangsa Malaysia, yang juga mencakupi ciri-ciri dan bentuk negara-bangsa
Malaysia, faktor-faktor utama serta masalah-masalah yang mempengaruhi proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia
2.2 Definisi negara-bangsa
Secara umumnya, pembinaan negara-bangsa (nation-building) adalah merupakan
suatu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan
semua penduduk sesebuah negara. Melalui proses ini biasanya dapat mewujudkan
suatu bangsa yang bersatupadu yang penduduknya mempunyai penumpuan taat setia
yang tidak berbelah bagi kepada negara tersebut (INTAN, 1980).
Manakala dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, bidang yang
dipanggil pembinaan negara-bangsa merupakan pengajian mengenai masyarakat,
sosiobudaya, sejarah, politik dan ekonomi. Pengajian ini memerlukan bukan sahaja
pemahaman tetapi juga penghayatan sebagai seorang warganegara yang setia dan
peka kepada sejarah, perubahan sistem pentadbiran, dasar dan pembangunan negara
(Asnarulkhadi dan Jayum, 1997: 3).
Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3) seterusnya menyatakan bahawa dalam istilah
pengajian politik, sains politik atau kerajaan, negara-bangsa merujuk kepada sebuah
negara yang sudah mempunyai budaya sivik. Budaya sivik adalah sama erti dengan
budaya politik yang boleh ditafsirkan sebagai satu set pengetahuan dan peraturan
mengenai segala tingkah laku dalam politik. Jesteru sebuah negara yang berbudaya
sivik adalah sebuah negara yang keseluruhan rakyatnya sudah menerima satu
pandangan dunia (weltanschauung) politik yang sama.
Rustam Sani (1993) pula menyatakan negara-bangsa adalah sebuah komuniti politik
yang bersifat simbolik. Penduduknya adalah terangkum dalam sebuah wilayah yang
mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik. Simbol-simbol tersebut
telah dijadikan asas untuk memupuk nilai-nilai patriotisma, kebanggaan dan jatidiri
negara-bangsa dikalangan warganya. Antara simbol-simbol tersebut adalah institusi
perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain
yang dapat membentuk kesepaduan dikalangan warganya. Emerson pula menafsirkan
negara-bangsa sebagai rasa diri sebagai satu bangsa menghasilkan penciptaan satu
deria matlamat yang sama dan jatidiri yang sama. Manakala faktor mempercepatkan
jatidiri yang sama adalah wilayah, bahasa, tradisi sejarah yang sama dan saling
hubungan negara dan bangsa.
Tidak dinafikan terdapat banyak tafsiran tentang makna negara-bangsa. Namun
menurut Abdul Rahman Embong (2001:12), persoalan negara-bangsa secara
konseptual menjadi permasalahan penting disebabkan terdapat beberapa kekeliruan
mengenainya. Ini kerana ada pihak yang menganilisis perkara tersebut secara legalitis
dengan menghubungkannya dengan konsep warganegara dan ada pula yang

melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan sebagai sukar untuk terbentuk.
Kesimpulannya, pengkaji bersetuju bahawa negara-bangsa merupakan dimana
keseluruhan rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung)
politik yang sama. Manakala institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama,
budaya dan unsur-unsur sosial lain pula merupakan simbol-simbol yang dapat
digunakan bagi membentuk kesepaduan dan jatidiri dikalangan rakyat di dalam
negara-bangsa itu. Jelaslah bahawa pembinaan negara-bangsa sangatlah kompleks
untuk dilaksanakan tetapi adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia.
Penghayatan, pemahaman dan kepekaan daripada seluruh lapisan masyarakat adalah
amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan negara-bangsa yang unggul ini.
2.3 Konsep pembinaan negara-bangsa
Seperti yang kita maklumi bahawa negara-negara membangun dan Negara Dunia
Ketiga telah lama merdeka. Namun, permasalahan yang belum selesai sepenuhnya
adalah persoalan identiti nasional dan pembentukan bangsa dalam sebilangan besar
negara-negara tersebut. Persoalan ini amat penting dalam memastikan negara tersebut
terus wujud dan bertapak kukuh demi untuk membina sebuah tamadun bangsa yang
tinggi.
Kewujudan masalah membina negara-bangsa ini diperhatikan kerana kepelbagaian
dalam masyarakat. Menurut Rustam (1993), kebanyakan negara-negara itu dicirikan
oleh keanekaragaman ikatan primodial yang kuat dengan sistem-sistem kekerabatan,
kelompok, ras, bahasa, dan agama yang berbagai-bagai. Perbezaan yang ketara di
dalam masyarakat ini menghasilkan persaingan dan konflik etnik kerana diantara
mereka cuba untuk memperjuangkan falsafah dan cara mereka. Akhirnya
keanekaragaman inilah yang sering mengancam perpaduan dan kesatuan politik, serta
kehidupan berbangsa dan bernegara yang tulen.
Tambah Rustam (1993) lagi, dalam kebanyakan negara tersebut keupayaan membina
negara-bangsa melibatkan usaha melahirkan semacam rasa kesetiaan, penyertaan dan
identiti nasional yang melewati batasan-batasan sosial yang memisahkan kelompokkelompok di dalamnya. Usaha-usaha inilah yang diperhatikan sebagai titik tolak
terpenting dalam mewujudkan negara-bangsa. Untuk melaksanakan usaha-usaha tadi,
terlebih dahulu ditentukan elemen-elemen yang boleh mengikat semua masyarakat di
dalam negara itu supaya taat, setia dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain.
Elemen-elemen ini, selain daripada boleh membezakan masyarakat negara itu dengan
masyarakat negara lain di dunia, perlu juga didasari pada sejarah silam negara
tersebut. Ini untuk mempastikan bahawa rasa cinta dan kasih terhadap negara akan
berterusan dan abadi.
Seterusnya, pembinaan negara-bangsa akan mewujudkan persoalan apakah sifat dan
ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan negara dan masyarakat berkenaan. Asnarulkhadi
dan Jayum (1997: 13) menyatakan terdapat tiga ciri yang boleh dikaitkan dengan
sebuah negara yang sudah mempunyai budaya sivik iaitu; 1) masyarakat ini hidup
aman damai tanpa dipisahkan oleh elemen-elemen sempit khasnya etnik, kedaerahan,
kebudayaan dan kepercayaan; 2) sebilangan besar ahli masyarakat berpegang kepada
ideologi politik yang sama dan 3) kepercayaan kepada sistem pemerintahan dan
undang-undan negara masih tinggi. Asnarulkhadi dan Jayum (1997: 3) menambah lagi
bahawa dalam konteks Malaysia khasnya dan pengajian sains politik dan kerajaan

amnya, konsep perpaduan, intergrasi dan negara-bangsa boleh dilihat sebagai tingkat
yang berbeza .
Rustam A. Sani (1993) pula mengaitkan negara-bangsa yang dibentuk pada asasnya
adalah komuniti politik yang bersifat simbolis, dan dalam zaman moden komuniti
politik itu seolah-olah dianggap lazim. Terdapat tiga syarat yang akan menentukan
komuniti itu menjadi lazim iaitu; 1) para anggota atau warganya mengesahkan
kewujudan komuniti tersebut; 2) keanggotaannya dalam komuniti tersebut iaitu
melalui ikatan hak dan tanggungjawab dengan wilayah kewibawaannya dan 3)
hubungan kesetiaan dengan simbol-simbol yang menjadi asas komuniti politik itu.
Seterusnya Fauzi Basri (1997) pula, menyatakan terdapat empat faktor penting dalam
pembinaan negara-bangsa iaitu ancaman dari luar, gaya politik pemimpin, kehadiran
satu bahasa yang sama dan pembentukan satu ideologi yang dapat menafsirkan
matlamat negara-bangsa itu. Fauzi Basri juga merumuskan bahawa dalam soal
membina negara-bangsa ternyata kewujudan satu bahasa amat berkesan kepada
generasi muda dan satu pilihan bijak yang terbukti menjadi alat perpaduan antara
kaum.
Perbincangan secara konseptual ini menampakkan betapa rumitnya agenda pembinaan
negara-bangsa untuk direalisasikan pada keadaan masyarakat yang sebenar. Halangan
dan cabaran yang dihadapi bukan sahaja berat malah juga sesautu yang amat
kompleks. Cabaran yang utama dan harus ditangani sebaik mungkin ialah
melaksanakan dan mengimplimentasikan perancangan dan pelan dalam proses
pembinaan negara-bangsa itu. Tanpa kesungguhan dalam melaksanakan perancangan,
pastinya negara-bangsa akan menjadi lemah terutamanya pada abad ini yang penuh
cabaran akibat dilanda oleh arus kesejagatan atau globalisasi.
Perbincangan seterusnya meneliti apakah persoalan negara-bangsa ini masih relevan
lagi bagi menghadapi abad-abad yang akan datang. Untuk itu, Abdul Rahman
Embong (2001:21) menyatakan persoalan negara-bangsa tetap mengambil tempat
yang penting dalam wacana yang menangani pelbagai cabaran abad ke 21. Samada
sesautu pandangan itu menekankan pentingnya peranan negara-bangsa mahupun
sebaliknya, konsep ini tetap menjadi rujukan.
Jesteru, Abdul Rahman memberi hujah mengatakan bahawa memang benar
kepentingan negara-bangsa sudah menurun dengan syarikat-syarikat transnasional
melakukan perniagaan 24 jam sehari, pengaliran maklumat berlaku tanpa henti
menembusi sempadan negara-bangsa, migrasi melewati perbatasan berlaku terus
menerus dan pemerintah sesautu negara tidak berupaya untuk mengawalnya. Namun
dari segi realpolitik hari ini, negara-bangsa masih menjadi rujukan dan tindakan
utama dan penting dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan
dan sebagainya. Sebagai contohnya tiga buah naga Asia timur iaitu Taiwan, Korea
Selatan dan Singapura menjadikan negara sebagai kerangka rujukan dan tindakan,
malah sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi mereka. Selain itu, apabila
berdepan dengan pelbagai cabaran baru, orang ramai secara spontan akan merujuk
kepada negara-bangsa masing-masing bagi penyelesaiannya. Ini bermakna negarabangsa tetap menjadi pelaku utama dan penting yang terus berusaha mencapai
kedudukan yang lebih unggul dan mengatasi negara lain. Globalisasi dalam batas

tertentu telah melemah negara-bangsa tetapi tidak mungkin dapat menggantikan atau
mencampakkannya.
Hujah dari Abdul Rahman Embong (2001) ini merupakan reaksi dan ulasannya
daripada hujah-hujah oleh Kenichi Ohmae, iaitu seorang pakar strategi dan guru ilmu
perniagaan, didalam bukunya The End of Nation State: How Regional Economies
Will Soon Reshape the World (1995). Ohmae adalah seorang pengamat yang menolak
kerelevanan dan kepentingan negara-bangsa. Menurutnya era penghujung abad ke 20
dan awal abad ke 21 adalah era berakhirnya negara-bangsa. Hujahnya yang paling
utama ialah terbinanya dunia tanpa sempadan dimana setiap negara diasaskan oleh
kecanggihan teknologi dan bergantung kepada jaringan aliran maklumat secara
global. Maksudnya, sesautu tempat yang terdedah kepada pengaliran maklumat,
walau sejauhmana pun ianya tidak menjadi halangan untuk merebut pasaran.
Sekaligus, sempadan negara-bangsa tidak lagi bererti. Tambahnya lagi, peranan
negara-bangsa akan diambil alih oleh negara wilayah. Negara-bangsa hanya akan
bertindak sebagai pemangkin bagi aktiviti-aktiviti negara-wilayah tadi.
Berbeza dengan Ohmae, John Naisbitt (1994) pula menyenaraikan faktor-faktor yang
menunjukkan negara-bangsa masih memainkan peranan penting dan masih relevan.
Pertamanya dilihat melalui pertambahan tiga kali ganda anggota Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB). Jika pada tahun 1945 ianya bermula dengan disertai 51 buah
negara kini sudah dianggotai oleh 184 negara (hal. 9). Ini melihatkan bahawa di satu
pihak peri pentingnya negara-bangsa semakin merosot tetapi di pihak lain semakin
banyak pula negara-bangsa yang muncul.
Kedua, runtuhnya negara kesatuan seperti Soviet Union menjadi negara-negara kecil,
tidak bererti konsep negara-bangsa itu sudah tidak penting malah sebaliknya proses
itu diimbangi oleh pembentukan semula negara-bangsa. Ini satu bukti emperikal
tentang hakikat bahawa sentimen bangsa merupakan gerak kuasa politik dan budaya
yang cukup kuat dalam menentukan arah perkembangan sejarah zaman ini di wilayah
bekas blok Soviet, termasuklah di rantau Balkan.
Ketiga, berbanding dengan abad ke-19 yang digelar sebagai Abad Eropah, dan abad
ke-20 sebagai Abad Amerika, abad ke-21 pula diramalkan oleh ramai pemerhati
sebagai Abad Asia. Ini disebabkan oleh perkembangan ekonomi, khususnya ekonomi
negara-negara di Asia Timur. Namun begitu, perlu ditunjukkan di sini bahawa
perkembangan negara-negara ini adalah dalam kerangka negara-bangsa dan tidak
kebetulan serta terpisah daripada kerangka itu. Jepun, misalnya menekankan
pentingnya peranan negara dalam pembangunannya, samada pada zaman
Kebangkitan Meiji selepas 1868, dan lebih-lebih lagi dalam pembangunan semula
negara itu bermula tahun 1950-an, setelah kehancurannya dalam Perang Dunia Kedua.
Selain itu, perang perdagangan hari ini diantara Amerika Syarikat dan Jepun jelas
menunjukkan kedua-duanya bertindak dengan kepentingan ekonomi negara masingmasing sebagai titik tolak utama, sekalipun ekonomi mereka paling sejagat sifatnya.
Keempat, dari segi bahasa memang benar bahasa Inggeris sudah menjadi bahasa
universal yang digunakan oleh lebih satu billion penduduk dunia. Oleh itu,
mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi mereka yang
bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris memang amat perlu (hal. 26). Tetapi seperti
yang ditegaskan oleh Naisbitt, semakin bahasa Inggeris menduduki status universal
dan menjadi bahasa kedua kebanyakkan orang, semakin penting pula tekanan yang
diberikan kepada bahasa ibunda yang diperjuangkan oleh bangsa-bangsa berkenaan di

merata dunia. Menurutnya, di Iceland setiap orang menggunakan bahasa Inggeris


sebagai bahasa kedua tetapi mereka tetap melindungi dan menghormati bahasa
mereka. Dengan kata lain, mengutamakan dan memperjuangkan bahasa sendiri
sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha pembinaan
negara-bangsa menjadi arus yang selaras dengan arus global itu sendiri.
Kesimpulannya daripada pandangan Naisbitt ini, negara-bangsa masih tetap relevan
dan akan terus menjadi unit rujukan dan tindakan kebanyakan orang di dunia. Di
Malaysia, pembinaan negara-bangsa bukan sahaja relevan, malah menjadi satu
kemestian sejarah yang amat perlu bagi menjamin keutuhan Malaysia sebagai salah
satu pelaku utama di pentas dunia pada abad ke-21 (Abdul Rahman Embong,
2001:25). Oleh itu, pengkaji bersetuju dan pasti bahawa negara-bangsa akan terus
memainkan peranan penting dan relevan untuk abad-abad mendatang. Kepastian
bahawa negara-bangsa masih perlu dan amat relevan di Malaysia ini, menuntut
kepada tindakan susulan yang boleh merealitikan pembentukannya.

2.4 Pembinaan negara-bangsa Malaysia


Secara umumnya, menampakkan bahawa negara yang diimpikan oleh Perdana
Menteri ialah sesebuah negara yang seolah-olah tidak lagi mempunyai berbilang
kaum, tetapi hanya satu bangsa iaitu bangsa Malaysia
Daripada penyataan diatas mengambarkan matlamat negara-bangsa Malaysia yang
akan dibentuk akan memudarkan pengenalan berdasarkan kaum yang ada sekarang,
sebaliknya keseluruhan rakyat Malaysia akan diperkenalkan dengan panggilan bangsa
Malaysia. Namun sebenarnya kenyataan di atas tidaklah dapat mengambarkan
keseluruhan bentuk negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk kerana proses
pembinaan negara-bangsa ini sebenarnya adalah lebih luas dan tidak hanya dikenali
melalui luarannya sahaja. Walau bagaimanapun proses pembinaan negara-bangsa di
Malaysia pada masa ini sebenarnya berada pada tahap yang paling sesuai dan
kondusif untuk dirancang dan dilaksanakan secara serius bermula pada masa sekarang
kerana keadaan politik dan ekonominya yang stabil.
Dalam membincangkan pembinaan negara-bangsa, Dahlan (1997) mengatakan selalu
disebut-sebut dua perkara yang perlu ditangani serentak; pertama, persoalan tanah
yang diselesaikan secara politik seperti perjuangan politik demi mencapai
kemerdekaan bagi sebuah wilayah yang jelas sempadannya dan kedua, persoalan
penduduk yang merangkumi perjuangan budaya yang diungkapkan secara intelektual
politik untuk mengisi kemerdekaan dengan agenda kebebasan, kedaulatan dan
penghormatan sebagai sebuah bangsa berkeperibadian dan keperwatakan rasional
tersendiri. Secara amnya, di Malaysia perkara pertama tadi iaitu persoalan tanah telah
dianggap selesai. Manakala perkara kedua iaitu persoalan penduduk itulah yang
menjadi isu dan perbincangan hingga kini dalam melahirkan negara-bangsa Malaysia.
Perbincangan terlebih dahulu melihat kepada sejarah bagaimana terbentuknya negara
Malaysia. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 dan bersama
Sabah dan Sarawak membentuk negara Malaysia pada 16hb September 1963. Negara
Malaysia telah melalui proses suka duka. Pada tahun 1941, British telah gagal

mempertahankan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan membiarkan orang Melayu
dan Bumiputera mengalami kesusahan pada zaman Jepun. Tidak cukup dengan itu,
Malayan Union telah dipaksa ke atas orang Melayu sebagai satu denda politik kepada
mereka yang dikatakan bersubahat dengan Jepun. Orang Melayu yang longlai,
bingkas bangun bersatu menumbangkan Malayan Union yang dianggap
menghilangkan identiti Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Perjanjian Tanah
Melayu 1948 telah mengubah corak politik dan memulakan proses pembinaan negarabangsa Persekutuan. Perkongsian kuasa bermula dengan pemberian kewarganegaraan.
Pembinaan negara-bangsa Malaysia terus melangkah kehadapan melalui
penggabungan tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.
Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia, yang menjadi masalah untuk kita
membina negara-bangsa adalah merupakan kesan daripada penjajahan iaitu
berlandaskan kepada dasar pemisahan kaum yang diamalkan oleh penjajah British
yang lebih dikenali sebagai dasar pecah perintah. Akibat daripada itu, terwujudnya
jarak sosial serta segregasi antara kaum yang telah menyulitkan langkah untuk
mewujudkan perpaduan.
Masalah perpaduan ini mencapai klimaksnya, apabila terjadi peristiwa berdarah pada
13 Mei 1969 iaitu selepas enam tahun pembentukan Malaysia. Keadaan darurat akibat
perbalahan antara kaum itu, telah menjejaskan pembangunan dan kesejahteraan
negara kita yang baru dibina pada masa itu. Ini jelas mengambarkan perpaduan
merupakan isu yang penting bagi memulakan proses pembinaan negara-bangsa oleh
sesebuah negara yang baru merdeka dan berdaulat. Tanpa perpaduan, urusan
pentadbiran akan menjadi lemah dan seterusnya menjuruskan kepada perkara-perkara
yang boleh mengugat dan melumpuhkan kembali kedaulatannya.
Perpaduan menurut Asnarulkhadi dan Jayum (1997), merupakan langkah pertama
dimana pada peringkat ini penyatuan masyarakat pelbagai ras atau etnik boleh dicapai
apabila wujud satu keinginan untuk bersatu secara fizikal (ruang- iaitu berada pada
tempat yang sama tanpa bergaduh) dan mental (pemikiran- iaitu bersetuju tentang
suatu matlamat). Kesimpulan daripada itu, Asnarulkhadi dan Jayum (1997)
menyimpulkan pada masa kini bahawa Malaysia telah jelas melalui tingkat pertama
(perpaduan) dengan cemerlang. Perpaduan yang dimaksudkan, dilihat melalui
kejayaan kerjasama dalam banyak bidang terutama sekali dari pakatan politik dalam
Barisan Nasional yang unggul dan juga disokong oleh dasar-dasar ekonomi negara
yang mempromosikan perpaduan nasional.
Integrasi pula merupakan langkah kedua yang merupakan penyatuan yang lebih kuat
dan sempurna di dalam masyarakat. Ia lebih kepada penyatuan yang lebih lengkap
hingga ke tahap sanggup dan bersedia untuk bersatu dari segi biologikal seperti
kahwin campur. Integrasi ini akan dapat membantu proses pembinaan negara-bangsa.
Maka dengan itu, isu perpaduan dan integrasi sentiasa dititik beratkan bukan sahaja di
Malaysia tetapi juga diperingkat global kerana dua perkara penting ini menjadi asas
kepada terbentuknya negara-bangsa.
Berdasarkan pendapat Asnarulkhadi dan Jayum (1997), negara-bangsa itu melebihi
makna perpaduan dan integrasi. Malah ia merupakan tingkat teratas antara ketiga-tiga
konsep tersebut. Oleh itu negara-bangsa pastinya lebih sukar untuk direalitikan
berbanding dengan konsep perpaduan dan integrasi.

Perbincangan seterusnya merangkumi asas dan ciri-ciri dalam membicarakan


pembentukan negara-bangsa Malaysia. Abdul Rahman Embong (2001), menyatakan
dua fenomena sejarah yang sangat penting untuk diambil kira apabila membincangkan
asas pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu; 1) kelahiran dan perkembangan bangsa
Melayu dalam sejarah alam Melayu termasuk Tanah Melayu dan 2) kelahiran
masyarakat berbilang kaum sejak pertengahan abad ke-19. Ciri-ciri bangsa Malaysia
itu harus merangkumi dan mencerminkan kedua-dua ciri pensejarahan ini, yakni
kesinambungan sejarah dan masa kini.
Rustam A. Sani (1993: 26) pula mengatakan unsur-unsur penting dalam pembentukan
bangsa Malaysia merupakan ciri-ciri kebumiputeraan, peranan bahasa Melayu dan
unsur budaya. Tambahnya, unsur budaya perlulah mempunyai satu titik rujukan yang
menjadi ciri penentu keperibadiannya, yang membezakannya daripada bangsa-bangsa
lain dan dengan itu menjadi daya penyatu didalam negara-bangsa Malaysia.
Bagi membincangkan faktor-faktor mempengaruhi pembinaan negara-bangsa
Malaysia pula, Azizi Ismail (1997), membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga faktor
utama yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia iaitu faktor politik,
ekonomi, sosial. Dua penulis lain juga bersetuju untuk meletakkan tiga faktor itu
sebagai faktor utama iaitu Jayum (1997), Ranjit Singh (1995). Kajian ini akan
menerima dan mengadaptasikan ketiga-tiga faktor utama ini di dalam menghuraikan
persepsi-persepsi mahasiswa terhadap konsep pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Secara umumnya, pengkaji-pengkaji lepas bersetuju meletakkan penggabungan parti
politik melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional sebagai faktor politik yang
mampu memberi kesan positif yang besar kepada agenda pembinaan negara-bangsa
Malaysia. Azizi Ismail (1997), menjelaskan bahawa penggabungan parti politik ini
yang meliputi wakil-wakil hampir keseluruhan etnik dari Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak membuktikan pemimpin semua kaum yang ada di dalam
Malaysia mempunyai hasrat untuk mewujudkan keadaan harmoni dan jauh dari
perasaan syak wasangka dengan harapan akan lahirlah negara-bangsa Malaysia. Abu
Hassan Othman (1997) menyatakan melalui penggabungan ini, segala isu dan
masalah yang berkaitan dengan etnik masing-masing dapat diselesaikan melalui
perundingan dan konsensus. Prinsip rundingan, tolak ansur dan konsensus ini telah
memberikan kestabilan politik serta pembangunan ekonomi yang pesat.
Asnarulkhadi dan Jayum (1997), juga menyatakan bahawa di dalam bidang politik,
muafakat boleh terus dipupuk sebagai ciri atau asas negara-bangsa. Ini adalah bidang
yang sudah berjaya digunakan sejak kemerdekaan negara dan ia merupakan bidang
yang tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak berpandangan sempit. Fauzi
Basri (1997), pula menjelaskan tentang isu-isu dalam faktor politik yang lain iaitu hak
mengikut perlembagaan yang memelihara dan melindungi hak semua warganegara
Malaysia tanpa diskriminasi, perwakilan pengundi dalam kawasan pilihan raya,
perwakilan dalam kabinet dan penyertaan dalam Perkhidmatan Awam. Isu-isu ini
menjadi faktor yang mempercepatkan wujudnya bangsa Malaysia jika ditangani
sebaik mungkin dan boleh menjadi sebaliknya jika tidak diselesaikan.
Melalui perspektif ekonomi pula, Azizi Ismail (1997) menjelaskan dengan adanya
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan berjaya mengurangkan
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan

lagi hubungan perpaduan sesama kaum yang ada dan membuktikan faktor ekonomi
sememangnya mempengaruhi proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Abu Hassan Othman (1997) pula menyatakan walaupun DEB merupakan program
afirmatif yakni membantu pembangunan bumiputera, namun bukan bumiputera juga
turut mendapat faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek pembangunan
menerusi dasar ini. DEB telah membawa perubahan signifikan dalam penyusunan
semula masyarakat Malaysia. Namun begitu Dasar Ekonomi Baru juga tidak dapat
lari daripada kelemahannya apabila mendapat sedikit sebanyak penentangan daripada
orang bukan Melayu. Menurut Hasmadi (1997), masyarakat bukan Melayu
terutamanya orang Cina tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara dasar
itu dilaksanakan. Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana
dasar ini mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan
pendidikan
Dari sudut sosial pula, Azizi Ismail (1997) menyatakan terdapat empat unsur penting
yang mempengaruhi pembentukkan negara-bangsa Malaysia iaitu Rukun Negara,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa
Kebangsaan. Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 antara lain bercitacita melahirkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka terhadap pelbagai cara
hidup rakyat pelbagai keturunan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 pula digubal dengan matlamat utamanya ialah
untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Ahmad Atory
Hussain (1987) bersetuju bahawa satu daripada cara untuk membentuk satu bangsa
Malaysia ialah melalui sistem pendidikan. Tambahnya lagi, langkah kerajaan hendak
mengadakan sekolah satu bumbung, tiga kaum berada pada satu bumbung dan pada
satu padang permainan adalah sangat-sangat dialu-alukan. Satu perkembangan positif
dalam pendidikan merupakan matlamat yang ditetapkan oleh pemerintah untuk
menambah bilangan pelajar tingkat tinggi daripada 17.4 peratus daripda kelompok
umur 18-22 tahun yang terdapat pada hari ini kepada 40 peratus menjelang 2020,
yakni satu peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam lebih dua dasawarsa ini.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga merupakan isu penting dalam mewujudkan
negara-bangsa Malaysia. Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada kebudayaan
negara yang rasmi dan bersifat formal tetapi merentasi batasan etnik (Ahmat Adam,
1997). Ini beerti dalam konteks Malaysia, ia bersifat sepunya dan rasmi bagi semua
kaum dan mencerminkan kemalaysiaannya. Dasar ini diwujudkan bertujuan
merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar semua rakyat dapat
bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya tersendiri. Abu
Hassan (1997), menyatakan bahawa amalan aktiviti budaya yang melibatkan
penyertaan pelbagai kaum pasti akan dapat menyumbang kepada pembinaan negarabangsa. Ini menunjukkan peripentingnya isu-isu budaya ditangani sebaik mungkin
supaya ianya mempercepatkan kewujudan bangsa Malaysia.
Bagi mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu daripada pelbagai keturunan,
agama, kebudayaan dan wilayah satu bahasa kebangsaan amatlah diperlukan. Maka
bahasa kebangsaan diwujudkan dengan panggilan bahasa Malaysia. Isu-isu mengenai
bahasa kebangsaan ini merupakan faktor yang dianggap penting oleh pengkajipengkaji lepas mengenai pembinaan negara-bangsa Malaysia. Azizi Ismail (1997),

menyatakan Bahasa Malaysia sebenarnya unsur dominan yang boleh menyatupadukan


semua kaum dan bangsa di Malaysia.
Fauzi Basri (1997) pula menyatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
adalah satu pilihan bijak dan mampu serta terbukti menjadi alat perpaduan. Oleh itu
jelaslah bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa sepunya ini merupakan satu unsur
utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Penggunaan dan penguasaan
bahasa Malaysia secara meluas akan berperanan sebagai wahana pembentukan identiti
kebangsaan.
Setelah membincangkan mengenai faktor-faktor pembinaan negara-bangsa Malaysia,
perbincangan seterusnya pula melibatkan masalah-masalah yang dihadapi dalam
membentuk negara-bangsa Malaysia. Dalam konteks ini, Abu Hassan (1997)
menyatakan lima faktor-faktor penghalang dalam proses pembinaan negara-bangsa
Malaysia iaitu; 1) pemisahan ras dan etnik; 2) pemisahan wilayah; 3) parti-parti
politik berteraskan etnik; 4) nilai parokialisma dan sikap prejudis; serta 5)
permasalahan sosial.
Pemisahan ras dan etnik ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud
disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa,
pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan
perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesautu kumpulan etnik atau
sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan.
Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya.
Pemisahan wilayah pula dilihat diantara yang maju dan kurang maju. Identifikasi
melalui bandar yang didiami oleh kaum bukan bumiputera yang lebih maju dan luar
bandar yang didiami oleh bumiputera yang kurang maju masih lagi wujud. Beberapa
negeri juga seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih
menampakkan gejala kadar kemiskinan yang tinggi.
Parti-parti politik yang berteraskan kumpulan etnik memang wujud dan setiap parti
politik dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan kumpulan etnik masing-masing.
Walaupun secara amnya parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul konflik
dikalangan parti-parti komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan
hubungan antara kaum.
Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap
prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih
menjadi perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan
dikalangan penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa yang jika
tidak dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada
pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan
sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan,
pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya.
2.5 Rumusan

Rustam A. Sani (1993) menyatakan Malaysia sesungguhnya merupakan a nation


without nationalism. Ini bermakna kita masih belum berjaya merealisasikan sebuah
bangsa yang mempunyai ideologi yang unggul. Dalam erti kata mudah, proses
mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua
penduduk Malaysia masih belum lagi sempurna sepenuhnya. Dan pada pengamatan
pengkaji, jika proses ini mencapai satu tahap yang tinggi barulah terwujudnya
nasionalisme Malaysia yang sejati. Sekaligus matlamat membina negara-bangsa itu
pastinya tercapai.
Namun, tahap pencapaian Malaysia pada masa kini untuk menjadi negara-bangsa
sebenarnya adalah dalam keadaan yang baik. Perubahan cara hidup antara kaum kian
nyata dan lebih baik jika dibandingkan sebelum 13hb Mei 1969. Jika kaum muda
tidak diracuni dengan unsur-unsur perkauman, sebaliknya diyakini tentang nilai
bersama yang dapat memupuk perpaduan, proses pembinaan negara-bangsa Malaysia
akan lebih segera terlaksana.
Oleh yang demikian, untuk membina negara-bangsa Malaysia yang unggul, strategi
pembangunan negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang
bersepadu, iaitu menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani
di samping pembangunan ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik
mungkin. Dengan itu negara akan mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi
dan pembinaan negara-bangsa yang bersepadu berlandaskan acuannya yang tersendiri
akan terlaksana.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian atau kaedah penyelidikan kajian ini, sebenarnya dapatlah
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu 1) penyelidikan perpustakaan dan 2) melibatkan
survei melalui pengedaran borang soal selidik.
3.1 Penyelidikan perpustakaan
Konsep negara-bangsa merupakan satu konsep baru yang dibincangkan di Malaysia.
Oleh itu pengkaji telah membuat penyelidikan perpustakaan untuk menguasai konsep
ini. Data-data untuk penyelidikan perpustakaan ini datangnya daripada buku-buku
hasil tulisan pengkaji-pengkaji dan sarjana-sarjana terdahulu yang berkaitan dengan
tajuk kajian. Data-data juga diperolehi dari jurnal-jurnal, artikel-artikel dari majalah
dan suratkhabar yang relevan dan sesuai dengan tajuk kajian. Data-data ini diolah dan
diadaptasi, namun keaslian dari sumber pengkaji dan penulis asalnya adalah amat
dititik beratkan.

Langkah pertama yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan mendapatkan data dari
sumber di perpustakaan tentang konsep negara-bangsa secara am. Setiap perkara yang
berkaitan negara-bangsa, walaupun tidak mengenai negara Malaysia diteliti untuk
menguasai konsep asas negara-bangsa dan definisi-definisinya.
Langkah kedua, pengkaji berusaha untuk mencari data-data berkaitan pembinaan
negara-bangsa di Malaysia. Hakikatnya, data-data tentang negara-bangsa di Malaysia
ini amatlah kurang berbanding kajian di luar Malaysia. Kebanyakkan kajian adalah
banyak tertumpu kepada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan
negara-negara di Eropah. Untuk mengatasi kebuntuan dan kesukaran ini, pengkaji
terpaksa juga menelaah dan mencari apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan
sistem ekonomi, politik dan sosial Malaysia. Data-data yang diperolehi diolah dan
diadaptasi supaya selaras dengan tajuk kajian. Langkah seterusnya, barulah pengkaji
membentuk borang soal selidik untuk mendapat data-data melibatkan survei
dikalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
3.2 Pengedaran Borang Selidik
Selepas membuat penyelidikan perpustakaan, pengkaji menjalankan kaedah kedua
iaitu untuk mendapatkan data-data daripada pengedaran borang soal selidik. Perkaraperkara bagi kaedah tersebut adalah seperti berikut:
3.2.1 Lokasi kajian
Kajian ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Sepuluh buah fakulti di UPM telah terlibat, yang mana 3 buah fakulti merupakan
fakulti sastera iaitu Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi manakala tujuh buah fakulti lagi merupakan fakulti
sains iaitu Fakulti Sains Perubatan, Fakulti Sains Komputer, Fakulti Sains dan Alam
Sekitar, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti
Perhutanan dan Fakulti Pertanian.
3.2.2 Persampelan
Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang mahasiswa dan menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah iaitu secara Convenience. Responden telah dipilih oleh
pengkaji secara rawak tanpa mengira latarbelakang responden dan tanpa mengira
perkaitan atau hubungan responden dengan pengkaji seperti kawan dan sebagainya.
Responden yang terpilih mempunyai latarbelakang yang berbeza antara mereka bagi
mewujudkan kebolehpercayaan sampel.
3.2.3 Rekabentuk dan Instrumentasi
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian penyelidikan campuran yang melibatkan
survei melalui pengedaran borang soal selidik. Satu set borang soal selidik digunakan
untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi mahasiswa terhadap proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia bagi menjawab objektif kajian. Soalan-soalan
yang dibentuk adalah berbentuk aneka pilihan. Borang soal selidik yang dibentuk

adalah hasil perbincangan dengan penyelia kajian ini. Soalan didalam borang soal
selidik merangkumi kepada lima bahagian :
1. Bahagian A
Soalan berkaitan latarbelakang seperti :
a) Umur b) Tahun pengajian
c) Program pengajian d) Jantina
e) Aliran pengajian f) Tempat asal
g) Kaum
2. Bahagian B
Pendedahan mahasiswa terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Soalan-soalan adalah berbentuk Skala Likert.
3. Bahagian C
Persepsi mahasiswa terhadap faktor-faktor utama dalam proses pembinaan negarabangsa Malaysia. Soalan-soalan adalah berbentuk Skala Likert
4. Bahagian D
Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu semasa dan perkara berkaitan dalam proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia. Soalan-soalan adalah berbentuk Skala Likert
5. Bahagian E
Persepsi mahasiswa terhadap ciri-ciri asas dalam pembentukan negara-bangsa
Malaysia. Soalan-soalan adalah berbentuk Skala Likert
3.2.4 Pembolehubah
Pembolehubah bersandar bagi kajian ini adalah persepsi-persepsi daripada responden
terhadap proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Manakala pembolehubah tidak
bersandar yang terpilih dalam kajian ini adalah ciri-ciri latarbelakang seperti jantina,
tempat asal, keturunan dan agama.
3.2.5 Pengumpulan Data
Pengumpulan data melalui borang soal selidik ini telah dipra-uji terlebih dahulu ke
atas beberapa orang mahasiswa di UPM bagi menentukan kesesuaian dan mudah
difahami serta menepati objektif kajian. Pengumpulan data ini telah dilaksanakan
pada minggu ketiga dan kempat semester Mei 2002 ini. Ianya telah dibantu oleh
beberapa orang rakan pengkaji bagi mengedarkan borang soal selidik.
3.2.6 Analisis data
Data yang diperolehi daripada borang selidik di analisis dengan menggunakan
program Statistical Package For The Social Science (SPSS for Windows, Version
11.0). Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik diskriptif iaitu dalam
bentuk kekerapan dan peratus dan selain daripada menggunakan kaedah Crosstab
(peratus, min, mod dan median) untuk menjelaskan antara pembolehubah yang dikaji.

Bab 4
maklumat lanjut
sila email: schumirossi01@yahoo.com
BAB 5
RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN
Bab ini akan membentangkan kesimpulan kajian iaitu mencakupi hasil kajian dan
kaitannya serta kepentingan kepada proses pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Berdasarkan daripada penemuan kajian juga, beberapa cadangan dikemukakan agar
dapat memberi manfaat kepada perkembangan dan proses pembinaan negara-bangsa
Malaysia serta panduan kepada pengkaji-pengkaji akan datang.

RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan persepsi-persepsi mahasiswa


terhadap proses di dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Daripada keseluruhan
analisis kajian, pengkaji merumuskan terdapat dua elemen iaitu elemen positif dan
elemen negatif. Elemen positif yang dimaksudkan disini ialah dapatan kajian yang
dikenalpasti sebagai boleh mempengaruhi dan membantu mempercepat proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia. Manakala elemen negatif pula merupakan
dapatan kajian yang dikenalpasti sebagai kelemahan dan mampu membantutkan
proses kewujudan negara-bangsa Malaysia jika tidak dilakukan tindakan susulan.

Elemen-elemen positif daripada hasil kajian


Secara amnya, kajian ini mendapati bahawa sudah ada pendedahan yang cuba
diberikan kepada mahasiswa di UPM. Salah satu kemungkinan mengenai pendedahan
ini dikenalpasti (seperti di dalam bab hasil kajian) melalui kursus Kenegaraan
Malaysia yang memasukkan konsep negara-bangsa Malaysia ke dalam isi
kandungannya dan diwajibkan kepada semua mahasiswa di UPM untuk
mengikutinya. Hasilnya sebahagian besar mahasiswa yang berada tahun kedua ke atas
dikenalpasti telah pernah mendengar atau terbaca perkataan negara-bangsa. Namun
keadaan ini berbeza dengan sebahagian besar pelajar semester satu yang masih belum
mengikuti kursus ini apabila mereka mengatakan belum pernah terdengar dan terbaca
mengenai perkataan negara-bangsa ini.
Walaupun mahasiswa ini berasal dari pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti
keturunan, agama, wilayah asal, tempat asal dan lain-lain namun sesuatu yang
mungkin dapat dibanggakan dalam kajian ini ialah sebahagian besar mereka
mempunyai persepsi yang positif terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

pembinaan negara-bangsa Malaysia. Penerimaan positif terhadap faktor-faktor ini


adalah amat perlu kerana kesedaran mereka pastinya membantu secara langsung
mempercepatkan kewujudan negara-bangsa Malaysia. Pengkaji mengakui masih
terdapat segelintir responden yang mempunyai persepsi negatif terhadap faktor-faktor
yang digariskan itu, namun perwakilan yang jelas diwakili sebahagian besar
responden sudah menampakkan kematangan responden dalam menilai sesuatu perkara
berkaitan tanpa menggunakan elemen-elemen yang sempit.
Berdasarkan pendapat Asnarulkhadi dan Jayum (1997), muafakat di dalam bidang
politik merupakan satu bidang yang sudah berjaya digunakan untuk mencapai
perpaduan dan tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak berpandangan sempit.
Oleh itu, kajian ini mendapati majoriti responden bersetuju bahawa muafakat yang
dimaksudkan itu (penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum) merupakan faktor
utama yang telah menjuruskan perpaduan antara kaum. Secara tidak langsung
keadaan ini mengambarkan kematangan responden menilai faktor politik ini tanpa
elemen sempit seperti politik kepartian, kepercayaaan dan sebagainya.
Analisis data juga mengambarkan keyakinan yang padu daripada mahasiswa bahawa
apabila sebahagian besar mahasiswa menegaskan bahawa kewujudan Bangsa
Malaysia tidak mustahil untuk dicapai walaupun terdapat perbezaan agama,
kebudayaan dan etnik. Selain itu, didapati mahasiswa sedar dan percaya bahawa kadar
kemiskinan yang tinggi mampu mengugat perpaduan antara kaum. Persepsi-persepsi
seperti ini akan mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tindakan mereka supaya
menjurus kepada sesuatu yang positif untuk pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Satu unsur dominan dalam menegakkan negara-bangsa yang dicita-citakan adalah
peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan ini tidak
harus sekadar bersifat simbolis dan pentadbiran tetapi seharusnya berperanan sebagai
bahasa perantaraan dalam segala aspek dan peringkat kehidupan sosial dan kehidupan
berbangsa di negara ini (Rustam Sani, 1993). Analisis data menunjukkan hampir
keseluruhan mahasiswa mengunakan Bahasa Malaysia di dalam kehidupan harian
mereka. Bahasa kebangsaan yang digunakan oleh mereka boleh menjadi titik penentu
untuk berkongsi identiti nasional yang tersendiri. Kesediaan dan penerimaan untuk
menggunakan bahasa kebangsaan ini juga mampu menjadi penghubung yang
berkesan dan alat membentuk perpaduan antara kaum yang lebih utuh.
Pembentukan sebuah kebudayaan sepunya yang diasaskan pada nilai-nilai akhlak
yang murni dan ketamadunan manusiawi yang sejagat adalah keperluan supaya
selaras dengan tujuan membina sebuah negara-bangsa yang beradab dan maju.
Kemajmukan rakyat di Malaysia menjadikan pembentukan kebudayaan kebangsaan
ini menjadi persoalan yang rumit. Namun dapatan kajian ini mendapati bahawa lebih
separuh daripada keseluruhan mahasiswa percaya bahawa sudah terdapat kebudayaan
sepunya yang jelas di Malaysia. Persepsi sebegini sekurang-kurangnya dapat
mengambarkan keyakinan dikalangan golongan muda bahawa pembentukan satu
kebudayaan kebangsaan ini mampu dilaksanakan. Persoalan rumit atau tidak,
pembentukan dan pengembangan falsafah sepunya, sebuah kebudayaan sepunya yang
kita namakan kebudayaan kebangsaan yang bercirikan Malaysia dan berdiri atas
prinsip-prinsip budi, akhlak dan etika hendaklah dilakukan secepat mungkin serta
dengan perancangan yang tersusun (Ahmat Adam, 1997).
Salah satu elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara-bangsa ini ialah

sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya


(Abu Hassan Othman, 1997). Namun sistem persekolahan yang masih terpisah
berdasarkan etnik dilihat menghalang integrasi kaum yang lebih utuh daripada
tercapai. Oleh itu, pada pemerhatian pengkaji cadangan penubuhan sekolah wawasan
atau apa sahaja penubuhan sekolah yang dapat menyatukan tiga kaum utama ini
adalah menjadi isu penting dalam pendidikan yang dapat mempercepatkan proses
pembinaan negara-bangsa Malaysia jika dapat ditangani sebaik mungkin. Analisis
data menunjukkan bahawa majoriti mahasiswa bersetuju perlaksanaan Sekolah
Wawasan mampu merapatkan lagi perhubungan antara kaum jika dapat dilaksanakan.
Satu lagi penekanan yang perlu diberi perhatian ialah pentingnya pendidikan
didedahkan kepada seramai mungkin rakyat kerana melalui pendidikan, pembentukan
nilai dan sikap keterbukaan dapat diwujudkan (Abu Hassan Othman, 1997).
Semangat rumah terbuka pula merupakan tatakelakuan yang diterima umum sebagai
budaya popular Malaysia dan persepsi positif daripada majoriti mahasiswa bahawa
rumah terbuka akan melibatkan pelbagai kaum apabila diadakan mengambarkan
proses memantapkan kebudayaan kebangsaan adalah ke arah yang amat positif.
Semangat rumah terbuka yang mendapat perhatian dan tempat dalam masyarakat
Malaysia pada hari ini mengambarkan permulaan kepada kesetiakawanan Bangsa
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Amalan budaya popular sebegini
seharusnya mengenapkan proses memantapkan kebudayaan kebangsaan Malaysia
kerana melalui proses ini patriotrisme sempit, mentaliti parokial, mentaliti migran dan
mentaliti saudagar dapat diatasi (Dahlan, 1997).
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu dasar yang bertujuan menyusun semula
masyarakat supaya tiada lagi etnik tertentu ketinggalan terlalu kebelakang di dalam
pembangunan negara. Memanglah diakui DEB ini merupakan program yang
membantu pembangunan bumiputera, namun sesuatu dasar yang secara
keseluruhannya memberi keuntungan kepada etnik tertentu sahaja akan menimbulkan
syak wasangka dan cemburu etnik lainnya sekaligus boleh mencacatkan agenda
pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Oleh itu, didapati bahawa perlaksanaan DEB berjaya melahirkan beberapa perkara
yang dianggap boleh menyumbang kepada perpaduan negara, namun ia juga telah
menegangkan hubungan antara kaum kerana golongan bukan bumiputera merasakan
mereka didiskriminasi. Biar pun perasaan ini didorong oleh unsur politik dan emosi,
tetapi ia tetap mengeruhkan suasana (Zainal Abidin, 1997). Oleh yang demikian
kajian ini cuba meninjau keadaan ini dan mendapati secara amnya bahawa majoriti
mahasiswa bersetuju bahawa DEB tidak hanya menguntungkan orang Melayu sahaja.
Ini bermakna mahasiswa-mahasiswa berketurunan lain berpendapat bukan bumiputera
juga turut mendapat faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek pembangunan
menerusi dasar ini.
Kewujudan sesebuah negara-bangsa akan dapat menghindari pengasingan diri
(alienation) sesuatu kelompok daripada kelompok dan bangsa yang besar
(Asnarulkhadi dan Jayum, 1997). Untuk itu, setiap kaum di Malaysia sepatutnya telah
memperolehi hak mereka di dalam politik negara supaya tidak akan lahir perasaan
rendah diri dan pengasingan daripada kelompok perdana. Jika terdapat kaum-kaum
yang merasakan mereka telah dianiayai dan didiskriminasi daripada mendapat hak
politik mereka pastinya keadaan ini akan menjadi faktor penghalang yang besar

kepada kewujudan negara-bangsa yang adil dan saksama atau lebih buruk lagi ianya
akan menjadi sebab mengapa negara-bangsa itu tidak terbentuk. Di dalam kajian ini
terdapat penemuan yang agak positif apabila sebahagian besar mahasiswa
berpendapat bahawa setiap kaum telah mendapat haknya di dalam politik tanahair.
Pengkaji berpendapat keadaan ini berkemungkinan hasil daripada kejayaan
mewakilkan semua kaum ke dalam kerjasama dan kompromi politik negara seperti
yang terdapat pada hari ini.
Satu lagi elemen positif yang berkemungkinan dapat dimanfaatkan kepada
perkembangan pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah keadaan dimana majoriti
mahasiswa berpendapat bahawa kerjasama dan kompromi melalui penggabungan
parti politik pelbagai kaum ke dalam satu parti politik merupakan pilihan terbaik dan
haruslah dikekalkan sebagai salah satu cara untuk mencapai hasrat mewujudkan satu
Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Sentimen kenegerian yang ekstrim di dalam politik akan menghalang perpaduan dan
potensi untuk berdaya saing namun majoriti mahasiswa berpendapat parti-parti politik
di Malaysia s
h tidak lagi ketara mengemukakan sentimen kenegerian di dalam agenda politik
mereka. Berdasarkan pendapat mahasiswa ini bermakna negara kita sudah dapat
menyelesaikan satu halangan politik untuk mempercepatkan kewujudan negarabangsa.
Elemen-elemen negatif daripada hasil kajian
Selepas diselidik secara keseluruhan kajian ini menggangap bahawa pendedahan yang
diperolehi oleh mahasiwa di UPM terhadap konsep negara-bangsa Malaysia adalah
masih kurang dan tidak secara berkesan. Pendedahan yang mereka terima adalah
kurang berbanding pendedahan yang mereka terima untuk konsep perpaduan.
Walaupun perpaduan dapat dibentuk sebagai pembinaan negara-bangsa itu sendiri
namun pendedahan kepada konsep negara-bangsa secara langsung akan menghasilkan
kesedaran dan penghayatan bahawa rakyat negara ini bukan sahaja bermatlamat untuk
mencapai perpaduan tetapi lebih daripada itu iaitu untuk mencapai tahap negarabangsa.
Rasional kepada anggapan ini adalah seperti berikut 1) masih ada segolongan
mahasiswa tidak pernah mendengar atau tidak pernah terbaca perkataan negarabangsa 2) tidak terdapat majoriti besar mahasiswa yang mempersepsikan mereka
faham dengan konsep negara-bangsa dan 3) masih terdapat banyak perbezaan persepsi
yang ketara dalam melihat aspek-aspek tertentu proses pembinaan negara-bangsa
Malaysia; bermakna masih terdapat elemen-elemen sempit dikalangan mereka.
Walaupun keseluruhan mahasiswa disimpulkan sebagai positif terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi negara-bangsa namun masih terdapat sejumlah mahasiswa yang
bolehlah dianggap besar telah tidak bersetuju dan kurang bersetuju bahawa sistem
pendidikan negara dan perlaksanaan DEB telah membentuk perpaduan dan
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Golongan ini
berkemungkinan berpendapat sedemikian kerana mungkin terdapat unsur-unsur yang
berada di dalam dua faktor ini dilihat tidak tepat dan tidak berapa berkesan.

Contohnya dalam sistem pendidikan negara perbincangan mengenai alternatif untuk


menggabungkan sekolah-sekolah berdasarkan etnik ke dalam satu sekolah yang lebih
berintegrasi dan mengurangkan polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi masih
menjadi isu dan perbahasan yang hangat ketika ini.
Pada pemerhatian pengkaji berdasarkan pendapat Jayum A. Jawan (1997),
perkahwinan campur tidak semestinya akan membawa kepada kelahiran penyatuan
pada peringkat negara-bangsa namun perkahwinan campur ini dapat merobohkan
benteng pemisahan antara ras dan etnik, sekaligus mampu membantu ke arah
mempercepatkan proses pembentukan negara-bangsa Malaysia. Namun penemuan
kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar mahasiswa berpendapat rakyat
Malaysia adalah masih tidak bersedia untuk perkahwinan campur.
Sejumlah besar iaitu hampir separuh daripada keseluruhan responden kurang
bersetuju dan tidak setuju dengan pendapat bahawa setiap kaum telah mendapat hak
sepatutnya di dalam pembangunan ekonomi negara. Jika persepsi ini digunapakai
bermakna masih terdapat kecacatan ketara di dalam pengagihan ekonomi negara
sehingga menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan mereka atau golongan
mahasiswa ini menggunakan elemen sempit dalam menilai hak yang sepatutnya
diberikan kepada setiap kaum di dalam pembangunan ekonomi negara. Apa pun
keputusannya, setiap kaum hendaklah dipastikan berjaya secara adil menyertai
institusi ekonomi utama negara supaya tidak lahir kelompok atau etnik yang ketara
ketinggalannya dalam pembangunan ekonomi negara sehinggakan membantut usaha
melahirkan negara-bangsa Malaysia.
Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah
diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik. Lalu keadaan ini menimbulkan syak
wasangka dan cemburu dari etnik-etnik lain, sekaligus mengugat keamanan negara
seperti peristiwa berdarah 13 Mei. Selepas perlaksanaan DEB persepsi begini adalah
diharap turut berubah. Namun daripada analisis data, didapati hampir separuh
mahasiswa masih berpendapat bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina.
Sebahagian besar mahasiswa Melayu didapati bersetuju dengan kenyataan ini.
Namun keadaan ini tidaklah dapat mengambarkan tiada kesan positif daripada
perlaksanaan DEB ini. Diakui selepas berakhirnya DEB, pembangunan kaum-kaum
bumiputera adalah ditahap yang amat baik berbanding keadaan sebelum
perlaksanaannya. Kesinambungan dasar selepas DEB ini dilihat mampu untuk
menghapuskan identifikasi sesuatu kumpulan etnik menguasai ekonomi sekaligus
mempercepatkan negara-bangsa yang adil pembahagian ekonominya.
Walaupun Malaysia sedang pesat membangun dan kemajuan kebendaan telah
mencapai tahap yang baik, namun pemisahan wilayah diantara yang maju dan kurang
maju masih merupakan fenomena yang ketara dalam pembangunan negara (Abu
Hassan,1997). Pemisahan wilayah ini mampu menjadi faktor penghalang yang utama
kepada hasrat pembinaan negara-bangsa Malaysia. Di dalam kajian ini, mahasiswa
sebahagian besarnya berpendapat bahawa 1) pembangunan luar bandar dan bandar
tidak seimbang dan perbezaannya amat ketara, 2) pembangunan diantara
Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah adalah kurang adil dan tidak saksama
serta 3) masih terdapat beberapa buah negeri yang mundur dan menampakkan kadar
kemiskinan yang tinggi. Pada pendapat pengkaji, walaupun ia sekadar pandangan

daripada responden yang kebenaran hakikinya tidak dapat disahkan namun keadaan
ini dapatlah mengambarkan sedikit sebanyak tentang kelemahan yang kita miliki yang
harus ditangani segera supaya cabaran pertama di dalam kertas kerja Wawasan 2020
dapat dicapai dengan sempurna sifatnya.
Berdasarkan pendapat sebahagian besar mahasiswa ini juga maka pelan strategi
pembangunan negara perlu memberi peluang pembangunan ekonomi dan sosial yang
lebih ketara kepada wilayah-wilayah tersebut supaya kadar kemiskinan relatif dan
mutlak dapat dibasmi dan disetarakan. Pada pendapat pengkaji pemisahan wilayah
antara yang maju dan kurang maju di Malaysia bukanlah ditahap yang
membimbangkan seperti yang terdapat dibeberapa negara di Asia Tenggara yang
menjurus kepada gerakan-gerakan pemisahan namun ia tetap memerlukan tindakan
susulan yang segera.
Isu-isu yang diperhatikan dalam sistem politik tanah air adalah kecenderungan
pemimpin-pemimpin parti untuk mengemukakan sentimen-sentimen yang berbau
perkauman, keagamaan dan kenegerian dalam usahanya untuk mendapatkan
sokongan (Masidi Manjun,1997). Penggunaan sentimen perkauman dan keagamaan
untuk mendapat sokongan adalah tidak sihat dan akan menyemarakkan elemenelemen sempit seperti etnik dan kepercayaan. Penemuan kajian mendapati segolongan
besar mahasiswa berpendapat bahawa parti-parti politik di Malaysia masih ketara
mengemukakan sentimen berbau perkauman dan keagamaan di dalam ideologi politik
mereka.
Persepsi mahasiswa ini mengambarkan masih terdapat halangan politik yang besar
bukan sahaja bagi mewujudkan perpaduan malah jauh sekali dari mewujudkan sebuah
negara-bangsa Malaysia. Keadaan ini diperkukuhkan lagi apabila sebahagian besar
mahasiswa berpendapat parti-parti politik berteraskan etnik dimana setiap parti politik
dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan etnik-etnik masing-masing merupakan
penghalang kepada perpaduan dan integrasi kaum yang lebih utuh daripada terbentuk.
Di dalam analisis berdasarkan keturunan di bahagian hasil kajian mendapati masih
ada perbezaan persepsi dan ada diantaranya membabitkan perbezaan yang amat ketara
dikalangan mahasiswa. Salah satu contohnya, segolongan besar mahasiswa
berketurunan Cina berpendapat bahawa keturunan mereka tidak menguasai ekonomi
negara tetapi berbeza pendapat dengan mahasiswa Melayu apabila sebahagian besar
berpendapat kuasa ekonomi berada ditangan orang Cina. Jadi dimanakah
kebenarannya ? Atau masih terdapat sikap prejudis dan curiga yang tebal dikalangan
mereka. Jika terdapat sikap prejudis dan curiga dikalangan mahasiswa dan ianya tidak
dapat dibasmi, pastinya mereka tidak dapat menunjukkan sikap penerimaan yang
lebih terbuka dan tidak akan terbina jambatan penghubung dan sikap saling
mempercayai diantara mereka. Akhirnya akan menamatkan peluang untuk membina
negara-bangsa yang kukuh sifatnya.
Paduan kesinambungan sejarah dan kekinian amat penting untuk menyediakan wadah
bagi pembinaan masa depan bangsa Malaysia (Abd. Rahman Embong, 2001). Ini
bermakna dalam menentukan ciri rupa negara-bangsa yang ingin dibentuk
kesinambungan sejarah dan keadaan pada masa kini hendaklah dijadikan asas untuk
pembentukannya. Oleh itu, analisis berkaitan ciri-ciri asas di dalam negara-bangsa
Malaysia dibentuk dengan tujuan untuk mendapatkan pendapat mahasiswa terhadap
sifat-sifat negara-bangsa yang ingin dibentuk.

Walaupun tidak ketara, ternyata wujud perbezaan falsafah dalam menentukan rupa
bangsa negara yang diingini dikalangan responden. Secara amnya, perbezaan persepsi
ini terbentuk adalah berdasarkan faktor keturunan. Daripada empat ciri asas yang cuba
digariskan oleh pengkaji hanya terdapat dua ciri yang mempunyai lebihan pendapat
(lebih daripada separuh jumlah responden) itu pun hanya sedikit iaitu sebanyak 1%
dan 3%. Dua ciri tersebut ialah peranan, penggunaan dan penguasaan Bahasa
Malaysia yang meluas dikalangan warga negara-bangsa Malaysia dan kebudayaan
bangsa Malaysia yang diteraskan dengan kebudayaan rakyat asal.
Berdasarkan rumusan kajian diatas, dapatlah disimpulkan terdapat persepsi-persepsi
daripada mahasiswa yang mengambarkan kesediaan mereka untuk membantu
mempercepatkan proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Namun terdapat juga
daripada persepsi mereka yang memerlukan tindakan susulan supaya ianya menjadi
berkeadaan lebih baik. Daripada pandangan-pandangan mereka terhadap hal-hal
berkaitan politik, ekonomi dan sosial negara terdapat keadaan yang mengambarkan
kesediaan negara ini untuk mencapai tahap negara-bangsa namun banyak juga
pandangan-pandangan yang sebaliknya. Dalam proses mempercepatkan kewujudan
negara-bangsa Malaysia, kelebihan yang kita ada digunakan sebaik mungkin dan
kelemahan kita punyai diperbaiki secepat mungkin.

CADANGAN
Bahagian ini akan mengemukakan cadangan-cadangan dan saranan berdasarkan
daripada penemuan kajian agar dapat memberi manfaat kepada perkembangan dan
proses pembinaan negara-bangsa Malaysia serta panduan kepada pengkaji-pengkaji
akan datang.
Cadangan Umum
Berdasarkan penemuan kajian terdapat lima cadangan umum yang ingin dibentang
dan dibincangkan. Pertama, sudah sampai masanya matlamat mewujudkan negarabangsa Malaysia ini diletakkan sebagai dasar utama negara. Walaupun kajian ini
hanya dilakukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sahaja namun cadangan ini
dilihat perlu berdasarkan rasional bahawa dengan meletakkan matlamat mencapai
negara-bangsa sebagai dasar negara, ianya bukan sahaja memberitahu kepada semua
lapisan masyarakat Malaysia tetapi juga kepada generasi muda di universiti-universiti
bahawa negara bukan setakat ingin mencapai perpaduan dan keharmonian di antara
rakyat tetapi ada matlamat yang lebih tinggi daripada itu iaitu mencapai tahap negarabangsa Malaysia.
Dengan cara ini pastinya masyarakat umum akan memperolehi maklumat, kesedaran
dan penghayatan yang lebih bermakna sekaligus turut memberi kesan kepada
golongan cerdik pandai di universiti yang akan mewarisi negara kita. Dicadangkan
supaya matlamat muwujudkan negara-bangsa ini dijadikan dasar utama negara kerana
dengan keadaan itu barulah perancangan dan perlaksanaan yang lebih pro-aktif dapat
dilaksanakan dan tidak hanya sekadar perbahasan tanpa tindakan.

Keduanya, bagi memastikan pemisahan wilayah antara kawasan yang maju dan
kurang maju dapat dirapatkan adalah dicadangkan supaya pelan strategi pembangunan
negara memberi peluang yang lebih ketara kepada pembangunan ekonomi dan sosial
di wilayah-wilayah yang kurang maju. Oleh itu, program-program yang telah dan
akan dilaksanakan untuk pembangunan di kawasan kurang maju ini hendaklah
dipastikan sampai kekelompok sasaran secara langsung tanpa ada halangan orang
tengah yang terlalu ketara. Selain itu, penerusan program pembasmian kemiskinan
dikawasan yang kurang maju dan mundur ini perlu diperhebatkan dengan lebih giat
terutamanya dalam meningkatkan kemudahan infrasruktur dan kemudahan asas
supaya perlaksanaan pelbagai rancangan pembangunan lain dapat dilaksanakan. Ini
bermakna pembangunan kawasan kurang maju haruslah diberi penekanan sepenuhnya
kerana pemisahan wilayah yang keterlaluan menjadi faktor penghalang kepada
pembinaan negara-bangsa Malaysia.
Ketiga, penubuhan sekolah-sekolah yang boleh menghasil integrasi kaum yang lebih
padu seperti Sekolah Wawasan haruslah dilaksanakan secepat mungkin supaya
masalah polarisasi kaum dapat dikurangkan terutamanya di institusi pengajian tinggi.
Oleh itu, semua kaum terutamanya mereka yang datang daripada golongan politik dan
pendidikan hendaklah sama-sama berbincang secara rasional dan mencari
kesepakatan dalam menentukan ciri-ciri sekolah yang akan dibentuk supaya dapat
memuaskan hati semua pihak.
Janganlah suatu hari nanti perjuangan melampau golongan hari ini dalam
mempertahankan ciri-ciri dan budaya etnik masing-masing menjadi alasan kepada
tidak terwujudnya negara-bangsa Malaysia kerana sudah ternyata kepentingan
kewujudan negara-bangsa bukan sahaja lebih penting kepada negara tetapi mampu
menjamin kehidupan yang lebih baik untuk semua etnik dinegara ini.
Keempatnya, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat bagi
menjamin tidak ada parti-parti politik yang ketara mengemukakan sentimen
perkauman dan keagamaan sehinggakan menggugat keharmonian dan perpaduan
rakyat Malaysia. Pembendungan gejala ini adalah perlu dilaksanakan segera supaya
penggunaan sentimen sempit ini tidak terus berleluasa sehingga tidak dapat ditangani
dan memberi kesan buruk kepada kestabilan negara.
Kelimanya, Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), media
massa dan lain-lain yang terlibat haruslah mempergiatkan fungsinya dengan lebih
berkesan supaya dapat memastikan bahasa kebangsaan digunakan secara meluas
dikalangan masyarakat dan dapat dijadikan satu identiti nasional yang boleh
dibanggakan oleh semua warga Malaysia. Oleh itu, penguatkuasaan penggunaan
bahasa kebangsaan di agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti di majlis-majlis rasmi
negara, seminar-seminar, media massa dan lain-lain haruslah dilaksanakan. Dalam
hasrat membina jatidiri yang berwajah Malaysia di dalam dunia yang serba moden ini,
sama-samalah warga Malaysia berpegang pada prinsip bahawa kita menggunakan
bahasa Malaysia dan menguasai Bahasa Inggeris.
Cadangan khusus
Cadangan khusus ini adalah berkaitan saranan-saranan kepada institusi pengajian

tinggi untuk menghasilkan mahasiswa yang bersedia dan membantu mempercepatkan


terbentuk negara-bangsa Malaysia. Dicadangkan pihak pentadbiran universiti
merancang melaksanakan dan memastikan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan lebih
berkesan supaya mahasiswa-mahasiswa di universiti tidak hanya bergaul sesama
keturunan mereka sahaja. Sebagai contohnya pihak universiti hendaklah memastikan
atau menguatkuasakan tugasan berkumpulan di dalam kursus-kursus yang diikuti
pelajar hendaklah disertai oleh pelbagai etnik. Pada pemerhatian pengkaji sebagai
pelajar di UPM, sebahagian besar kumpulan-kumpulan yang dibentuk oleh mahasiswa
dalam melaksanakan tugasan akan disertai oleh sekaum dengan mereka sahaja.
Seterusnya, kepempinan mahasiswa yang sedia ada hendaklah merancang programprogram yang bersifat terbuka dan bervariasi supaya dapat menarik minat mahasiswa
dari pelbagai latarbelakang. Sebagai contohnya melalui sukan yang dipastikan disertai
oleh pelbagai etnik dan bukannya hanya disertai oleh etnik tertentu sahaja.
Diperhatikan memang benar sesuatu penganjuran sukan terbuka untuk semua
golongan namun penyertaannya biasanya akan disertai oleh kelompok tertentu sahaja
iaitu berdasarkan kecenderungan minat kelompok tersebut. Disinilah kepimpinan
mahasiswa dilihat dapat memainkan peranan untuk memastikan cara-cara untuk
menarik minat kelompok-kelompok yang lain. Contoh lain ialah seperti acara
kebudayaan hendaklah menampilkan penyertaan kaum-kaum minoriti dengan lebih
giat lagi dan mereka yang terlibat didalam jawatan kuasa penganjuran hendaklah
dipastikan terdiri daripada pelbagai keturunan mahasiswa.
Selain itu, penubuhan satu persatuan pelajar dari pelbagai keturunan kepimpinan
mahasiswa yang mampu menggerakkan keseluruhan mahasiswa secara berkesan
melalui program menanam semangat kecintaan kepada negara dan sentimen sebangsa
dikalangan mahasiswa dilihat perlu dilaksanakan segera. Persatuan pelajar yang
mampu memupuk semangat integrasi dikalangan mahasiswa akan dapat melahirkan
satu golongan generasi muda yang berbangga dengan warisan negara yang terdiri
pelbagai kaum sebagai sumber kekuatan negara itu sendiri.
Dicadangkan juga supaya diperbanyakkan kursus-kursus yang berkaitan memasukkan
konsep negara-bangsa ini ke dalam isi kandungan dan pengajarannya di kuliah supaya
mahasiswa sentiasa didedahkan bahawa negara ini mempunyai matlamat yang lebih
tinggi iaitu membentuk sebuah negara-bangsa Malaysia yang mantap sifatnya.
Dengan memperbanyakkan pendedahan tentang konsep ini, mahasiswa akan lebih
bersikap terbuka dan mampu meningkatkan penerimaan mereka terhadap keperluankeperluan yang mereka harus lakukan untuk membantu negara mereka mencapai
hasrat murni ini.
Saranan terakhir khusus buat generasi muda, sama-samalah kita menilai dan meneliti
diri, sejauhmanakah kita bersedia untuk membantu negara mencapai hasrat murni ini.
Jesteru, generasi muda harus bersedia berkorban sedikit daripada ciri-ciri dan budaya
kita masing-masing di dalam membina satu bangsa baru yang lebih utuh sifatnya iaitu
Bangsa Malaysia ataupun kita masih sanggup mengorbankan keamanan dan
perpaduan yang miliki sekarang demi untuk memastikan bahawa keturunan dan
segala ciri-ciri etnik kita dapat dipertahankan. Seterusnya, generasi muda seharusnya
sudah mempunyai sikap terbuka sewajarnya dalam menerima kaum-kaum lain di
dalam kehidupan harian. Dalam tindakan seharian pula, generasi muda tidak boleh
menggunakan sentimen sempit seperti perkauman, kepercayaan, kedaerahan dan

kebudayaan dalam berdepan etnik-etnik yang berbeza dengan kita. Akhir sekali,
adakah pada hari ini kita sudah dapat merasakan satu perasaan sentimen sebangsa
dengan etnik-etnik yang berbeza dengan kita ?
Survival kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia hanya akan terjamin dengan
terbentuknya sebuah negara-bangsa. Untuk itu kepada pejuang Melayu, sedarlah
bahawa perjuangan mewujudkan negara-bangsa Melayu sudah lama gagal dan kepada
pejuang berketurunan Cina dan India sedarlah anda bukan lagi orang Cina di negara
China dan orang India di negara India. Kita semua pejuang Malaysia di negara
Malaysia. Falsafah perjuangan berlandaskan etnik tidak menjamin kita ke arah yang
lebih baik malah mungkin menjadi buruk keadaannya. Tiada cara lain, sama-samalah
warga Malaysia membina bangsa baru iaitu bangsa Malaysia. Percayalah, berdiri
dibawah naungan negara-bangsa tidak menghapuskan keturunan kita.

Saranan kajian akan datang


Kajian akan datang boleh dilakukan untuk meninjau sejauhmana tahap pengetahuan
dan kesedaran golongan rakyat yang mendiami satu-satu kawasan ataupun beberapa
tempat mengikut zon-zon tertentu. Kajian juga boleh meninjau pemahaman golongan
masyarakat tertentu tentang negara-bangsa dan kepentingannya kepada diri individu,
masyarakat dan negara. Disamping itu untuk mendapatkan data, temuramah perlu
diselang-seli dengan pengisian borang soal selidik bagi memastikan kelompok yang
hendak dikaji itu lebih faham dan memudahkan mereka bersoal jawab jika terdapat
sebarang kemusykilan tentang soalan-soalan tersebut.
Kajian ini memberi tumpuan kepada saiz sampel yang kecil berbanding jumlah
pelajar UPM keseluruhannya. Oleh itu, kajian akan datang juga disarankan untuk
meningkatkan lagi saiz sampel supaya statistik sampel lebih mirip kepada parameter
populasi sebenar. Disarankan juga kajian dijalankan di semua institusi pengajian
tinggi bagi mendapatkan hasil kajian yang boleh mengambarkan keadaan sebenar
mahasiswa di Malaysia terhadap proses mewujudkan negara-bangsa Malaysia ini.
Skop kajian mengenai negara-bangsa merupakan satu perkara yang amat luas. Jadi
disarankan kajian akan datang lebih menumpukan kepada sesuatu aspek sahaja seperti
politik, ekonomi atau sosial. Ini akan memberi hasil yang lebih jitu dan
mengurangkan perkara-perkara penting terlepas dari skop kajian.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Embong. (2001). Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi:
Penebit UKM.
Abu Hassan Adam. (1992). Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu
Sendirian Berhad.

Abu Hassan Othman. (1997). Tranformasi Masyarakat dalam Konteks Pembinaan


Negara-bangsa Malaysia. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan NegaraBangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian
Pembangunan (Sabah).
Ahmad Atory Hussain. (1987). Kepimpinan Masa Depan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Karangkraf Sdn. Bhd.
Ahmad Fauzi Basri. (1997). Pembinaan Negara-bangsa Malaysia dan Pencapaian
Kini. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia
dalam Era Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Ahmat Adam. (1997). Budaya Popular dan Sepunya Dalam Konteks Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan NegaraBangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian
Pembangunan (Sabah).
Asnarulkhadi & Jayum A. Jawan. (ed) (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Azizi Ismail. (1997). Pembentukan Negara-bangsa Malaysia.. Kertas projek tahun
akhir yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian pembangunan Sosial, Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Dahlan, H. M. (1997). Konsep Budaya Populor Malaysia: Satu Penilaian Intipati dan
Pola Budaya. Dlm M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa
Malaysia dalam Era Kebangkitan Asia.. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan
(Sabah).
Faizal Othman. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga
Manusia bagi Wawasan 2020. Dlm Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed).
Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Awang Hasmadi Mois. (1997). Hubungan Kaum dan Pencapaiannya. Dlm M.
Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era
Kebangkitan Asia.. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan
Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
John Naisbitt. (1992). Global Paradox: The Bigger the World Economy, the More
Powerful Its Smallest Player. New York: Nicholas Brealey Publishing.
Just Faaland dan Jack Parkinson. (1991). DEB: Pertumbuhan dan Ketaksamarataan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamarudin Jaafar. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga
Manusia bagi Wawasan 2020. Dlm Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed).
Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Kenechi Ohmae. (1995). The End of the Nation State: The Rise of Regional
Economics. New York: The Free Press
Kerajaan Malaysia. (1999). Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh
1996-2000. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Leonard Tivey (ed). (1981). The Nation-State: The Formation of Modern Politics.
Oxford: Martin Robertson
Mahathir Mohammad. (1991). Malaysia Melangkah Kehadapan. Kuala Lumpur:
ISIS/Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ranjit Singh. (1996) Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur : Federal
Publications.
Rustam A. Sani. (1993). Melayu Baru dan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Disributors Sdn Bhd.
Sanusi Osman. (1989). Ikatan Kelas dan Etnik di Malaysia. Bangi: Penebit UKM
Sheikh Othman Salim.(ed) (1994). Kamus Dewan Edisi Baru (5th ed.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thock Ker Phong. (2002). Dongjiazong Kuasa Politik Masyarakat Cina Malaysia
Pemikir, Bil. 28 (Apr-Jun) hlm. 1-23
Zainal Abidin. (1997). Tahap Perpaduan Negara Dari Perspektif Sejarah. Dlm M.
Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era
Kebangkitan Asia.. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan


Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Mohamad Rodzi Abd Razak, (2009) Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT: Malaysian Journal

of History, Politics & Strategic Studies, 36 . pp. 90-106. ISSN 2180-0251 (electronic),
0126-5044 (printed)
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jebat/v1/
Affiliations
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
This article aims to examine the importance of history and history subject as a tool for
strengthening the nation-building process and attaining the objectives of the national
education policy. After 52 years of independence, the question of nation-building still
continues unabeted. Certain groups and individuals continue to question many issues
that were deemed sensitive in this multi-ethnic society, including the special rights,
the Malay supremacy, as well as the roles and contributions of particular ethnic
groups to the country. At the same time, there are also disputes over the history
syllabus in schools. All these problems occurred as a result of the countrys failure in
cultivating nationalism and patriotism among the people. The question is: why has
this continued to happen? The education sector as an agent of change has seemed to
be incapable of promoting nation-building. This article argues that such an enduring
problem is attributable to at least three major factors, namely a narrow syllabus band,
a flawed teaching and learning method, as well as an over-emphasis on examination.
Item Type:

Journal

Additional Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies is


Information: a peer-reviewed journal published by the School of History, Politics
and Strategic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia. The journal
contains studies extending our knowledge on history, politics,
international relations inter as well as intercultural relations,
strategic studies and peace research. Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics and Strategic Studies is committed to the
publication of scholarship in the fields of social sciences and
humanities. It particularly focuses on bringing together research
works from a philosophical, textual, social, scientific and human
studies background as well as cultural, religion, trade, society,
heritage studies, human security, ethnicity, politics and governance.
All research articles in this journal have undergone rigorous peer
review, with initial editor screening and anonymized refereeing.
Keywords:

Subjects:

Pendidikan, Negara Bangsa, Nasionalisme, Education policy,


Malaysia, Nationalism
H Social Sciences, Economics, Sociology
D History other than America
L Education

ID Code:

10238

Abd Rahim Abd Rashid. 1997. Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Embong. 2000. Negara-Bangsa : Proses dan Perbahasan. Bangi :


Penerbit UKM

Abdul Samad Idris. 1982. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Pustaka Budiman

Ainon bt Hj Kuntom. 2000. Perpaduan dan integrasi nasional dalam Seminar


Kebangsaan Penghayatan dan Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia.11-13 September.

Berita Harian. 30 Ogos 1997

Berita Harian. 12 Ogos 2002

Ghazali Shafie. 1980. History and Nation Building. Ucapan Perasmian IAHA

Huraian Sukatan Pelajaran KBSM. 2002. Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Huraian Sukatan Pelajaran KBSM.1989. Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur. Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Khoo Kay Kim.1992. Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia, dalam Sejarah


Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan dasar pelajaran. 1988. Kuala


Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia

Malaysiakini. 31 Ogos 2009

Malaysiakini. 30 Ogos 2009

Massa. 24 Feb-2 Mac 2001

Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara dalam
JEBAT Bil 22, Bangi : Jabatan Sejarah UKM,

New Straits Times. 11 April 2009

Ohmae, K. 1995The end of the nation state : The rise of regional economics. New
York : The Free Press,

Ong Hak Ching. 1998. Dari Penyata Barnes ke Akta Pendidikan 1995 : Menilai
Semula Lakaran Sejarah Perkembangan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia,
dalam Sejarah, Bahasa dan sastera dalam Pembinaan Negara Bangsa. Bangi : FSKK
UKM

Report of the Education Committee 1956. 1957. Kuala Lumpur : Government


Printers.

Sartono Kartodirdjo. 1992. Pendekatan Ilmu sosial dalam Metodologi Sejarah, Jakarta
: Pt. Gramedia Pustaka Utama.

Utusan Malaysia. 13 November 2002.

Utusan Malaysia. 6 September 2009.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1992. Pendidikan Sejarah di Sekolah Rendah dan
Menengah (KBSR/KBSM) : Objektif dan Pencapaian, dalam Sejarah Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wang Gungwu.1968. The Use of History. Paper in International Studies. Southeast


Asia Series, Athens Ohio, Ohio University : Center for International Studies.

Azman Shariff. Temubual 20 September 2009.

Pembinaan negara bangsa malaysia Presentation Transcript

1. PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIASatuPandangan


:PERANAN PENDIDIKAN SEJARAH DAN DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN TERHADAP SEMANGAT PATRIOSTISME &
NASIONALISME

2.
SINOPSISkepentingansejarahdanmatapelajaransejarahsebagaimekanismepeng
ukuhannegarabangsa Malaysia
disampingmenjayakanmatlamatDasarPendidikanKebangsaan.

3.
SukatanMatapelajaransejauhmanasubjekinigagalmembentuksemangatnasionali
smedanpatriotismeterhadapnegara Malaysia
sendiri.wujudkegagalansistempendidikandi Malaysia
dalammelahirkansatugenerasibaru yang betul-betulmempunyaijatidiri yang
jituterhadapmasyarakatMalaysianyasendiri.

4.
SudutPolitikSejarahawalpembinaannegarabangsahanyatertumpukepadaamalan
politiksempitberdasarkankaum dan bangsasetempat.
Hanyadimulakansetelahperistiwa 13 Mei 1969.DEBWawasan
2020DasarPendidikanKebangsaan

5. KAEDAHPembinaannegarabangsa Malaysia
berdasarkanacuansendiriharusdilaksanakanmelaluipelbagaisaluranSaluranPend
idikan

6. KESAN
Artikelinimencetuskankesedaransivikdankenegaraanterhadapbukansahajadirim
alahmemberikesankepadamasyarakatdannegara

7. Pandangan Dr
MahathirPeranandantanggungjawabdiri,masyarakatuntukmelahirkannegaraban
gsamengikutCabaranWawasan 2020

8. Wawasan 2020Mewujudkanbangsa Malaysia yang bersatupadu yang


mempunyaimatlamat yang serupadandikongsibersama,
berintegrasidiperingkatwilayahdanantarakaumberasaskanpersamaanhakdankea
dilan Bangsa ? Kaum ? Bolehkah ?

9. KepentinganSejarahDapatmembantumengenalidirisendiri, masyarakat,
bangsadannegara.
Sejarahjugadapatdijadikaniktibardanpengajaransebagaipanduanuntukmasakini
danmasadepan. Pengetahuantentangsejarahjugadapatmemupuksemangatsetia,
jujur, beranidanbanggakepadanegarasendiri. menghargaidanmemeliharaapa
yang sudahdimilikidanmenjadiseorangwargenegara yang
lebihbertanggungjawabdalammempertahankannegaratercintasendiri.

10. PendapatPemimpinPolitikSejarahsebagaialatperpaduan ?
Sejarahsebagaialatpenyatuan ?Sejarahsebagaialatkekuasaan ?

11. MAKNA SEJARAHpendidikan sejarah merupakan proses mendidik


.sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu.
Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi
membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang
berkaitan dengan kehidupan manusia pada zaman lampau.

12. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1961Mengkaji semula


matlamat dan kesannya sistem pendidikan termasuk kurikulumnya, dalam
rangka dasar pendidikan kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada
dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk
memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke
arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

13. Pendapat Prof KhoKay Kimsehingga sekarang terdapat jurang diantara


penyelidikan para sarjana dengan kurikulum sekolah. Walaupun para sarjana,
dari semasa ke semasa dijemput untuk menjadi ahli jawatankuasa mengkaji
sukatan pelajaran sekolah, pada dasarnya yang menentukan kandungan
sukatan pelajaran adalah pegawai-pegawai kerajaan.

14. KesimpulanMembina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah


tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia.

15. Sumber:TesisolehMohdRodzi Bin RazakUniversitiSains MalaysiaPulau


Pinang

Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Document Transcript

1. Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan


1996<br />Pengenalan:<br /> Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah
merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta

Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan


kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996
merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada
hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuanperakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan
kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan
yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop
dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.<br />Sambil
mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di
Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan
perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan
menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020.
Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak
relevan telah digugurkan.<br />Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh
dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan
yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu
ialah:<br />Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi
semua kaum.<br />Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama .<br />Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan
kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang
sama isi kandungannya.<br />Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan
kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.<br />Laporan
Razak<br /> Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan
dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:<br /> <br />Semua
sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama<br />Bahasa Melayu
dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama<br
/>Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
dan menengah<br />Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan
Tamil menjadi bahasa pengantar.<br />Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada
sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama.<br />Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua
kaum.<br />Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah
bekelayakan.<br />Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra
Universiti.<br />Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan
profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.<br /> Selepas
daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita
ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang
seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.<br />Laporan Rahman Talib
(1960) /Akta Pelajaran 1961<br /> Di antara beberapa perubahan dan
pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan
Rahman Talib ialah:<br />a.
<br />b.
Pelajaran di sekolah rendah
adalah percuma<br />c.
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan
jenis kebangsaan.<br />d.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan
persekolahan hingga umur 15 tahun.<br />e.
Murid naik darjah secara
otomatik<br />f.
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah

sekurang-kurannya 15 orang.<br />g.


Pendidikan akhlak dititikberatkan.<br
/>Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi
Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang
dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu
itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan
Perdagangan.<br />Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya,
sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang
berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir
pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di
kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.<br />Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul
pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan
Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib.<br />Laporan Hussein Onn (1971)<br /> Jawatankuasa
laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika
itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan
dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat
ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.<br
/>Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Menurut laporan ini:<br /> <br />"Sistem pendidikan kebangsaan
direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan
pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa
Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkatperingkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.<br
/>(Laporan Hussein Onn, 1971)<br />Walaupun kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa
kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat
penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan
negara.<br /> <br />Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh
kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga
hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi
menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah
dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus
menjadi bahasa kedua.<br />(Laporan Hussein Onn, 1971)<br />Laporan
Mahathir (1985)<br /> Pada bulan september 1974, kerajaan telah
menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri
Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini
bertujuan:<br /> Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan
keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan
memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek
dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini
memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu,
berdisiplin dan terlatih.(Laporan Mahathir, 1976)<br />Tujuan laporan ini
adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat

utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang
terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan
ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu
aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat
pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa
komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan
jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan
pengajaran harian mereka.<br />Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia
dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian
terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus
dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi
pendidikan pada waktu itu:<br />a.
<br />b.
Untuk membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.<br
/>c.
Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk
digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.<br /> Akta Pendidikan
1996<br /> Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan
Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi
semua pihak.<br />Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan
kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi
semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan
sekolah swasta.<br />Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan
memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa
tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.<br />Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan
selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang
diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua
pihak.<br />Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan
disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan
oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang
sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara
kita.<br />Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid
Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan
dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras
di sekolah-sekolah.<br />Dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga
yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan
prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan
rendah.<br />Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat
dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan.<br />Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan
pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan
sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik
boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik
atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran.

Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat


diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada
dalam negeri atau luar negeri.<br />Pendidikan guru akan dapat
diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian
Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat
sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.<br
/>Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan
adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan
perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan
swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan,
Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk
semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.<br />Pendidikan khas akan
diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut.<br />Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara
berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh
pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996
mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo
sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di
samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta
lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.<br
/>Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku
kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelaskelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996.<br />Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan
1996 Dengan Akta Pelajaran 1961<br />1.Landasan dan wawasan<br />Di
dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa
dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:<br />DAN
BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam
dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada
perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.<br />DAN
BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju
sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik.<br />.<br />DAN
BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:<br
/>"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta
Pendidikan 1996)<br />Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya
yang tidak tertulis dan tidak jelas. Yang kita dapati hanyalah untuk
menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum.

Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak
yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:<br />"Tujuan Dasar Pelajaran
di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada
dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
beransur-ansur."<br />(Penyata Razak, Perenggan 12)<br />Sistem Pendidikan
Kebangsaan di semua peringkat<br />Seksyen 15 dan 16 dalam Akta
Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan
Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi
pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.<br />"The National Education System
shall comprise <br />pre-School education;<br />primary education;<br
/>secondary education;<br />post-secondary education; and<br />higher
education,<br />but shall not include education in expatriate schools.<br
/>( Education Act 1996, sec.15)<br />"There shall be three categories of
educational institutions in the National Education System , namely <br
/>government educational institutions;<br />government-aided educational
isntitutions; and<br />private educational institutions.<br />(Educational Act
1996, sec. 16)<br />Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa
Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi
pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja.<br />"For the purpose of this act, the
stages of statutory education system shall be as follws:<br />primary
education;<br />lower secondary education;upper secondary education;<br
/>education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o
f section 25.<br />(Education Act 1961, Sec.19)<br />Kedudukan Bahasa
Kebangsaan<br />Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta
Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi
kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi
pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.<br />" (1) The
National language shall be the main medium of instruction in all educational
institutions in the National Education System except an national-type school
established under section 28 or any other educational intitution exempted by
Minister from this section.<br />(Education Act 1996, Sec. 17)<br />Manakala
dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.<br
/>Kurikulum kebangsaan<br />Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18
memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan
melainkan yang dikecualikan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada
langsung peruntukan.<br />" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to
be known as the National Curriculum which, subject to subsection (3), shall be
used by all schools in the National Education System."<br />(Education Ac
1996, Sec.18)<br />Peperiksaan Awam<br />Dalam seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid
untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan. Manakala dalam Akta
Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.<br />"Every School shall prepare
its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations
made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act.<br
/>(Education Act 1996, Sec.19)<br />Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata
Pelajaran Wajib<br />Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan

Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.<br />(2)


Where the main medium of instruction in an educational institution is other
than the national language , the national language shall be taught as a
compulsory subject in the educational institution.<br />(Education Act 1996,
Sec.17)<br />Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan
adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan
kerajaan sahaja.<br />Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil<br /> Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan
pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada
permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah mengadakan
kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.<br />Manakala
Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar
dengan dua syarat:<br />a.
<br />b.
ada permintaan dari 15 orang ibu
bapa<br />c.
jika didapati munasabah dan praktik.<br />Di sini
menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah
mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil.<br /> <br />Bahasa Kaum Asli<br /> Akta Pendidikan 1996 telah
memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat:<br
/>a.
<br />b.
jika ada permintaan dari 15 ibu bapa<br />c.
jika
didapati munasabah dan praktik<br />Melalui peruntukan ini , telah memberi
pengiktirafan kepada bahasa kaum Bumiputera untuk
diperkembangakan.<br />Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada
diperuntukkan.<br /> (ii) the indigenous languages shall be made avaiable
if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen
pupils in the school so request;<br />
(Education Act 1996,
Sec.2)<br />Kategori Sekolah<br />Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996
memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga
kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan swasta. Manakala dalam Akta
Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak
langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan
bukan milik kerajaan) dan swasta.<br />Klasifikasi institusi pendidikan di
bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya
berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.<br />Menubuh dan
meyenggara tadika<br />Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi
kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan
dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu
untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada
kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.<br
/>"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and
maintain kindergartens"<br />(Education Act 1996, Sec. 21)<br />Kurikulum
untuk Tadika<br />Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan
garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di
peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam
Akta Pelajaran 1961, garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua
tadika<br />Tempoh Pendidikan Rendah<br />Akta Pendidikan 1996
menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7
tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan ini, dapat menampung
keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.<br />Dalam Akta Pelajaran
1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Dalam akta ini tempohnya

agak ketat.<br />"A national or national-type school established under this Act
shall provide a course of primary education designed for duration of six years
but which may be completed within to seven years"<br />(Education Act
1996, Sec.29)<br />"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means
a fully-assited primary school <br />providing a six-year course of primary
edducation appropriate for children between the ages of six and eleven
years;"<br />(Education Act 1961, Sec.2)<br />Pendidikan Lepas
Menengah<br />Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan
pendidikan lepas menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau
mana-mana institusi pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh manampung
dengan jelas kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta
Pelajaran 1961, tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas
menengah.<br />Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama<br />Akta
Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan
kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain
kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.<br
/>Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan
pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi
serta informasi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan
selaras denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding
dengan negara-negara maju yang lain.<br />Tiada Peruntukan berkenaan
dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.<br />Pendidikan Khas<br
/>Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat
penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam
seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Sedangkan
dalam Akta Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.<br />Maktab Perguruan<br
/>Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab
pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan
mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan
tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk
mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya
hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT
yang lebihh banyak selaras dengan kehendak dan perkembangan negara
dengan menubuhkan sekolah bestari dan perkembangan teknologi maklumat
yang menjadi sebahagian dari unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah
negara khususnya Malaysia.<br />Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan
mengenai pendidikan guru adalah terlalu umum.<br />Pengajaran Agama
Islam<br />Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan
supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah
swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan
nilai-nilai murni yang sejagat.<br />Dalam Akta Pelajaran pula menyebut
bahawa Pendidikan Islam diwajibkan apabila terdapat 15 orang atau lebih
murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.<br />Larangan tentang
Pengendalian Peperiksaan<br />Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996
mengkehendaki semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam
mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah
untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi

calon-calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang
tidak diiktiraf oleh kerajaan.<br />Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini
tiada diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961.<br />Lembaga
Pengelola<br />Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 ,
membolehkan Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi
dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah
tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan
dikekalkan atas permintaan mereka . Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih
diperlukan.<br />Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah
termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.<br
/>Program "Twinning" dan "Lingkage"<br />Dalam seksyen 77 Akta
Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa isntitusi pendidikan swasta
yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat
kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Tujuan seklsyen ini ialah
untuk mengawal institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat
menjalankan program "twinning" dan lingkage", selain dari pada memudahkan
ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education Excellence".<br />Dalam Akta
Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.<br />Kuasa Untuk
menyiasat<br /> Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada
Pendaftar untuk menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran,
seksyen 138 memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk
mengkompaun kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau
seorang pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh
Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga
sekyen tadi.<br />Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar
bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang
melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan masyarakat
pengguna.<br />Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan
seperti ini. Ini adalah merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan
penyiasatan dan tindakan diambil kepada mereka yang melanggari akta
ini<br />Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah
Negara<br /> Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan
Akta Pendidikan 1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang
memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung
demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam
suasana masyarakat majmuk yang mempunyai"ethno-centristic" yang
masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural
pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu
diambil perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses
pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.
Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum
adalah termasuk dalam ciri ini<br /> Sebagai sebuah negara yang
mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu
telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara
ini amat diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah
menyentuh tentang perkara ini.<br />Kesan dari tinggalan penjajahan British
dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah

Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk
kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu,
menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa
memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah
diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan
memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.<br />Hasrat,
perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata
Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun tidak
sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk
menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk
kurikulum yang sama.<br />Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya
Universiti Kebangsaan Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja
untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai
bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi
(sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-undang dan sebagainya)
dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang
dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar
yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu.
Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961
dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .<br />Berikut adalah
kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolahsekolah: <br />1.
Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan
menengah.bahasa pengantar darjah Satu<br />2.
Semua sekolah Inggeris
ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan<br />3.
Bahasa pengantar
tingkat 1<br />4.
Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera<br
/>5.
Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti<br
/>6.
Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains<br />7.
Bahasa
pengantar semua peringkat persekolahan<br />8.
Bahasa pengantar semua
kursus di universiti<br />Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan
perkembangan negara. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan
penggunaan sains dan teknologi. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak
kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara lain.
Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina
semula. Sejaran negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu
pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk
memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu
pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional
telah ditubuhkan.<br />Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang
ketiga, dari dunia pertanian, dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi
maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang
tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu
yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik
dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya.
Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan
mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara
kita.<br />Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu
melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang
berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah

memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat


Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu
wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta
tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi
pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba
boleh . Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang
termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke
semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini
perlu diperbetulkan mengikut kesesuaian.<br />Komen Terhadap Akta
Pendidikan 1996<br /> Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara
jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan kita , tidak seperti Akta pelajaran
1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Hal ini
penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas
utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai
pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi
pendidikan masa kini. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang
lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara sekarang, yang mahu
menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan
sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta
intelektualisme individu.<br />Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan
cita cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat
yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan
tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam
Wawasan 2020.<br />Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu
akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara
tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.<br
/>Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan
longgar kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak
rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki premis dan membuat
dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang
boleh ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau
diberikan kepada pengetua atau tuan punya premis tercabar dan boleh
menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk
menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi
kekerasan untuk memasuki premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu
hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan penggelidahannya di premis
pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk
kekasaran.<br />Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali
bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta
ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di
Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2 , perkara (iii), Akta Pendidikan
1996 yang berbunyi:<br /> Arabic, Japanese, German or French or any other
foreign language may be made available if it reasonable and practicable so to
do;<br />Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam
sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi
negara. Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita
tidak boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan dan ketamadunan
khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu
yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk

kepada golongan orientalis. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas


dan tidak sudah tanpa menggunkan bahasa Arab.<br />Peruntukan-peruntukan
yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi
pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan
sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas, tidak terikat dengan Sistem
Pendidikan Kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen 15.<br />Begitu
juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa
pengantar di sekolah tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian
yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28
atau mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri. Di sini
menampakkan kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum
mantap sepenuhnya dalam Akta ini.<br />Kesan daripada membenarkan
bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati 1,290 buah
sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah
Kebangsaan Tamil dengan 96,000 pelajar terus menggunakan Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi pendidikan tinggi swasta terus
menggunakan Bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).<br
/>Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu
terdapat 84,000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah
tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar
bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus.<br />Isu
bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang
wujud sekarang memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk
dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. Jika pengabaian isu
bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh merosotkan
nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa
perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga
iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan
perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan
pelajar ; aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina.<br />Yang
Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang
Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995
(yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:<br
/> <br />"..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undangundang ini. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama, tetapi seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada
menteri untuk mengecualikan penggunaanya oleh mana-mana institusi
pengajian kita.<br />Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan
kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan
sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa
Kebangsaan kita musnah? Atauu ia permulaan kepada usaha untuk
melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?<br />Bahasa
kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan , perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas
dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang
longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula.<br />Dalam

Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa
yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan.
Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan
Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam
akta ini adalah dikira begitu besar:<br /> <br />Menteri boleh, jika
difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau
demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam
warta, mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau
golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana
peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak
atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan
boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian
itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.<br />Walaupun ada
beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan
atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang
dapat menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan melalui akta ini akan
dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan menjadi
kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia.
Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung
dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961
dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum
pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun
usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa
Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasakuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk
memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak
semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta
Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan
Wawasan 2020.<br />

You might also like