You are on page 1of 52

1

PENGENALAN
Malaysia telah Berjaya keluar daripada kumpulan Negara mundur kepada
negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju melalui cita-
cita Wawasan 2020.
Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan
etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969.
Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah
kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik,
kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang,
pembangunan ekonomi kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang
agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan
agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang
matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan ? Apakah
perkara yang perlu dipertahankan atau diperlihara untuk menjamin keseimbangan
secara berterusan ? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan
etnik yang harminis harus berkesimbungan.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah meghadapi
konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat
dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca
konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik
mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.
Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi
di sesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik
mempengaruhi dasar sosail dan perancangan sosial sesebuah negara.
Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan
etnik. Menurut definisi Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya,
masyarakat mengalami proses evolusi dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Bermula
dengan masyarakat primitif, masyarakat berubah kepada masyarakat menternak,
masyarakat holtikultur dan tani. Keempat-empat tahap ini dikenali sebagai masyarakat
tradisional. Masyarakat terus berkembang daripada masyarakat tradisional kepada
2

masyarakat moden seperti masyarakat industri, masyarakat pascaindustri dan
masyarakat sains dan teknologi. Perkembangannya adalah berbentuk sehala dan
berterusan.
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita harus peka dan
faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti di sekeliling kita. Kepelbagaian
etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat menghormati,
setiakawan, tolong menolong sama ada negara di waktu senang ataupun susah.

















3

TUGASAN KUMPULAN
Pendahuluan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah telah mewujudkan kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku
kerana perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan
struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia bukan
sebegitu coraknya. Pada masa itu, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan orang Asli dan sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Namun, kini
coraknya telah berubah dan masyarakat majmuk telah diwujudkan.

Rajah 1: Masyarakat Pluralistik
Definisi Masyarakat Pluralistik
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1004), masyarakat bermaksud
kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu), pergaulan hidup.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1219), pluralistik bermaksud
bersifat majmuk dan berasaskan pluralisme.
Menurut Theodore (1958), masyarakat pluralistik merupakan satu bentuk
komuniti yang bercirikan pengasingan dan pengkhususan tugas dan tanggungjawab
Masyarakat
Pluralistik
Definisi
Konsep
Pembentukan
4

antara sub-sub komponen masyarakat. Masyarakat pluralistik dikatakan berbeza
dengan bentuk masyarakat monolitik yang cenderung memiliki ciri pemusatan lokus
kuasa, kewujudan pihak berkuasa tunggal dan pandangan mutlak bagi mengatur setiap
tindakan masyarakat.

Konsep Pluraliti Dan Masyarakat Pluralistik
Dari segi konsepnya, pluraliti ialah kemajmukan ataupun kepelbagaian dan
berasimilasi. Masyarakat Pluralistik pula ialah kemajmukan yang bersifat paksaan.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik
Sebelum tahun 1848, hampir semua penduduk Tanah Melayu adalah orang
Melayu. Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat telah berlaku di
Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku. Hal ini disebabkan
oleh faktor penarik yang ada di Tanah Melayu dan faktor penolak di negara asal masing-
masing yang bertanggungjawab dalam mencetuskan perubahan berlaku yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Migrasi tersebut berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India. Perkembangan bijih timah pada abad ke-19 dan
perkembangan getah pada awal abad ke-20, juga menggalakkan orang Cina dan India
masuk ke Tanah Melayu.
Menurut W.L. Blythe (1953: 3), bilangan buruh Cina yang berhijrah sangat ramai
dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun, angka yang benar sukar
ditentukan disebabkan oleh faktor ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara
haram penduduk luar ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu tanda bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan
sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu pada ketika itu. Kedatangan
masyarakat Melayu ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat baru, iaitu
5

Baba Nyonya dan Cina Muslim. Kewujudan golongan baru tersebut telah membawa
kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas negara China adalah kelompok daripada negara
India. Kebanyakan daripada mereka berasal daripada India Selatan, iaitu dari
Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalah tersendiri yang telah
menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar negara. Suasana di negara India yang
dilanda kemiskinan dan kebuluran telah mendorong penduduknya berhijrah keluar ke
negara-negara lain termasuklah berhijrah ke Tanah Melayu pada masa itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada masa tersebut, bilangan
mereka masih kecil dan semakin bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-
negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga telah menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia
dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh
daripada negara China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada
Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa
bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada
Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang
dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991: 8), pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai
selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British
di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya
mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara
asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991: 10).
Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk orang bukan Melayu telah mengatasi
orang Melayu dan telah muncullah sebuah masyarakat majmuk. Kita mempunyai
masyarakat majmuk apabila golongan mendatang tersebut telah mengukuhkan
kedudukannya dan mengekalkan identitinya di negara Malaysia. Komuniti orang Melayu,
Cina dan India dapat saling bekerjasama sehingga sama-sama menuntut kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
6

Penjajahan British memberi kesan yang besar kepada masyarakat Malaysia.
Antaranya adalah penambahbaikan kehidupan rakyat Malaysia tetapi menurut Al-Attas,
penjajah juga telah memisahkan orang Melayu dengan agama Islam. Birokrasi dan
campur tangan British dapat dilihat melalui beberapa peristiwa. Pertama, British
mendapatkan Pulau Pinang daripada Kedah pada tahun 1786. Kedua, Perjanjian
Pangkor yang dipersetujui pada tahun 1874, Sultan Perak menerima Residen British
yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali dalam hal adat dan agama.
Ketiga, peristiwa pada tahun 1895, iaitu sistem Residen diasaskan di negeri Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Keempat, Perjanjian Persekutuan 1895 yang
dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896, kempat-empat negeri tersebut telah disatukan di
bawah nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Peristiwa seterusnya ialah pada tahun 1909, melalui Perjanjian Bangkok dengan
Siam, British meluaskan pengaruh dan campur tangan menguasai Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu. Di Sabah, kaum Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk
merupakan penduduk asal negeri tersebut. Namun, apabila British masuk, mereka telah
membawa masuk orang Cina untuk bekerja di ladang getah dan tembakau dan pada
tahun 1931, terdapat 50,056 orang Cina di Sabah. Di Sarawak pula, kaum Iban,
Bidayuh, Melayu dan Melanau adalah penduduk bumiputera. Namun, pada tahun 1871,
terdapat 5000 orang Cina dan telah meningkat kepada 123,626 ribu pada tahun 1939
dengan orang Cina yang bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong di Sarawak.
Oleh itu, semasa di Tanah Melayu, British telah memisahkan agama Islam dengan
pentadbiran British yang berbentuk sekular dalam politik, pentadbiran, undang-undang,
ekonomi dan pendidikan.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi
kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina
dan India sebagai komponen utamanya. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa
kemasukan migran dari luar yang melahirkan kelompok dari keturunan Cina dan India
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka
wujudlah beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok
Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia
mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
7

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia telah dibentuk. Kehadiran kelompok-kelompok tersebut telah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam,
bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat
Malaysia telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara tarikan masyarakat luar.

Zaman Pluraliti

Rajah 2: Zaman Pluraliti

Kesultanan Melayu Melaka
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007: 26), zaman Kesultanan Melayu
Melaka adalah zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
Kesultanan Melayu Melaka diperintah oleh sultan dan pembesar yang sentiasa
mempunyai pandangan yang jauh (visionary) sehingga dapat berjaya menarik perhatian
Zaman
Pluraliti
Kesultanan
Melayu
Melaka
Selepas
Merdeka
Penjajahan
8

pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk berdagang di Melaka. Akhirnya Melaka
dikenali sebagai The Venice of the East.
Terdapat beberapa faktor tarikan Kesultanan Melayu Melaka yang telah
menjadikannya terkenal. Antaranya ialah pemimpin yang bersikap diplomasi dan
sentiasa berfikiran terbuka. Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan dan
India. Para pegawai isitana bukan sahaja terdiri dari kalangan orang Melayu tempatan,
malah ada orang India juga yang menjadi pegawai dalam istana sultan Melaka. Selain
itu, perkahwinan campur telah berlaku antara anak perempuan pemerintah negara
China dan pemerintah sultan Melaka. Dengan itu, kita dapat melihat pemerintah pada
masa itu mementingkan keharmonian antara kaum di Melaka.
Faktor yang seterusnya adalah pelaksanaan sistem terbuka iaitu penerimaan
sesiapa saja yang ingin untuk berdagang serta zaman Kesultanan Melayu Melaka
tersebut mempunyai pentadbiran pelabuhan yang cekap. Selain itu, keselamatan laut
juga terjamin daripada ancaman lanun kerana dengan adanya peranan laksamana
Melaka yang cekap dan proaktif. Keadaan tersebut telah menjadikan pelabuhan Melaka
sebagai sebuah negari yang selamat untuk berdagang. Tambahan pula, terdapat
Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan agama Islam dilaksanakan di Melaka.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007: 27), zaman empayar Kesultanan
Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara
semula jadi tanpa paksaan. Pada masa ini, bukanlah merupakan zaman negara bangsa
seperti yang dikemukakan oleh British sehingga memerlukan visa dan pasport untuk
berhijrah. Keadaan sebegitu di Kesultanan Melayu Melaka telah menyebabkan ramai
pedagang Arab, China dan India serta negara-negara lain berdagang secara sukarela,
berakomodasi dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan keturunan masyarakat
Baba di Melaka. Justeru, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat pelbagai
interaksi aktif dalam kalangan pelbagai rakyat yang berbeza kaum dan budaya.

Penjajahan
Di Eropah telah berlakunya perubahan epistemology, iaitu pemisahan antara
agama dan negara. Gagasan seterusnya adalah memisahkan antara agama dengan
sains moden. Stephen Jay Gould (2002) dalam rock of Ages: Science and Religion in
9

the Fullness of Life menyatakan masyarakat umumnya terpisah kepada dua, iaitu
penyokong kepada agama dan penyokong kepada sains moden. Namun, penyokong
sains moden lebih ramai berbanding dengan penyokong agama. Di Eropah, masyarakat
menganggap agama menjadi penyebab kepada masyarakat berselisih pendapat.
Ketika British menjajah di Tanah Melayu, dasar mengasingkan agama dan sains
diteruskan. Oleh itu, pentadbiran negara telah diasingkan dengan sultan yang mengurus
agama dan adat resam. British telah mengambil alih hal-hal pengurusan negara.
Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan sebelum ini di mana raja berkuasa
mutlak. British juga memperkenalkan sistem pentadbiran pengagihan kuasa, iaitu
kehakiman, eksekutif dan perundangan. Bernard Cohn (sarjana India British)
menyatakan bahawa kolonialisme British melibatkan penaklukan ruang fizikal dan
sistem pemikiran penduduk peribumi.














10

Selepas Merdeka
KELEBIHAN MASYARAKAT PLURALISTIK MALAYSIA

Rajah 3: Empat Aspek Kelebihan Masyarakat Pluralistik

Politik
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007: 31), demokrasi di negara Malaysia
berjalan lancar dari segi konteks politik domestik terutamanya ketika memohon
kemerdekaan dan sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955 kerana kaum
Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan.
Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat kepada ketiga-tiga etnik untuk
bersatu dalam Perikatan. Selepas merdeka, Parti Perikatan, iaitu United Malays National
Organisation (UMNO), Malayan Indian Congres (MIC) dan Malayan Chinese
Association (MCA) telah memperjuangkan kemerdekaan dengan mengamalkan sikap
bertolak ansur dan turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik.
Menurut R.K Vasil (1980, seperti yang dinyatakan dalam Shamsul Amri
Baharuddin, 2007), pakatan dalam Parti Perikatan dalam dasarnya telah menerima
kepimpinan Melayu dengan tidak menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan
Kelebihan
Masyarakat
Pluralistik
Malaysia
Politik
Sosiobudaya
Pendidikan
Ekonomi
11

etnik. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri kerana keupayaan beliau
mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam banyak
perkara asas.
Selepas era 1960-an, iaitu setelah kemerdekaan telah dicapai pada tahun 1957
yang menerusi kesatuan matlamat yang dibentuk oleh parti berasaskan tiga bangsa
dalam Parti Perikatan. Pada tahun 1974, pakatan tiga pihak (UMNO-MCA-MIC) ini
dikembangkan seterusnya untuk merangkumi parti-parti lain, sesetengahnya bersifat
pelbagai kaum dari segi komposisi, untuk membentuk Barisan Nasional (BN) yang lebih
besar. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti-parti politik yang telah
mendapat majoriti dalam Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak
kemerdekaan Malaysia. Parti Perikatan bekerja secara erat dengan rakyat dan
kemudiannya Barisan Nasional telah membawa kestabilan dan kemakmuran kepada
Malaysia yang kekal hingga kini kerana wujudnya kerjasama antara parti-parti
komponennya.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007: 32), dasar-dasar kerajaan dalam
menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui dasar
tolak ansur telah berjaya menyakinkan rakyat dan mengekang parti pembangkang yang
cuba memecahbelahkannya. Hubungan etnik di Malaysia kini lebih kepada bersifat
utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya merentasi batas etnik
masing-masing. (Mansor Mohd Noor, 2005 seperti yang dinyatakan dalam Shamsul
Amri Baharuddin, 2007). Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh
kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis. Pluralistik ini berlaku dalam bentuk
akomodasi sosial iaitu menghormati budaya lain dan meneruskan budaya sendiri secara
harmonis. Kesan idea dan pengaruh seperti Kekayaan, Kemegahan dan agama (Gold,
Gospel dan Glory) telah membawa masuk budaya luar ke Alam Melayu.
Kesimpulan, kelebihan kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka
memainkan peranan penting dalam memelihara kestabilan politik. Bagi mewujudkan
kestabilan politik dalam sesuatu negara yang mempunyai etnik yang banyak bukan
semudah seperti yang disangkakan. Dengan penubuhan Parti Barisan Nasional jelas
menunjukkan bahawa perpaduan dan kesan pluralistik yang ketara. Kewujudan
masyarakat pluralistik telah memangkinkan masyarakat pelbagai etnik melibatkan diri
dalam politik. Masyarakat pluralistik telah bekerjasama dan bersatu padu dalam
12

melibatkan diri dalam politik untuk menjamin kesejahteraan negara kita. Oleh itu,
perpaduan masyarakat berbilang kaum dapat dicapai.

Ekonomi
Kelebihan masyarakat pluralistik dari segi ekonomi ialah masyarakat yang
berkhidmat dalam sektor kerajaan adalah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Dalam hal ini, semua kaum dapat bekerjasama untuk menyumbang kepada peningkatan
kegiatan ekonomi di negara kita di samping memperkukuhkan sektor domestik negara.
Hal ini demikian disebabkan kemajmukan kaum mencakupi pelbagai aspek.
Mayarakat pluralistik menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian
bahasa dan hal ini memberi kelebihan dalam memasarkan produk ke luar negara. Ini
adalah disebabkan rakyat Malaysia mampu bertutur empat daripada bahasa utama di
dunia iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Empat bahasa utama dunia ini
digunakan oleh 3.4 bilion penduduk di seluruh dunia. Jumlah ini adalah cukup besar
untuk memasarkan produk Malaysia sama ada barangan ataupun perkhidmatan seperti
pelancongan.
Dari segi pelancongan, kekuatan kedudukan geografi negara kita menjadi faktor
penarik kemasukan pelancong-pelancong luar. Dalam hal ini, kita dapat mengambil
peluang untuk memasarkan produk barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
masyarakat pluralistik di negara kita. Kelebihan masyarakat pluralistik di negara kita
ialah sumbangan kepada kepelbagaian budaya yang dapat dipasarkan untuk pelancong
luar. Contohnya, pelancong asing dapat menyaksikan budaya yang berbagai-bagai di
negara kita seperti budaya kaum Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Bukan itu
sahaja, masyarakat pluralistik juga memberi peluang untuk memasarkan pelbagai
produk makanan yang dihasilkan oleh kaum yang berlainan. Selain itu, pelancong asing
dapat melawat ke tempat kediaman yang berbeza bagi masyarakat pluralistik di negara
kita seperti rumah panjang bagi orang Iban. Kelebihan masyarakat pluralistik juga ialah
dari segi kepelbagaian makanan. Masyarakat di negara kita dapat menikmati makanan
yang pelbagai jenis dan enak. Dalam hal ini, pelancong asing juga dapat merasai
makanan yang berbagai-bagai di negara kita.
13

Industri berkonsepkan produk kampung juga boleh dimajukan secara besar-
besaran kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Kelebihan majoriti penduduk
Malaysia menganut agama Islam yang merupakan agama rasmi negara Malaysia dan
juga suci boleh dieksploitasikan untuk menghasilkan dan memperkukuhkan barangan
dan perkhidmatan ekonomi domestik yang berteraskan konsep syariah. Selain itu,
kelebihan Malaysia dari sudut kedudukan geografi yang amat strategik menyediakan
pelbagai khazanah pelancongan seperti tempat bersejarah, pulau-pulau dan pantai-
pantai yang sangat cantik. Oleh itu, masyarakat pluralistik dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi di negara kita.
















14

Pendidikan
Masyarakat pluralistik telah membawa kelebihan pada sistem pendidikan
Malaysia selepas merdeka. Selepas merdeka, sistem pendidikan di Malaysia telah
mengalami perubahan dinamik terutama dengan kewujudan masyarakat pluralistik.
Dalam hal ini, sistem pendidikan yang setara telah diperkenalkan dan berorientasikan
unsur-unsur tempatan. Dengan itu, hubungan etnik yang baik dapat diwujudkan. Sistem
pendidikan yang tidak hanya menguntungkan satu kaum disokong dan diteruskan
kerana sistem pendidikan yang mantap akan melahirkan modal insan yang berguna.
Sistem pendidikan di negara Malaysia mempunyai hasrat untuk membentuk integrasi
nasional dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Masyarakat pluralistik telah menyumbang kepada kewujudan satu sistem
pendidikan yang dapat diselaraskan dan sesuai digunakan oleh semua orang. Sistem
pendidikan kebangsaan tersebut telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
sukatan mata pelajaran dan orientasi untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di semua sekolah
bantuan kerajaan untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Usaha
kerajaan Malaysia mewujudkan sistem pendidikan yang sesuai dengan semua rakyat
mendatangkan kebaikan kerana kewujudan masyarakat pluralistik di negara kita. Hal ini
adalah untuk mewujudkan hubungan etnik yang aman damai dan bersatu padu di
negara kita. Rakyat yang bersatu padu dapat memajukan negara kita.
Dengan wujudnya masyarakat pluralistik di negara kita, murid-murid di dalam
sebuah sekolah atau sebuah kelas tidak hanya akan tertumpu pada satu kaum sahaja.
Sekarang, sekolah-sekolah di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Murid-murid
belajar untuk bergaul dengan kaum lain di dalam sesebuah sekolah. Mereka dapat
belajar menyesuaikan diri dengan kaum lain. Hal ini kerana cara mengendalikan sesuatu
situasi atau pendapat-pendapat yang diberikan oleh kaum yang lain akan berbeza. Jadi,
murid-murid yang berbeza bangsa di sesebuah sekolah dapat belajar untuk berfikiran
terbuka dan bertolak ansur dengan kaum yang lain. Murid-murid yang berlainan kaum
dapat belajar bersama-sama di sebuah sekolah yang sama dan bergaul dengan
harmoni. Ini juga merupakan satu kelebihan masyarakat pluralistik Malaysia.
Dari segi kemasukan ke universiti-universiti, kerajaan Malaysia memberi peluang
kepada semua pelajar yang memenuhi syarat kemasukan untuk meneruskan pengajian
15

mereka di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Kemasukan tersebut tidak hanya menetapkan kepada sesuatu bangsa sahaja, malah
memberi peluang kepada semua pelajar yang berbeza kaum. Hal ini kerana kerajaan
Malaysia mengambil kira kewujudan masyarakat pluralistik di negara ini. Semasa belajar
di universiti, pelajar-pelajar juga belajar bersama-sama dengan kaum yang lain. Mereka
belajar untuk bergaul secara harmoni semasa belajar di universiti ataupun kolej.
Oleh itu, masyarakat pluralistik telah membawa kebaikan dalam bidang
pendidikan negara Malaysia dengan kewujudan sistem pendidikan yang selaras bagi
semua rakyat. Dengan ini, semua rakyat dapat bersatu di bawah satu sistem pendidikan
yang sama. Seterusnya, apabila mereka telah menghabiskan persekolahan dan bekerja
pada masa depan, mereka dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan
negara.














16

Sosiobudaya
Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pelbagai kaum dan bangsa telah
wujud. Contohnya, terdapat banyak kaum dan suku puak seperti Bugis, Minang, Banjar,
Mendeleng dalam rumpun bangsa Melayu. Bagi bangsa Cina pula, terdapat bangsa
Cina seperti Fuchew, Canton, Hakka dan Hokkien. Budaya Malaysia wujud daripada
budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab. Contohnya,
pembentukan masyarakat Baba dan Nyonya yang telah wujud di negara kita
merupakan masyarakat yang mengamalkan campuran budaya antara orang Cina
dengan orang Melayu. Oleh itu, negara kita telah wujud masyarakat pluralistik yang
berbilang kaum, bangsa dan agama. Ini telah membawa kelebihan atau kebaikan
kepada negara kita.
Kedatangan pelbagai bangsa telah mewujudkan masyarakat pluralistik. Dengan
ini membawa kepada kewujudan pelbagai jenis budaya masyarakat seperti dari segi
muzik, cara berpakaian, makanan, adat perkahwinan, kesenian dan perayaan. Contoh
dari segi pemakanan, kaum-kaum di Malaysia kini tidak lagi hanya makan makanan
masing-masing. Sekarang, orang Islam juga menikmati makanan orang bukan Islam
yang halal dan begitu juga dengan orang bukan Islam yang menggemari makanan
orang Islam. Mereka dapat hidup dengan baik dengan menikmati makanan kaum lain.
Bukan itu sahaja, dari segi berpakaian, kaum-kaum dii negara kita juga tidak
hanya memakai pakaian kaum masing-masing. Contohnya, terdapat orang Cina yang
suka memakai baju kurang atau baju batik semasa bekerja. Ada juga kaum lain yang
memakai pakaian Cheongsam orang Cina.
Dengan adanya masyarakat pluralistik, maka wujudlah pelbagai adat
perkahwinan untuk setiap kaum di negara kita. Adat perkahwinan setiap kaum adalah
berbeza. Kita dapat mengenali adat perkahwinan setiap kaum dengan menghadiri majlis
perkahwinan kaum lain. sekiranya kita mempunyai kawan berbangsa lain, kita boleh
menjemput mereka datang ke majlis perkahwinan kita. Kita juga boleh menghadiri majlis
perkahwinan kaum lain untuk lebih mengetahui adat-adat perkahwinan mereka
tambahan menjalinkan hubungan yang erat. Hal ini juga merupakan kelebihan
masyarakat pluralistik di Malaysia kerana rakyat Malaysia dapat mengenali dan
memahami adat-adat kaum dan bangsa lain.
17

Dari segi kepercayaan pula, masyarakat pluralistik Malaysia dapat hidup dengan
aman dan tenteram kerana wujudnya pemahaman terhadap perbezaan kepercayaan
antara masyarakat dan mengambil iktibar nilai-nilai sejagat yang terdapat dalam ajaran
agama Islam. Walaupun tempat beribadat bagi masyarakat berlainan agama adalah
berhampiran dengan satu sama lain, rakyat Malaysia yang menganuti agama yang
berlainan dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni. Perkara tersebut telah
menjadikan rakyat Malaysia sabar dan bertolak ansur yang juga merupakan kelebihan
masyarakat pluralistik. Hal yang demikian telah menjadikan negara kita disanjungi oleh
negara-negara yang lain.
Selain itu, kewujudan masyarakat pluralistik di negara kita juga telah
menyumbang kepada pelbagai perayaan di negara kita. Perayaan-perayaan adalah
seperti Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Hari Deepavali
dan Hari Krismas. Rakyat Malaysia boleh mengunjui ke rumah kawan-kawan berbangsa
lain untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut. Contohnya, semasa Hari
Raya Puasa, kaum Cina dan kaum India boleh mengunjungi rumah kaum Melayu.
Semasa ketibaan untuk meraikan perayaan-perayaan, kebanyakan menteri atau
pegawai berjawatan tinggi akan mengadakan rumah terbuka untuk orang ramai. Hal ini
juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Tambahan, dengan adanya pelbagai perayaan dan kepercayaan yang diraikan
oleh masyarakat pluralistik di Malaysia, maka terdapatlah cuti-cuti umum yang dapat
dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Cuti-cuti tersebut seperti Hari Keputeraan Nabi
Muhammad S.A.W, Tahun Baru Cina, Hari Pekerja, Hari Wesak Hari Raya Puasa, Hari
Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Deepavali, Hari Krismas dan hari-hari yang lain. ini
juga merupakan satu keunikan masyarakat pluralistik.
Di samping itu, masyarakat pluralistik telah membawa kepada kewujudan aktiviti-
aktiviti atau program-program yang berkaitan dengan budaya pelbagai kaum. Contoh
aktiviti yang dijalankan ialah Pesta Warna Warni Budaya dan Citrawarna. Pesta
Warna Warni Budaya adalah persembahan kebudayaan terutama tarian tradisional
pelbagai kaum tempatan kepada rakyat-rakyat supaya kebudayaan tersebut dapat
dikenali oleh semua orang. Menurut Wikipedia (2013), Citrawarna adalah program
promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian
rakyat Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan
18

kerjasama Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak
lain telah menganjurkan program Citrawarna. Program Citrawarna diadakan di Dataran
Merdeka setiap tahun pada bulan Mei setiap tahun, sebelum cuti pertengahan tahun.
Hotel-hotel dan restoran akan mengadakan majlis tersendiri seperti masakan tempatan
dengan citarasa mengikut negeri. Oleh itu, dengan adanya pelbagai budaya kaum, kita
dapat mempamerkan budaya kita kepada pelancong dari luar negara supaya lebih
banyak orang mengenali negara kita. Ini juga merupakan satu kelebihan masyarakat
majmuk di negara kita.
Dengan ini, kita dapat mengatakan bahawa masyarakat pluralistik dapat
menerima budaya kaum-kaum yang lain. Hal yang demikian telah menyumbang kepada
perpaduan pelbagai kaum di negara kita yang juga merupakan kelebihan masyarakat
pluralistik di negara Malaysia.














19

Kesimpulan
Kesimpulannya, pluralistik Malaysia telah muncul akibat daripada hasil interaksi
antara beberapa faktor sejarah, iaitu pluraliti budaya semula jadi dan penghijrahan.
Pluraliti budaya semula jadi berlaku sebelum penjajahan manakala penghijahan berlaku
pada zaman penjajahan. Kumpulan etnik yang berbagai-bagai hidup secara berasingan
dan mengamalkan serta mengekalkan budaya masing-masing. Namun hal yang
demikian, semangat persefahaman dan keharmonian antara kaum adalah sangat erat.
Kemajmukan masyarakat di Malaysia menjadikan negara kita menjadi tarikan
masyarakat luar. Kehadiran masyarakat berbangsa Cina dan India negara Malaysia
menjadikan negara kita sebuah negara yang kaya dengan budaya, bahasa, adat resam
dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan berbagai-bagai. Kepelbagaian dari
segi bangsa, budaya, bahasa, adab resam dan later belakang kebudayaan
membolehkan kita mengenali dan mempelajari tentang keunikan antara satu sama lain.
Oleh hal yang demikian, kita telah memperolehi banyak faedah dari segi ilmu
pengetahuan dari pembentukan masyarakat pluralistik ini. Malah, kita dapat
memperbaiki kekuatan, kelemahan, keistimewaan dan bakat yang terdapat dalam diri
kita. Kita harus mengamalkan sikap keterbukaan dan kesediaan untuk belajar mengenali
antara setiap kaum supaya dapat hidup dalam masyarakat yang majmuk, tenang dan
tenteram. Dalam hal ini, kita perlu memahami, menerima dan menghormati isu agama
dan perkauman. Orang bukan Islam perlu lebih bertimbang rasa dan peka terhadap
keperluan kaum berbangsa Islam dalam memenuhi tanggungjawab mereka dalam
kehidupan seharian. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama pada hari
ini telah berupaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan harmoni dalam kehidupan
seharian. Maka, masyarakat pluralistik di Malaysia telah membawa banyak kelebihan.

20

CABARAN MASYARAKAT PLURALISTIK MALAYSIA

Rajah 4: Cabaran Masyarakat Pluralistik Malaysia
Furnivall, 1948 dalam bukunya Colonial Policy dan Practise menerangkan sifat-
sifat utama masyarakat majmuk. Perkara pertama yang menarik perhatian pelawat
ialah campuran jenis manusia keturunan Eropah, Cina, India dan orang pribumi.
Dalam pengertian khusus mereka adalah campuran kerana mereka hanya bergaul
bukanya bergabung secara padu. Setiap kelompok mempunyai agama yang tersendiri,
budaya dan bahasa yang tersendiri, idea dan cara yang tersendiri. Mereka bertemu
sebagai individu, tetapi hanya di pasar-pasar, iaitu untuk membeli atau menjual barang.
Terwujudnya satu masyarakat majmuk, dengan bahagian-bahagian komuniti yang
berlainan hidup secara berdampingan, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.
Malahan dalam bidang ekonomi pun terdapat pembahagian kerja mengikut ras.
(John Rex, 1985:19)
Cabaran
Masyaraka
t
Pluralistik
Malaysia
Peningkatan
Masalah
Sosial
Pelaksanaan
Program
Latihan
Khidmat
Negara
Pelaksanaan
Dasar
Ekonomi
Baru (DEB)
Pelaksanaan
Pembangunan
Sosial (DPN) Penafian
Agama
Islam
Sebagai
Agama
Rasmi
Pengekala
n
Perpaduan
Rakyat
Pelaksanaa
n Sistem
Pendidikan
Negara
Keselamata
n Negara
21

Peningkatan Masalah Sosial
Penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai telah menyebabkan
pembangunan fizikal yang pesat seperti di Kuala Lumpur. Penghijarahan tersebut
menyebabkan penduduk bandar semakin ramai selepas penghijrahan berlaku. Kualiti
hidup di bandar semakin meningkat dengan permintaan yang semakin tinggi dan ada
sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini telah meningkatkan peratusan
kemiskinan dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan
pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung
taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan
bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Masalah
sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Dalam satu
bandar yang membangun, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk untuk bekerja. Mereka
kurang masa untuk memerhati kanak-kanak mereka. Remaja adalah manusia yang
berusia 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara.
Mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya
di masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja telah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dan kekurangan ilmu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar.
Hal ini menyebabkan mereka melakukan perkara yang salah. Dengan kurangnya
didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau
pengaruh dari rakan sebaya ini semua penyebab terjadinya masalah sosial yang kian
sukar dibendung lagi.
Untuk membendung masalah ini, golongan muda harus didedahkan dengan
nilai-nilai yang baik dan diterima oleh masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga
adalah penentu masa depan anak-anak, dengan peningkatan masalah sosial hari ini
yang melibatkan remaja, timbul persoalan sama ada keluarga mempunyai cukup
kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia pada anak-anak. Di sinilah
peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi masalah sosial ini melalui
pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan.
Selain itu, kerajaan juga melancarkan rancangan FELDA yang mana agensi
tersebut ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah
membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di
22

Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya
meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan
mengurangkan pengangguran di luar bandar. Pertubuhan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang
ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan
pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan
khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA,
pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih
mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta
mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga,
Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak serta Likas dan Kepayang di
Sabah. Semua usaha ini telah memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia dalam
pembangunan luar bandar supaya keseimbangan ekonomi terpelihara dan peluang
pekerjaan penduduk bertambah serta meningkatkan taraf kehidupan penduduk luar
Bandar.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia harus bijak menyusun
pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan mengganggu
kesejahteraan dan kebahagian masyarakat keseluruhannya.









23

Pengekalan Perpaduan Rakyat
Perpaduan bermaksud hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam konteks intra kaum dan inter kaum perlu
memberi fokus utama bagi memupuk rasa saling memahami aspirasi dan pandang
dunia budaya. Perpaduan dalam konteks pembinaan negara bangsa ini memanglah
memberi erti yang besar kepada negara dari segi menyediakan persekitaran yang
harmorni, toleransi, aman damai, penyayang dan budaya kerja yang bersinergi ke arah
membina Malaysia yang lebih maju dan berwibawa. Tahap perpaduan, toleransi dan
sensitiviti yang mantap dan beriltizam dalam kalangan rakyatnya adalah prasyarat dan
elemen asas untuk memastikan kewujudan berkekalan satu persekitaran yang stabil,
makmur dan harmorni. Namun, terdapat banyak halangan untuk mewujudkan
perpaduan. Hal ini kerana terdapat perbezaan dari segi petempatan atau tempat tinggal,
perbezaan tumpuan sektor ekonomi, pengasingan sistem pendidikan, fahaman dan
pengaruh politik yang berbeza, masalah ekonomi dan juga perbezaan dari aspek
kebudayaan dan agama. Halangan-halangan ini secara tidak langsung membataskan
pergaulan dan interaksi antara satu kaum dengan kaum yang lain yang seterusnya
menyebabkan wujudnya pemisahan atau segregasi kaum di Malaysia.
Cara yang berkesan untuk mengekalkan perpaduan rakyat adalah Sekolah
Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk
perpaduan rakyat pelbagai kaum. Sekolah Kebangsaan diharap dapat dijadikan tempat
untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain
serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Hal
ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri
yang perlu dipertahankan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan. Semasa di
sekolah prinsip-prinsip Rukun Negara diterapkan ke atas pelajar-pelajar. Buku latihan
sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan
senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip
Rukun Negara. Contohnya, pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun
Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui
prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-
pelajar saling menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara
yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan
24

intergrasi nasional di dalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan
diamalkan oleh mereka. Pihak sekolah juga dapat menggalakkan perpaduan dalam
kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kem
motivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaran ini,
pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang
terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan
menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami
konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kem-kem motivasi
ini, pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan intergrasi nasional kepada
negara dan sekali gus akan mengamalkannya.
Kejayaan menguruskan kepelbagaian daripada segi kaum, agama dan budaya
merupakan kunci kejayaan Malaysia selama ini dan jika kepelbagaian kaum di negara
ini gagal diuruskan, negara mungkin terjerumus kepada keadaan yang tidak stabil dan
detik hitam yang tidak diingini dahulu mungkin berulang kembali.













25

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat
dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan
untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa.
Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran
kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
Walaubagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh.
Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring
dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan
kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu
berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya
tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan
yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat
persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang
berbeza. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana
melaluinya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan
sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia
akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Oleh sebab itu, kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, Sains dan Teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian,
sikap dan nilai
26

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad
ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui
(learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama
(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Murid
yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, warganegara yang bertanggungjawab,
warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player) dan pekerja
berilmu.
Jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya, kerajaan telah
memperkenalkan KSSR dengan tujuan menghasilkan individu yang seimbang daripada
setiap segi dan menjadikan mereka warga yang cemerlang untuk berbakti untuk
neagara.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan
isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmorni atau malah
menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan
telus.









27

Keselamatan Negara
Keselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah
negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan
nilai teras negara tersebut. Keselamatan tidak lagi boleh didefinisikan hanya dalam
bentuk tradisional yang mencakupi ancaman ketenteraman dan isu-isu yang berkaitan.
Kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama.
Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang
sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat
masing-masing. Selain itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan
parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk
ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian
negara. Hal ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara. Isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia
bukanlah perkara baru dan ia bermula sejak lama lagi, tetapi begitu ketara sejak 1980-
an apabila Malaysia mula menjadi tumpuan kepada rakyat Indonesia yang datang
bekerja secara sah dan secara haram yang tertarik dengan kemakmuran ekonomi dan
keamanan negara ini.
Pada peringkat awal, kehadiran pendatang ini tidak menimbulkan sebarang
masalah besar dari segi politik keselamatan, namun setelah beberapa tahun, kehadiran
pekerja Indonesia di Malaysia menjadi isu politik dan keselamatan yang menganggu
hubungan kedua negara. Kehadiran mereka yang ramai menimbulkan beberapa
masalah keselamatan, terutama dari segi kesejahteraan masyarakat. Terdapat banyak
kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pedatang rakyat Indonesia. Walaupun tidak ada
statistik yang lengkap menunjukkan perkaitan antara pedatang asing dan jenayah,
namun terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara pendatang asing dan
jenayah, namun terdapat kajian yang menunjukkan kebanjiran pedatang asing
menyebabkan peningkatan jenayah.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing adalah
memperketatkan pengawasan di kawasan sempadan dan pintu masuk negara supaya
mereka tidak menyeludup ke negara kita. Kerajaan juga boleh menggunakan tenaga
RELA untuk menjalankan rondaan dan menangkap pekerja asing yang haram. Bagi
28

pendatang tanpa izin yang ditangkap, mereka akan ditempatkan di pusat tahanan
imigresen dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Undang-undang negara juga
harus diperketatkan supaya mereka tanpa permit didakwa dan dihukum dengan
sewajarnya. Hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka supaya
menjadi kesedaran kepada pekerja asing agar tidak mengulangi kesalahan mereka.
Kerajaan sepatutnya mengehadkan pembabitan pekerja asing dalam sektor tertentu
sahaja seperti sektor pembinaan. Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan buruk
yang dibawa oleh mereka dapat dikurangkan.
Oleh itu, sebagai negara yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan
mempunyai sempadan darat dan maritim dengan negara-negara berjiran, Malaysia
memerlukan dasar luar dan keselamatan yang boleh menjaga kepentingannya dan pada
masa yang sama menjaga hubungan baik dengan jiran-jirannya. Untuk mencapai tujuan
di Malaysia bukan sahaja memerlukan diplomasi yang cekap, tetapi juga perlu
dimantapkan dengan kemampuan pertahanan dan keselamatan untuk mencegah
ancaman terhadap negara.












29

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib
selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada
mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia
atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamat
membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni. Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan
Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara
ini. Namun, terdapat masalah-masalah muncul di kalangan pelatih PLKN.
Salah satu masalah yang sering timbul ialah pelatih tidak melapor diri bagi
kursus PLKN. Terdapat juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari
kalangan ibu muda serta remaja miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup,
sebagaimana nasib yang ditimpa oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad
Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar
belakang mereka disifatkan sesetengah pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Bagi
pelatih yang sengaja tidak melaporkan diri, pihak berkuasa telah mengambil tindakan
tegas bagi mereka. Mereka diminta menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau
pengecualian daripada menghadiri PLKN.
Satu masalah lagi yang agak serius ialah kematian pelatih PLKN. Keselamatan
pelatih PLKN adalah penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan
keselamatan golongan pelatih tersebut. Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004
sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan, tujuh meninggal dunia
kerana penyakit yang mereka hidapi termasuk sakit jantung, asma dan jangkitan kuman.
Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk menyakinkan rakyat
bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala aspek seperti
memupuk perpaduan, pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses
menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu
mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara.
Kesimpulannya, Program Khidmat Negara telah membantu dalam meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni,
30

menyemarakkan semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas,
cerdas dan penuh keyakinan diri.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia
yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato
Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
intergrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Hal
ini adalah untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
pada 1991. DPN menekankan konsep liberalisasi ekonomi. Konsep yang mula
ditekankan selepas tahun 1985, di mana kerajaan mula mengurangkan penglibatannya
dalam ekonomi dan juga mula menarik diri daripada menjadi pemain utama dalam
ekonomi negara. Kerajaan menyerah kepada sektor swasta untuk memandu dan
memimpin perjalanan ekonomi negara, mengumumkan dasar mengecilkan saiz sektor
awam, dan mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan kemudahan awam
kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan dilaksanakan secara meluas
dan negara kini merupakan negara paling terkehadapan dalam usaha menswastakan
kemudahan awam.
Secara ringkasnya, Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan
negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di
dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara
dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan
untuk mencapai tujuan-tujuan di atas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang
gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap,
tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

31

Penafian Agama Islam Sebagai Agama Rasmi
Negara Malaysia merupakan negara yang begitu unik dengan memiliki pelbagai
bangsa dan agama. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara digugat oleh
pelbagai kumpulan dan pertubuhan. Tuduhan tentang agama Islam tidak pernah
dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara dan ia boleh
difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh
rakyat negara ini. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-
agama lain.
Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa
mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir satu komuniti masyarakat majmuk
yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini
demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara
bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan
bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah
terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk
menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas
sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam
Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state
religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara
maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya
agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan
Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara
ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Pertikaian ini
adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam.
Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memulakan
dialog antara agama yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman yang lebih baik
dan menghargai antara kelompok yang berbeza bagi negara agama. Peserta terdiri
daripada wakil Jabatan Pembangunan Islam Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, dan
Dewan Konsultatif Malaysia Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS).
Pada awal 2005, banyak perdebatan oleh sebuah Suruhanjaya Antara-Iman
dicadangkan dan diajukan oleh pelbagai individu. Beberapa di antaranya termasuk ahli
32

akademik dan peguam dari Dewan Bar. Jawatankuasa pengarah belakang proposal
untuk RUU yuran menyelenggarakan persidangan nasional yang melihat sekitar 200
orang dari semua latar belakang agama yang menghadiri itu. Di sana mereka hasil luar
kerangka untuk yuran yang boleh memberikan nasihat kepada pihak-pihak berkaitan
pada isu-isu antara agama yang banyak timbul di Malaysia pluralistik seperti penukaran
dari Islam ke agama lain, yang dianggap sebagai kemurtadan di Malaysia.
Ahli parlimen PAS Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa ia menentang
pluralisme agama mengatakan bahawa ia telah, "relativised" tuntutan kebenaran, dan
mengatakan bahawa Islam adalah agama-agama lain yang sama memiliki. Dr. Dzulkefly
meneruskan untuk membuat perbezaan antara relativisme mempromosikan agama dan
kerjasama dengan orang-orang dalam sebuah masyarakat "pelbagai-perkauman,
pelbagai-agama, pelbagai-budaya, dan pelbagai-bahasa", dan bahawa yang terakhir itu
diperlukan untuk membina negara yang kuat. Setelah liputan yang sangat di akhbar
tempatan, RUU itu ditunda oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, kerana
kontroversi di sekitarnya.
Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat ratusan tahun dahulu.
Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah
berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti
mengugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk
mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia
dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam kalangan penduduk negara ini
yang sudah terjalin buat sekian lamanya.







33

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Untuk memastikan pembangunan negara dengan seimbang, Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Pendana Menteri Malaysia pada Jun 1991. DPN akan terus mengekalkan
strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi negara. Matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi
masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini
boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan
Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Walaupun dasar dan program kerajaan akan terus menyediakan sokongan
kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan
Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang
bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan
dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai
langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi
tumpuan. Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan
semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan
pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian
dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut
adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya. Seperti yang kita tahu,
masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih
banyak menguasai bidang perindustrian. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-
usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dalam kalangan kaum
etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan
sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.
Kesimpulan, program Dasar Pembangunan Nasional telah membantu
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, memastikan keseimbangan
kaum dalam pelbagai aspek, meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
34

menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar, meningkatkan
peluang dan kemudahan pendidikan dan meningkatkan kerohanian diri.
Kesimpulan
Pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia mendatangkan beberapa
cabaran. Cabaran-cabaran tersebut perlulah dicegah, diatasi ataupun dicari jalan
penyelesaian yang paling baik supaya dapat membentuk sebuah negara yang maju
dengan rakyatnya yang bersatu padu dan hidup harmoni. Oleh itu, semua pihak tidak
kira pemimpin atau rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab dan amanah masing-
masing dalam usaha untuk membentuk sebuah masyarakat pluralistik yang aman damai
dan bersatu padu tanpa mempunyai pelbagai masalah yang akan menghalang
kemakmuran negara.














35

REFLEKSI
Melalui tugasan projek Hubungan Etnik ini, saya telah memperolehi banyak
pengalaman dan ilmu pengetahuan baru dalam kursus ini. Tajuk tugasan projek bagi
kumpulan saya ialah Bincangkan kelebihan dan cabaran masyarakat Pluralistik
Malaysia.
Tugasan projek Hubungan Etnik ini merupakan satu tugasan berkumpulan. Oleh
itu, saya telah bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya selepas waktu kuliah dan
mengadakan perbincangan sebanyak beberapa kali untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya telah berupaya memahami secara lebih mendalam mengenai kelebihan dan
cabaran masyarakat pluralistik di negara Malaysia.
Pertamanya, saya telah mempelajari tentang definisi dan konsep masyarakat
pluralistik. Selain itu, saya juga memahami secara lebih mendalam mengenai
pembentukan masyarakat pluralistik di negara Malaysia. Dalam hal ini, kumpulan saya
telah membahagikan zaman pluraliti kepada tiga bahagian iaitu pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, masa penjajahan dan selepas merdeka. Saya telah mengetahui
bahawa zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah zaman pluraliti kerana proses
penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa paksaan. Proses penghijrahan ini telah
berlaku hasil daripada beberapa faktor seperti pemimpin zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang bersikap diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka, perkahwinan campur
dan pelaksanaan sistem terbuka iaitu penerimaan sesiapa sahaja yang ingin berdagang
di pelabuhan Melaka. Walaupun kumpulan etnik yang berbagai-bagai hidup secara
berasingan dan mengamalkan budaya masing-masing, namun semangat persefahaman
dan keharmonian antara kaum adalah sangat erat.
Pada zaman penjajahan pula, terdapat pemisahan antara agama dan negara.
Masyarakat pada umumnya juga terbahagi kepada dua, iaitu penyokong kepada agama
dan penyokong kepada sains moden. Dasar mengasingkan agama dan sains diteruskan
semasa British menjajah Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, pentadbiran negara
telah diasingkan daripada sultan yang mengurus agama dan adat resam. Pihak British
telah mengambil alih hal-hal pengurusan negara.
Saya juga telah mempelajari bahawa masyarakat pluralistik telah menyumbang
kepada aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya di negara kita selepas
merdeka. Saya telah mengetahui bahawa kelebihan masyarakat pluralistik dalam aspek
36

politik ialah perpaduan masyarakat berbilang kaum dapat dicapai. Dari aspek ekonomi
pula, saya telah memahami bahawa masyarakat pluralistik telah menyumbang kepada
kepelbagaian makanan, budaya, bahasa, adat resam dan latar belakang. Faktor
kemajmukan rakyat Malaysia ini telah menarik ramai pelancong asing untuk melancong
ke negara kita. Dengan ini, ekonomi negara kita dapat ditingkatkan. Masyarakat
Malaysia juga dapat saling mengenali budaya, adat resam dan latar belakang kaum
yang berbeza-beza.
Selain itu, masyarakat pluralistik adalah penting dan telah memberi sumbangan
dalam bidang pendidikan negara Malaysia dengan kewujudan sistem pendidikan yang
selaras bagi semua rakyat. Oleh hal yang demikian, masyarakat pluralistik dapat bersatu
padu di bawah satu sistem pendidikan yang sama. Dari segi sosiobudaya pula,
kelebihan masyarakat pluralistik ialah sumbangan kepada kepelbagaian budaya di
negara kita. Dalam hal ini, masyarakat pluralistik telah mengamalkan sikap keterbukaan
dan kesediaan untuk belajar mengenali antara setiap kaum supaya dapat hidup dalam
masyarakat yang majmuk, tenang dan tenteram serta menjamin kesejahteraan negara.
Saya telah mengetahui bahawa walaupun masyarakat pluralistik telah
mendatangkan banyak kelebihan kepada negara kita, namun juga wujud cabaran-
cabaran masyarakat pluralistik di negara kita. Antara cabaran yang dihadapi oleh
masyarakat pluralistik ialah peningkatan masalah sosial dalam kalangan rakyat.
Masalah sosial yang berlaku boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negara.
Cabaran masyarakat pluralistik yang seterusnya ialah pengekalan perpaduan rakyat.
Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan dari pelbagai aspek seperti tempat tinggal,
tumpuan sektor ekonomi, pengasingan sistem pendidikan, fahaman dan pengaruh politik,
masalah ekonomi dan aspek kebudayaan dan agama.
Selain itu, masyarakat pluralistik juga menghadapi cabaran dalam pelaksanaan
sistem pendidikan negara. Dalam hal ini, sistem pendidikan yang diwujudkan perlulah
mendapat persetujuan daripada semua kaum dan berupaya menjadi alat perpaduan
bagi masyarakat pluralistik. Cabaran masyarakat pluralistik yang seterusnya ialah dari
segi keselamatan negara. Hal ini demikian kerana ada sesetengah pihak yang datang
ke negara ini tanpa keizinan dan telah membawa ancaman kepada negara kita. Oleh hal
yang demikian, masyarakat pluralistik di negara kita perlu berganding bahu
mempertahankan negara daripada ancaman dan mengekalkan nilai teras negara.
37

Di samping itu, cabaran masyarakat pluralistik juga dapat dilihat dalam pelaksanaan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Terdapat banyak kes sosial atau kematian
yang telah berlaku semasa golongan anak muda di negara kita menjalani PLKN. Dalam
hal ini, golongan muda sepatutnya diberitahu tujuan PLKN dilaksanakan. PLKN
bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri, mengukuhkan semangat patriotisme, memupuk
perpaduan kaum dan integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni dalam kalangan remaja. Tambahan pula, cabaran masyarakat pluralistik
dapat dilihat pada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Banyak masyarakat
terutama bangsa Melayu lebih mundur daripada bangsa yang lain. Oleh hal yang
demikian, pihak kerajaan harus meningkatkan pendapatan pekerja dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Rakyat
dari sektor swasta juga perlu mengubah sikap dan pemikiran supaya dapat bersama-
sama membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara kita.
Tambahan pula, mesyarakat pluralistik juga menghadapi cabaran dalam aspek
penafian agama Islam sebagai agama rasmi. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi
negara telah digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan. Untuk menangani
masalah ini, masyarakat negara kita perlu mematuhi Perlembagaan Malaysia kerana
hakikat agama Islam ialah agama rasmi di negara kita telah ditulis dalam Perlembagaan
Malaysia. Malah, Perlembagaan Malaysia tidak menghalang pengamalan agama-agama
yang lain. Cabaran masyarakat pluralistik yang terakhir ialah pelaksanaan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN). Program DPN ini dapat membantu menyusun semula
masyarakat, memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek seperti membasmi
kemiskinan, meningkatkan penggunaan sains dan teknologi, menerapkan nilai sosial,
kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar, meningkatkan peluang dan kemudahan
pendidikan dan meningkatkan kerohanian diri. Oleh hal yang demikian, semua rakyat
harus berganding bahu mengatasi cabaran-cabaran masyarakat pluralistik di negara kita.
Selain daripada memperolehi banyak pengetahuan mengenai soalan tugasan ini,
saya juga telah belajar untuk bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan saya untuk
menghasilkan sebuah laporan yang mengandungi isi kandungan yang berkualiti, jelas,
menyeluruh dan terperinci. Saya juga telah belajar untuk merujuk sumber-sumber yang
sahih untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan projek ini. Tambahan pula, saya
belajar menulis refleksi kendiri selepas tugasan projek ini disempurnakan. Melalui
38

tugasan projek ini, saya juga dapat menguasai nilai-nilai murni dalam memupuk
hubungan etnik yang harmonis.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya semasa dalam tempoh menyempurnakan tugasan projek ini. Saya
berasa sangat gembira kerana kumpulan kami dapat menghantar tugasan projek ini
kepada pensyarah kami tepat pada masanya.
Chong Hui Ern

















39

REFLEKSI
Melalui tugasan ini, saya telah menghadapi banyak cabaran. Cabaran yang
pertama ialah saya tidak faham kursus ini iatu hubungan etnik. Saya tidak faham apa
yang kursus ini sampaikan. Oleh sebab itu, saya berasa sukar untuk membuat kerja
kursus ini. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cuba membaca modul hubungan
etnik secara kasar. Saya juga mencari makumat melalui internet. Selepas itu, saya
membaca maklumat yang dicari. Walaubagaimanapun, saya masih keliru pada isi
kandungan bagi hubungan etnik. Hal ini kerana saya perkataan yang banyak tanpa
gambar untuk menjelaskan isi. Saya juga tidak suka sejarah sejak dari sekolah
menengah.
Selain itu, cabaran yang saya hadapi ialah tidak faham tentang tugasan yang
diberikan dalam kerja kursus. Kumpulan saya telah didapati membuat tajuk pertama
iaitu bincangkan kelebihan dan cabaran masyarakat pluralistik Malaysia. Dalam tajuk ini
saya sudah ada perkataan yang tidak faham iaitu pluralistik . Hal ini memang susah
bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya cuba membuat
perbincangan dengan ahli kumpulan saya iaitu saudari Chong Hui Ern, saudara Tiong
Chiong Yew dan saudari Wong Yi Ling. Namun, kami pun tidak berapa faham tentang
maksud bagi perkataan tersebut. Akhirnya, kami bertanya kepada pensyarah kami iaitu
Puan Chua. Kami dapatlah kefahaman tentang tajuk tersebut melalui pensyarah kami.
Seterusnya, kami teruskan dengan membahagikan kerja untuk membuat tugasan ini.
Di samping itu, cabaran yang saya hadapi ialah maklumat tentang tajuk yang
saya buat tersebut susah didapati. Pada mulanya, saya mencari buku-buku di
perpustakaan tetapi gagal. Oleh itu, saya cuba melayani internet untuk mencari
maklumat. Mula-mulanya, saya memang tidak dapat maklumat yang saya mahu.
Selepas itu, saya cuba masukkan kata kunci yang tidak sama dan akhirnya saya dapat
sedikit maklumat. Dari maklumat tersebut, saya cuba menghuraikan sedikit-sedikit
dengan merujukkan kepada modul hubungan etnik. Akhirnya, saya habis menulis esei
saya dengan lancar.
Kerja kursus ini memang penting bagi saya. Hal ini kerana kerja kursus ini telah
membantu saya memahami kursus ini. Dengan itu, tugasan dalam kerja kursus ini dapat
menolong saya membuat ulangkaji dengan senang. Selain itu, melalui kerja kursus ini,
saya lebih bekerjasama dengan ahli kumpulan saya. Walaupun kami ada sedikit
40

perselisihan pendapat, tetapi kami tetap megamalkan nilai murni menerima pendapat
orang lain dan bertoleransi. Jika tidak, kerja kursus kami tidak akan berjalan dengan
lancar. Oleh itu, saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan
saya atas kerjasama anda semua.
(HENRY GOH KEH LEONG)


















41

REFLEKSI
Sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, saya telah mempelajari tentang
kelebihan masyarakat pluralistik di Malaysia dan cabaran masyarakat pluralistik
Malaysia. Masyarakat pluralistik telah membawa kelebihan kepada negara kita dari segi
politik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya. Namun, pembentukan masyarakat
pluralistik juga mendatangkan beberapa cabaran kepada negara Malaysia. Dalam kerja
tugasan ini, saya berasa amat bersyukur kerana bersama satu kumpulan dengan Chong
Hui Ern, Wong Yi Ling dan Henry Goh. Mereka sangat bertimbang rasa dan sentiasa
membantu saya apabila saya dalam kesusahan.
Cabaran yang saya hadapi dalam kerja tugasan ini adalah kesempitan masa.
Saya telah menbazirkan banyak masa ke atas mencari maklumat sebab saya rasa
banyak maklumat yang saya cari kurang relevan dengan tajuk. Saya juga mengambil
banyak masa untuk memahami tajuk kerja kursus. Selain itu, banyak esaiment lain yang
datang telah mengambil banyak masa saya. Oleh sebab itu, saya sangat bersyukur
kepada tuhan apabila saya telah berjaya menyiapkan kerja tugasan saya dengan
sempurna dan tepat pada masanya.
Saya juga menghadapai masalah dalam memahami tajuk. Oleh itu, saya telah
mengabil langkah untuk berbincang dengan saya punya ahli kumpulan. Saya berasa
gembira apabila mereka sudi berkongsi maklumat dan menolong untuk menjelaskan
kepada saya. Saya telah mendapat banyak bantuan dan ilmu daripada mereka.
Saya juga susah mencari bahan yang relevan kerana banyak maklumat daripada
blogspot yang tidak mempunyai bukti atau maklunat yang sahih untuk saya huraikan
dalam esaiment. Akhirnya, ahli kumpulan saya telah mengambil langkah untuk
mendapat tunujk ajar dan bimbingan daripada Puan Chua. Beliau merupakan seorang
pensyarah yang peramah, baik hati dan bersedia untuk membantu.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kertas untuk mencetak keluar
esaiment ini. Nasib baik ada Sii Tuong Sieng yang meminjam kertas kepada saya. Saya
berasa gembira kerana sepanjang kerja tugasan ini. Semua kawan-kawan sudi
menolong saya.
Melalui kerja tugasan ini, saya telah memahami bahawa Senario di Tanah
Melayu sebelum dan semasa zaman kolonial adalah juga amat berbeza. Zaman
kolonial telah memberi impak yang besar sehingga hari ini kepada Tanah Melayu
yang kini dikenali sebagai Malaysia. Sebelum zaman kolonial, sudah pun wujud
42

pelbagai jenis kumpulan masyarakat di Tanah Melayu yang menjalankan aktiviti
masing-masing.
Perubahan masyarakat daripada pluraliti ke plural ini adalah disebabkan
oleh zaman penjajahan, iaitu polisi yang diamalkan oleh para penjajah melalui
dasar pecah dan perintah. Melalui dasar ini, pihak penjajah mula
memperkenalkan konsep etnik yang telah menklasifikasikan rakyat melalui ciri-
ciri biologi. Pengelasan sedemikan membawa kepada perasaan berbeza antara
satu sama lain dalam kalangan rakyat dan menyebabkan semangat kekitaan
dalam kalangan rakyat menjadi semakin menipis dan akhirnya menlenyap.
Dengan menggunakan fakta sejarah di atas, adalah tidak mustahail untuk
kita mewujudkan satu bangsa Malaysia dan usaha harus diambil untuk
mengelakkan sebarang konflik. Kesan daripada konflik masalah perkauman akan
membendung pembangunan negara. Kesan lain yang nyata dalam sejarah
Malaysia adalah rusuhan kaum 13 Mei dan penunjukan perasaan oleh pihak
HINDRAF.
Tambahan pula, politik yang bercorakkan etniksiti yang diamalkan oleh
zaman pasca penjajahan masih lagi diamalkan sehingga kini. Politik sedemikan
menebalkan lagi sentimen perkauman kerana perbezaan antara rakyat
berdasarkan ekniksiti semakin menonjol melalui cara governans
Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung akan membawa tanggapan dalam
kalangan rakyat pada hari ini bahawa mereka adalah berbeza antara satu sama
lain.
Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan ilmu hubungan etnik demi
Negara Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
(Tiong Chiong Yew)

43

REFLEKSI
Setelah menjalankan tugasan projek ini, saya mendapat pengetahuan baru
tentang kelebihan masyarakat pluralistik di Malaysia dan cabaran masyarakat pluralistik
Malaysia. Masyarakat pluralistik telah membawa kelebihan kepada negara kita dari segi
politik, ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya. Namun, pembentukan masyarakat
pluralistik juga mendatangkan beberapa cabaran kepada negara Malaysia. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memelihara
dan menjaga masyarakat pluralistik yang dibentuk di Malaysia.
Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya telah belajar bahawa kita perlu saling
menolong antara ahli kumpulan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan projek yang
diberikan oleh pensyarah. Sekiranya tiada kerjasama dan toleransi antara ahli kumpulan,
maka tugasan tidak dapat disiapkan. Melalui tugasan ini, hubungan saya dengan ahli-
ahli kumpulan dapat dieratkan kerana kami bersama-sama melaksanakan tugasan
projek ini.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa cabaran.
Yang pertama, saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan tugasan ini. Saya tidak
begitu memahami kehendak soalan. Namun, saya bertanya dengan ahli kumpulan saya.
Selepas saya berbincang dengan kawan-kawan saya, saya telah mempunyai gambaran
awal untuk membuatnya. Saya dengan ahli kumpulan saya berbincang bersama-sama
untuk menghasilkan tugasan tersebut.
Cabaran yang kedua yang saya hadapi adalah setelah kumpulan kami bertanya
pendapat daripada Puan Chua Leong Chee tentang pelaksanaan tajuk tugasan kami,
kami mendapati tugasan yang kami buat tidak memenuhi kehendak soalan. Saya dan
ahli kumpulan terus meminta tunjuk ajar dan bimbingan daripada Puan Chua. Beliau
sanggup memberi penerangan yang jelas kepada kami. Dengan itu, barulah saya
dengan ahli kumpulan saya mengetahui tentang cara yang betul untuk membuat tajuk
tugasan yang diberikan.
Seterusnya, penulisan isi tugasan memerlukan maklumat yang sahih dan tepat
untuk dirujuk. Saya menghadapi masalah semasa mencari bahan-bahan rujukan tidak
kira dari segi buku ataupun maklumat daripada internet untuk membuat tugasan yang
diberikan. Saya tidak berputus asa dan meneruskan pencarian saya. Saya juga meminta
bantuan daripada ahli kumpulan untuk bersama-sama mencari maklumat yang
44

diperlukan untuk membuat tugsan kami. Dengan itu, saya dapat mencari bahan rujukan
dan maklumat-maklumat internet untuk membuat tugasan tersebut.
Cabaran yang seterusnya yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang baik
dan teratur untuk melaksanakan tugasan ini. Saya menghadapi masalah semasa ingin
membuat tugasan tersebut bersama-sama dengan ahli kumpulan kerana pada masa
yang sama, tugasan subjek-subjek yang lain juga perlu disiapkan dan dihantar kepada
pensyarah-pensyarah. Saya tidak bijak dalam pembahagian masa untuk membuat
tugasan-tugasan tersebut. Oleh itu, saya telah menghadapi masalah semasa
mengaturkan masa untuk membuat tugasan tersebut bersama-sama dengan ahli
kumpulan saya. Saya menyelesaikan masalah tersebut dengan berbincang dengan ahli
kumpulan saya untuk menetapkan masa yang sesuai yang boleh berbincang bersama-
sama untuk melaksanakan tugasan ini. Saya berkata dengan diri sendiri untuk
mengaturkan masa dengan baik pada masa hadapan supaya dapat membuat tugasan-
tugasan yang diberikan oleh setiap pensyarah.
Tugasan ini adalah berpandukan kepada kursus Hubungan Etnik pada semester
ini. Kursus Hubungan Etnik ini merangkumi beberapa tajuk yang guru pelatih pada
semester ini perlu mempelajarinya. Tajuk-tajuk tersebut adalah seperti hubungan etnik
di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu,
pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan
politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembangaan dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan
hubungan etnik di Malaysia serta hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.
Setiap tajuk tersebut juga mempunyai subtajuk yang kecil. Kursus Hubungan Etnik ini
penting kepada guru pelatih kerana tajuk-tajuk yang terkandung di dalamnya memberi
manfaat setelah mempelajarinya.
Setelah belajar tajuk-tajuk tersebut, saya sebagai guru pelatih yang juga
merupakan bakal guru akan mempunyai pengetahuan tentang hubungan etnik di
Malaysia. Kalau ada peluang apabila mengajar di sekolah pada masa akan datang, saya
boleh mengajar tentang hubungan etnik di Malaysia di dalam kelas kepada murid-murid.
Hal ini kerana murid-murid mungkin tidak berapa tahu tentang hubungan etnik di
Malaysia. Dengan itu, setelah pelajar belajar berkaitan dengan tajuk tersebut, mereka
boleh membina sebuah peta minda dan kefahaman yang lebih mantap mengenai
hubungan etnik di Malaysia. Pelajar juga dapat mengambil iktibar daripada perkara-
perkara yang perlu dielakkan pada masa kini. Sebagai contoh, semasa belajar tentang
45

peristiwa 13 Mei 1969, pelajar boleh mengetahui tentang pengajaran daripada peristiwa
tersebut. Dengan itu, mereka tahu yang perkara seperti itu tidak boleh dilakukan kerana
kewujudan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Saya juga boleh menerapkan nilai
cinta akan negara kepada murid-murid.
Selain itu, kursus Hubungan Etnik ini juga penting dalam penerusan usaha dan
penentuan ke arah perpaduan negara pada masa depan. Dengan adanya pengetahuan
tentang tajuk tersebut, saya akan menjalankan tanggungjawab saya untuk membantu
dalam memelihara suasana aman damai yang terdapat di negara kita. Keadaan yang
damai tersebut adalah usaha-usaha pemimpin-pemimpin pada masa lampau. Kita
janganlah menjadikan pengorbanan atau jasa mereka menjadi tidak bermakna. Saya
juga akan menjadi seorang rakyat Malaysia yang cinta akan negara, patuh pada
undang-undang dan perlembagaan serta mengamalkan lima rinsip Rukun Negara.
Di samping itu, pembelajaran kursus Hubungan Etnik ini juga adalah untuk
memastikan kelangsungan keharmonian antara pelbagai kelompok etnik di Malaysia.
Melalui pembelajaran kursus tersebut, saya dan rakan-rakan lain mempunyai ilmu
pengetahuan tentang hubungan etnik di Malaysia. Dengan adanya maklumat-maklumat
tentang tajuk hubungan etnik, saya tidak akan melakukan sesuatu yang akan
merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini. Contohnya hal-hal seperti isu-isu
sensitif atau hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dibicarakan sebarangan. Hal ini
kerana negara Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang mempunyai
latar belakang dan budaya yang berbeza, maka kita haruslah saling menghormati,
bertolak-ansur dan bergaul dengan mesra untuk menjamin kelangsungan keharmonian
dalam kalangan masyarakat. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya mempunyai
tanggungjawab tersebut untuk memeliharanya. Melalui pembelajaran kursus Hubungan
Etnik, harap semua guru pelatih juga akan bersama-sama untuk menjaga kedamaian
negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pluralistik.
Akhirnya, saya gembira dan bersyukur kerana tugasan projek Hubungan Etnik ini
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan saya juga mendapat manfaat setelah
melaksanakan tugasan ini.

(WONG YI LING)

46

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kumpulan kami telah menghasilkan satu tugasan projek
mengenai kelebihan dan cabaran masyarakat pluralistik di Malaysia. Kelebihan
masyarakat pluralistik boleh dilihat dari empat aspek iaitu dari aspek politik, ekonomi,
pendidikan dan sosiobudaya. Cabaran masyarakat pluralistik pula ialah dari segi
peningkatan masalah sosial, keselamatan negara, pelaksanaan sistem pendidikan
negara, pengekalan perpaduan rakyat, penafian agama Islam sebagai agama rasmi,
pelaksanaan Pembangunan Sosial (DPN), pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Semua masyarakat di negara
kita perlu berganding bahu menangani cabaran-cabaran masyarakat pluralistik supaya
dapat menjaga keamanan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.















47

BIBLIOGRAFI
_______. (2004). Ucapan aluan. Diperoleh dari http://aplikasi.kpkt.gov.my/
ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac92248256fdc00
349db8?OpenDocument.
_______. (n.d.). Bab 2 Pluraliti masyarakat alam melayu dalm sejarah. Diperoleh dari
http://maruwiahacis.files.wordpress.com/2013/11/bab-2-pluraliti-b.pdf.
_______. (n.d.). Bab 4 Membina 1 Malaysia. Diperoleh dari http://www.pmo.
gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuj
u%20GTP_Bab04.pdf.
_______. (n.d.). Senarai cuti umum bagi tahun 2014. Diperoleh dari
http://219.93.200.217:100/attendance/viewCutiUmum.php.
Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd..
Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran, dan
pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1) 2011. Diperoleh
dari http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm. mei.2011.pdf.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA.
Suraiya Ishak & Ahmad Raflis Che Omar. (2011). Paradigma baru dalam pelaksanaan
tanggungjawab sosial syarikat milik kerajaan. Akademika 81 (3) 2011: 75-81.
Diperoleh dari http://www.ukm.my/penerbit/akademika/
ACROBATAKADEMIKA81-3/jademik81-3Bab%209-lock.pdf.
Suzalie. (2012). Kerjasama dan perpaduan masyarakat majmuk mendukung dasar
kerajaan. Diperoleh dari http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/beritaharian/
7458-kerjasama-dan-perpaduan-masyarakat-majmuk-mendukung-dasar-
kerajaan.
Syazrin Zulfakar. (2013). Bab 2 Pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia.
Diperoleh dari http://prezi.com/e5n-yjnskpc8/bab-2-pluraliti-dan-masyarakat-
pluralistik-di-malaysia/.
Theodore, L. (1958). The dangers of social responsibility. Harvard Business Review
Sept-Oct 1958: 41-50.
Universiti Putra Malaysia. (n.d.). Bab 3 & 4 Pluraliti masyarakat alam melayu dalam
sejarah dan pluraliti masyarakat Malaysia kontemporasi. Diperoleh dari
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja
&ved=0CCQQFjAA&url=http%3A%2F%2Fvodppl.upm.edu.my%2Fuploads%2Fd
ocs%2Fskp2204_1330913265.ppt&ei=r9MRU-
O9LI6lrQfm44GIDQ&usg=AFQjCNGJJcWy9kcdV_5m6JFC8cP8u4nFkg&bvm=b
v.62286460,d.bmk.
48

Universiti Utara Malaysia. (2009). Gembleng kelebihan masyarakat majmuk pasar
produk Malaysia. Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm.
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2013). Citrawarna. Diperoleh dari http://ms.wikipedia.
org/wiki/Citrawarna.
Wikipedia, ensiklopedia bebas. (2013). Program latihan khidmat negara. Diperoleh
dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara.
Zanas. (n.d.). Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Diperoleh dari
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-
masyarakat-majmuk-di-malaysia/.




















49

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : CHONG HUI ERN
: HENRY GOH KEH LEONG
: TIONG CHIONG YEW
: WONG YI LING
NO MATRIK : 2013021340025
: 2013021340030
: 2013021340041
: 2013021340045
KUMPULAN : PISMP MATEMATIK SJKC SEMESTER : TIGA
MATA PELAJARAN : HUBUNGAN ETNIK
PENSYARAH PEMBIMBING : CHUA LEONG CHEE
TARIKH AKTIVITI-AKTIVITI KOMEN T/TANGAN
14/2/2014 Menerima tajuk
daripada pensyarah
Pensyarah
menerangkan
soalan-soalan
secara ringkas.
PUAN CHUA :
18/2/2014 Kumpulan kami
mula memahami
soalan.
Banyak soalan tidak
faham dan susah
dijawab.
CHONG HUI ERN :


HENRY GOH :


TIONG CHIONG
YEW :


WONG YI LING :


20/2/2014 Kumpulan kami
mula mencari
maklumat.
Kami mencari
maklumat dalam
perpustakaan dan
melayani internet.
CHONG HUI ERN :


HENRY GOH :


TIONG CHIONG
YEW :

50


WONG YI LING :

25/2/2014 Kumpulan kami
mula
membahagikan
kerja dan menulis
esei berdasarkan
tajuk.
Kumpulan kami
habiskan esei
tersebut.
CHONG HUI ERN :


HENRY GOH :


TIONG CHIONG
YEW :


WONG YI LING :


5/3/2014 Kumpulan kami
menghantar draf
yang pertama.
Pensyarah
menolong kami
menyemak draf.
PUAN CHUA :
6/3/2014 Draf kami dihantar
balik dan kami
membetulkan
kesalahan dalam
draf.
Kumpulan kami
tengok apa
kesalahan dan
membetulkannya.
CHONG HUI ERN :


HENRY GOH :


TIONG CHIONG
YEW :


WONG YI LING :


10/3/2014 Kumpulan kami
membahagikan
kerja masing-
masing untuk
membuat
penghargaan,
pengenalan,
rumusan, refleksi
diri dan borang
kolaborasi.
CHONG HUI ERN :


HENRY GOH :


TIONG CHIONG
YEW :


WONG YI LING :


12/3/2014 Saudara Tiong
Chiong Yew
menggambungkan
semua hasil kerja
ahli kumpulan.
TIONG CHIONG
YEW :
51

13/3/2014 Saudara Tiong
Chiong Yew
mencetak kerja
kursus.
TIONG CHIONG
YEW :
14/4/2014 Kami menghantar
kerja kursus kepada
pensyarah.
PUAN CHUA :























52











LAMPIRAN

You might also like