You are on page 1of 17

MASYARAKAT MAJMUK

Dalam istilah bahasa Inggeris society iaitu masyarakat bermaksud sekelompok manusia yang
membentuk sebuah sistem interaksi sosial di mana sebahagian besar interaksi yang berlaku
dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam
kelompok tersebut. Selain itu, masyarakat adalah sebuah komuniti yang saling memerlukan
antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk
kepada sekumpulan manusia yang hidup bersemadi di sesuatu tempat tertentu dalam
sesebuah komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Manakala merujuk Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Anggota masyarakat terdiri daripada individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil. Hubungan bersemuka khususnya, merupakan jaringan
erat yang wujud di kalangan anggota tersebut. Sebagai contoh kegiatan gotong-royong,
bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, berkumpul menyambut pembesar yang datang
mengunjungi, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa
malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau telah meninggal dunia adalah pola
hubungan sosial yang berulang terbina daripada pergaulan. Satu unit sosial akan terbina
daripada kekerapan pergaulan kerana kesepaduan dalam sesebuah masyarakat. Contoh yang
terbaik ialah negara kita Malaysia yang mempunyai hubungan harmonis antara pelbagai
kumpulan etnik kerana dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Di samping itu, definisi lain tentang masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu. Sementelah
masyarakat terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Kesatuan atau dalam konteks
masyarakat yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik maka terbentuk majmuk. Pelbagai
rumpun bangsa membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, ekononi dan sosial
disesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu adalah dikenali sebagai
masyarakat majmuk.
Plural society istilah dalam bahasa Inggeris iaitu masyarakat majmuk bermaksud pelbagai kaum
atau multi racial society yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-
sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Definisi masyarakat
majmuk menurut Kamus Dewan adalah masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
The Development Of a Plural Society In Malaya adalah sebuah buku Graham Saunders di
mana beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang
membentuk satu kependudukan yang hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Pada
pandangan Graham Saunders, terdapat tiga kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan
India bukan sahaja terpisah dari segi adat, makanan dan pakaian malah juga pekerjaan dan
tempat tinggal.
The Sociology Of The Thirdworld hasil penulisan J.E.Goldthorpe seorang sarjana dalam
bidang sosiologi menyatakan pendapat tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama dengan
kedua-dua sarjana sebelum ini iaitu kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah
yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu telah membawa masuk semua kaum untuk
memenuhi peluang pekerjaan di sini.
Merujuk kepada keadaan masyarakat di Burma, Indonesia dan Malaysia juga terdapat
masyarakat majmuk . Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah kepelbagaian
budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan
wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.
Beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu
masyarakat tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang
berbeza dengan bangsa yang lain juga merupakan sebuah masyarakat majmuk.
Pada sekitar abad ke-19, masyarakat di Tanah Melayu iaitu Malaysia didominasi oleh dua
bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah
Tanah Melayu yang pada ketika itu iaitu kaum India dan Cina
Tanah Melayu telah mengalami perubahan politik, sosial dan ekonomi pada abad ke-19.
Sementelah perubahan politik telah menyebabkan perubahan sosial. Kedatangan orang Cina
dan India ke Tanah Melayu telah memperkembangkan perusahaan bijih timah dan getah.
Terdapat satu lagi kumpulan pendatang ke Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang terdiri
daripada pendatang-pendatang asing dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan
lain-lain kepulauan Indonesia menurut dari belakang setelah kedatangan orang India dan Cina.

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-
dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi,
politik dan sosial, menurut J.S.Furnivall (1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan kelompok-
kelompok yang terdiri daripada pelbagai ragam dalam satu kelompok unit politik. Kelompok-
kelompok pelbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak
bergabung tambah J.S.Furnivall lagi. Agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara cara
kehidupan sendiri adalah ciri-ciri pegangan kuat setiap kelompok. Masyarakat majmuk yang
terdiri daripada pelbagai komuniti hidup secara berdekatan tetapi terpisah dalam unit politik
yang sama. Dalam bidang ekonomi pula, sistem pembahagian buruh adalah berasaskan ras di
mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.
Beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah
Melayu telah digubal dalam dasar Inggeris. Penentuan persoalan bagaimana Inggeris
membantu mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia juga terdapat dalam dasar ini. Kesan
terhadap pemajmukan ras merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Terdapat
beberapa huraian daripada dasar Inggeris iaitu :-
i. Politik
Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan
orang asing telah berlaku sejak tahun 1874. Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan
bebas adalah merupakan cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing ke
Tanah Melayu. Pada tahun 1930an, Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar
imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal
mereka. Perkara ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh orang Inggeris kepada
pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya. Pada tahun 1930an juga undang-undang
imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Tiada sekatan terhadap
kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang imigrasi pada tahun 1930an
kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi
perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan kereta api
dan jalan raya.
Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran
daripada ditindas dan dianiaya oleh kongsi gelap mahupun majikan. Jabatan Pelindungan
Orang Asing yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-buruh asing
menunjukkkan seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Tindakan
dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana
ekonomi Tanah Melayu. Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan
untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran diperkukuhkan lagi
dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing. Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan
sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang
ke negara asal. Pada tahun 1927 1932 sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing
hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris membuktikan bahawa kewujudan masyarakat
majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakan buruh imigran bagi
menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak
mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
ii. Ekonomi
Perubahan sistem sara diri kepada sistem komersial disebabkan dasar ekonomi komersial,
kapitalisme dan bebas berlaku. Ini mengakibatkan pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak mendorong kepada wujudnya sistem
ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Oleh itu, keperluan pemodenan
prasarana baru memerlukan tenaga buruh dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial
Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris lebih menjuruskan aspek penekanan. Dasar ini
menjelaskan bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Inggeris menggalakkan
perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia iaitu melalui dasar
pendidikan yang berteraskan negara ibunda. Oleh itu, kita dapat melihat tindakan Inggeris yang
tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Dengan kewujudan sukatan
pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di
Malaysia telah meninggalkan kesan keadaan ini.
Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru dari
negara asal mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi
menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Sementelah orang-orang
Melayu hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja
dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Anak-anak para
bangsawan Melayu dikhaskan mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik. Justeru, keadaan
dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa
mereka masih lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing. Oleh itu, ini
menjelaskan bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan
konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik. Konsep-konsep ras dan bangsa
adalah konsep etnik yang mempunyai pengertian dan saling berkait rapat. Justeru itu, menurut
Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberikan tekanan
kepada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama
antara sesama manusia. Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di
bawah sistem politik yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.
Perbezaan budaya dapat mengelaskan etnik. Ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan membezakan etnik. Etnik di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India,
Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai bangsa lain. Pada dasarnya, etnik bersikap etnosentrik
iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya
etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau
tidak bermoral.
Konsep etnisiti dan etnosentrisme dibentuk daripada konsep etnik. Rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu dirujuk kepada etnisiti. Oleh sebab itu, wujudlah satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dalam satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik dirujuk kepada etnosentrisme iaitu budaya dan etnisiti mereka adalah
jauh lebih baik serta hebat daripada kelompok lain. Suatu perspektif yang melihat kelompok
etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri adalah merupakan definisi etnosentrisme
juga.
Konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang sama
di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain
sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biological yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna
rambut dan sebagainya. Warna kulit adalah ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia.
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal
atau ras semata-mata dan ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka
ditakrifkan sebagai rasisme. Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui
diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biological yang lain ialah rasisme juga.
Tahap individu dan tahap institusi adalah dua tahap yang wujud daripada rasisme. Rasisme
yang berlaku dalam bentuk kepercayaan adalah tahap individu di mana wujudnya ras tertentu
yang berstatus lebih tinggi dan ras yang berstatus lebih rendah. Pada peringkat individu
rasisme, wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Rasisme tahap institusi
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Pada tahap institusi rasisme ia
dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
Definisi budaya ialah kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir dan berkelakuan merujuk
Kamus Dewan (2005). Selain itu, budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan dibahagikan daripada budaya. Peralatan
dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya adalah budaya
kebendaan. Orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza daripada orang
Inggeris atau orang Eskimo adalah sebagai contoh. Kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang adalah budaya bukan kebendaan. Adat istiadat dijalankan secara tersendiri dalam
kehidupan oleh setiap masyarakat. Adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki
memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran
perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Faktor agama penting dalam
budaya Melayu kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaaan
semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan
amalan hidup. Alat komunikasi penting dalam bahasa. Sebagai petunjuk jalan, adat resam
juga mustahak bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
Dalam pembentukan sesuatu budaya, terbahagi kepada dua peranan utama iaitu membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan
dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Aspek cara
pengendalian hidup adalah budaya yang memberikan identiti kepada sesuatu kelompok.
Daripada satu keturunan kepada satu keturunan untuk mewarisi budaya. Menurut Mohd Taib
Osman (1988), budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan
kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Konsep masyarakat majmuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri
daripada berbagai rasa atau etnik yang berada di bawah satu pemerintahan, menurut
J.S.Furnival. Dalam erti kata sebenar campuran ialah bergaul tetapi tidak bercantum. Agama
yang berbeza diamalkan oleh setiap kumpulan.
i. Melayu
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara. Orang Melayu di Malaysia adalah merujuk kepada orang yang
mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.
Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.
Pada dasarnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Penduduk luar bandar di
Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar adalah orang Melayu. Sejak tahun 1970an
sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar.
Kebanyakan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam
skala kecil-kecilan atau secara komersial masih tinggal di luar bandar. Pelbagai sektor seperti
sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan melibatkan
sebahagian besar etnik Melayu di bandar.
ii. Cina
Golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina. Pelbagai agama seperti
Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam dianuti oleh masyarakat ini. Sektor
perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan sebahagian besar etnik Cina.
Sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama, khasnya di Lembah Kelang.
iii. India
Golongan etnik yang ketiga terbesar di Semenanjung ialah orang India. Sebahagian besar
orang India pada masa lalu bekerja dan menetap di estet. Terdapat di kalangan mereka pada
masa kini yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di sektor perdagangan
atau perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar. Terdapat golongan sub etnik seperti
orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori etnik India. Etnik India di negara ini
merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.
Etnik-entik lain
Orang Asli ialah golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian
antropologi. Penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri di Semenanjung
kebanyakannya orang Asli. Anutan kepercayaan orang Asli adalah kepercayaan tradisional,
animism, Kristian dan Islam. Terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Baba
Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka dan Thai di beberapa
negeri di utara Semenanjung selain orang Asli. Namun mereka yang terdiri daripada
masyarakat minoriti juga mempunyai budaya yang unik seperti budaya masyarakat Baba
Nyonya.
Menurut Furnivall, dalam sektor pekerjaan pula terdapat pembahagian tenaga buruh yang
ketara mengikut kaum. Setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari
sumber pendapatan bagi menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan kesesuaian dan
kemahiran mereka sendiri. Bidang pertanian dan penangkapan ikan diurus oleh orang Melayu
dan orang Cina menguruskan perlombongan dan perdagangan. Manakala golongan orang
India pula menguruskan bidang perladangan getah dan perladangan lain. Tempat kediaman
berlainan dan cara kerja yang dilakukan menyebabkan kegiatan ekonomi yang dijalankan juga
terpisah. Kawasan kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut merupakan
kawasan tempat tinggal orang Melayu, orang Cina tinggal di kawasan perlombongan dan
bandar sebagai pusat untuk menjalankan perniagaan serta orang India pula tinggal di estet-
estet dan ladang kelapa sawit. Justeru taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis
pekerjaan.
SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Sebuah tempat tumpuan, pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan adalah
merupakan Tanah Melayu yang sudah tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan
penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Oleh itu konsep
pencampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia.
Struktur susunan ras, etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada
zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia adalah
menurut pendapat kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial. Zaman paling penting
dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini Semenanjung Malaysia
adalah pada tahun 1786 hingga 1914.
Perkara yang penting dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia adalah
aspek demografi. Betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik yang turut
mewarnai wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia diperlihatkan
bukan sahaja dari aspek demografi.
Zaman Pendudukan Inggeris
Pada Ogos 1786, campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang menyebabkan kemasukan migran secara besar-besaran dari luar.
Semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia dalam jangka masa yang panjang iaitu
selama lebih seratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Malaysia telah diduduki oleh
Jepun semasa perang dunia kedua di antara tahun itu. Jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Oleh itu
masyarakat homogenios Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India
sebagai komponen utamanya.
Penduduk Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang
Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak sebelum kurun ke-18. Waktu itu migrasi dari
luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Menurut James P.Ongkili, 1985:4, terdapat juga
kaum pendatang dari Sumatera, Indonesia namun tidak menjejaskan corak masyarakat ketika
itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.
Perubahan dalam struktur masyarakat yang berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena
migrasi dari luar akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal
masing-masing bertanggung jawab mencernakan perubahan berkekalan sejak awal kurun ke-
18 hingga ke hari ini. Sementelah struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan
migrasi dari luar dan juga faktor penolak dan penarik. Sedikit demi sedikit migrasi ini berlaku
sebelum penjajahan barat tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Faktor utama dalam
aktiviti migrasi dari luar terutamanya China dan India adalah aktiviti ekonomi dan perladangan.
Masyarakat Cina dari Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Justeru mereka terpaksa keluar berhijrah hingga ke Tanah
Melayu. Beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah
menetap lama di Tanah Melayu bagi kemasukan buruh-buruh Cina. Dari semasa ke semasa
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah. Walau
bagaimanapun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan
kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk adalah kerana kemasukan masyarakat
Cina dan pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Oleh kerana pengaruh
masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu serta
juga masyarakat Melayu ketika itu. Akhirnya satu masyarakat baru terbentuk akibat
kedatangan masyarakat Cina iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Kepelbagaian dan
kemajmukan masyarakat di Malaysia menggambarkan keunikan pada pandangan masyarakat
luar dengan wujudnya golongan baru ini.
Selepas Cina migran kedua terbesar adalah kelompok India. Negapatam dan Madras, India
Selatan adalah tempat asal kebanyakan mereka. Selain itu India juga mengalami masalahnya
sendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Kemiskinan dan kebuluran
merupakan suasana yang melanda negara itu mendorong penduduknya berhijrah ke luar
negara-negara lain termasuk Tanah Melayu ketika itu. Sejak pembukaan Pulau Pinang oleh
Inggeris migran India sudah mula berhijrah ke Tanah Melayu. Setelah Inggeris berjaya
menguasai negeri-negeri Melayu bilangan mereka bertambah.
Masyarakat luar seperti Indonesia dan Ceylon juga menjadi migran ke Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak selain dari China dan India. Bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding
dengan buruh dari China dan India. Selain itu kebanyakan pendatang Indonesia berasal dari
Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Sementelah pendatang dari Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Kebanyakan
pendatang dari Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese. Sehubungan itu mereka datang dari
kawasan pantai selatan negara tersebut dan telah datang dengan jumlah yang agak ramai
selepas kurun ke-19 berterusan hingga kurun ke-20an. Penjajahan British di Ceylon yang
menyebabkan kedatangan mereka berterusan. Faktor utama penghijrahan mereka adalah
bukan faktor ekonomi tetapi mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang
mereka dapat di negara asal.
Proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang bermula
setelah kemasukan daripada luar. Pada mula proses pembentukan masyarakat menghadapi
kesukaran kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Sebagai
contoh peristiwa 13 Mei 1969 banyak konflik berlaku dalam proses pembentukan ini. Konflik
yang berlaku dalam masyarakat majmuk mengikut garisan pemisah ras dan bukan garisan
kelas. Masalah sosio-ekonomi dan politik pasti akan timbul dengan pengambilan pekerja buruh
dari luar dibuat secara tetap lebih membimbangkan dan bagi mengelakkan pembentukan
masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh
negara-negara Eropah Barat dan Telok.
Lahirnya kelompok daripada keturunan Cina dan India setelah kemasukan migran dari luar
yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba Nyonya yang berketurunan
Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Apabila berlangsungnya perkahwinan
antara orang asing dengan penduduk tempatan maka asimilasi bangsa juga turut berlaku,
wujud beberapa sub kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Sekarang kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah
kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kumpulan etnik terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu iaitu merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara ini. Jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama
Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Sikap peramah dan budaya seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu
terkenal.
Kumpulan etnik kedua terbesar ialah kaum Cina yang merangkumi 25 peratus populasi. Kaum
Cina hari ini kebanyakannya berasal daripada pendatang yang merantau pada abad ke-19.
Kaum Cina terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Cara berbicara dialek tiga
kumpulan kecil kaum Cina iaitu Hokkien tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis tinggal di Kuala
Lumpur dan juga kumpulan penutur bahasa Mandarin tinggal di kawasan selatan tanah air di
Johor.
Kaum India merupakan kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini
yang merangkumi 10 peratus populasi. Kaum India kebanyakannya berasal daripada
pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Kedatangan mereka ke sini adalah untuk mencari kehidupan yang
lebih baik dan keluar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kaum India ini
kebanyakannya beragama Hindu dan mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta
pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1.1 Malaysia sangat sinonim dengan masyarakat majmuk dan sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Di seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum. Terdapat
tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum yang ada di
seluruh negara. Konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini
pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa iaitu merujuk Kamus Dewan. Justeru
gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan manusia
yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya
dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan
yang bersatu padu.

1.2 Menurut pendapat Furnivall masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar
penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka
yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit
politik. Mereka tidak bergantung antara kaum lain namun kelompok-kelompok ini bercampuran,
amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang
tersendiri.

1.3 Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat
majmuk merupakan intipati yang menjadi tumpuan di Semenanjung Malaysia. Semasa era
kegemilangan Melaka lagi hadir pelbagai kaum pada asasnya telah bermula melalui proses
perdagangan yang dijalankan. Namun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri
istilah masyarakat majmuk. Pada kurun ke-18 penggunaan istilah masyarakat majmuk bermula
dengan adanya peranan pihak British. Pada masa dulu Malaysia dikenali sebagai Tanah
Melayu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Protugis, Belanda, British dan Jepun.
Maka kupasan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing
diberi perhatian.
A. KEDATANGAN PORTUGIS
Pada 11 September 1509 Portugis telah datang ke Melaka semasa pemerintahan Sultan
Mahmud Shah yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira dengan lima buah kapal. Sultan
telah menahan beberapa orang pedagang Portugis yang datang berdagang akibat sedikit
perselisihan faham. Pada Julai 1511 Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka untuk
membebaskan para banduan lalu menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan
orang Portugis serta membayar ganti rugi. Melaka telah diserang oleh 800 orang Portugis dan
600 orang India kerana keengganan baginda sultan melaksanakan tuntutan tersebut. Seramai
1400 orang tentera ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat yang berbilang kaum yang
ada pada ketika itu. Orang Portugis telah Berjaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511.

B) KEDATANGAN KUASA BELANDA
Belanda menyerang Kota Portugis Melaka pada tahun 1597. Johor berpakat dengan
Belanda untuk menguasai Melaka pada tahun 1606. Portugis mendapat bantuan dari Goa
walaupun percubaan selama tiga bulan gagal. Kapal Belanda telah memusnahkan kapal
Portugis di pelabuhan pada tahun 1636 dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14
Januari 1641. Manuel De Souza Couthinho , Gabenor Portugis telah menyerahkan kuasa
pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

c) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Semasa penjajahan British perubahan ketara berlaku. Pergolakan politik dan perebutan
takhta yang berlaku di Kedah dan Johor telah dijadikan kesempatan oleh British untuk
menakluk Pulau Pinang dan Singapura merupakan permulaan pendudukan British di Tanah
Melayu. Pada tahun 1824 melalui perjanjian Inggeris Belanda, Belanda telah diserahkan
kepada pihak British.

Negeri-negeri Selat adalah tiga wilayah telah disatukan di bawah satu pentadbiran.
mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang
baru untuk pelaburan di barat. Jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan
pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil telah menyebabkan Tanah
Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur.

Pada ketika itu Tanah Melayu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan
perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh
dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Pertumbuhan sektor bandar,
jalan-jalan, rel-rel kereta api dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar
bertambah besar disebabkan oleh penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi.

Masyarakat majmuk mempunyai ciri-ciri tertentu lalu terbentuk Dasar Pecah dan
Perintah (Divide and Rule). Masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-
lombong bijih timah manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang dari sudut demografi.
Manakala masyarakat Melayu di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Sebelum
kedatangan British berlaku penghijrahan orang Cina namun selepas kehadiran British dasar
penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan bagi menjamin keselamatan undang-undang
dan seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Pada penghujung
kurun ke-19 kemasukan orang India berlaku dengan pesat kerana perkembangan perladangan
seperti getah dan kopi. Migrasi Cina dan India dilindungi oleh British. Jurang perbezaan antara
kaum, pembangunan dan ekonomi wujud kerana keadaan ini.

d) PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini adalah kesan
daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Malai Baru adalah merupakan pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang
berpusat di Singapura. Snoyan pula dikenali di Singapura telah diasingkan daripada
pentadbiran di Tanah Melayu. Satu wilayah dibentuk dari segi pentadbiran yang terdiri dari
Pulau Pinang, Melaka,Tujuan penjajahan British di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi
keperluan permintaan bahan Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri Perlis,
Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945
dengan tujuan membalas jasa Siam.

Kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum dan juga keadaan masyarakat
dari segi pendidikan serta pentadbiran adalah wujud daripada penjajahan Jepun. Terdapat dua
bentuk hubungan kaum semasa Perang Dunia ke-2 iaitu hubungan kerjasama antara kaum
menentang penjajah Jepun (MPAJA) dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina
ekoran dasar pilih kasih atau diskiminasi terhadap etnik Cina.

Kawasan-kawasan baru dibuka iaitu permulaan masalah setinggan kerana penindasaan
Jepun terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu yang tinggal di
kampung-kampung tradisi telah mengakibatkan pertembungan budaya. Perkahwinan kacukan
di antara orang Cina dan orang Melayu menyebabkan pertembungan budaya dan telah
melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nyonya yang boleh kita lihat banyak di Melaka pada
hari ini. Kemasukan migrasi terutamanya dari Cina disebabkan peperangan antara Cina dan
Jepun disekat oleh Jepun di Tanah Melayu. Pengaliran keluar orang Cina secara beramai-
ramai telah berlaku di antara tahun 1947 hingga 1953. Migrasi dari India masih lagi berlaku
sungguhpun dalam kadar yang rendah. Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari
Tanah Melayu pada tahun 1945.

e) PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU SELEPAS JEPUN

Pada tahun 1945 selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu British kembali
memerintah. Pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah diusahakan demi
perpaduan setelah kedatangan semula Inggeris. Sokongan rakyat terhadap mereka luput sama
sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama lima tahun
penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh itu perkara ini membawa kepada tuntutan
kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum daripada pihak British.

Bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pihak British telah memberi syarat
yang paling besar iaitu orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat
Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Masyarakat Melayu sukar memberi
kerakyataan kepada kaum Cina dan India pada mulanya. Keganansan Parti Komunis Malaya
telah berlaku dengan berleluasa menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang
menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas
dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu. Pada tahun 1948 kerajaan telah mengistiharkan
darurat kerana berpunca daripada keadaan ini. Hubungan etnik bertambah baik dan
mewujudkan kerjasama menentang komunis semasa darurat.

British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah
Melayu kerana keganasan PKM dan akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang Melayu sebagai
salah satu kaedah membenteras keganasan PKM. British telah memerdekakan Tanah Melayu
atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman pada
tahun 1957. Pada tahun 1960 darurat dibubarkan. Penjajahan British telah memberi kesan,
impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai
perkembangannya dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.

3. Kesan Penjajahan kuasa asing dalam pembentukan masyarakan majmuk di Malaysia.

Perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dan dirumuskan kepada
tiga tempoh yang berbeza iaitu pertama, zaman penjajahan British di mana ketiga-tiga kaum
langsung tidak berinteraksi. Tanah Melayu ditegaskan adalah milik orang Melayu, ekonomi
komersial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang
Melayu ketinggalan. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat
dengan ekonomi kormesial. Antara sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang
menekan penduduk asal serta Dasar Pecah Perintah yang dijalankan British sewaktu
penjajahannya.

Era menuju kemerdekaan merupakan tempoh kedua dilihat terdapat hubungan antara
kaum di mana Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan
Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk
parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu
Parti Perikatan. British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun
1957 hasil daripada kerjasama antara kaum. Peristiwa darurat telah berlaku sebelum
kemerdekaan selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 hingga 1960 yang melibatkan Parti
Komunis Malaya. Hubungan antara orang Melayu dan Cina kembali tergugat dalam tempoh ini.

Zaman selepas kemerdekaan merupakan peringkat yang ketiga atau terakhir yang
merujuk zaman selepas 1969 yang masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang
bukan sahaja dari segi ekonomi. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh
mewujudkan keadaan aman damai menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Walau
bagaimanapun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan kerana masing-masing
berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain.
Penggunaan Malaysian Malaysia telah mula digunakan pada sekitar tahun 1965 namun ia
tidak begitu diterima pakai. Salah satu matlamat kerajaan kini dalam memastikan kesepaduan
masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.

You might also like