You are on page 1of 1

AMALGAMASI Amalgamasi: merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau

pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu entiti yang bersatu, sama ada secara sementara atau berkekalan. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah melalui percantuman budaya dan perkahwinan campur. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Syarat: dalam proses amalgamasi ini, kumpulan dominan mestilah membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku) Antara contoh amalgamasi yang terjadi sekarang iaitu melalui kaedah percampuran budaya Portugal dan budaya Melayu lalu terjadinya percantuman budaya terbentuknya budaya baru.

You might also like