You are on page 1of 8

3.

0 Mentafsir empat punca masalah pelaksanaan kebudayaan kebangsaan dan tiga cara untuk
mengatasinya.
3.1 Empat punca masalah pelaksanaan kebudayaan.
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia.
Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan
2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan
antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat
liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka kepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke
tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem
sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada individu tertentu sahaja.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
Malaysia. Di antaranya ialah;
3.1.1 Agama dan kebudayaan
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai
yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali
menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka
yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. Malaysia pada hari ini didiami
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum
dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan
keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad
ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya
telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
3.1.2 Dasar penjajah British.
Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945,British kembali
memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui
pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat
terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu
menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini
membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum
daripada pihak British.Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana
untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan
bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara.
Pada mulanya agak sukar bagi masyarakat Melayu menerima pemberian
kerakyatan kepada kaum Cina dan India.Namun dengan berlakunya keganasan Parti
Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana
etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu
sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu.Berpunca daripada
keadaan ini,kerajaan teleh mengistiharkan darurat pada tahun 1948 . Semasa darurat,
hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis
Keganasan PKM menyebabkan
British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran
Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah
satu kaedah membanteras keganasan PKM. Pada tahun 1957 , British telah
memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang
diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960.Kesan
dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan
dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa
hingga ke hari ini.
Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan
kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah
sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.
Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh
antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
3.1.3 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan
masalah polarisasi kaum terutamanya di kalangan pelajar. Masalah polarisasi kaum di
kalangan pelajar, jika tidak dibendung akan menimbulkan implikasi yang kurang sihat
terhadap negara. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan
rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar boleh menimbulkan permusuhan dan
pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan di
dalam pelajaran mereka, jika setiap kaum mengutamakan bangsa sendiri. Hal ini akan
menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan
pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan
dan corak hidup, di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza
dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di
Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak
sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa
pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan
pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama
rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa
mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
3.1.4 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik:
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi
bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi
tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza
berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah
sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik
utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak),
Cina dan India.
Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan
etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan
perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku
kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di
negara ini. Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan
di negara ini terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak
diabaikan sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara ini.
Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke semasa mengikut kepentingan sejagat
dan menyeluruh.

3.2 Cara untuk mengatasi masalah pelaksanaan kebudayaan kebangsaan.
Pelbagai cara telah diambil bagi mengatasi maslah pelaksanaan kebudayaan
kebangsaan di Malaysia. Antara cara yang boleh dilaksanakan ialah:
3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara
melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum
ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Sekolah wawasan - Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung (link-way).
Sekolah seni Murid-murid dididik untuk mencintai seni warisan negara serta
dari peringkat sekolah rendah lagi. Melalui kesenian, murid-murid diajar tentang
kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan
membuka dan mematangkan minda murid-murid. Dengan ini, kewujudan sekolah seni
pada peringkat menengah membantu murid meneruskan minat murid terhadap seni
pada peringkat yang lebih tinggi.
Sekolah sukan Pelbagai jenis sukan yang ditawarkan di sekolah sukan
memberi peluang kepada semua murid untuk menceburi sukan yang diminati tanpa
dimonopoli oleh mana-mana kaum. Pengenalan kepada permainan tradisional bagi
setiap kaum juga memberi peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali dan
mendalami permainan sesuatu kaum.

3.2.2 Program Pemuafakatan Masyarakat
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui
program- program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab,
gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya. Antara program yang boleh
dilaksanakan ialah Hari Keluarga dan Sukan Rakyat . Program yang melibatkan seluruh
ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta.
Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini
dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang
dalam kalangan seluruh warga masyarakat.
Antara lain, acara kebudayaan dan kesenian juga boleh dilaksanakan. Pelbagai
acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-
lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang
terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.Program sebegini
juga dapat Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Kesenian dalam kebudayaan Melayu
terbahagi kepada 2 kemahiran iaitu seni lakon dan seni tampak. Seni lakon merujuk
kepada tarian, teater, muzik dan nyanyian manakala seni tampak merujuk kepada
ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, tekat dan anyaman.
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali juga
perlu diadakan pada setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui
pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan
seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama.
Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang
kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh
kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat
berbilang kaum dalam komuniti tempatan.
Selain itu, aktiviti riadah sangat dicadangkan untuk dilaksanakan pada peringkat
kampong atau daerah agar silaturrahim antara penduduk dapat dieratkan lagi.
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian
dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan,
Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian,
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya.
Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan
lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan
dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.
3.2.3 Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku
Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama
ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan
pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan
menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan
hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) . Sebagai sebuah
sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka
berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program
RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan
program yang dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar
berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang
pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik.
Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya
menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.
Penyertaan Dalam Kokurikulum . Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan
pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat
akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan
dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli
jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari
pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin
yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan
adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan
masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan
berintegrasi.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan . Setiap tahun sekolah mengadakan
pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa
sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-
persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan
sejarawan,
Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk
patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan
asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara,
perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan
program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua
warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

You might also like