You are on page 1of 23

Tahap penerimaan dan penggunaan Bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


BAB 1 1.1
Penyataan Masalah Mengapa tahap penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan kini semakin kurang mendapat sambutan dan lebih mengutamakan bahasa kaum
sendiri dan Bahasa Inggeris? Mengapa tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dilihat kurang penting dan sering timbul konflik dalam masyarakat terutama
dalam bidang pendidikan? Benarkah Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai Bahasa
Kebangsaan ini berperanan sebagai alat komunikasi yang membantu memupuk perpaduan
antara kaum menurut persepsi pelajar? 1.2 Objektif Kajian Mengenal pasti tahap
penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mengenal
pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar
UKM. Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada penerimaan
dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM . 1.3
Metadologi Kajian dan Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah
kuantitatif dan temuduga tokoh di Fakulti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
Tujuan reka bentuk kes dan temuduga dijalankan ialah untuk mengenal pasti dan mencari
secara data secara intensif. Sampel kajian Seramai 30 orang responden yang dipilih untuk
menjalan kajian ini yang terdiri daripada pelajar kaum Cina dan India iaitu dari Fakulti Sains
Teknologi (FST), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FTSM) dan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK). Alat Kajian Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set
soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A (butir diri

responden). Manakala bahagian B (soal selidik). 1.4 Lokasi Universiti Kebangsaan


Malaysia : Bangi

BAB 2 2. PENGENALAN
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, berbeza dari keturunan , budaya, agama,
dan bahasa. Untuk melahirkan rakyat yang bersatu dan patriotik kepada Malaysia, perlu
membuat perancangan sosial yang dapat menyatukan mereka. Dalam perancangan sosial ini,
pendidikan menjadi alat utama yang dimanipulasi untuk melahirkan rakyat yang bersatu.
Bahasa menjadi wahana menyampaikan pendidikan. Falsafah ini termaktub dalam penyata
Razak (1956) . Gagasan Tun Razak ialah kanak-kanak di persekutuan Tanah Melayu ini
dikendaki belajar tentang perkara yang sama melalui bahasa kebangsaan yang sama untuk
melahirkan rakyat yang bersatu dan yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu ini sebagai
negara mereka (Abdullah Hassan: 252-253). Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu
yang menjadi bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Umum telah mengetahui bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa rasmi , bahasa pentadbiran, bahsa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa
perhubungan dan bahasa harian negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada
kurun ke-15 lagi. Taraf bahasa Melayu ini diakui bukan sahaja oleh sumber-sumber sejarah
Melayu tetapi juga Portugis, Belanda dan Inggeris. Maka tidak hairan sekiranya bahasa
Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa Melayu juga sebagai
bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan serta sebagai alat untuk
mencapai perpaduan kebangsaan dan pembentukkan satu bangsa Malaysia ( Zainal Abidin
1996: 243). Namun, timbul usaha sebahagian pihak untuk menukar bahasa penghantar dari
bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dimana ia boleh mengugat kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar dan bahasa perpaduan. Ia juga memberi kesan kepada pemikiran
etnik lain untuk menukar dan mengelak daripada menggunakan bahasa Melayu dalam
pendidikan mereka . Ini sekali gus menghancurkan penyata Razak 1956 yang pernah berjaya
menyatukan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. (Abdullah Hassan: 1996) Oleh itu, dalam
bab dua ini mengkaji akan persoalan sejarah bagaimana rakyat berbilang kaum merancang
dan mencapai perpaduan yang melibatkan Bahasa Kebangsaan. Dimana bahasa kebangsaan
telah menjadi bahasa rasmi yang digunakan dalam pelbagai perkara seperti pendidikan,
pentadbiran, kebudayaan, kesusteraan, ekonomi, sosial dan lain-lain. (Abdullah Hassan: 252253). Selain itu juga mengkaji peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan seterusnya hala tuju bahasa Melayu. 2.1 SEJARAH 2.1.1 Kemunculan rakyat
berbilang kaum Pada awal kurun ke-19, sekitar 150 000 orang Melayu mendiami
Semenanjung Tanah Melayu yang terbahagi kepada beberapa buah negeri. Setiap negeri pula
diperintah oleh seorang sultan. Ketuanan orang melayu dalam negeri ini tidak menjadi isu.
Pedagang dan pendakwah datang ke tanah Melayu dari pelbagai negara. Tanah Melayu aktif
dengan ekonomi, perdagangan, dan lain-lain (Abdullah Hassan 1996: 253). Pada akhir kurun
ke-19, kuasa barat mula datang ke wilayah ini. Inilah peristiwa sejarah yang membawa
perubahan kepada dunia Melayu. Melalui manipulasi kuasanya , Syarikat Hindia Timur
kepunyaan Inggeris dapat memaksa raja-raja Melayu menerima nasihat mereka dalam
pemerintahan. Penasihat-penasihat ini mempunyai kepentingan terhadap hasil getah dan
timah. Untuk menghasilkan hasil ini, mereka membawa masuk buruh murah dari negeri

China dan India. Buruh China digunakan untuk mengerjakan lombong biji timah dan Buruh
cina pula untuk mengerjakan ladang getah. Bilangan penduduk China dan India bertambah
dengan banyaknya. Inilah peristiwa yang mentransformasikan negeri Melayu ini daripada
negara satu kaum kepada negara berbilang kaum (Abdullah Hassan 1996: 254). Imbangan
bilangan penduduk yang sebegini , ditambah dengan perbezaan budaya, agama, ekonomi, dan
bahasa menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab pemimpin untuk mempersekutukan
rakyat dan membina semangat patriotik terhadap negara(Abdullah Hassan 1996: 254). 2.1.2
Bahasa Rakyat Malaysia Di Malaysia, orang Melayu menuturkan satu bahasa iaitu bahasa
Melayu, tetapi kaum Cina dan India memiliki lebih satu bahasa. Antaranya kaum Cina
menuturkan bahasa Hokien, kanton, Hakka, Hainan, Kwongsai, Henghua dan Hokcia. Kaum
India pula menuturkan bahasa Tamil, Telugu, Malayali, Benggali, Gujerati, Oriya, Punjabi
dan Sinhala. Di samping itu, ada juga bahasa pribumi lain iaitu Jah Hut, Mah Meri, Senoi,
Jakon, Temuan, Biduanda, Kintak, Kensiu dan Che Wong. Di Sabah dan Serawak pula
terdapat bahasa Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, Penan, dan beberapa kelompok lain. Bahasa
Inggeris pula dibawa oleh penjajah inggeris. Dalam senario begini , isu bahasa sering menjadi
isu yang sensitif dalam usaha mempersekutukan bangsa yang pelbagai etnik. 2.1.3 Punca
perpecahan masyarakat Dasar Inggeris semasa memerintah ialah pecah dan perintah .
Dasar ini direka cipta dan diamalkan dengan jayanya melalui sistem pendidikan. Orang
Melayu diberi pendidikan asas sahaja selama enam tahun. Selepas itu, mereka dirancangkan
supaya pulang bertani di kampung. Mereka memerlukan hanya teknik bertani , menternak
dan membuat kerja tangan. Kaum India juga diberikan pendidikan asas sehingga tahun enam.
Ramai orang yang tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka. Hal ini sengaja
dilakukan supaya mereka tidak keluar dari daerahnya dan tidak membangun dari segi
ekonomi (Abdullah Hassan 1996: 255). Kerajaan Inggeris juga tidak menganggap pendidikan
China sebagai tanggungjawab mereka kerana mengaggap masyarakat ini tidak akan menetap
di Tanah Melayu. Oleh itu, kaum China membina sekolah sendiri dan mengambil sukatan
daripada negeri China. Mereka juga membawa guru dan buku teks daripada Cina. Oleh sebab
banyak bahasa China yang dituturkan, mereka memilih Mandarin (Kuo Yu) sebagai bahasa
penghantar(Abdullah Hassan 1996: 255). Kerajaan Inggeris pula membina sekolah Inggeris
untuk menyediakan sumber tenaga manusia bagi pentadbirannya. Mereka menggunakan
sukatan pengajaran , guru, buku teks, dan sistem peperiksaan sekolah Inggeris. Sehingga
kini , kita terikat dengan sistem pendidikan mereka Lembaga Peperiksaan Cambridge.
Hasilnya, masyarakat terpecah mengikut kaum, daerah dan profesion. Walaubagaimanapun,
masih menjaga dan menghormati antara satu sama lain (Abdullah Hassan 1996: 256). Namun
begitu, setelah berlaku peperangan Dunia Kedua telah membawa kesedaran bahawa kuasa
eropah tidaklah seagung yang disangka. Mereka telah dikalahkan oleh orang Asia. Justeru itu,
mana-mana negara di bawah jajahan Eropah berusaha menuntut kemerdekaan. Pada tahun
1955 persekutuan Tanah Melayu akhirnya diberi taraf berkerajaan sendiri dan seterusnya
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957(Abdullah Hassan 1996: 256). 2.1.4 Memilih bahasa
pribumi sebagai bahasa kebangsaan Isu bahasa sering menimbulkan reaksi yang hangat
namun ia akan mudah diatasi sekiranya semua kaum bersatu menggunakan satu bahasa
sebagai bahasa kebangsaan. Sebagaimana daripada kata-kata Perdana Menteri Pertama
Malaysia Tunku Abdul Rahman bahawa kita berhak menghendaki bahasa kita sendiri.
Sekiranya kita mempunyai Bahasa Kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai
watak sendiri. Pertimbangan untuk kepentingan kebangsaan menuntut supaya bahasa
penjajah diganti dengan suatu bahasa pribumi (Abdullah Hassan 1996: 257). Penerimaan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan berlaku seawal tahun 1947. Suatu perlembagaan
Cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili
kaum bukan Melayu dan pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili kaum bukan
Melayu. Mereka mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan
tunggal negara. Walaubagaimanapun , penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Hasarat
ini menjadi kenyataan apabila bahasa Melayu dimaktubkan sebagai Bahasa Kebangsaan
Malaysia dalam Artikel 152 perlembagaan Malaysia (Abdullah Hassan 1996: 257). 2.1.5
Merancang bangsa Malaysia melalui pendidikan kebangsaan. Apabila bahasa Melayu
menjadi bahasa Kebangsaan , beberapa langkah segera diambil untuk memungkinkannya
memenuhi fungsinya. Dimana pendidikan merupakan saluran yang paling sesuai. Tun Razak
dengan wawasan yang jauh ke hadapan, mengambil keputusan untuk membina perpaduan
dan menanamkan patriotisme melalui pendidikan. Dimana bahasa Melayu mula digunakan
dalam pendidikan rendah dan Maktab Perguruan Sultan Idris (Abdullah Hassan 1996: 258).
Oleh sebab itu, bahasa ini perlu dirancang supaya dapat berfungsi sebagai bahasa penghantar
pendidikan dan bahasa pentadbiran. Dewan bahasa dan pustaka ditubuhkan untuk membina
dan menyelaraskan ejaan , sebutan, istilah serta menyusun kamus dan tata bahasa. Pada hari
ini Bahasa Kebangsaan berjaya menjalankan fungsinya sebagai bahasa penghantar
pendidikan sampai ke peringkat universiti dan menjadi bahasa pentadbiran dalam kerajaan
(Abdullah Hassan 1996: 252). 2.1.6 Perkembangan yang membawa kepada pembentukkan
Dasar Pendidikan Razak a) Laporan Cheeseman 1946 Cheeseman dilantik menjadi pengarah
Pendidikan Malaya selepas peperangan dunia kedua. Tujuan utamanya adalah untuk
membina semula sistem pendidikan Malaya yang dihapuskan oleh pemerintahan Jepun.
Beliau menyedari masalah yang dihadapi kerana wujudnya pelbagai kaum etnik pada masa
itu(Abdullah Hassan 1996: 259). Chessman juga telah mengusulkan supaya pendidikan
rendah dan juga menengah disampaikan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan
Tamil. Chessman juga dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mempersekutukan
rakyat. Beliau hanya bertujuan membina semual sistem pendidikan yang terputus semasa
pemerintahan Jepun. Dasar ini diketepikan dengan pemansuhan Malayan Union pada tahun
1949 (Abdullah Hassan 1996: 259). b) Laporan Barnes 1950 Apabila Malayan Union
dihapuskan , orang Melayu mengkaji kedudukannya. Penjajahan Inggeris selama 150 tahun
menyebabkan orang Melayu berada dalam keadaan yang merugikan berbanding dengan kaum
etnik lain. Oleh sebab itu, Laporan Barnes merancang supaya orang Melayu mengembalikan
kedudukan mereka terutamanya pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 260). Barnes
mengusulkan satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum dan gurunya boleh didatangkan
daripada pelbagai kaum. Sekolah yang diusulkan dihadiri oleh pelbagai kaum. Antara ciri
yang ditetapkan ialah pada mulanya semua sekolah menjadi sekolah aliran Melayu. Selepas
itu, semua pendidikan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa
Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun ketiga, bahasa Inggeris akan
menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwi-bahasa apabila
mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris
dengan baik (Abdullah Hassan 1996: 261). Pelaksanaan sistem Barnes bermakna bahawa
kaum Cina dan India mesti menutup sekolah-sekolah mereka. Dan sekolah Melayu juga akan
ditukarkan ke bahasa Inggeris. Laporan Barnes menyedari bahawa usul mereka itu akan gagal
sekiranya semua mahu meneruskan sistem pendidikan rendah mereka seperti sebelumnya
(Abdullah Hassan 1996: 261). Kaum China menentang laporan tersebut dengan kuat kerana
ia boleh mematikan sekolah Cina sehingga berlaku tunjuk perasaan di Singapura, Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang. Termasuk juga orang Melayu menentang kerana ia akan
mengorbankan bahasa Melayu. Hasil daripada peristiwa itu, jawatan kuasa Fenn-Wu
dibentuk (1952) untuk melihat keperluan masyarakat Cina (Abdullah Hassan 1996: 262). c)
Laporan Fenn-Wu 1952 Sebagai hasil daripada reaksi kaum Cina itu, maka kerajaan Inggeris
mengundang Dr. William P. Fenn iaitu seorang setiausaha Eksekutif Bersekutu bagi Lembaga
Pemegang Amanah beberapa bauh institusi pendidikan tinggi di negeri Cina dan Dr. Wu TehYao iatu seorang pegawai pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengkaji keperluan
kaum Cina (Abdullah Hassan 1996: 262). Fenn-Wu tidak bersimpati dengan bahasa Melayu
walaupun ia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi dan perlu dipelajari dan boleh
meningkatkan kefahaman antara kaum. Fenn-Wu juga mementingkan bahasa Inggeris kerana
ia bahasa perdagangan dan juga menekankan bahasa Cina keran ia bahasa agung dunia. FennWu juga menyokong pendidikan dwi-bahasa iatu Cina dan Inggeris kemudian baru diajarkan
bahasa lain atau Bahasa Melayu (Abdullah Hassan 1996: 262). Fenn-Wu menganjurkan
supaya dikekalkan dan ditingkatkan pendidikan dalam bahasa Cina. Sebagai hasilnya
Universiti Nanyang ditubuhkan di singapura pada tahun 1956. Laporan Fenn-Wu juga
membuat tuntutan yang sama untuk masyarakat India (Abdullah Hassan 1996: 263). d)
Penyata Razak 1956 Pada hari-hari menjelangnya kemerdekaan, suatu jawatan-kuasa
pendidikan ditubuhkan untuk membentuk dasar pendidikan baru bagi sebuah negara
merdeka. Jawatan-kuasa ini dipimpin oleh Encik Razak Hussein, menteri pendidikan pada
masa itu. Jawatankuasa itu mengambil kira Laporan Fenn-Wu dan laopran lain sebelumnya.
Laporan inilah yang meletakkan asas bagi dasar pendidikan Malaysia hari ini. Tumpuan
khusus diberikan kepada isu bahasa (Abdullah Hassan 1996: 263). Razak menyatakan
bahawa Tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang
kaum ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum ini mempelajari perkara
yang sama di dalam satu pendidikan yang sama melalui satu bahasa penghantar. Namun
demikian , kita mengakui bahawa kemajuan menuju matlamat ini tidak boleh dipaksa tetapi
mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat. Hal ini bermakna bahawa status quo
dikekalkan untuk sementara iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dikekalkan dalam
sistem pendidikan sebelumnya (Abdullah Hassan 1996: 264). Apabila Malaysia mencapai
kemerdekaan pada 31 ogos 1957, suatu perlembagaan dibentuk. Perlembagaan itu
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa
yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara. Namun
demikian , oleh sebab bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris dikekalkan sebagai
bahasa rasmi untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbir negara (Abdullah Hassan
1996: 264). Selepas sepuluh tahun, pada tahun 1967, bahasa Melayu akan mengambil alih
semua tugasan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar di sekolah dan
bahasa pentadbiran tunggal (Abdullah Hassan 1996: 263). Perkara kedua yang dicadangkan
dalam Penyata Razak ialah mengajarkan sukatan pelajaran yang sama untuk membentuk
suatu sikap kebangsaan yang sama. Sukatan pelajaran yang sama dilaksanakan di semua
sekolah. Tetapi proses pembinaan negara bangsa melalui sistem pendidikan masih
menghadapi masalah. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan dengan bahasa
yang berlainan. Bahasa yang berlainan memberi nilai yang berlainan. Rakyat Malaysia masih
terpecah dan isu menggunakan satu bahasa penghantar menjadi isu serius (Abdullah Hassan
1996: 265). Kesan buruk ini terbukti apabila rusuhan kaum tercetus pada tahun 1969.
Akhirnya pada tahun 1970, pemimpin politik dan kaum menerima hakikat bahawa
pendidikan yang sama sahaja tidak membawa perpaduan. Penggunaan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa penghantar utama diberi perhatian serius. Menteri pendidikan ketika itu,
Abdul Rahim Yaacob mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan
bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, semua pendidikan rendah dan
tinggi dijalankan dalam bahasa Kebangsaan. Hanya beberapa sekolah Cina persendirian
sahaja yang mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar. Kepercayaan terhadap
kemampuan Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa penghantar terus meningkat (Abdullah
Hassan 1996: 266). f) Penyata Rahman Taib 1960 Penyata ini menegaskan semula Penyata
Razak. Penyata menyedari kesulitan untuk membina sikap kebangsaan melalui Bahasa
Kebangsaan tetapi dalam masa yang sama, perbezaan kaum dan bahasa masih diteruskan
dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dibiayai oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pendidikan
menengah di sekolah dijalankan dalam bahasa Kebangsaan dan Inggeris dengan tujuan hanya
bahasa Kebangsaan sahaja yang digunakan sebagai bahasa penghantar utama (Abdullah
Hassan 1996: 266). g) Semakan pelaksanaan dasar pendidikan malaysia( Hussein Onn 1971)
Pada tahun 1971, menteri pendidikan Hussein Onn menyemak pelaksanaan dasar pendidikan
ngara. Hasilnya menggalakkan. Beliau mendapati bahawa tujuan asas memberikan
pendidikan rendah dalam bahasa kebangsaan, Inggeris, Cina dan Tamil dijalankan dengan
berhasil. Pendidikan menengah dijalankan terus dalam bahasa Melayu dan Inggeris
(Abdullah Hassan 1996: 267). Namun begitu, ini tidak bermakna sekolah Cina
berakhir.mereka membiayai sendiri pendidikan. Dan seterusnya kedudukan bahasa Inggeris
masih tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan, perdagangan dan hal ehwal antarabangsa
(Abdullah Hassan 1996: 267). h) Laporan kabinet (Mahathir Mohamad 1985) Jawatankuasa
Kabinet yang dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri , Mahathir Mohammad 1985
menyemak dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaannya. Laporan itu menegaskan
semula dsar Penyata Razak (1956) dan melihat perkembangan yang positif di samping berasa
komited kepada usaha meneruskan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan dengan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar(Abdullah Hassan 1996: 267-268). Ia juga
menjelaskan bahawa pengajaran Bahasa Kebangsaan adalah untuk menyatukan kaum-kaum
etnik di negara ini dan menjadikan bahasa itu wahana mencapai ilmu. Bahasa kebangsaan
diwajibkan di semua peringkat pendidikan dan kelulusan diperlukan dalam peperiksaan
kerajaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua untuk digunakan oleh pelajar dalam
kegiatan tertentu dan kedua untuk membina kelompok yang akan meningkatkan ilmunya
dalam pendidikan(Abdullah Hassan 1996: 268). i)Penyata Najib 1995 Isu bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar selesai apabila abdul Rahman Yaacob (1970) menetapkan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan. Bahasa Kebangsaan
mantap sebagai bahasa penghantar hingga ke peringkat universiti. Ini adalah kejayaan
wawasan Tun Razak (Abdullah Hassan 1996: 268). Setelah berjaya,isu ini dibangkitkan
semula oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad dimana beliau membolehkan
bahasa Inggeris digunakan untuk mengajarkan mata pelajaran tertentu dalam sains dan
teknologi di universiti. Langkah ini dianggap untuk mencapai wawasan 2020. Ekoran
daripada itu, Menteri Pendidikan Malaysia Dato Sri Najib dilaporkan membuat arahan
mendadak dalam sistem pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 268). Dasar pendidikan yang
dibina oleh Tun Razak Hussein ternyata berjaya namun selepas perubahan yang dibuat oleh
Dato Sri Najib , sekiranya benar akan meruntuhkan dasar pendidikan dalam Penyata Razak
tersebut dan akan mengembalikan keadaan negara kepada keadaan sebelum merdeka dan
perpecahan kaum akan bermula (Abdullah Hassan 1996: 269). Hasil daripada itu, bantahan
telah dibuat oleh Persatuan Linguistik Malaysia, kongres Cendikiawan Melayu dan

sebahagian individu. Selain itu akan menimbulkan implikasi yang amat serius terhadap
pembangunan bangsa Malaysia yang telah dibentuk oleh Razak (Abdullah Hassan 1996:
269). 2.1.7 Kejayaan dasar pendidikan Razak Dasar pendidikan dalam penyata Razak telah
berjaya. Tiga daripadanya iaitu bahasa kebangsaan menyampaikan ilmu dengan berkesan dan
rakyat yang berilmu membangunkan negara. Kedua ialah dasar ini berjaya membentuk
masyarakat yang lebih positif terhadap terhadap pembentukkan rakyat Malaysia yang
mempunyai sikap Malaysia. Ketiga iaitu dasar ini membentuk minda asli Malaysia dan
keaslian minda ini menjadi ciri jati diri rakyat Malaysia yang kreatif (Abdullah Hassan 1996:
270). 2.2 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU Dalam masyarakat majmuk dengan bahasa
dan budaya yang pelbagai, peranan bahasa yang difahami oleh rakyat terbanyak amat penting
untuk menyatukan mereka. Berdasarkan pengamatan di peringkat akar umbi, ternyata tidak
ada bahasa lain yang dapat menandingi bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan dan
bahasa komunikasi untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini (Jeniri
Amir. 2009:78). Seharusnya sedar bahawa bahasa yang dapat mengikat jiwa dan emosi rakyat
Malaysia ialah bahasa Melayu. Perlu diingatkan bahawa bahasa Melayu dapat dijadikan
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta digunakan secara meluas ialah hasil
daripada semangat perjuangan membara rakyat sebelum ini. Suara rakyat sebagai suara
keramat perlu diiktiraf dan didengar walaupun pemimpin punyai pengaruh yang besar dalam
menentukan untung nasib bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:78). Dalam hal ini, harus wujud
keseimbangan yang dinamik antara keinginan untuk mengantarabangsakan diri agar tidak
terpukul oleh gelombang globalisasi dengan semangat untuk berpegang pada akar budaya
bangsa yang berteraskan bahasa Melayu. Kemajuan yang hendak dicapai tidak seharusnya
sampai mengorbankan bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:79). Ditinjau dari perspektif ini,
rakyat pelbagai kaum dan peringkat di negara ini perlu sedar akan hakikat bahawa sebuah
negara yang sedang menuju ke arah keunggulan tidak seharusnya mengetepikan peranan
bahasa utama negaranya. Rakyat dan pemimpin terutamanya perlu bersifat lebih pragmatik
dan realistik dengan mengakui bahawa inilah bahasa yang akan menentukan kestabilan sosial
dan politik negara, serta bahasa yang dapat dijadikan wadah untuk mencapai kemajuan
ekonomi (Jeniri Amir. 2009:80). Perpaduan jitu dalam kalangan pejuang dan rakyat pula akan
terus dapat menjamin bahawa bahasa Melayu akhirnya akan mendapat tempat sewajarnya di
negara ini. Bahasa itu perlu diletakkan di bawah persada sebagai lambang kemerdekaan,
azam kemalaysiaan dan jati diri bangsa. Kesedaran ini penting bagi mengambil semangat
daripada bulan terbentuknya Malaysia yang terdiri dari pelbagai negeri dan suku kaum
dengan pelbagai keunikan bahasa dan budaya, tetapi tetap menjunjung tinggi bahasa Melayu
(Jeniri Amir. 2009:81). Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa
perpaduan terbukti berkesan apabila golongan tua daripada pelbagai suku kaum yang buta
huruf kelihatan selesa dan fasih menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan
kaum lain dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan yang dianjurkan. Bahasa Melayu sentiasa
dekat di hati mereka walaupun sekali-sekala keyakinan mereka tergugat ekoran perubahan
dan ketidaktentuan dasar tentang bahasa itu (Jeniri Amir. 2009:82). Rakyat Malaysia harus
memiliki kebanggaan terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa itu
akan hilang maruahnya jika rakyat tidak mempunyai sikap positif terhadapnya. Kehebatan
bahasa itu sebagai bahasa penunjuk dan pembina jati diri bangsa dan sebagai bahasa kesatuan
dan perpaduan akan hanya terjamin jika rakyat terus bangga akan kedudukannya sebagai
bahasa yang akan menentukan keperibadian bangsa (Jeniri Amir. 2009:82). Jurang perbezaan
dari segi ideologi, pemikiran, emosi dan sebagainya antara bandar dan luar bandar, elit

dengan rakyat, serta masyarakat pelbagai suku kaum dapat dihubungkan melalui bahasa
Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu berpeluang untuk menjadi lingua franca sosial, budaya,
politik, dan ekonomi dalam seluruh urusan kehidupan masyarakat di negara ini (Jeniri Amir.
2009:82-83). Pembentukan sesuatu bangsa melalui bahasa Melayu akan dapat ditiupkan ke
dalam jiwa masyarakat ketika etnisisme kelihatan membelenggu pelbagai dominan
kehidupan. Usaha untuk mencapai keperibadian bangsa yang unggul akan terserlah luas
kepada rakyat. Bahasa Melayu adalah bahasa rakyat dan tidak ada alasan kukuh untuk
meragui keupayaannya sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama, dan bahasa
perpaduan. Bahasa yang sentiasa dekat dijiwa rakyat pasti akan dapat terus bertahan dan
mampu memainkan peranannya sebagai alat perhubungan yang berkesan (Jeniri Amir
2009:83). 2.3 CABARAN BAHASA MELAYU DAN PERMASALAHANNYA Terdapat
empat cabaran atau masalah yang patut difikirkan iaitu pertama , bahasa Inggeris semakin
mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua bidang. Kedua ialah keadaan
kepelbagaian dan keragaman bahasa di Malysia sudah menjadi kompleks , ketiga ialah
budaya bahasa Melayu di kalangan orang Melayu nampaknya sudah berubah kerana
dipengaruhi oleh budaya globalisme yang menjalar ke dalam masyarakat Malaysia melalui
pelbagai punca hingga menyebabkan orang melayu rata-rata tidak mengambil berat lagi
tentang masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu. Keempat iaitu kita tidak mempunyai
pengguna teladan bahasa Melayu yang baik di kalangan pemimpin negara yang dapat
dicontoh bukan sahaja oleh rakyat, tetapi juga oleh golongan elit korporat dan birokrasi
kerajaan yang kelihatan semakin tidak berminat untuk menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya dalam ruang sosial dan profesionalisme mereka (Hassan Ahmad 1996: 46).
Penyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1993
tentang keputusan kerajaan mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar bagi bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi disambut dengan
pandangan yang berbelah bahagi oleh pelbagai pihak. Kalangan yang selama ini resah
menyaksikan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, pentadbiran, dan undangundang tentu saja berasa lega dan gembira. Kalangan yang masih prihatin akan nasib bahasa
Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa pula kecewa dan duka cita (Awang Sariyan 1996:
186). Perbezaan pandangan tentang isu tersebut jelas berasas pada dua fahaman yang
berbeza. Satu golongan menganggap isu itu menurut fahaman pragmatisme. Satu golongan
lagi menyatakan sikap berdasarkan idealism yang kental terhadap kedudukan dan peranan
bahasa Melayu pada hari muka. Apakah sebenarnya impian golongan pragmatis dan idealis
itu? Adakah sang pragmatis tidak perlu akan idealism, dan sebaliknya adakah sang idealis
pula tidak pragmatis? (Awang Sariyan 1996: 186). 2.3.1 Dasar Bahasa Dasar bahasa bagi
negara kita memang bermula dengan idealisme idealisme untuk menyaksikan satu rupa
bangsa yang bersatu, idealisme untuk memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif
seragam, dan idealisme untuk menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang
berkesan dalam sektor-sektor penting negara. Demikianlah tiga taraf dan fungsi penting yang
telah diberikan kepada bahasa Melayu oleh generasi pemimpin era kemerdekaan, iaitu bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Penyataan tentang taraf
dan fungsi bahasa Melayu itu telah diperundang-undangkan melalui Perlembagaan, Akta
Bahasa Kebangsaan, dan Akta Pendidikan (Awang Sariyan 1996: 187). Ketiga-tiga taraf dan
fungsi itu bukan sekadar slogan untuk membakar semangat nasionalis, tetapi sebaliknya
mempunyai erti yang cukup besar dan penting sebagai salah satu asas pembinaan sebuah
negara baru. Konsep bahasa kebangsaan berkaitan rapat dengan idealism atau cita-cita

membentuk satu rupa bangsa yang memiliki ciri-ciri pengenalan yang sama. Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dapat menjadi salah satu ciri pengenalan bangsa yang
dimaksudkan itu, sebagaimana pakaian kebangsaan, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan,
dan malahan bunga kebangsaan diketengahkan untuk menimbulkan rasa persatuan di
kalangan rakyat. Bahkan jauh lebih penting peranan bahasa, jika dibandingkan dengan unsurunsur kebangsaan yang lain itu, dalam membina pemikiran dan sikap rakyat (Awang Sariyan
1996: 187). Dalam teori perancangan bahasa, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan itu dikenal sebagai fungsi pemersatu dan fungsi pembeda. Bahasa Melayu
menjadi unsur pemersatu apabila diwujudkan sebuah negara bangsa, iaitu Malaysia. Fungsi
pemersatu itu amat jelas juga dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antara kaum di negara ini. Kalau fungsi pemersatu bahasa Melayu berlaku di
peringkat negara, fungsi pembeda bahasa Melayu pula dilihat dalam skop supranasional.
Maksudnya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menjadi salah satu pembeda
entiti politik negara kita daripada negara lain. Berdasarkan realiti wujudnya negara berbahasa
Melayu, maka fungsi pembeda itu lebih relevan dalam hubungan negara kita dengan negara
yang tidak meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Awang Sariyan 1996:
188). 2.3.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu
ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Takrif dan skop
penggunaan bahasa rasmi amat jelas dinyatakan dalam Perlembagaan. Perkara 152
Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua uruusan rasmidi
peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan badan berkanun. Dengan menghayati
dan menghormati semangat Perlembagaan itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib
menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Maksudnya semua mesyuarat patut
dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Surat, notis, minit, memorandum, dan dokumen lain
mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Inilah idealisme yang tersirat di balik pendaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Apabila idealisme ini diremehkan, terjadilah penafian terhadap
taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tindakan meremehkan taraf dan fungsi
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi itu tergambar oleh penggunaan bahasa asing atau
penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa asing dalam urusan rasmi
kerajaan, dalam mesyuarat misalnya (Awang Sariyan 1996: 188-189). Apakah ertinya
penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Jawabnya tidak lain ialah untuk
meningkatkan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu yang canggih dan mampu
mengungkapkan hal ehwal professional. Pengangkatan taraf ini jelas berkaitan dengan
idealisme menggantikan bahasa Inggeris yang dijadikan oleh kerajaan Inggeris sebagai
bahasa rasmi sebelum negara kita merdeka. Bukankah idealisme ini berkaitan pula dengan
usaha mengangkat martabat bangsa yang bebas dan merdeka? Mungkinkah agaknya
idealisme ini sudah tidak relevan lagi dengan suasana dan impian masyarakat masa ini yang
lebih melihat sesuatu menurut fahaman pragmatism demi faedah dab manfaat diri masingmasing? (Awang Sariyan 1996: 189). 2.3.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dengan
taraf dan fungsinya sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu direncankan menjadi bahasa
yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian
bahasa Melayu dapat mencapai taraf kecendekiaan dan bahasa saintifik. Bahasa Melayu tidak
dilihat lagi sebagai bahasa golongan petani, buruh, nelayan dan yang seumpamanya.
Sebaliknya, bahasa Melayu diwakili juga oleh golongan cerdik pandai yang
bertanggungjawab membentuk acuan pemikiran masyarakat dan yang ikut bertanggungjawab
membangunkan negara (Awang Sariyan 1996: 189). Perancangan secara bertahap-tahap

melalui sistem pendidikan kebangsaan, dengan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar, telah berhasil melahirkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu,
sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang telah didirikan pada tahun 1970, telah mendahului tahun sasaran penggunaan bahasa
Melayu sepenuhnya di pusat pengajian tinggi 13 tahun lebih awal. Ternyata bahwa siswazah
keluaran universiti tersebut telah memperlihatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang
kerjaya, tidak terkecuali dalam bidang sains dan teknologi. Mengapakah secara tiba-tiba
pucuk pimpinan negara menjadi tidak sabar untuk menguasai teknologi sehingga perlu
menegaskan penggunaan bahasa Inggeris yang dipercayainya begitu ampuh menyerapkan
konsep sains dan teknologi ke dalam masyarakat negara ini? Adakah terlalu perlahan kadar
pertumbuhan industri kita? (Awang Sariyan 1996: 189-190). Demikianlah bagaimana
perancangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu
memiliki sejarah yang cukup bererti dalam hubungannya dengan pembinaan bangsa dan
negara, baik secara simbolis mahupun secara amali. Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu
memang sarat dengan idealisme yang bukan pula slogan kosong. Jika ada orang yang
beranggapan bahwa idealisme sudah tidak mempunyai ruang lagi dalam suasana yang
menuntut setiap orang bersikap pragmatis, maka sirnalah sudah perjuangan orang itu. Kisah
perjuangan menobatkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan
bahasa ilmu itu pada sang pragmatis tidaklah lebih daripada cerita wayang yang apabila tamat
segera diulang. Lupakah agaknya mereka bahwa itulah landasan perjuangan selama berpuluhpuluh tahun yang tidak patut dikorbankan atas nama Kemajuan Bangsa? Bagaimanakah
akan menjadi realiti ungkapan majulah bangsa, majulah bahasa andaikata bahasa bangsa itu
tidak diyakini dan tidak diberi kesempatan secukupnya untuk berfungsi? (Awang Sariyan
1996: 190). 2.3.4 Alasan-Alasan Yang Tidak Wajar Daripada Golongan Pragmatis Tampaknya
dalam kegairahan menguasai teknologi canggih, cepat sekali hilangnya rasa yakin golongan
pragmatis akan keupayaan bahasa Melayu menangani konsep baru yang dianggap sejagat itu.
Maka tanpa perlu menunggu, diputuskanlah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar bagi bidang sains dan teknologi. Untuk mewajarkan keputusan itu, ditegaskanlah
bahwa karya terjemahan dalam bahasa Melayu tidak mungkin cukup untuk menampung
kepesatan ilmu sains dan teknologi, sedang kita semua tahu bahawa bidang terjemahan masih
amat muda di negara ini dan menuntut iltizam yang sungguh-sungguh daripada kerajaan
sendiri (Awang Sariyan 1996: 191). Demikianlah juga, kekurangan di sana sini dalam aspek
korpus bahasa Melayu tampaknya dijadikan alasan juga untuk menegaskan penggunaan
bahasa Inggeris bagi bidang sains dan teknologi. Kekurangan istilah, perubahan istilah,
ketidakselarasan ejaan dalam beberapa juzuk tertentu, dan ijmak yang belum putus di
kalangan ahli bahasa tentang aspek khusus tata bahasa Melayu dianggap faktor yang tidak
dapat menyakinkan pimpinan politik tentang kewibawaan bahasa Melayu. Belum terlambat
bagi golongan yang berpandangan demikian untuk menginsafi hakikat jalan sejarah
penentuan dasar bahasa di negara ini (Awang Sariyan 1996: 191). Ketika pemimpin politik
sendiri meletakkan dasar pembinaan sebuah negara baru yang merdeka, dengan dasar bahasa
sebagai salah satunya, baru ada dua atau tiga jawatankuasa istilah. Sistem ejaan pada waktu
itu pun belum dikemaskan. Penyusunan tata bahasa yang rapi pun belum terancana. Tidak
pula kedengaran ketika itu suara yang meminta jaminan ahli bahasa agar dapat meyakinkan
pimpinan politik tentang kemasnya dan sempurnanya aspek korpus bahasa Melayu. Hal itu
tidak barbangkit kerana kesemuanya ketika itu faham bahwa perancangan taraf bahasa
memang perlu mendahului perancangan korpus bahasa. Demikianlah yang berlaku di semua

negara menurut teori perancangan bahasa. Oleh itu, soal adanya beberapa masalah dan
persoalan dalam aspek korpus bahasa tidak wajar dijadikan hujah untuk surut ke belakang
dalam soal dasar bahasa, khususnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
(Awang Sariyan 1996: 191). Demikianlah, pemantapan dasar bahasa kita kelihatannya
tergugat bukan oleh orang lain, tetapi oleh kalangan yang terlibat dan bertanggungjawab
meletakkan dasar bahasa itu sendiri. Kalau selama ini sektor swasta dikritik kerana
mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, kini nampaknya sektor kerajaan sendiri seakanakan menurut langkah sektor swasta apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar
ilmu sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi. Selain berharap bahwa pelaksaan dasar
baru itu tidak diteruskan, kita hanya mampu berdoa agar tidak berlaku keadaan lulus jarum
luluslah kelindan (Awang Sariyan 1996: 192). 2.3.5 Cabaran Bahasa Melayu dalam Media
Ketika menjelang kemerdekaan hampir setengah dekad lalu, salah satu perkara yang hebat
diperjuangkan ialah bahasa. Pemimpin dan rakyat mahu agar bahasa Melayu dinobatkan
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Jeniri Amir 2009; 161). Sejak
mendapat tempat dalam Perlembagaan negara dan digunakan dengan berkesan dalam sisstem
pendidikan kebangsaan, hingga ke peringkat universiti, bahasa Melayu sentiasa berhadapan
dengan jalan yang berliku. Bahasa kebangsaan itu turut bergolak bersama-sama
perkembangan politik dan perubahan dasar, yang ada ketikanya memberikan kesan buruk
terhadap bahasa itu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan aktivis dan pejuang
bahasa. Minda rakyat terhadap bahasa kebangsaan negara dapat diukur dari segi sikap mereka
terhadap bahasa itu (Jeniri Amir 2009; 162). Bahasa Melayu mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang hebat dari segi kosa kata, istilah, laras dan gaya, hasil daripada
perjuangan dan komitmen semua pihak, termasuk media cetak dan media elektronik. Media
menjadi wahana penting untuk memperkembang dan memajukan bahasa kebangsaan. Banyak
kosa kata, laras dan gaya baharu diperkenalkan dan dimantapkan oleh media, sesuai dengan
perkembangan politik, sosial dan ekonomi negara (Jeneri Amir 2009; 162). Begitu banyak
buku dalam bahasa Melayu untuk semua peringkat diterbitkan, Namun begitu banyak tesis
pada peringkat sarjana dan doktor falsafah dihasilkan dalam bahasa itu. Wang dan masa juga
banyak diperuntukkan untuk membina dan memajukan bahasa itu hingga mencapai tahap
yang membanggakan. Walau bagaimanapun, cabaran tetap dihadapi oleh bahasa Melayu
ketika memasuki alaf baru (Jeniri Amir 2009; 162). Bagi pejuang bahasa, dasar penggunaan
bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran sains dan teknologi akan membawa kesan
buruk terhadap bahasa Melayu. Ini kerana perubahan dasar tersebut menjadikan bahasa
Melayu tidak berupaya digunakan sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi. Isyarat yang
dihantar daripada dasar tersebut yang dibantu oleh media arus perdana dalam menyebarkan
pandangan para pemimpin tertentu tidak membawa kebaikan terhadap bahasa Melayu, ketika
pejuang bahasa berusaha untuk mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa
antarabangsa. Tidak hairanlah, ada yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha untuk
membunuh bahasa itu kerana tentu ada yang hilang keyakinan terhadap bahasa Melayu
daripada tindakan berkenaan, seolah-olah menujukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa
yang tidak berupaya mengungkapkan ilmu tinggi, malah, tidak mempunyai nilai ekonomi
yang boleh dibanggakan (Jeniri Amir 2009; 163). Golongan elit dan pemimpin politik,
mencuba menafikan peranan bahasa kebangsaan dalam membina suasana yang membolehkan
negara mencapai kemajuan dengan begitu pesat. Persoalan yang kerap dibangkitkan oleh
mereka melalui strategi yang merendah-rendahkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa ilmu dan bahasa perhubungan telah menimbulkan krisis keyakinan masyarakat

terhadap keupayaan bahasa kebangsaan. Malah, beliau berpendapat bahawa masalah


psikologi yang dihadapi oleh golongan ini, sedikit sebanyak telah mempengaruhi dasar
kerajaan berhubung dengan isu bahasa di negara ini (Jeniri Amir 2009; 164). Dalam hal yang
lain pula, perhatikan iklan dalam media massa, terutama iklan televisyen, Iklan begitu banyak
menggunakan bahasa Inggeris, sedangkan sebahagian besar masyarakat Malaysia faham akan
bahasa kebangsaan. Radio swasta pula keseluruhannya menekankan rancangan dalam bahasa
Inggeris kerana mempunyai kepercayaan bahawa penutur dalam bahasa Inggeris lebih
berpengaruh dan mempunyai kuasa beli yang tinggi. Mitos agung tentang kehebatan bahasa
Inggeris dan kekurangan bahasa Melayu yang turut disebarkan dengan giat oleh akhbar,
terutama akhbar bahasa Inggeris di negara ini perlu dihentikan. Alangkah malangnya nasib
bahasa Melayu di buminya sendiri apabila itu dianggap tidak akan dapat menjamin kemajuan
bangsa, dan lebih parah lagi bahasa itu bukan menjadi syarat untuk mendapatkan pekerjaan
(Jeneri Amir 2009; 164). Generasi muda juga tidak kurang kelirunya kerana mereka
terpengaruh oleh dakwaan dan propaganda yang diasak bertubi-tubi ke dalam minda mereka,
betapa mereka perlu menguasai bahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa Melayu yang
tidak sempurna, walhal seluruh pembelajaran diikuti melalui bahasa itu. Untuk kelihatan
hebat, mereka mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi
bahasa rojak. Bahasa yang digunakan tidak murni hanya kerana mereka ingin menunjukkan
bahawa mereka juga dapat menguasai bahasa Inggeris (Jeneri Amir 2009; 165). Perlu disedari
bahawa ramai pihak terutama pejuang bahasa telah berjuang untuk memajukan bahasa
Melayu dan mengangkat martabatnya hingga ke tingkat yang tepuji. Segala usaha yang
dilakukan selama berpuluh-puluh tahun akan menjadi sia-sia jika ada golongan tertentu
mengambil langkah tidak langsung untuk menguburkan bahasa itu. Sebagai rakyat yang
merdeka, semua golongan seharusnya memperlihatkan kemerdekaan yang sebenar, dengan
menunjukkan kecintaan dan kebanggan terhadap bahasa itu. Bukti kebanggaan dan kecintaan
adalah dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik dan seluas mungkin, tanpa dibelenggu
rasa rendah diri dan minda yang tertawan (Jeneri Amir 2009; 167). 2.3.6 CABARAN
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEKARANG Pada saat sistem pendidikan ini
menunjukkan kejayaannya, datang pula cabaran-cabaran dari kalangan pemimpin orang
melayu sendiri. Cabaran pertama ialah ada pemimpin yang tidak menyakini kemampuan
bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi. Oleh itu bahasa Melayu
hendak diganti dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan teknologi di
pusat pengajian tinggi. Kedua iaitu timbul keghairahan untuk mengizinkan penubuhan
universiti swasta. Bilangan universiti ini semakin banyak sehingga melebihi bilangan
universiti tempatan. Universiti-universiti swasta ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa penghantar. Perkembangan ini mencairkan sistem pendidikan kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu. Ketiga ialah wujud persepsi bahawa bahasa Melayu itu hanya
melambatkan pembangunan. Jawapan kepada masalah ini dikatakan berada pada bahasa
Inggeris. Ketiga-tiga isu ini mencabar sistem pendidikan kebangsaan sekarang dimana ketigatiga isu ini dahulunya merupakan perjuangan oleh orang bukan Melayu dan pasti
mencetuskan reaksi politik orang Melayu pada masa dahulu. 2.4 PERANAN BAHASA
MELAYU DALAM PENDIDIKAN Kedudukan dan peranana bahasa Melayu dalam bidang
pendidikan sama pentingnya dengan kedudukan dan peranan bahasa melayu sebagai bahasa
rasmi dalam pentadbiran. Menurut teori perancangan bahasa, dasar bahasa dalam pendidikan
merupakan pecahan daripada dasar bahasa rasmi. Dengan kata lain, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan sebagaimana ayang tercatat dalam dasar

Pendidikan Kebangsaan bertujuan memenuhi konsep dan peranana bahasa rasmi juga
( Awang Sariyan1996: 5). Inti sari dasar pendidikan Kebnagsaan di Malaysia ialah
mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu melalui sistem persekolahan yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Dua dokumen yang terpenting
dalam hubungannya dengan pembentukkan dasar pendidikan kebangsaan yang menekankan
penggunaan bahasa penghantar ialh Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib
1960. Ordinan pendidikan 1957 berdasarkan pada usul-usul Penyata Razak dan Akta
Pendidikan 1961 pula berdasar pada Penyata Abdul Rahman Talib. Penyata Abdul Rahman
Talib pada hakikatnya memperkukuh usul-usul Penyata Razak ( Awang Sariyan1996: 6).
Pandangan secara kasarnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan Malaysia
sudah mencapai tahap yang memuaskan kerana bahasa Melayu sudah dapat dijadikan sarana
ilmu pengetahuan dari peringkat dasar hingga peringkat pengajian tinggi. Bahkan terdirinya
Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang mendukung penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar menunjukkan kemajuan yang patut dibanggakan.
Walaupun bagaimanapun, terdapat sedikit masalah di dalam perkembangan itu (Awang
Sariyan1996: 6). 2.5 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PENGUCAPAN
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Apabila negara mencapai kemerdekaan sebagai hasil
perjuangan gigih para nasionalis sejak beberapa lama, telah dibuat ketetapan politik untuk
menabalkan bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan negara pada ketika itu. Dengan yang
demikian, bahasa tersebut dipilih menjadi salah satu petanda yang melambangkan
keperibadian bangsa baru. Berdasarkan latar belakang infrastruktur perkembangan bahsa
kebangsaan kita yang selama lebih daripada suku abad pembangunan negara ini, maka
wajarlah kita mengharapkan bahasa kebangsaan itu kini sudah merupakan bahasa pengucapan
dan perantaraan kebudayaan kebangsaan moden dalam bidang intelektual, dan ilmu. (Rustam
A.Sani. 1993:2). Akan tetapi, apabila diperhalusi, ternyata bahawa hal tersebut masih belum
terjadi. Paling banyak, kita hanya dapat mendakwa bahawa bahasa kebangsaan kita hanya
berada pada peringkat rasmi sahaja, iaiatu digunakan dengan meluas dalam surat-surat rasmi
pemerintah dan dalam pengajaran formal di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Jika
ditinjau pada peringkat penggunaan sehari-hari dalam kegiatan para profesional dan golongan
terpelajar masyarakat kita dalam ilmu-ilmu moden, ternyata bahawa bahasa kebangsaan
masih belum mencapai kedudukannya dan peranannya secara jitu. (Rustam A.Sani. 1993:3).
Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan intelektual
di negara ini amatlah mundur. Kerana tuntutan rasmi pengajaran, ilmu-ilmu tersebut di pusat
pengajian tinggi dilakukan dalam bahasa kebangsaan tetapi hakikat budaya profesion adalah
berlainan. Selain beberapa buku teks, bilangan buku dalam ilmu-ilmu moden dalam bahasa
kebangsaan amatlah terbatas. Satu sebabnya ialah sebahagian besar golongan profesional kita
hanyalah merupakan pengguna pengetahuan barat dalam bahasa barat. (Rustam A.Sani.
1993:3). Kesan dari suasana intelektual bangsa kita terhadap peranan bahasa kebangsaan
sebagai alat pengucapan kebudayaan moden amatlah suram. Amat menggerunkan bahawa
sejak akhir-akhir ini, para pemimpin politik yang kita harapkan sebagai kuasa pendorong
perkembangan bahasa kebangsaan sebagai alat pengucapan kebudayaan kebangsaan sudah
mulai kendur. Meluasnya penggunaan bahasa Inggeris oleh para pemimpin, dengan mudah
sekali akan ditafsirkan oleh golongan-golongan yang masih belum mantap keyakinannya
terhadap bahasa itu sebagai petanda tentang betapa tidak pentingnya bahasa itu untuk
kehidupan nasional negara baru yang berusaha menjelma menjadi negara moden. (Rustam
A.Sani. 1993:7). 2.6 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN

Peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tidak boleh diperkecil-kecil. Dalam keadaan
pembangunan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar, peranan bahasa
Melayu lebih penting lagi. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa Inggeris.
Bahkan kita mahu, jika dapat anak-anak kita mempelajari bahasa-bahasa besar yang lain
sperti Perancis, Cina, Rusia, Jerman, Arab, Tamil dan selain bahasa Inggeris. Yang tidak
harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf serta nilai bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar pentadbiran dan bahasa pendidikan (Husin Ali 1996: 171). Bahasa
Innggeris serta bahasa-bahasa lain itu perlu diajar sebagai mata pelajaran sahaja dari
peringkat awal dan menengah lagi untuk member kecekapan yang kukuh di peringkat
universiti (Husin Ali 1996: 171). Pemimpin-pemimpin politik yang bekuasa mempunyai
pengaruh yang besar untuk mencorakkan masa depan bangsa dan negara kita. Mereka perlu
mempunyai azam, iltizam, visi dan political will untuk menentukan supaya ada
keseimbangan serta penggabungan yang rasional serta menguntungkan antara unsur-unsur
antarabangsa (atau global) dengan kebangsaan (atau lokal), antara pemodenan dengan
keperibadian bangsa, antara kemajuan dengan keadilan, antara pembangunan ekonomi
dengan perkembangan manusia serta budaya, antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu
serta bahasa setempat yang lain. Tamadun yang hendak kita capai boleh dibina tanpa
mengorbankan perkembangan bahasa ibunda. Dalam dunia ini banyak masyarakat yang
membangun serta bertamadun dengan bahasanya sendiri tanpa meletakkan bahasa asing, iaitu
bahasa Inggeris, sebagai bahasa utama mereka. Sebaliknya, ada negeri yang terus mundur,
walaupun mengutamakan bahasa Inggeris lebih daripada bahasa ibunda sendiri (Husin Ali
1996: 171). 2.7 PERANAN BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI 2.7.1 Bidang Industri
Penggunaan bahasa dalam bidang Industri, bahasa Melayu telah memperlihatkan keupayaan.
Ini berlaku kerana dua sebab, iaitu : Kejayaan sistem pendidikan negara, yang telah
melahirkan lulusan yang mampu memperkatakan segala ilmu pengetahuan dalam bahasa
Melayu, walaupun sebahagian besar daripada istilah-istilahnya terdiri daripada istilah
pinjaman. Antara contoh-contoh penggunaan bahasa Melayu ialah penyampaian arahanarahan kepada pekerja, manual-manual ringkas, dan pentadbiran. Proses pembinaan bahasa
Melayu telah berjalan dengan rancaknya, melalui usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dan
pihak-pihak lain. Di samping pembinaan istilah dan bahan-bahan rujukan, penyediaan bahanbahan bacaan dalam pelbagai laras dilaksanakan dengan amat berkesan. Dengan itu bahasa
Melayu perlu dipertahankan, walaupun bahasa Melayu dikatakan dapat mengungkapkan
segala ilmu pengetahuan yang ada, namun usaha-usaha peningkatan masih perlu. Istilahistilah yang lebih sesuai dan pelbagai perlu diperkembangkan. Cara-cara pengungkapan
bidang industri perlu dimantapkan, untuk melahirkan laras-laras yang benar-benar berkesan.
Bidang industri itu sendiri berubah dan berkembang. Maka itu, bahasa Melayu juga perlu
turut berkembang, dengan istilah dan cara-cara pengungkapan baharu. Potensi bahasa Melayu
dalam bidang Industri bukan sahaja perlu diperlihatkan, tetapi juga perlu dipertahankan
dalam proses peredaran zaman ( Nik Safiah 2000 : 15-17 ). 2.7.2 Bidang perdagangan
Hakikat sejarah kita menyedari bahawa gagasan bahasa Melayu sebagai perdagangan di
samping gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa
kesusasteraan tinggi, bahasa ketatanegaraan, dan sebagainya bukan suatu yang baru. Bahasa
Melayu pada zaman yang lebih awal memang telah menjadi bahasa perdagangan. Konsep
lingua franca yang dikaitkan dengan kedudukan dan peranan bahasa Melayu beberapa abad
yang silam itu sebenarnya peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan di rantau ini secara jelas bermula pada zaman

Sriwijaya, iaitu kuasa kelautan bumiputera yang pertama menyebabkan bahasa Melayu
melalui pengaruh politik dan ekonominya pada pertengahan abad ke -7 Masihi. Rakyat
Sriwijaya dikenal sebagai kaum pedagang yang pintar. Sehingga akhir ke-13, Sriwijaya
menjadi kuasa politik dan ekonomi yang besar, meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung
Tanah Melayu, Segenting Kera, dan Sri Lanka. Melalui peluasan kuasa politik itulah bahasa
Melayu turut berkembang sebagai bahasa perdagangan. Tahap kedua kegemilangan bahasa
Melayu sebagai bahasa perdagangan berlaku pada zaman kerajaan Melayu Melaka yang
bermula pada akhir abad ke-14. Sejarah membuktikan bahawa Melaka, selain menjadi kuasa
politik Melayu yang agung sehingga awal abad ke -16 menjadi pelabuhan dan pusat
perdagangan bagi kepulauan Melayu. Pelbagai rupa bangsa berhimpun melaksanakan urus
niaga di Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Oleh itu,
pedagang asing, bahasa Melayu dipelajari kerana nilai ekonominya yang tinggi, sehingga
bahasa Melayu merupakan bahasa terhormat di antara bahasa-bahasa negeri timur, dan orang
yang tidak menguasai bahasa Melayu samalah dengan orang tidak menguasai bahasa Perancis
di negeri Belanda pada ketika itu (Nik Safiah 2000 : 86-87 ). 2.7.3 Sektor-sektor perdagangan
yang terlibat Dalam perencanaan strategi memulihkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
perdagangan, kita perlu mengenal pasti sektor-sektor yang terlibat. Dengan demikian, barulah
dapat kita rencanakan pelaksanaan berjadual penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan.
Sektor-sektor penting dalam bidang perdagangan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa
Melayu ialah: Sektor korporat : Berkaitan dengan pengurusan dan pendokumentasian .
Sektor publisiti dan promosi : Berkaitan dengan pengiklanan, penamaan syarikat, dan
penggunaan bahasa di tempat awam. Sektor urus niaga : Berkaitan dengan penggunaan
bahasa Melayu dalam interaksi perdagangan yang sebenarnya. (Nik Safiah 2000 : 88). 2.8
KESIMPULAN Kesimpulannya ialah kita perlulah mengekalkan bahasa Melayu sebagai
suatu bahasa rasmi sekalipun di mana-mana bidang. kita juga seharusnya mempunyai
pendirian yang tetap dan perlulah mengenang semula pejuang-pejuang bahasa Melayu
terdahulu sehingga berlaku tragedi 13 Mei 1969 bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar utama dalam sistem
pendidikan negara semata-mata untuk mencapai matlamat perpaduan antara etnik tercapai .
Maka perjuangan bahasa Melayu ini perlu diteruskan. Tambahan lagi kita perlulah menyemak
semula tujuan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang hendak menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah dan universiti terus dikekalkan
dan dilaksanakan sepenuhnya agar perpaduan kebangsaan dapat dicapai. Ini kerana, bahasa
Melayu sebagai teras keperibadian kebangsaan hendaklah terus dipupuk dan diperkembang.
Demi kepentingan kebangsaan, perpaduan negara, keperibadian Malaysia dan keamanan,
maka langkah menjaga bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlu diperkukuh dan
ditingkatkan bukan dihilangkan dan digantikan dengan bahasa lain. Ini kerana, perlu
diketahui untuk mencapai perpaduan adalah dengan penggunaan satu bahasa yang sama bagi
memudahkan interaksi antara etnik. Justeru fungsi bahasa Melayu adalah pelbagai mengikut
bidang dan untuk kesejahteraan negara kita. Tambahan lagi, sekalipun untuk pembangunan
negara dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang ekonomi , perindustrian, dan
perdagangan , apa salahnya jika Bahasa Melayu itu digunakan . Dasar dwibahasa ini lebih
baik daripada kita mengetepikan terus bahasa Melayu dalam sektor tersebut. Perlu diketahui
bahawa kemajuan bahasa Melayu bergantung pada keluasan penggunaannya.
Ketidakmampuan orang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang tinggi
jangan dijadikan alasan untuk menyekat penggunaan bahasa Melayu ini dalam semua sektor

pembangunan negara. Demikianlah jika kita mahu menyelamatkan dasar bahasa yang ada dan
kedudukan bahasa Melayu di negara ini sebagai bahasa kemajuan, bahasa pendidikan, bahasa
ilmu , perlu ada kempen besar-besaran untuk memusnahkan persepsi dan andaian yang salah
terhadap bahasa Melayu dan hubungannya dengan kemajuan bangsa Melayu ( Hassan Ahmad
2006: 42). Justeru, bagi mencapai tahap penerimaan , penggunaan bahasa Melayu oleh etnik
yang lain khususnya bangsa Cina dan India, orang Melayu mestilah terlebih dahulu
menyakini akan kemampuan bahasa Melayu boleh mencapai tahap kemajuan kepada negara
Malaysia tanpa merasa sangsi dan menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan,
pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu, barulah perpaduan dapat dicapai sekiranya orang Melayu
sendiri menunjukkan bukti kejayaan bahawa rakyat Malaysia boleh maju ke hadapan dengan
bahasa Melayunya sendiri bukan maju dengan bahasa lain. Demikianlah, sekiranya ingin
melangkah jauh biarlah membawa bersama dengan bahasa Melayu kita kerana ia merupakan
identiti rakyat Malaysia dan perpaduan dapat dipupuk . Oleh itu, langkah kesedaran semula
dan penelitian dan kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi meningkatkan semula peranan
bahasa Melayu di dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. BAB 3 TAHAP PENERIMAAN
DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI
MALAYSIA: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR KAUM CINA DAN INDIA DI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 3. 1
Pengenalan
Di dalam bahagian ini, kajian ini telah dibuat
khususnya kepada pelajar kaum china dan India di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat
sepuluh soalan yang merangkumi tiga objektif utama iaitu Mengenal pasti tahap
penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mengenal
pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar
UKM. Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada penerimaan
dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM .
Sebanyak 30 kertas soal selidik telah diedarkan kepada pelajar UKM. Pada soalan 1 hingga
soalan 3 untuk mencari objektif pertama, soalan 4 hingga soalan 6 untuk mengenalpasti
objektif kedua dan pada soalan 7 sehingga 10 untuk mengkaji objektif ketiga. 3.2 Analisis
Kajian (BAHAGIAN 1) Pada bahagian 1 ialah mengkaji latarbelakang pelajar UKM yang
terdiri daripada jantina, umur, bangsa, agama dan fakulti. Berdasarkan Rajah dibawah
menunjukkan bahawa kadar peratusan untuk perempuan ialah 60% lebih tinggi berbanding
40% pelajar lelaki yang telah memberi respondan. Ini kerana, pelajar perempuan lebih senang
dan mudah untuk memberi kerjasama. Dan faktor lain ialah kami mengedarkan soal selidik
ini di sekitar UKM seperti di perpustakaan, kolej dan fakulti. Jadi hasil kajian ini lebih
tertumpu kepada perempuan kerana faktor tempat dan keadaan. Rajah 1.1 Peratusan bagi
jantina Seterusnya berdasarkan rajah 1.2 di bawah hasil kajian peratusan Cina ialah 37% dan
India ialah 63%. Ini menunjukkan bahawa responden pelajar Cina lebih banyak berbanding
pelajar India. Ini berkemungkinan kerana jumlah pelajar Cina di UKM lebih banyak
berbanding jumlah pelajar India. Namun begitu, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada
pelajar Cina dan India sahaja bagi mengetahui tahap penerimaan dan penggunaan mereka
terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Rajah 1.2 peratusan bagi bangsa Cina
dan India Selain itu, peringkat umur juga dikaji dan berdasarkan gambar rajah 1.3 dibawah
menunjukkan purata bagi kalangan umur pelajar Cina dan India. Terdapat umur 18 tahun ke
bawah seramai 2 pelajar dan umur 26 sehingga 30 seramai 3 pelajar. Dan kebanyakkan umur
ialah di kalangan pelajar yang berumur sekitar 19 sehingga 25 tahun iaitu seramai 25 pelajar.
Ini bertepatan dengan peringkat umur responden kami yang terdiri daripada prasiswazah dan

siswazah. Rajah 1.3 peratusan peringkat umur Seterusnya Rajah 1.4 menunjukkan bahawa
terdapat tiga agama yang terdiri daripada Hindu , Budha, dan kristian. Terdapat 15 pelajar
yang terdiri daripada agama Budha dan 10 pelajar yang beragama kristian. Oleh itu, kajian
mendapati bahawa kebanyakkan responden yang terdiri daripada bangsa Cina menganut
agama Budha dan Kristian. Ini bertujuan bagi mengenalpasti latar belakang budaya dan
agama mereka. Rajah 1.4 peratusan agama yang dianuti Seterusnya , rajah 1.5
menumpukankan fakulti yang paling ramai terdiri daripada Fakulti Sains dan teknologi
sebanyak 9 pelajar, Teknologi Sains dan Maklumat seramai 6 pelajar dan Sains Sosial dan
kemanusiaan seramai 6 pelajar yang menjadi responden. Kemudian jumlah bagi fakulti yang
terdiri daripada lain-lain seperti fakulti ekonomi dan pengurusan, pendidikan, sains
kesihatan , kejuruteraan dan alam bina serta permata pintar. Ini bagi mengenalpasti
kebarangkalian etnik lain di dalam fakuti tersebut dan sejauh mana penggunaan Bahasa
Melayu mereka di setiap fakulti yang mereka duduki. Rajah 1.5 bilangan pelajar mengikut
fakulti (Bahagian 2) Pada bahagian 2 ini terdapat 10 soalan bagi mencapai tiga objektif secara
keseluruhannaya iaitu mengenalpasti tahap penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM yang terdiri bangsa Cina dan India
seterusnya sejauh mana Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan di kalangan etnik yang
pelbagai. a) Berikut ialah hasil kajian bagi mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM
terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Pada Rajah 2.1 memperlihatkan
peratusan penerimaan terhadap peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui
perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sebanyak 80% setuju dan
20% tidak pasti dan 0% tidak setuju. Rajah 2.1 Peratusan penerimaan terhadap peruntukkan
yang disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Rajah ini memberi penjelasan bahawa 24 pelajar UKM yang berbangsa Cina
dan India mengetahui bahawa terdapat peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan
melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seterusnya terdapat 6
pelajar sahaja yang tidak pasti dan tiada pelajar yang tidak setuju. Justeru, kajian ini
mendapati bahawa pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India telah didedahkan tentang
pengetahuan yang berkaitan di dalam perlembagaan iaitu perkara 152. Ini berkemungkinan
berikutan daripada pendedahan subjek Hubungan Etnik yang diwajibkan dan dipelajari oleh
setiap pelajar UKM. Subjek Hubungan Etnik sedikit sebanyak membantu memberi
pengetahuan tambahan kepada pelajar berkenaan. Tambahan lagi, pendedahan matapelajaran
Sejarah di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah membantu menambah pengetahuan
mereka. Seterusnya pada rajah 2.2 menunjukkan bahawa peratusan penerimaan bagi setiap
etnik di Malaysia menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia.
Peratusan memperlihatkan bahawa terdapat 83% yang setuju, 14% yang tidak pasti dan 3%
yang tidak setuju. Rajah 2.2 Peratusan penerimaan bagi setiap etnik di Malaysia menerima
bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Rajah ini memberi
penerangan bahawa tahap keyakinan pelajar Cina dan India bagi setiap etnik di Malaysia
menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Sebanyak 25 pelajar yang
setuju, 4 pelajar yang tidak pasti dan seorang pelajar yang tidak setuju. Ini menunjukkan
bahawa pelajar Ukm yang berbangsa Cina dan India majoriti menyakini setiap etnik
menerimanya. Ini memberi kemungkinan bahawa, melihat kepada gambaran sosial pelajar
Cina dan India yang menerima Bahasa Melayu di dalam perkara-perkara yang melibatkan
perkara rasmi seperti di dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. Kemudian terdapat 14%
yang kurang pasti dan 3% tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa sebahagian pelajar Cina dan

India kurang pasti atau tidak meneliti akan penerimaan pelajar Cina dan India terhadap
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bagi setiap etnik. Seterusnya rajah 2.3 yang
menunjukkan peratusan penyataan sokongan pelajar Cina dan India terhadap Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Terdapat 77% setuju, 20% tidak pasti dan 3% tidak
setuju. Rajah 2.3 menunjukkan bahawa tahap peratusan sokongan terhadap Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Rajah ini menunjukkan bahawa sebanyak 23 pelajar
yang menyokong , 6 pelajar tidak pasti dan seorang pelajar tidak setuju. Berikutan daripada
jumlah tersebut menjelaskan bahawa majoriti pelajar Cina dan India menyokong Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat 6 orang yang
tidak pasti dan seorang yang tidak setuju. Ini berkemungkinan bahawa mereka lebih selesa
dengan menggunakan bahasa etnik mereka dan lebih senang untuk menggunakan bahasa
Inggeris yang kini dilihat sebagai satu bahasa yang penting. Oleh itu, di sini memberi
kesimpulan bahawa tahap penerimaan pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India adalah
tinggi dan memuaskan. Ini disebabkan peratusan bagi
sangat setuju untuk ketiga-tiga
pernyataan melebihi jumlahnya berbanding yang tidak pasti dan yang tidak setuju. Justeru,
kajian mendapati bahawa jumlah pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India secara
puratanya mengetahui, menyakini dan menyokong Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan Malaysia di tahap yang memuaskan. b) Berikut ialah hasil kajian terhadap tahap
penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM.
Seterusnya jadual 2.4 menunjukkan bahawa peratusan yang sangat setuju menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa seharian ialah 37%, tidak pasti 27% dan 36% tidak setuju.
Rajah 2.4 peratusan tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka Rajah
2.4 menunjukkan bahawa terdapat 11 pelajar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa harian mereka. Kemudian, 8 pelajar yang tidak pasti dan 11 pelajar yang tidak
menggunakannya. Ini menjelaskan bahawa tidak banyak perbezaan jumlah bagi yang
menggunakan dan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Harian. Ini
berkemungkinan bahawa faktor persekitaran sosial dan tempat belajar serta tempat tinggal
mereka mempengaruhi bahasa harian yang mereka gunakan dalam kehidupan mereka.
Seterusnya rajah 2.5 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 47% bersetuju menggunakan
Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja. Kemudian 40% yang tidak
pasti dan 13% tidak bersetuju. Rajah 2.5 menunjukkan tahap peratusan penggunaaan Bahasa
Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja. Rajah 2.5 menunjukkan bahawa
sejumlah 14 pelajar menggunakan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain
sahaja adalah tinggi. Seterusnya 12 pelajar lagi tidak pasti dan 4 pelajar tidak setuju
menggunakannya pada etnik lain sahaja. Peratusan ini sekali gus menguatkan bahawa tahap
penggunaaan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja adalah tinggi
dan interaksi tersebut berlaku pada etnik lain sahaja seperti Orang Melayu. Kajian mendapati
bahawa terdapat kemungkinan pelajar tersebut lebih senang untuk menggunakan Bahasa
Melayu pada etnik lain kerana faktor bahasa yang berbeza dan bahasa Melayu lebih mudah
digunakan sebagai satu interaksi sosial di sekitar mereka berikutan jumlah komuniti Orang
Melayu lebih ramai daripada jumlah kaum mereka. Seterusnya rajah 2.6 menunjukkan
bahawa bilangan yang bersetuju ialah 80% , 17% tidak pasti dan 3% tidak setuju.
Rajah 2.6 menunjukkan bahawa taha
eratusan persetujuan matapelajaran Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran

wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah. Rajah 2.6 menunjukkan bahawa terdapat 24

pelajar bersetuju matapelajaran Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran wajib di


Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah tinggi. Kemudian 5 pelajar tidak pasti dan
seorang pelajar tidak bersetuju. Kemungkinan kebanyakkan yang bersetuju ini kerana
kesedaran mereka kepada fungsi Bahasa Melayu itu sendiri. Dimana Bahasa Melayu sudah
menjadi suatu perkara yang mesti diketahui dan boleh digunakan bagi interaksi antara kaum.
Selain itu juga penekanan daripada pihak kerajaan Malaysia dan pihak Universiti
Kebangsaan Malaysia akan kesedaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah

membuka minda kesedaran mereka akan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu. Oleh itu,
bagi objektif kedua iaitu tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
adalah di tahap sederhana dimana hanya sebahagian sahaja daripada mereka menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka dan mereka hanya menggunakan Bahasa
Melayu apabila bersama dengan etnik lain sahaja. Walaubagaimanapun, tahap persetujuan
Bahasa Melayu digunapakai sebagai matapelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah adalah tinggi dan memuaskan. Ini berikutan kerana faktor persekitaran mereka
menjadikan matapelajaran Bahasa Melayu adalah satu keperluan lebih-lebih lagi apabila telah
memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia yang menekankan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan. C) Berikut ialah hasil kajian bagi mendapatkan objektif ketiga iaitu
sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada penerimaan dan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM Seterusnya rajah 2.7
yang menunjukkan bahawa terdapat 67% pelajar yang bersetuju, 27% yang tidak pasti dan
6% yang tidak bersetuju. Rajah 2.7 menunjukkan tahap keyakinan bahawa Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan
antara kaum Rajah 2.7 menunjukkan bahawa terdapat 20 pelajar yang terdiri bangsa Cina dan
India menyakini bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai
medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum. Tahap peratusan yang bersetuju ini

berkemungkinan besar kerana mereka sendiri telah melihat akan kepentingan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan
antara kaum melalui suasana persekitaran sosial mereka terutamanya di Universiti
Kebangsaan Malaysia .Meskipun begitu, terdapat juga 8 pelajar tidak pasti dan 2 pelajar tidak
menyakininya. Ini berkemungkinan kerana tahap kesedaran dan pengetahun mereka belum
tercapai dan kebarangkalian sentiasa berinteraksi dengan etnik mereka sahaja atau
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar mereka apabila berinteraksi dengan
etnik lain. Seterusnya rajah 2.8 menunjukkan bahawa terdapat 60% bersetuju, 33% peratus
tidak pasti dan 7% tidak mempercayai bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang
menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Rajah 2.8 menunjukkan tahap
kepercayaan pelajar bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat
yang terdiri daripada pelbagai etnik. Rajah 2.8 menunjukkan terdapat 18 pelajar yang
mempercayai bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai etnik. Ini berkemungkinan bahawa mereka telah menyakini sejarah
terdahulu bahawa Bahasa Melayu pernah mencapai perpaduan kaum setelah dasar pendidikan
dalam penyata Razak 1956 telah berjaya. Tambahan lagi, melihat kepada suasana kebudayaan
Malaysia sangat menitikberatkan bahasa jiwa bangsa di dalam mengajak mereka bersama
mencintai Bahasa Melayu walaupun daripada pelbagai etnik. Namun begitu, terdapat 10
pelajar yang tidak pasti dan 2 pelajar yang tidak mempercayai bahawa ianya alat yang
menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Ini memberi kemungkinan bahawa
mereka masih belum mengetahui sejarah kejayaan Bahasa Melayu dan tidak mengetahui
fungsi sebenar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan. Seterusnya, rajah
2.9 merupakan peratusan keyakinan pelajar terhadap perpaduan kaum dapat dibentuk melalui
penggunaan satu bahasa yang sama iaitu sebnayak 60% dan yang tidak pasti 40% serta tidak
ada yang bersetuju. Rajah 2.9 menunjukkan bahawa tahap peratusan keyakinan pelajar

terhadap perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama. Rajah
2.9 memperlihatkan bahawa terdapat 14 pelajar yang mempercayainya. peratusan yang
mempercayai perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama
adalah sama peratusannya dengan Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan
rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik iaitu sebanyak 14 pelajar. Ini menguatkan lagi
bahawa terdapat kaitan di antara kedua pernyataan tersebut dan mereka mengakui ia boleh
mencapai perpaduan. Namun begitu masih terdapat sebilangan yang tidak pasti akan
kewujudan penggunaan satu bahasa yang sama boleh membantu tahap perpaduan kaum di
Malaysia. Ini menunjukkan bahawa ia masih di tahap yang masih kabur dan tidak
memuaskan. Pun begitu, sebahagian yang menyakininya adalah di tahap yang memuaskan.
Seterusnya pada rajah terakhir iaitu rajah 2.10 kajian mendapati bahawa terdapat 30%
sahaja pelajar yang mempercayai bahawa rakyat Malaysia bersatu pada hari ini kerana
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selebihnya iaitu 57% tidak pasti
dan 13% tidak bersetuju. Rajah 2.10 menunjukkan bahawa tahap peratusan kepercayaan
pelajar terhadap rakyat Malaysia bersatu pada hari ini kerana menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Justeru, rajah 2.10 telah menjelaskan bahawa bilangan pelajar
yang mempercayainya adalah sedikit iaitu hanya 9 pelajar sahaja. Ini juga memberi
perbezaan yang banyak dimana pernyataan sebelum ini mendapat 60% bersetuju bahawa
Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan. Namun, selepas persoalan ke sepuluh kadar peratusan
itu menurun kepada 30% sahaja yang bersetuju akan perpaduan hari ini adalah kerana
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini berkemungkinan kerana
tanggapan mereka terhadap Bahasa Melayu pada hari ini bukan alat perpaduan. Kemudian
tahap kesedaran dan kepercayaan terhadap fungsi Bahasa Melayu semakin kabur dan lenyap.
Ini berikutan kerana, melihat kepada suasana politik semasa yang sentiasa berlaku kekacauan
dan ketidakpuasan oleh setiap rakyat memberi gambaran kepada mereka bahawa Bahasa

Melayu belum cukup untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya terdapat 17 pelajar
yang tidak pasti dan 4 pelajar yang tidak bersetuju. Ini mengurangkan lagi pernyataan bahawa
Bahasa Melayu itu boleh dijadikan sebagai alat perpaduan adalah di tahap yang kurang
memuaskan. Sekali gus, mengambarkan bahawa tahap keberkesanan Bahasa Melayu sebagai
satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah tidak diyakini oleh pelajar terutamanya
pelajar daripada bangsa Cina. Ini kerana 63% daripadanya adalah responden daripada bangsa
Cina. Justeru objektif untuk mengenalpasti sejauhmana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil
daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di
kalangan pelajar UKM adalah sedikit , namun kajian mendapati bahawa secara puratanya
54% daripada objektif ketiga ini adalah di tahap yang memuaskan dan 39% yang tidak pasti
dan yang tidak setuju adalah 7% sahaja. Kesimpulannya ialah hasil daripada kajian ini
mendapati bahawa keseluruhan responden pelajar Cina dan India untuk kesepuluh soalan
berdasarkan kepada tiga objektif tadi. Bagi objektif pertama, kajian mendapati bahawa
pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India menerima Bahasa Melayu adalah di tahap yang
baik , seterusnya penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan mereka adalah di tahap yang
memuaskan dan kemudian pengakuan mereka bahawa Bahasa Melayu ini membantu untuk
menyatukan rakyat adalah di tahap yang memuaskan juga. Justeru, ini memberi kesimpulan
besar bahawa, penerimaan , penggunaan dan pengakuan bahawa Bahasa Melayu itu sebagai
alat perpaduan adalah di tahap yang baik, dimana sebanyak 62% yang bersetuju dan
mengakuinya. Kemudian selebihnya 29% tidak pasti dan 9% tidak bersetuju. 4. RUJUKAN
Rustam A. Sani. 1993. Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications Jeniri Amir. 2009. Bahasa Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan
Lumpur:

Pustaka Nik Safiah Karim. 2000. Bahasa Melayu Dalam Dekad 90-an. Kuala
Akedemi Pengajian Melayu Asraf. 1996. Manifesto Budaya, Pupus Bahasa ,

Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris Aman. 2011. Aksen

Bahasa Kebangsaan : Realiti Identiti Integrasi. Bangi :

Kuala Lumpur Abdullah Hassan.

2008. Kongres Bahasa dan persuratan Melayu VII. Kuala Lumpur :


penterjemah Malaysia. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Persatuan

You might also like