You are on page 1of 13

MAJALAH

Risalah atau surat berkala yang


mengandungi makalah-makalah, tulisan,
rencana dan sebagainya.

Umumnya mempunyai ilustrasi dan maklumat


terkini. Diterbitkan pada waktu-waktu
tertentu.
BUKU LAPORAN
TAHUNAN
Merupakan rujukan mudah tentang negeri dan
industry. Ia mengandungi maklumat
pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti,
pertubuhan sepanjang tahun.

Diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan


kerajaan atau syarikat penerbitan.
BUKU GAZETIR
Gazetir adalah senarai nama tempat dan
penerangan dan maklumat terkini tentang
tempat, Bandar, negeri atau Negara,
bilangan penduduk, pengeluaran industri
dan sebagainya.

Contoh: Chambers World Gazeteer


RISALAH
Merupakan helaian surat/utusan (siaran)
yang berperanan menyebar atau menyampaikan
maklumat yang berbentuk karangan ringkas
mengenai sesuatu perkara, tajuk atau ehwal
semasa.

Umumnya dalam bentuk buku kecil.


BUKU
ENSIKLOPEDIA
Merupakan bahan rujukan yang memuat maklumat
luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan. Pada
umumnya disusun mengikut abjad. Ia memuatkan
semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan
mampu menjawab persoalan tentang ‘apa’, ‘siapa’,
‘di mana’, ‘mengapa’, ‘bagaimana’ kecuali hal-
hal yang bersifat mutakhir.
BUKU INDEKS
Indeks ialah daftar tajuk-tajuk maklumat
yang disusun mengikut abjad atau system
tertentu dengan disertai keterangan yang
menunjukkan di mana letaknya maklumat
tertentu supaya senang atau mudah untuk
dikesan.
BROSUR
Merupakan helaian kertas yang memberi
maklumat atau keterangan ringkas tentang
sesuatu.

Umumnya berbentuk helaian yang berlipat.


BUKU
BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan daftar penerbitan
bercetak seperti buku, majalah, terbitan
kerajaan, laporan persidangan/seminar dan
bahan bukan bercetak seperti video, kaset
dan filem.
Ia disusun mengikut abjad, pengelasan,
pengarang, judul, perkara atau siri.
JURNAL
Merupakan buku atau majalah yang memuatkan
karangan-karangan atau rencana-rencana
yang berbentuk ilmiah.

Contoh: Jurnal Dewan Bahasa


Jurnal Pendidikan
BUKU ATLAS
Atlas merupakan kumpulan peta yang telah
dijilid dalam bentuk buku.

Ia mengandungi maklumat geografi atau hal


ehwal berkaitan tanah, daerah, Negara,
kegiatan ekonomi, penduduk, cuaca dan
sebagainya.
BUKU PANDUAN
(DIREKTORI)
Buku ini mengandungi maklumat tentang
orang ramai, tempat, organisasi
individu, keahliannya, data organisasi,
alamat dan nombor telefon.

Maklumat disusun mengikut abjad, kelas


dan lokasi. Ia juga dikenali sebagai
buku alamat.
ALMANAK
Kalendar tahunan yang mengandungi
senarai hari dan bulan dengan maklumat
lain seperti terbit dan tenggelam
matahari, air pasang surut, peredaran
bulan dan sebagainya.
MAKSUD
MAJALAH

You might also like