You are on page 1of 24

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan dana kewangan menerusi program 1 Desa
1 Produk bagi projek perniagaan batik bagi Kampung Ulu Dusun, Sandakan iaitu Syarikat N&E Batik
yang beroperasi di Kampung Ulu Dusun Batu 30, Sandakan. Perniagaan ini berkisarkan tentang
perniagaan mencanting kain batik disamping menjahit kain batik tersebut menjadi baju.

Berbekalkan pengetahuan melalui beberapa kursus mencanting batik dan menjahit pakaian yang telah
dianjurkan seperti MARA, dan beberapa agensi kerajaan yang lain yang telah disertai oleh beberapa
penduduk kampung, syarikat kami mewakili penduduk kampung bercadang untuk mendirikan kilang
mencanting kain batik dan menjahit baju batik dan serta suntikan modal bagi syarikat kami untuk
memenuhi pasaran dari seluruh Malaysia. Selain mempunyai kilang, kami juga baru berjinak-jinak
dengan jualan kain batik dan baju batik secara online dan memerlukan suntikan modal bagi memenuhi
permintaan yang agak tinggi dari seluruh Malaysia sebanyak RM100,000.

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kilang, ubahsuai premis, pembelian stok,
perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, kami bercadang untuk
mendapatkan bantuan pembiayaan Dana kewangan menerusi program 1 Desa 1 Produk sebanyak
RM100,000.

Kampung Ulu Dusun, Sandakan kami dapati adalah satu lokasi yang sesuai untuk mendirikan kilang
mencanting batik dan menjahit baju batik kerana ia merupakan satu perkampungan di mana di kalangan
penduduk di sini ramai yang terdiri dari suri rumah yang berkemahiran mencanting kain batik dan
menjahit baju. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak berhampiran di Bandar Checkpoint
Batu 32, pusat perniagaan kawasan batu 32 yang mana terdapat beberapa kampung disekitarnya.

Dengan tahap persaingan yang sedikit dari perusahaan mencanting batik dan menjahit baju batik di
Sabah, kami yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 80% daripada saiz
pasaran kain batik dan baju batik dengan kekuatan pada kualiti kain dan baju batik dan harga yang
berpatutan. Kami juga telah Berjaya mendapatkan tempahan dari beberapa agensi kerajaan seperti sekolah
–sekolah disekitar Sandakan bagi menyediakan kain atau baju batik seragam bagi mereka. Kami juga
yakin akan mendapat lebih 1000 orang pelanggan tetap di mana purata tempahan sebulan ialah 350 orang
belum termasuk pelanggan yang menempah secara online.

1
Produk perkhidmatan kami menawarkan kain batik pelbagai corak mengikut ‘trend’ semasa, baju batik
lelaki dan baju kurung batik perempuan dengan pelbagai saiz, kualiti, dan corak mengikut citarasa, dan
kemampuan pelanggan.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian kami mendapati bahawa permintaan perkhidmatan
kain batik dan baju batik semakin meningkat terutamanya kepada golongan penjawat awam yang mana
setiap hari khamis, mereka akan menggunakan baju batik untuk dikenakan sebagai pakaian rasmi mereka.

Pemerhatian kami juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan kami adalah cerah
berdasarkan trend dan gaya hidup pelanggan yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang
kemas, cepat, cekap dan efisien.

Kami berharap dengan bantuan dana kewangan menerusi program 1 Desa 1 Produk ini akan dapat
merealisasikan rancangan perniagaan kami dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi
memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera terutama dapat memajukan sosio ekonomi bagi
Kampung Ulu Dusun.

2
PENDAHULUAN

Butir-butir Peribadi Usahawan

Nama : Maria Martin


No. K/P : 850712-12-5567
Umur : 28
Tarikh Lahir : 12 Julai 1985
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat Sekarang : Kampung Ulu Dusun,
: Batu 30, Jalan Labuk,
: 90000, Sandakan, Sabah.
Telefon : bimbit:0128991122 pej: 089 - 565050
Faks : 089- 565051

Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah :

Tahun Institusi Kelulusan/ Anugerah


2004 MARA Kursus Mencanting Kain Batik
2005-2011 KEMAS Kursus Jahitan baju kurung/
korporat

Pengalaman Kerja/Perniagaan :
Tahun Majikan/Perniagaan Pengalaman

2006-2010 Perniagaan di rumah Mencanting kain batik

2012- Sekarang Syarikat N&E Batik Mencanting kain batik dan


menjahit baju batik.

Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik :

Nama Pertubuhan Jawatan Dipegang Tempoh


JKKK Kampung Ulu Bendahari 5 tahun
Dusun Sandakan

Jurubank :
3
Nama Dan Alamat Jenis & No. Akaun Tarikh Dibuka
Bank
CIMB Band Berhad Semasa 03/01/2006

Latar Belakang
Syarikat N&E Batik di daftarkan pada 2 Julai 2012 , dimiliki oleh Maria Martin, 28 Tahun, berpendidikan
Sijil Pelajaran Malaysia selain memiliki sijil Kemahiran MalaysiaTahap 2 dari Giat MARA. Jenis
perniagaan ialah menghasilkan kain batik pelbagai corak, dan Jahitan kain batik lelaki dan perempuan.

Perusahaan ini merupakan perusahaan batik persendirian, namun mendapat sokongan penuh dan nasihat
daripada Kampung Ulu Dusun kerana objektif utamanya yang ingin mewujudkan satu industri kecil
dikampung tersebut. Dengan adanya perusahaan ini, ianya mampu menjana ekonomi Kampung secara
amnya dimana ianya mampu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung terutama kepada
kaum wanita. Ini sekaligus mampu menambah dan mengukuhkan kewangan isi rumah di kampung
tersebut.

Produk batik dari syarikat kami dijangka akan menembusi pasaran batik dikawasan terdekat terutama
daripada agensi awam, disamping juga dijangka mampu menembusi pasaran di Malaysia sekaligus,
mampu member saingan kepada pesaing perusahaan batik yang telah terkenal seperti di negeri Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.

OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN


Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan
sebanyak RM100,000 dari dana kewangan menerusi program 1 Desa 1 Produk bagi membiayai
pembinaan kilang, pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan
modal pusingan bagi pengoperasian kilang batik di Kampung Ulu Dusun

4
PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DITAWARKAN

Bil Jenis Perkhidmatan Harga


(RM)

1 Kain Batik biasa (Gred B) (4 Meter) 25.00

2 Kain Batik Sederhana (Gred A) (4 Meter) 35.00


3 Kain Batik Kualiti (Gred AA) (4 Meter) 70.00

5
4 Kain Batik Kualiti Tinggi (Gred AAA) (4 Meter) 100.00

5 Baju Batik Lelaki (Gred B) 45.00

6 Baju Batik Lelaki (Gred A) 55.00

7 Baju Batik Lelaki (Gred AA) 100.00

8 Baju Batik Lelaki (Gred AAA) 150.00

9 Baju Kurung Batik (Gred B) 50.00

10 Baju Kurung Batik (Gred A) 60.00

11 Baju Kurung Batik (Gred AA) 105.00


12 Baju Kurung Batik (Gred AAA) 155.00

LOKASI PERNIAGAAN

Lokasi
Syarikat N&E Batik telah membuka kilang mencanting dan menjahit kain batik seluas ½ ekar tanah di
Kampung Ulu Dusun, Batu 32, Jalan Labuk Sandakan. Formula asas kepada pemilihan lokasi kilang batik
ini ialah kemahiran penduduk kampung mencanting dan menjahit batik disamping kampung ini
merupakan tempat yang aman dan damai yang mampu meningkatkan kualiti pengeluaran kerana bebas
gangguan Bandar seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, bising, dan lain-lain. Lokasi ini penting
bagi menghasilkan pengeluaran yang maksima dan mampu memberi kemudahan kepada pemborong-
pemborong serta pembeli kain batik.

Keluasan Lokasi
Keluasan tanah yang dijadikan kilang mencanting kain batik dan menjahit baju batik ini ialah ½ ekar.
Keluasan tanah ini bersesuaian dengan matlamat operasi perusahaan mencanting dan menjahit batik
dimana.

6
Pemilikan
Tanah seluas ½ ekar ini dimiliki oleh Encik Sameon bin Ramsah dan Syarikat N&E Batik telah
menandatangani perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 31 Januari 2013 dan akan tamat pada 1 Februari
2016 .

Kemudahan Dan kesesuaian


Kedudukan kilang ini amat bersesuaian kerana rumah penduduk kampung yang menjadi pekerja di kilang
ini amat dekat bagi memudahkan mereka pergi bekerja. Selain itu, kedudukan kilang ini amat strategik
jika dilihat dari segi kebajikan pekerja kerana berhampiran dengan klinik kesihatan, balai polis, dan
sekolah untuk anak mreka belajar. Disamping itu, jika dilihat dari infrastruktur kemudahan awam, jalan
raya telah berturap, elektrik dan saluran air bersih juga telah disediakan di kawasan kilang itu.

RANCANGAN PEMASARAN
Pengiklanan
Antara rancangan pengiklanan kami ialah dengan melancarkan laman web perniagaan dengan alamat
sesawang www.n&ebatik.blogspot.com disamping laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.
Melalui pengiklanan di laman sesawang, gambar, detail, harga, dan promosi barangan batik kami
dipaparkan untuk tatapan bakal pelanggan. Selain itu, kami juga mengedarkan pamplet beserta kupon
harga istimewa di surau, masjid, sekolah berhampiran dan peti surat setiap rumah.

Promosi
Promosi bagi barangan kain batik di Syarikat N&E Batik pula ialah sepanjang musim perayaan seperti
Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Manakala bagi agensi kerajaan atau pelanggan yang membeli secara
pukal akan dikenakan diskaun sebanyak 10%.

Harga
Hargabagi barangan batik kami adalah mengikut jenis dan kualiti kain batik tetapi harga istimewa akan
diberikan untuk pelanggan tetap. Salah satu cara kami untuk memperkembangkan lagi produk batik kami,
pelanggan yang perkenalkan kepada seorang rakan percuma kupon bernilai RM10.00.

Edaran
Kami juga menyedia penghantaran percuma kepada pelanggan sekitar 50km.
7
Pesaing Pasaran
Bagi menentukan pesaing, agak sukar bagi kami menentukan pesaing kami secara tepat. Ini terutama bagi
pasaran di Semenanjung Malaysia yang lebih terkenal sebagai pengeluar kain batik yang terkenal
terutama dinegeri pantai timur. Namun kami yakin mampu member saingan kepada mereka terutama
dalam aspek kualiti dan strategi pemasaran yang lebih meluas.

SASARAN PASARAN
1. Kakitangan-kakitangan awam di sekitar Sandakan
2. Pekerja-pekerja swasta.
3. Pelanggan-pelanggan melalui internet.
4. Saudara mara dan kawan-kawan yang berdekatan
5. Penduduk-penduduk kawasan kampung berdekatan.
Sasaran, dan saiz pasaran(Pelanggan Walk-In)

No. Segmen Pasaran/ Pelanggan Populasi Peratus Menghantar Saiz Pasaran


(Dalam Radius Tempahan (setahun)
30 km) (A) (B) RM

SK Ulu Dusun 50 100% 7,500.00


1 Guru

SK Segaliud 30 100% 4,500.00


2 Guru

SK Sungai Manila 50 100% 7,500.00


3 Guru
SMK Segaliud 905 100% 51,225.00
4 Guru dan Pelajar

3,500.00
5 SK Sungai Tiram 25 100%
Guru

8
9,000.00
6 PPD Sandakan 60 100%
Pegawai
40 6,000.00
7 SK Labuk Subur Guru 100%

JUMLAH (RM) 99,225.00

RANCANGAN OPERASI

Peralatan dan tanah Yang Digunakan


No. Peralatan dan tanah Yang Digunakan RM
1 Mesin jahit biasa, mesin jahit tepi 20,000.00
2 Sewa Tanah 5,000.00
3 Bangunan kilang 20,000.00
4 Pembelian Stok – Kain, aksesori, benang 5,000.00
5 Perbelanjaan pengurusan 5000.00
6 Perbelanjaan Pra-Operasi 12,000.00
7 Yuran Guaman 8,000.00
8 Modal Pusingan 15,000.00
9 Peralatan pejabat/kilang 10,000.00
Jumlah 100,000.00

9
Carta Proses Pengeluaran

PENERIMAAN MEWARNAKAN MERENDAM


KAIN MENGIKUT KAIN DI DALAM
KAIN FABRIK WARNA AIR

MENGERING MERENDAM MENCANTING


DAN MENYIDAI KAIN DI DALAM BATIK MENGIKUT
KAIN AIR PELBAGAI CORAK

PROSES MEMBUNGKUS MENJAHIT BAJU


KAIN BATIK BELUM BATIK
BERJAHIT MENGIKUT SAIZ

PROSES PENGHANTARAN
PRODUK KEPADA PEMBORONG
ATAU PENGEDAR

Susun Atur kawasan Kerja Kilang

10
Bahan Asas Pengeluaran
i) Bahan Fabrik – kain kapas, dan kain sutera
ii) Benang rayon bewarna
iii) Alatan dan bahan jahitan seperti span, butang, lapik, cangkuk palang, dan getah pinggang.
iv) Lilin batik

Kos Pengeluaran bagi setiap kain batik dan baju batik

Bil Produk Kos Pengeluaran


(RM)
1 Kain Batik biasa (Gred B) (4 Meter) 10.00

2 Kain Batik Sederhana (Gred A) (4 Meter) 20.00


3 Kain Batik Kualiti (Gred AA) (4 Meter) 40.00

4 Kain Batik Kualiti Tinggi (Gred AAA) (4 Meter) 60.00

5 Baju Batik Lelaki (Gred B) 25.00

6 Baju Batik Lelaki (Gred A) 35.00

7 Baju Batik Lelaki (Gred AA) 60.00

8 Baju Batik Lelaki (Gred AAA) 80.00

9 Baju Kurung Batik (Gred B) 30.00

10 Baju Kurung Batik (Gred A) 40.00

11 Baju Kurung Batik (Gred AA) 65.00


12 Baju Kurung Batik (Gred AAA) 85.00

11
RANCANGAN PENTADBIRAN
Carta Organisasi

Pengurus / Pemilik

MARIA MARTIN
Penasihat Syarikat

Ketua Kampung & JKKK Kampung


Ulu Dusun
Pen. Pengurus

Rashid Amir

Penyelia Pentadbiran / Penyelia Penyelia


3Ketua
Orangkerani
pekerja Penghasilan Batik Penghasilan Baju
pentadbiran

8 Orang pekerja 5 Orang pekerja


pencanting batik penjahit baju

Senarai Pekerja Utama Dan Tugas

Nama : Ahmad Akmal Bin Faizal


Jawatan : Penolong Pengurus
Pengalaman : 15 Tahun mencanting batik
Gaji Bulanan : RM2500.00
12
Tugas : Mengurus operasi, pentadbiran dan kewangan

Nama : Florencesia Andrew


Jawatan : Penyelia Pentadbiran
Kelulusan : Diploma Pengurusan Perniagaan
Pengalaman Kerja : Ketua Kerani YS Bersatu (10Tahun)
Gaji Bulanan : RM1,800.00
Tugas : Menyelia keseluruhan pentadbiran kilang

Nama : Wan Jasri Wan Zul


Jawatan : Penyelia Batik
Kelulusan : STPM
Pengalaman Kerja : 12 tahun
Gaji Bulanan : RM1800.00
Tugas : Menyelia keseluruhan operasi penghasilan batik

Nama : Anih Rahayu Abidin


Jawatan : Penyelia Penghasilan Baju Batik (Jahitan dan kualiti)
Kelulusan :Diploma Seni Fesyen
Pengalaman Kerja : 6 tahun
Gaji Bulanan : RM1800.00
Tugas : Menyelia keseluruhan penghasilan baju batik dan kualiti

RANCANGAN KEWANGAN
Keperluan Kewangan

No. Keperluan RM Catatan


1 Pembinaan Kilang 20,000.00 Upah, bahan binaan, pemasangan elektrik dan air
2 Peralatan pejabat, dan kilang 10,000.00 Pen, kertas, Meja dan lain-laim
3 Peralatan Jahitan dan 20,000.00 Mesin jahitan, pencanting batik, dan mesin
mencanting batik pengering.
4 Pembelian Stok [Kain, 5,000.00 Benang, lilin batik, pewarna untuk bekalan
Benang] sebulan
5 Deposit Sewa Premis 5,000.00 Deposit Sewa 2+ 1 Bulan Dan Deposit Api & Air
6 Perbelanjaan Pra-Operasi 12,000.00 Perbelanjaan promosi, pengiklanan & perasmian
7 Yuran Guaman 8,000.00 Yuran Guaman penyediaan dokumen perjanjian
8 Modal Pusingan 15,000.00 Keperluan Modal Pusingan selama 3 bulan

9 Pengurusan 5,000.00
Jumlah 100,000.00

13
Unjuran Jualan

Tahun Pertama
Jan 13 Feb 13 Mac 13 Apr 13 Mei 13 Jun 13 Jumlah
18000 24000 55000 70000 80000 120,800
Julai 13 Ogos 13 Sept 13 Okt 13 Nov 13 Dis 13 Jumlah
140,0000 160,000 210, 000 230,000 230,500 340,000
RM1678,300.00
Tahun Kedua
Jan 14 Feb 14 Mac 14 Apr 14 Mei 14 Jun 14 Jumlah
19000 25000 56500 71000 82000 122000
Julai 14 Ogos 14 Sept 14 Okt 14 Nov 14 Dis 14 Jumlah
142000 162000 212000 235000 236000 345000
RM1707,500.00

Kos Jualan Perkhidmatan

Kos Bahan Jahitan dan batik

Kos Bahan Jahitan dan batik adalah dianggarkan lebih kurang 5.0% daripada nilai Jualan.

Kos langsung – Elektrik & Air

Kos Elektrik dan Air adalah dianggarkan lebih kurang 10.0% daripada nilai Jualan.

14
Kos Langsung – Gaji Pekerja

Gaji Jumlah KWSP SOCSO


No. Jawatan Bilangan Kasar Gaji 13% 0.5%
(RM) Kasar (RM) (RM)
(RM)
1 Penolong Pengurus 1 2,500 2,500 325.00 12.50
2 Penyelia 3 1,800 5,400 702.00 27.00
3 Pekerja Biasa (Pentadbiran, 16 900 14,400 1872.00 72.00
Batik & Jahitan)

4 Pekerja Pembersihan 3 500 1500 195.00 7.50


Jumlah 37 - 23,800 3094.00 119.00

Gaji Pengurus

Gaji Jumlah KWSP SOCSO


No. Jawatan Bilangan Kasar Gaji 13% 0.5%
(RM) Kasar (RM) (RM)
(RM)
1 Pemilik / Pengurus 1 4,000 4,000
Jumlah 1 - 4,000

Susutnilai Harta Tetap


Harta Tetap Yang Akan Dibeli

15
Harga Kos Jumlah Kadar Susutnilai
No. Harta Tetap Bilangan (RM) Harga Kos Susutnilai Tahunan
(RM) (%) (RM)
1 Peralatan Mesin Jahit
dan Pencanting
Mesin Jahit Tepi 1
Mesin Jahit Biasa 4
Alat Pencanting Batik 8

20,000.00 20.00 5,000.00

Jumlah Kecil 20,000.00 20.00 5,000.00


2 Peralatan Kedai &
Kilang
Papan tanda 1 3,000.00 3,000.00 20.00 200.00
Kaunter & Sofa 1 8,000.00 8,000.00 20.00 800.00
Peralatan Menjahit LS 10,000.00 10,000.00 20.00 1000.00
Tanah 5,000.00 5,000.00
Bangunan 20,000.00 20,000.00
Jumlah Kecil 46,0000 20.00 2,000.00
Jumlah Besar 66,000.00 7,000.00

Unjuran Aliran Tunai

Syarikat N&E Batik


Unjuran Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2013

16
PERBELANJAAN RM PENDAPATAN RM
Gaji 324,000 Hasil Jualan 1,678,300
Kos Pengeluaran 1,000,000
Insurans 12,600
Untung Bersih 341,700

Syarikat N&E Batik


Unjuran Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2014

PERBELANJAAN RM PENDAPATAN RM
Gaji 324,000 Hasil Jualan 1,707,500
Kos Pengeluaran 900,000
Insurans 12,600
Untung Bersih 470,900

CAGARAN & JAMINAN DICADANG

Cagaran Rumah

No. Pemilik Alamat Keluasan Nilai Pasaran (RM)


Hak Milik
1 Maria Martin No 324, Taman Indah 22x70 300,000.00
Jaya, Sandakan, Sabah
17
Jaminan Pihak Ketiga

No. Penjamin No.


Kad Pengenalan
1 Yuanna Binti Hisham 810824035068

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

No. Perlaksanaan Tarikh Jangkaan


1 Permohonan Pembiayaan 17/07/2012
2 Temuduga Pertama 15/08/2012
3 Temuduga Kedua 25/08/2012
4 Kelulusan 02/09/2012
5 Proses Dokumentasi & Guaman 02/10/2012
6 Pengeluaran Wang 17/10/2012
7 Urusan sewa tanah 17/01/2013
7 Pembinaan bangunan 17/03/2013
8 Pembelian Stok 18/03/2013
9 Kilang beroperasi sepenuhnya 18/09/2013

18
RUMUSAN DAN JUSTIFIKASI DAYA MAJU

Perniagaan Batik kami iaitu Syarikat N&E Batik, mempunyai potensi yang besar untuk bersaing dan
berday maju disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1. Lokasi yang strategik di kawasan yang tenang di sekitar Sandakan.


2. Kami telah membuat survey selama 3 bulan di sekitar beberapa buah negeri di Malaysia dan
mendapati produk yang kami tawarkan berkualiti, murah, dan menepati citarasa mereka. Maklum
balas yang kami dari pelanggan kami adalah sangat positif.
3. Fokus pelanggan berpotensi dari kalangan kakitangan awam yang memang ramai disekitar premis
perniagaan kerana Sandakan sedang menjadi pusat perkhidmatan awam seperti sekolah-sekolah,
IPD , Ibu Pejabat Bomba, Pejabat Tanah Universiti dan Jabatan Pelajaran.
4. Menjalankan aktiviti promosi melalui pengedaran risalah (flyers) dan banners.
5. Kami melantik beberapa ejen untuk menjual produk kami dan setakat ini member memberi
pulangan jualan yang memberangsangkan.
6. Membuat promosi melalui forum-forum internet. Kami juga telah mendirikan website perniagaan
dan menjual melalui internet.
7. Kami mendapat bantuan dan nasihat daripada seluruh penduduk Kampung Ulu Dusun di mana
mereka menjadi penasihat dan juga agen promosi Batik kami kepada pelanggan. Mereka member
sokongan 100% kepada kami.
8. Pekerja-pekerja kami cukup terlatih dan mempunyai pengalaman yang banyak menyebabkan
mereka dapat menghasilkan batik yang berkualiti.

19
LAMPIRAN
Lampiran 1

Alat Mencanting Batik

20
Lampiran 2

Seorang pekerja mencanting batik di kilang

21
Lampiran 3

Mesin Jahit yang digunakan untuk menghasilkan baju batik

22
Lampiran 4

Seorang Pekerja melakukan proses rendam dan kering kain batik

23
Lampiran 5

Antara produk kain batik (siap dijahit) oleh Kilang kami yang digayakan oleh model

24

You might also like