You are on page 1of 10

SOALAN TUTORIAL (PSPM) AP025

BAB 4:PADUAN PEMASARAN


DISEDIAKAN OLEH: MAZNI BINTI MOHAMAD ARSHAD@MOHD NOR

SESI 2010/11
1. Nyatakan tiga pengkelasan produk industri. [3 markah]

2. Lakarkan gambarajah Titik Pulang Modal dengan lengkap. [5 markah]

3. Jelaskan bagaimana ciri-ciri produk mempengaruhi penentuan paduan saluran


pengedaran bagi pengeluaran roti dan kek. [2 markah]

4. Bestari Food mengeluarkan produk yang terdiri dari tepung goreng ayam campuran,
tepung goreng ayam rangup, tepung kastard, tepung jagung,perencah campuran segera
dan terbaru mengeluarkan kopi pra campuran 3 dalam 1 Bestari.

Terangkan dua tahap saluran pengedaran yang boleh digunakan oleh syarikat ini.
(5 markah)

BAHAGIAN B
1 Selepas Syarikat Simply Simple membuat pengiklanan secara besar-besaran untuk
memperkenalkan produk baru kepada pelanggan, produk tersebut mula menarik
perhatian umum. Jelaskan strategi paduan pemasaran pada tahap kitaran hayat
produk yang dilalui oleh syarikat ini. [8 markah]

2 Cik Natasha baru sahaja dilantik sebagai pengurus Syarikat Cofee De Coco iaitu
sebuah syarikat pengeluar serbuk kopi di Kelantan. Setelah menjalankan kajian
dan pemerhatian, beliau merancang untuk melakukan perubahan ke atas produk
sedia ada. Pada masa ini produk sedia ada dibungkus dalam tin seberat satu
kilogram dan tiada sebarang paparan maklumat pada tin berkenaan. Cik Natasha
bercadang untuk melakukan perubahan kecil iaitu mempelbagaikan kopi kepada
berat yang berbeza iaitu 30 gram dan 100 gram serta mempunyai maklumat yang
bersesuaian kepada bahagian luar bungkusan berkenaan seperti maklumat
kandungan bahan, tanda halal dan meletakkan jenama syarikat.

Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan jenis identiti produk yang difokuskan oleh
cik Natasha dan terangkan dua sebab mengapa ia penting dilaksanakan.
[12 markah]

1|Page
SESI 2011/12
BAHAGIAN A
1. Jelaskan kaedah penentuan harga berasaskan nilai. [2 markah]
2. (b) Bezakan antara pengedaran intensif dan eksklusif dari segi:
(i) Jenis produk
(ii) Liputan kawasan [4 markah]
3. Buah Strawbery segar dan produk berasaskan strawberry dijual terus kepada pengguna
oleh pengusaha ladang strawberry di Cameron Highlands. Terangkan tahap saluran
pengedaran yang sesuai digunakan. [3 markah]

4. Lengkapkan jadual di bawah: [2 markah]

Jenis produk
pengguna Definisi
Barang beli
belah
Barang istimewa

BAHAGIAN B
1. Syarikat Permataku telah memperkenalkan rangkaian syampu terbaharu bagi
menembusi pasaran kanak-kanak.
(a) Terangkan dua strategi peletakan harga produk yang boleh digunakan oleh Syarikat
Permataku. [10 markah]

(b) Huraikan lima bentuk promosi jualan untuk memperkenalkan syampu baharu kepada
pasaran sasaran [10 markah]

2|Page
SESI 2012/13
BAHAGIAN A
1. Jelaskan konsep khidmat selepas jualan [2 markah]
2. Jualan kamera digital DigiCam meningkat kerana pelanggan telah mula membuat
pembelian.Di samping itu, keuntungan bertambah kerana peningkatan jualan produk
tersebut.Selain itu, pesaing-pesaing baharu mula memasuki pasaran disebabkan oleh
peluang mendapatkan keuntungan yang besar. Berdasarkan kepada kenyataan yang
diberikan :
(i) Kenalpasti peringkat kitaran hayat produk kamera digital. [1 markah]
(ii) Nyatakan strategi pengedaran yang bersesuaian untuk kamera digital [1 markah]
3. Terangkan kesan psikologi jika produk baharu jus manggis delima di pasarkan pada
harga RM9.95 berbanding RM 10.00 sebotol. [1 markah]
4. Lengkapkan jadual dibawah berkaitan dengan produk industri. [6 markah]

Perkara Bahan-bahan dan Item-item Modal Bekalan dan


Bahagian Ganti Perkhidmatan
Takrifan

Contoh

5. Penjenamaan adalah proses menggunakan simbol untuk mengkomunikasikan kualiti


produk yang dibuat oleh pengeluar. Terangkan tiga jenis penjenamaan. [6 markah]

BAHAGIAN B

Encik Ameen ialah pengurus bakeri CupCakes Sdn Bhd . Beliau bercadang untuk menjual
kek cawan pada harga RM3 seunit. Kos berubah ialah 40% daripada harga jualan dan kos
tetap adalah sebanyak RM5000.
(i) Terangkan kos berubah dan berikan dua contoh yang berkaitan [3 markah]
(i) Hitungkan unit titik pulang modal [4 markah]
(ii) Hitungkan harga jualan seunit kek cawan untuk mencapai pulangan modal bagi
pengeluaran 2500 unit kek cawan. [3
markah]
(iii) Sekiranya Encik Ameen menganggarkan bahawa jumlah maksimum kek cawan yang
boleh dijual dalam sebulan adalah 2000 unit, hitungkan untung atau rugi pada jumlah
unit jualan tersebut. [3 markah]

(iv) (b) Jelaskan empat jenis produk pengguna [12 markah]

3|Page
SESI 2013/14
BAHAGIAN A
1 Nyatakan dua elemen faktor psikologi yang mempengaruhi gelagat pengguna.
[2 markah]
2. Senaraikan tiga strategi untuk memanjangkan tempoh jangka hayat sesuatu
produk

yang berada pada tahap kematangan. [3 markah]


3. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesuatu produk.
[2 markah]
4. Berikan definisi promosi jualan. [2 markah]
5. Lengkapkan jadual dibawah: [4 markah]

Ciri Barang Beli belah Barang Istimewa


Harga
Kekerapan
membeli

5. Lakarkan tahap saluran pengedaran produk pengguna berikut:


(i) Pengedaran langsung
(ii) Pengedaran Peruncitan [2 markah]

BAHAGIAN B

1. Puan Rohana telah dilantik sebagai Pengurus Syarikat Flacky de Lite iaitu
pengeluar bijirin sarapan pagi yang terkenal. Produk tersebut dijual dalam
kotak seberat 500 gram. Setelah menjalankan penyelidikan dan pemerhatian,
beliau bercadang untuk melakukan pembungkusan semula dengan kotak
seberat 50 gram yang bercorak kartun.

(a) Nyatakan satu jenis identiti produk yang difokuskan oleh Puan Rohana.
Terangkan empat tujuan identiti tersebut. [9 markah]

(b) Bincangkan empat jenis aktiviti promosi jualan yang boleh dilakukan oleh
Flacky de Lite untuk meningkatkan jualan. [10 markah]

4|Page
(c) Lakar satu tahap pengedaran yang sesuai digunakan oleh syarikat Flacky Di
Lite dan terangkan dua alasan. [6
markah]

SESI 2014/15
BAHAGIAN A
1. Nyatakan harga diskaun yang sesuai digunakan oleh pengusaha hotel , Taman Tema
dan Zoo untuk strategi penentuan harga mereka. [ 1 markah ]

2. Syarikat Ezzy Marketing memasarkan kerusi urut berteknologi tinggi. Kenalpasti alat
panduan promosi berdasarkan huraian berikut: [2 markah]

HURAIAN ALAT PADUAN PROMOSI


Syarikat Ezzy Marketing membuat sidang akhbar
untuk memperkenalkan kerusi urut berteknologi
tinggi model terkini untuk mendapatkan liputan
yang meluas.
Promosi kerusi urut tersebut akan ke udara di
televisyen pada waktu puncak dan dicetak di
majalah terkemuka.

3. Terangkan kaedah pemasaran digital. [ 2 markah ]

4. Sebuah syarikat pengeluar komputer menghadapi masalah untuk menentukan harga


komputer keluarannya. Mereka merujuk perkara ini kepada anda dengan memberikan
maklumat-maklumat berikut.

Kos berubah = RM2000.00


Kos tetap = RM 4 000 000
Jumlah jualan dijangka = 20 000 unit

a. Jika pengeluar komputer ingin menikmati tokokan kos ke atas jualan sebanyak
40%,

i) kirakan harga tokokan pengeluar tersebut. [2 markah]

ii) Berapakah untung yang diperolehi daripada setiap unit komputer.


[2 markah]

b. Hitung titik pulang modal ( TPM ) dalam unit dan nilai ringgit ( RM ) .
[ 6 markah ]

5|Page
BAHAGIAN B
1. Syarikat Elektrik Ridz mengeluarkan produk elektrik seperti kipas ( kipas
dinding,kipas siling, kipas berdiri ), lampu ( lampu siling,lampu bilik, lampu meja)
dan mesin basuh pakaian ( automatik,5kg, 8 kg & 10kg: separa automatik 5kg &
8kg) .Di atas permintaan ramai pelanggan , syarikat merancang untuk
mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk baharu iaitu produk
lampu hiasan.

Jelaskan jenis produk pengguna yang dijual oleh Syarikat Elektrik Ridz
[ 2 markah ]
2. Kos pengeluaran bagi menghasilkan produk cenderamata adalah seperti berikut:

Kos tetap RM 200,000


Kos berubah per unit RM 15.00
Jumlah jangkaan jualan 40,000 unit
Margin keuntungan ke atas jualan yang ingin ditokok 15%
i. Berikan definisi kos tetap beserta dua contoh yang berkaitan.
[ 3 markah ]
ii. Hitung unit titik pulang modal. [ 3 markah ]
iii. Hitung harga tokokan bagi produk tersebut. [ 3 markah ]
iv. Hitung keuntungan bagi seunit produk tersebut yang diperolehi
menggunakan pendekatan harga tokokan kos. [ 2 markah ]
v. Nyatakan kaedah penentuan harga yang digunakan oleh Syarikat Elektrik
Ridz. [ 1 markah ]
3. Terangkan dua strategi pengedaran beserta satu contoh yang bersesuaian.
[ 8 markah ]

SESI 2015/16
BAHAGIAN A
1. Pengeluar kereta mewah berjenama Porsche telah memperkenalkan satu lagi
keluaran terbaharunya iaitu Porsche Panamera turbo S. Porsche telah menetapkan
harga jualan bagi kenderaan tersebut pada RM 1,360,000.Jelaskan strategi
penentuan harga tersebut. [ 2 markah ]

2. Berikan definisi jualan peribadi [ 1 markah ]


3. Lakarkan tahap saluran pengedaran produk pengguna berikut:
i. Pengedaran langsung
ii. Pengedaran peruncitan. [ 4 markah ]
4. Bezakan antara kaedah penentuan harga berasaskan nilai dengan penentuan harga
berasaskan persaingan. [ 4 markah ]

6|Page
5. “Jualan peribadi merupakan salah satu dari paduan promosi yang berkesan”.
Jelaskan maksud jualan peribadi dan satu contoh aktiviti yang terlibat.
[2 markah]
6. Nyatakan dua jenis paduan promosi. [2 markah]

BAHAGIAN B
1. Syarikat BHL adalah pengeluar komputer dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Produk BHL telah mencapai kematangan dalam kitaran hayat produk . Keputusan
membentuk paduan pemasaran yang terbaik adalah penting dalam memaksimumkan
syer pasaran.
a) Lakarkan dan labelkan kitaran hayat produk tersebut. [ 9 markah ]
b) Huraikan lima ( 5 ) ciri tahap kematangan dalam kitaran hayat produk.
[ 15 markah]
c) Jelaskan strategi pemasaran bagi BHL untuk memaksimumkan syer pasaran.
[ 8 markah ]
d) Terangkan apakah jenis produk pengguna bagi komputer. [ 3 markah )]

SESI 2016/17
BAHAGIAN A
1. Huraikan maksud khidmat selepas jualan [2 markah]
2. Pada tahap manakah dalam kitaran hayat produk, harga sesuatu produk ditawarkan
pada harga yang rendah berbanding pesaing bagi tujuan menembusi pasaran.
[1 markah]
3. Terangkan maksud harga professional beserta satu contoh [2 markah]
4. Terangkan maksud kopun dalam promosi jualan .[1 markah]
5. Lengkapkan strategi pengedaran yang bersesuaian bagi setiap produk berikut :
[3 markah]

Produk Strategi pengedaran


Komputer
Majalah dan suratkhabar
Kereta mewah BMW

2. Terangkan jenis-jenis produk mudah beli. (6 markah)

BAHAGIAN B

7|Page
1. Cik Farrah Najwa yang meminati bidang fesyen telah membuka butik dengan
memasarkan produk berjenama Farrah Fashionista. Perniagaan tersebut menawarkan
pelbagai produk seperti jubah muslimah , tudung, kasut dan beg tangan. Terdapat
ramai pesaing dalam perniagaan yang sama.

i. Huraikan kaedah penentuan harga yang sesuai bagi jenama Farrah-Fasionaista.


[2 markah]
ii. Terangkan lima bentuk promosi jualan yang boleh digunakan oleh Cik Farrah
Najwa untuk memperkenalkan jenamanya. [10 markah]
iii. Nyatakan empat tujuan penjenamaan yang dilakukan oleh Cik Farrah Naywa.
[4 markah]

2. FAMA ingin memperluaskan rangkaian pasar tani yang sedia ada untuk menjual
produk asas tani kepada pengguna. Terangkan tahap saluran pengedaran yang paling
sesuai digunakan oleh FAMA beserta lakaran tahap saluran berkenaan. [2
markah]

SESI 2017/18
BAHAGIAN A

1. Terangkan strategi diskaun musim beserta dua contoh. [3 markah]


2. Lakarkan tahap pengedaran lansung yang paling sesuai digunakan oleh syarikat
pemaju perumahan. [2
markah]
3. Sepasang kasut Clark yang sudah siap, dimasukkan di dalam beg woven, kemudian di
masukkan ke dalam kotak kasut. 20 kotak kasut dimasukkan ke dalam sebuah kotak
kogurated dan dihantar ke kedai-kedai untuk dijual. Berdasarkan pernyataan di atas:

a. Senaraikan empat tujuan pembungkusan. [4 markah]


b..Terangkan tiga jenis pembungkusan. [6 markah]

BAHAGIAN B
1. Encik Danny merupakan pengurus di Syarikat Crunchy Delights yang mengeluarkan
rangkaian biskut untuk pasaran tempatan. Biskut AREO merupakan produk biskut
paling laris jualannya.

(i) Kenalpasti dan jelaskan tahap kitaran hayat produk (KHP) bagi biskut AREO.
[8 markah]
(ii) Berdasarkan jawapan di a(i), jelaskan strategi paduan bagi biskut AREO .
[8 markah]

8|Page
(iii) Terangkan dua strategi penentuan harga diskaun yang boleh ditawarkan oleh
syarikat Crunchy Delights. [4 markah]

SESI 2018/19
BAHAGIAN A
2 a) Nyatakan 4 jenis harga diskaun [4 markah]
b) Jelaskan dua strategi penentuan harga bagi produk baharu [6 markah]
c) Nyatakan lima jenis paduan promosi [5 markah]

BAHAGIAN B
2 Cik Dahlia meminati bidang fesyen dan aksesori diri serta berhasrat mempunyai
perniagaan sendiri. Namun beliau bimbang untuk memulakan perniagaan tanpa
pengelaman yang mencukupi. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum
memulakan perniagaan termasuk aspek pemasaran seperti produk, penentuan
harga, promosi dan pengedaran. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk
membuka perniagaan itu bersama rakannya yang berpengalaman di dalam bidang
berkenaan.
a. Jelaskan klasifikasi produk pengguna perniagaan Cik Dahlia. [4 markah]
b. Terangkan empat factor yang boleh mempengaruhi penentuan harga oleh
perniagaan Cik Dahlia. [16 markah]

SESI 2019/20
BAHAGIAN A
2 A Terangkan tiga tujuan pelabelan produk. [3 markah]
B Senaraikan tiga faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesebuah produk.
[3 markah]
C Jelaskan paduan promosi berikut berserta satu contoh.
(i) jualan peribadi [2 markah]
(ii) pengiklanan [2 markah]
(iii) Perhubungan awam [2 markah]

9|Page
D Jelaskan strategi pengedaran selektif beserta satu contoh produk yang sesuai
menggunakan strategi ini. [3 markah]

BAHAGIAN B
2. Fresh Vegefruits mengusahakan perniagaan sayur-sayuran dan buah-buahan segar
tempatan dan import. Antara produk tempatan termasuklah kacang panjang, terung,
bendi, betik dan tembikai. Manakala produk import seperti asparagus, cendawan, epal
dan anggur turut dipasarkan. Untuk memenuhi permintaan terkini terhadap buah-
buahan premium, Fresh Vegefruits mula mengimport buah-buahan baharu seperti ceri,
avocado, aprokot dan kiwi. Penjualan produk dilakukan secara lansung dan melalui
orang tengah. Bagi memastikan kualiti produk terpelihara, Fresh Vegefruits
menggunakan pelbagai tahap pembungkusan.

(a) Huraikan tiga jenis pembungkusan yang boleh dilakukan oleh Fresh Vegefruits
bagi memudahkan pengeluaran produk. [9 markah]
(b) Huraikan satu strategi perletakan harga baharu yang sesuai digunakan oleh Fresh
Vegefruits bagi buah-buahan premium. [3 markah]
(c) Jelaskan dengan gambarajah dua tahap saluran pengedaran tidak lansung yang
boleh digunakan oleh Fresh Vegefruits. [8 markah]

SOALAN TAMAT

10 | P a g e

You might also like