You are on page 1of 11

Bahagian A

[50 Markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) dua perbezaan dari aspek perundangan antara Koperasi Kolej Tingkatan Enam
Seri Ipoh Berhad dengan Syarikat Marine Sdn. Bhd. [4]

Item Koperasi Kolej Tingkatan Enam Syarikat Marine Sdn. Bhd.


Seri Ipoh Berhad
Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Keahlian Minimum 50 orang 2 orang hingga 50 orang
Akta Akta Koperasi 1948 Akta Syarikat 1965

(b) Takrifkan keuntungan dan tiga kepentingannya kepada perniagaan. [6]

Takrif keuntungan adalah Jumlah hasil melebihi jumlah belanja atau kos.
Kepentingan keuntungan kepada perniagaan adalah:
 Diperlukan untuk mengembangkan perniagaan atau untuk perniagaan membuka
cawangan baru,
 Sebagai ganjaran kepada pengusaha perniagaan atau usahawan
 Keperluan kepada penakatan perniagaan atau memastikan perniagaan boleh terus
beroperasi
 Untuk mempengaruhi nilai saham syarikat di pasaran
 Perniagaan boleh menjalankan tanggungjawab sosial dan meningkatkan imej
perniagaan.

(c) maksud perniagaan antarabangsa dan dua kepentingan perniagaan


antarabangsa kepada negara. [4]

Maksud perniagaan antarabangsa: Perniagaan antarabangsa ialah perniagaan


yang dijalankan merentasi sempadan sesebuah negara seperti aktiviti eksport, import,
dan lain-lain

Dua kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara:


 Meningkatkan imej negara di persada antarabangsa
 Meningkatkan hubungan diplomatik atau kerjasama dua hala atau pelbagai hala
antara dua buah negara atau lebih
 Meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai
 Menyediakan peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran
 Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah
 Meningkatkan imbangan pembayaran negara
(d) Huraikan dengan ringkas dua kaedah pemeriksaan inventori dalam proses
pengeluaran. [6]

Dua kaedah pemeriksaan inventori dalam proses pengeluaran:


Pemeriksaan menyeluruh
 Kaedah ini melibatkan aktiviti kawalan ke atas semua item secara satu
persatu.
 Tujuannya ialah untuk mengesan produk rosak atau cacat dengan segera
 Kaedah ini dapat menjamin kualiti produk sepenuhnya.
Pelan pensampelan
 Kaedah ini melibatkan pemeriksaan terhadap beberapa unit sampel produk
yang diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau satu lot
produk.
 Sampel biasanya adalah 5% daripada satu lot produk
 Sekiranya sampel produk banyak yang rosak, keseluruhan kumpulan lot
produk akan ditolak.

(e) Sistem Pembuatan Luwes (Flexible Manufacturing System) merupakan salah


satu daripada konsep pengeluaran moden yang digunakan masa kini. [4]
(i) Perihalkan maksud Sistem Pembuatan Luwes
Maksud Sistem Pembuatan Luwes:
 Satu sistem pengeluaran yang boleh mengeluarkan pelbagai
produk dengan cepat
 Sebuah mesin yang boleh digunakan untuk pelbagai produk

(ii) Senaraikan dua kebaikan sistem pengeluaran moden ini.

Empat kebaikan sistem pengeluaran moden ini:


 Tidak memerlukan ramai pekerja, maka kos pengeluaran dapat
dikurangkan
 Masa menyediakan (set-up) yang pendek, maka mengurangkan
kos penyediaan dan memungkinkan campuran produk
dilakukan
 Dapat meningkatkan penggunaan mesin
 Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan

(e) Terangkan bagaimana sesebuah syarikat penerbangan boleh menggunakan


strategi penentuan harga dalam menawarkan perkhidmatannya di pasaran.
[6]
 Harga promosi
o Menetapkan harga murah berbanding harga asal kepada
produk tertentus secara sementara bagi menarik pelanggan
menggunakan perkhidmatan penerbangan pada musin-musim
perayaan atau percutian
 Harga geografi
o Meletakkan harga berbeza kepada pelanggan mengikut negeri,
kawasan, bandar atau tempat tertentu seperti harga
penerbangan yang mahal kepada penduduk di kawasan bandar
di Kuala Lumpur tetapi lebih murah kepada penduduk di
kawasan Sabah dan Sarawak.
 Harga pemetakan
o Harga berbeza mengikut ciri pemetakan seperti umur
pengguna, ciri produk atau masa seperti bagi pengguna warga
emas ditawarkan harga tambang lebih murah daripada
penumpang berumur lebih muda

(f) Perihalkan maksud jualan bersemuka dan nyatakan dua kebaikan jualan
bersemuka. [4]
Maksud jualan bersemuka:
• Kaedah yang membolehkan pengguna menyoal mengenai produk yang
dijual disamping membentuk keyakinan pembeli
• Kaedah ini dapat memberi keyakinan kepada pembeli untuk membuat
keputusan pembelian

Dua kebaikan jualan bersemuka:


 Dapat memahami gelagat pelanggan
 Berkomunikasi terus dengan pelanggan
 Pelanggan boleh bersoal jawab untuk meningkatkan kefahaman dan
keyakinan

(g) lakarkan matriks portfolio perniagaan seperti yang diketengahkan oleh Boston
Consulting Group (BCG). [4]
(h) Huraikan dua langkah-langkah dalam proses pemasaran. [4]

1. MENGANALISIS DAN MENILAI PELUANG PEMASARAN


 Pemasar membuat kajian pemasaran dan, menganalisis serta
mengenalpasti keseluruhan pasaran serta peluang-peluang pasaran
 Pemasar mengenalpasti produk dan potensi pasaran terhadap
produk
2. MEMILIH SASARAN PASARAN
 Pemasar memfokus aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran
pasaran dan peletakan pasaran dan membahagi kepada beberapa
segmen pasaran. Pemasar perlu memilih segmen pasaran paling
menguntungkan dan memfokus usaha-usaha pemasaran bagi
memenuhi kehendak dan keperluan pengguna segmen tersebut

3. MEMBINA CAMPURAN PEMASARAN


 Pemasar merancang dan membentuk strategi pemasaran yang
sesuai dengan produk dan segmen pasaran yang dipilih
 Pemasar membentuk campuran pemasaran yang terdiri daripada
produk, pengedaran, penentuan, harga dan promosi bagi segmen
pasaran tersebut

4. MENGURUS USAHA PEMASARAN


 Melaksana aktiviti pemasaran yang melibatkan pembangunan
produk, penetapan harga, kaedah promosi dan pengedaaran
 Mengenalpasti campuran pemasaran terbaik, pemasar harus
mengurus usaha-usaha pemasaran melibatkan aktiviti perancangan,
melaksana dan mengawal proses pemasaran.
 Pemasar dapat memantau dan mengubahsuai campuran pemasaran
mengikut perubahan persekitaran pemasaran.

(i)
Syarikat SFGZA Sdn Bhd menanggung kos tetap untuk jualan pakaian
sukan sebanyak RM 360 000 setahun. Kos berubah seunit pakaian tersebut
ialah sebanyak RM17. Jumlah jualan pakaian sukan dijangka adalah
sebanyak 120 000 unit. Tokokan atas kos adalah sebanyak 20%.
Berdasarkan harga tokokan kos dalam petikan di atas, hitung;
(i) Kos setiap unit pakaian

Kos seunit = kos berubah seunit + kos tetap seunit


= RM 17 + (RM360,000 / 120,000U)
= RM 17 + RM 3
= RM 20.00
(ii) Harga jualan setiap unit pakaian

Harga Jualan = kos seunit / (1- tokokan)


= RM 20 / (1 – 20%)
= RM 25
[4]

(j) Perihalkan dua perkaitan antara Jabatan Kewangan dengan Jabatan


Pemasaran. [4]
 Jabatan pemasaran memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti pemasaran.
 Sumber kewangan jabatan ini diperuntukkan oleh jabatan kewangan.
 Jabatan kewangan memerlukan maklumat seperti anggaran peruntukan
kewangan dari jabatan pemasaran.
 Jabatan pemasaran akan menggunakan peruntukan kewangan daripada jabatan
kewanganuntuk melakukan promosi dan pengedaran.
 Hasil jualan jabatan pemasaran merupakan sumber kewangan utama dan akan
diserahkan kepada jabatan kewangan.

Bahagian B

[50 Markah]

a) Bank Islam Malaysia Berhad telah diperbadankan pada tahun 1983, bermatlamat
untuk membantu memenuhi keperluan kewangan penduduk Islam di Malaysia. Sejak itu,
Bank Islam telah mengembangkan perkhidmatannya dengan lebih meluas kepada masyarakat
bukan Islam bagi memenuhi prinsip “Perbankan untuk Semua”. Kini, dengan lebih daripada
70 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan canggih, Bank Islam
menawarkan pelbagai jenis penyelesaian kewangan patuh Syariah kepada lebih daripada lima
juta pelanggannya. Sebagai sebuah bank runcit dengan perbankan pengguna, senarai produk
Bank Islam adalah pelbagai; daripada pembiayaan tradisional, simpanan dan penyelesaian
pelaburan khusus untuk pelanggan individu, hinggalah ke penyelesaian kewangan dan
perbankan yang direka bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan yang pantas berubah.
Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggannya yang sentiasa berkembang, Bank Islam
percaya akan kepentingan inovasi dan telah menghasilkan beberapa penyelesaian perbankan
paling inovatif untuk pasaran.
Bank Islam kini mula mensasarkan untuk mengembangkan perkhidmatan
pelanggan berasaskan perbankan digitalnya daripada 900,000 pengguna sekarang kepada dua
juta menjelang 2019, selari dengan matlamat digital yang sengit di peringkat global. Bagi
melaksanakan strategi tersebut, kerjasama strategik bank dengan firma perundingan
perniagaan dan teknologi global iaitu Syarikat Cognizant telah dibuat bagi membangunkan
produk teknologi kewangan (fintech) dalam rangkaian Bank Islam sebagai salah satu produk
baharunya. Dengan kolaborasi ini akan menjadikan Bank Islam lebih stabil dan selamat
terutama dalam urusan dan pelaburan perbankan digital ini, ketika dunia cyber menjadi salah
satu tumpuan produk dunia. Selain itu, perkembangan terbaru ini menyumbang kepada
galakan ekonomi digital dan memastikan Malaysia memainkan peranan utama dalam
revolusi digital global ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata bank itu dijangka
melancarkan sekurang-kurangnya satu produk fintech dalam tempoh terdekat ini.
Pembangunan produk baharu ini akan mampu membantu meningkat dan membangunkan
aktiviti perniagaan sasaran pasaran iaitu segmen pasaran peruncitan "atas talian” dan segmen
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang suku kedua 2018. Hasrat ini dapat
membantu mempercepatkan dan memudahkan perkhidmatan perbankan untuk digunakan
oleh peniaga-peniaga atas talian (online) dan PKS di Malaysia , menyelesaikan pelbagai
masalah perniagaan berkaitan keperluan operasi.
Usaha digitalisasi Bank Islam termasuklah memperkenalkan bahagian digital baharu dalam
struktur korporatnya namun tetap mengekalkan aktiviti perbankan tradisionalnya bagi
memenuhi keperluan masyarakat. Bank Islam berhasrat untuk menembusi segmen pasaran di
luar bandar, dan meningkatkan suntikan kewangan untuk mengatasi masalah kewangan
dan fizikal. Oleh itu Bank Islam perlu membuat pelaburan dan bergabung modal dan
keuntungan untuk membolehkan produk fintech dilancarkan dengan segera.

(i) Huraikan persekitaran tugas dan persekitaran umum yang mempengaruhi


perkembangan Bank Islam. [30 M]

Fakta Huraian Kaitan dengan Kajian Kes


Persekitaran
Tugas:
1. Pengguna / Pengguna / pelanggan yang  Bank Islam menawarkan pelbagai
pelanggan menggunakan produk perniagaan jenis penyelesaian kewangan patuh
dan terlibat secara langsung dalam Syariah kepada lebih daripada lima
perkembangan dan kemajuan juta pelanggannya
sesebuah perniagaan. Semakin ramai  Bank Islam kini mula mensasarkan
pelanggan menggunakan sesuatu untuk mengembangkan
produk, semakin maju / berkembang perkhidmatan pelanggan
/ meningkat keuntungan perniagaan berasaskan perbankan digitalnya
tersebut daripada 900,000 pengguna
sekarang kepada dua juta menjelang
2019
 Pembangunan produk baharu ini
akan mampu membantu meningkat
dan membangunkan aktiviti
perniagaan sasaran pasaran iaitu
segmen pasaran peruncitan "atas
talian” dan segmen perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) menjelang
suku kedua 2018. Hasrat ini dapat
membantu mempercepatkan dan
memudahkan perkhidmatan
perbankan untuk digunakan oleh
peniaga-peniaga atas talian (online)
dan PKS di Malaysia.
2. Masyarakat Komuniti yang terdapat disesuatu  Bank Islam ditubuhkan bermatlamat
kawasan yang mempunyai untuk membantu memenuhi
mempengaruhi kejayaan sesebuah keperluan kewangan penduduk
perniagaan yang beroperasi di Islam di Malaysia.
kawasan tersebut. Mereka adalah  Sejak itu, Bank Islam telah
pengguna /bakal pengguna barang mengembangkan perkhidmatannya
dan perkhidmatan yang dihasilkan dengan lebih meluas kepada
oleh sesebuah perniagaan. masyarakat bukan Islam bagi
memenuhi prinsip “Perbankan untuk
Semua”.
Persekitaran
Umum
1. Antarabangsa Merujuk kepada persekitaran  Bank Islam kini mula mensasarkan
antarabangsa meliputi eksport, untuk mengembangkan
import dan juga pelaburan langsung perkhidmatan pelanggan
di Negara lain dan mempengaruhi berasaskan perbankan digitalnya
isu-isu global seperti halangan daripada 900,000 pengguna
perdagangan dan tariff, risiko politik, sekarang kepada dua juta menjelang
perjanjian perdagangan juga 2019, selari dengan matlamat digital
mempengaruhi aktiviti perniagaan. yang sengit di peringkat global.
 Bagi melaksanakan strategi tersebut,
kerjasama strategik bank dengan
firma perundingan perniagaan dan
teknologi global iaitu Syarikat
Cognizant telah dibuat bagi
membangunkan produk teknologi
kewangan (fintech) dalam rangkaian
Bank Islam sebagai salah satu
produk baharunya.
 perkembangan terbaru ini
menyumbang kepada galakan
ekonomi digital dan memastikan
Malaysia memainkan peranan
utama dalam revolusi digital global
ini.
2. Teknologi Merujuk kepada perubahan dalam  Bank Islam percaya akan
kaedah yang digunakan dalam kepentingan inovasi dan telah
aktiviti perniagaan seperti menghasilkan beberapa
pengeluaran dan pemasaran , penyelesaian perbankan paling
pengendalian tugas, penggunaan inovatif untuk pasaran.
peralatan dsb. Ia berkaitan ciptaan
kaedah baharu hasil daripada
penyelidikan R dan D atau inovasi.
Peningkatan teknologi mampu
bersaing sesebuah perniagaan

(ii) Huraikan strategi pembangunan pasaran dan pembangunan produk yang dilaksanakan
oleh Bank Islam. [8M]

Fakta Huraian Kaitan kajian kes


Pembangunan Perniagaan akan cuba menjual dan  Bank Islam Malaysia Berhad telah
Pasaran memasarkan produk sedia ada diperbadankan pada tahun 1983,
kepada segmen pasaran baharu. bermatlamat untuk membantu
Strategi itu dilakukan melalui usaha memenuhi keperluan kewangan
mencari le bih ramai pengguna penduduk Islam di Malaysia.
baharu yang berminat dengan  Sejak itu, Bank Islam telah
produk, menambah kadar mengembangkan perkhidmatannya
penggunaan serta menerokai dengan lebih meluas kepada
kawasan baharu untuk produk masyarakat bukan Islam bagi
tersebut memenuhi prinsip “Perbankan untuk
Semua”.
 Bank Islam kini mula mensasarkan
untuk mengembangkan
perkhidmatan pelanggan
berasaskan perbankan digitalnya
daripada 900,000 pengguna
sekarang kepada dua juta menjelang
2019,
Pembangunan Memperkenalkan produk baharu  Khairul Kamarudin berkata bank itu
Produk atau produk sedia ada yang telah dijangka melancarkan sekurang-
ditambah baik kualiti ke dalam kurangnya satu produk fintech
pasaran sedia ada. Supaya dalam tempoh terdekat ini.
memaksimumkan pilihan produk  Pembangunan produk baharu ini
atau perkhidmatan di dalam pasaran akan mampu membantu meningkat
dan membangunkan aktiviti
perniagaan sasaran pasaran iaitu
segmen pasaran peruncitan "atas
talian” dan segmen perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) menjelang
suku kedua 2018.
 Hasrat ini dapat membantu
mempercepatkan dan memudahkan
perkhidmatan perbankan untuk
digunakan oleh peniaga-peniaga
atas talian (online) dan PKS di
Malaysia , menyelesaikan pelbagai
masalah perniagaan berkaitan
keperluan operasi.
 Usaha digitalisasi Bank Islam
termasuklah memperkenalkan
bahagian digital baharu dalam
struktur korporatnya namun tetap
mengekalkan aktiviti perbankan
tradisionalnya bagi memenuhi
keperluan masyarakat.

3. Jelaskan empat jenis promosi jualan yang sesuai digunakan bagi menarik pelanggan
dalam sesuatu perniagaan. [12]
Jenis promosi jualan yang sesuai adalah:

1. Potongan harga/diskaun
 Merupakan kaedah promosi jualan yang paling popular bagi tujuan meningkatkan
volum jualan secara mendadak sambil mengharapkan pengguna akan terdorong
membelanjakan wang penjimatannya untuk membeli barangan lain yang tiada diskaun
atau penjimatannya mempunyai kadar diskaun rendah sahaja.
 Contoh: Jaya Jusco boleh menawarkan diskaun (contoh: diskaun 10-70% sempena
musim perayaan, cuti sekolah, hari sambutan tertentu).

2. Kupon
 Kupon biasanya digunakan untuk menjimatkan sebahagian perbelanjaan pengguna
melalui kupon tawaran harga istimewa bagi barangan terpilih / kupon pemberian
hadiah percuma.
 Contoh: Jaya Jusco boleh mengedarkan kupon kepada pengguna melalui iklan di surat
khabar, majalah, Internet (dimuat turun dari laman web JJ), di rak-rak pameran
barangan atau dilekatkan di atas pembungkusan produk.
 Contoh: dengan setiap pembelian RM300, pengguna boleh menuntut hadiah misteri
percuma.
 Contoh: dengan setiap pembelian beg tangan jenama tertentu, pengguna boleh
mendapatkan dompet jenama yang sama dengan harga istimewa.

3. Premium
 Premium biasanya merupakan sesuatu yang ditawarkan secara percuma atau harga
yang amat rendah sebagai insentif untuk membeli
 Contoh: McDonalds menawarkan set sarapan pagi percuma kepada seribu pelanggan
pertama pada hari-hari tertentu di lebih 200 cawangannya / Beli ubat gigi dapat mug
percuma.

4. Sampel
 Sampel biasanya bersaiz kecil dan ringan dan merupakan bungkusan percubaan
sebagai pengenalan produk bagi menarik pengguna untuk membeli selepas mencuba,
contohnya sampel wangian, gincu, minuman, dll
 Contoh: Sunsilk mengedarkan sampel shampoo anti kelemumur di sekolah-sekolah
menengah sekitar lembah klang

5. Rebat/pemulangan wang tunai


 Merupakan kupon dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberikan kepada
pembeli yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk supaya pengguna
membeli dalam jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan lebih banyak rebat wang.
 Contoh: Parksons menawarkan kupon tunai RM10 bagi setiap pembelian bernialai
RM100 dan kupon tersebut boleh ditunaikan pada pembelian seterusnya.

6. Tawaran istimewa

 Merupakan pemberian produk percuma bagi menggalakkan pembelian produk


berharga mahal atau meningkatkan volum pembelian produk berharga murah
 Contoh: beli 3 botol Coke dapat 1 tin Coke percuma / beli wangian berjenama dapat
beg solek percuma.

7. Peraduan
 Peraduan boleh mendorong pengguna sengaja membuat pembelian minimum semata-
mata bagi melayakkan diri untuk memasuki peraduan yang menawarkan hadiah
lumayan
 Contoh: Jakel menawarkan peluang mendapat kereta Produa Viva melalui cabutan
bertuah kepada pelanggan yang membuat pembelian RM500 dan ke atas.

Atau

4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segmentasi pasaran. [12]

3 (b) Faktor-faktor yang mempengaruhi segmentasi pasaran ialah,


1. Geografi
 Segmentasi pasaran mengikut geografi ialah membahagikan pasaran mengikut lokasi
seperti kawasan, negeri, dan negara.
 Pengguna yang berada di kawasan geografi yang berlainan mempunyai keperluan
dan kehendak yang berbeza.
 Pengeluar perlu mereka bentuk dan menyesuaikan harga, saluran agihan dan
pengiklanan bagi memenuhi keperluan pengguna yang tinggal di kawasan geografi
yang berbeza.
 Contohnya, KFC menjual ayam berperisa ‘hot n spicy’ di Malaysia manakala resipi
original di Amerika.
2. Demografi
 Faktor demografi meliputi pendapatan, jantina, agama, umur, bangsa, pendidikan dan
lain-lain.
 Faktor jantina iaitu wanita dan lelaki misalnya, memerlukan keperluan dan kehendak
yang berbeza.
 Justeru itu, pengeluar perlu mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi
kehendak dan keperluan jantina berkenaan.
 Contohnya, pengusaha kosmetik (Avon, Shiseido, Maybeline) mengeluarkan produk
kosmetik untuk kegunaan pelbagai bangsa dan peringkat umur.
3. Psikografi
 Pembahagian pasaran berdasarkan personaliti, gaya hidup, cita rasa dan kelas sosial
pengguna.
 Pengeluar beranggapan mereka yang berada dalam kelas sosial yang tinggi
menunjukkan gelagat belian yang berbeza daripada mereka yang berpendapatan
rendah.
 Golongan berpendapatan tinggi tidak tertarik pada kempen-kempen jualan murah
 Pusat membeli-belah ternama seperti Pavilion, Midvalley Megamall, dan Berjaya
Times Square menjadi pilihan pengguna kelas sosial yang tinggi manakala Sogo dan
Kompleks Pertama lebih menjadi tumpuan pengguna golongan kelas sosial
pertengahan dan bawahan.
4. Gelagat pengguna
 Segmentasi berasaskan gelagat pengguna dalam mana pengeluar mengandaikan
pengguna menggunakan sesuatu produk atas alasan atau sebab tertentu.
 Gelagat ini boleh dilihat dari segi kegemaran, kuantiti produk yang dibeli pada suatu
masa tertentu, kekerapan menggunakan produk dan pengulangan penggunaan sesuatu
produk.
 Sebagai pengeluar atau pemasar, strategi pemasaran yang bersesuaian harus
digunakan untuk memujuk para pengguna.
 Potongan harga dan pemberian diskaun mungkin dapat dapat menarik pengguna yang
gemar membeli barangan murah tetapi strategi ini mungkin kurang berkesan untuk
menarik pengguna yang sanggup membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan
produk yang berkualiti.

You might also like