You are on page 1of 4

940/1

SEJARAH DUNIA
( 1500 – 1955 )

KELAS : ENAM RENDAH SAINS


SUKAN
NAMA AHLI :
ANGELA ANDURUS
VALENTINO SCOTT BENJAMIN
JEEVLYN JOSEPH
Terangkan perkembangan masyarakat agraria yang diamalkan di China.

Negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur.
Negara China adalah luas iaitu 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.
Namun demikian, dua pertiga daripada kawasan China merupakan kawasan pergunungan
dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah Dataran Tibet dengan
ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun pula terdapat di bahagian
utara, iaitu Gurun Gobi dan bahagian barat laut iaitu Gurun Taklimakan. Kawasan yang
bergunung – ganang di China menyebabkan hanya 15 peratus sahaja keluasan untuk
melaksanakan kegiatan pertanian. Namun begitu, China masih mampu untuk menampung
makanan penduduknya dan mengeksport makanan ke luar negara.

Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan


pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria tinggal menetap di
kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian.
Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia, iaitu
dataran loes yang subur yang dilalui oleh Sungai Kuning. Masyarakat agraria di China juga
hanya menurut segala arahan golongan pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada
masyarakat tani. Perkembangan tamadun China berlaku menjelang abad ke-16 dan 17 telah
meningkatkan kemajuan negara China.

Masyarakat agraria di China menjalankan aktiviti pertanian. Sebahagian besar


penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Antara tanaman yang ditanam oleh
masyarakat agraria adalah padi, gandum, barli, koaling, millet dan oat. Kebanyakkan petani
menyewa tanah daripada tuan tanah yang kaya. Tanaman utama masyarakat agraria di
China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah ialah di lembah
Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Menjelang abad ke-16 dan 17, kegiatan ekonomi
kapitalisme mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman
komersial mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah
tembakau, kapas dan tebu. Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai
permintaan tertinggi dalam pasaran.

Seterusnya, petempatan juga merupakan faktor yang membawa kepada


perkembangan masyarakat agraria di China. Masyarakat agraria mendirikan petempatan di
kawasan lembah sungai. Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat
agraria di China ialah lembah Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Kawasan ini mempunyai
mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Kesuburan tanah ini
menyebabkan petani banyak mendirikan petempatan di lembah sungai tersebut. Terdapat
juga petempatan di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian selatan China
manakala kawasan dataran tinggi terletak di utara China.

Selain itu, sistem pengairan juga membawa kepada perkembangan masyarakat


agraria di China. Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi
pengairan. Petani di China mahir dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai.
Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan banjir dan
mengangkut hasil pertanian ke bandar. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina
teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi. Empangan juga dibina untuk
membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek
pengairan dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Misalnya, projek
pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.

Di samping itu, peningkatan teknologi juga menjadi faktor perkembangan


masyarakat agraria di China. Pelbagai jenis peralatan baharu telah mereka cipta untuk
meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk
membina alur atau lekuk memanjang di permukaan tanah. Mereka turut mencipta peralatan
lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar roda. Kereta sorong beroda dua juga turut
dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan
iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan, dan pengkhususan dalam
pertanian.

Tambahan lagi, masyarakat agraria juga mengamalkan pengkhususan pengeluaran


barangan mengikut daerah atau kawasan. Misalnya, pengeluaran tebu dikhususkan di
Kwangtung, Fukien dan Szechwan. Daun mulberi untuk makanan ulat sutera pula
dikhususkan di Chekiang dan selatan Kiangsu. Perlombongan pula dikhususkan di Yunnan
manakala kayu balak di Manchuria. Perusahaan kapas pula di daerah utara Kiangsu.

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada


perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut. Aktiviti perdagangan telah berkembang
dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai yang menjadi jalan
perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze. Terusan yang dibina pula turut
merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar. Semasa zaman Dinasti Ching,
China telah mengamalkan dasar tutup pintu kerana pemerintah tidak mahu menerima
ancaman dari golongan penentang yang menyokong Dinasti Ming.
SUMBER RUJUKAN

Buku

Sivachandralingam Sundra Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2021. Sejarah Dunia (1500-
1955) SEMESTER 1. Penerbit Ehsan:Swan Printing Sdn. Bhd.

Internet

https://eseistpm.blogspot.com/2018/02/terangkan-perkembangan-ciri-ciri.html?m=1

You might also like