You are on page 1of 3

LATIHAN SEJARAH DUNIA

Nama : Fred Hulkson Anak Leonardo

TARIKH : 22 / 8 / 2021

KELAS : 6SS3 SEMESTER 1

MATA PELAJARAN : SEJARAH DUNIA

SOALAN : Bincangkan Pernanan Maharaja Dalam Sistem Pemerintahan Beraja Di China Dari Abad
Ke-16 Hingga 20.

BAHAGIAN HURAIAN CATATAN


PENGENALA Pada abad ke-16 hingga 20, Negara China adalah negara yang
N mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak. Pada abad ke-16
hingga 20, gelaran raja di negara China ialah maharaja dengan
berkedudukan tertinggi di hierarki sistem pemerintahan. Gelaran ‘
Maharaja ’ yang pertama digunakan oleh Shih Huang Ti. Pada Zaman
tersebut, sistem pemerintahan di China bercorak dinasti. Pengasas
dinasti pertama di China iaitu Dinasti Hsia ialah Raja Yu. Sistem beraja
seterusnya diwarisi oleh dinasti seterusnya sehingga zaman Dinasti
Ching. Maharaja mempunyai lambang tersendiri iaitu kuasa dan
karisma yang terdapat pada pemerintah. Selain itu, maharaja
mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak. Pada abad ke-
16 hingga 20, terdapat pelbagai peranan maharaja dalam sistem
pemerintahan beraja di China.

ISI 1 Antara peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di


China ialah dalam bidang eksekutif. Maharaja berkuasa untuk
menetapkan dasar kerajaan dan memutuskan dasar kerajaan. Di
samping itu, baginda juga mengendalikan hal ehwal luar negara,
berkuasa untuk menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa
asing , menghantar utusan atau perwakilan ke negara-negara lain
seperti Jepun, England dan Russia, menerima kunjungan duta-duta
asing ke China dan menetapkan dasar luar kerajaan dengan negara-
negara lain. Selain itu, baginda juga menguruskan hal ehwal kakitangan
awam, berkuasa dalam melantik dan melucutkan jawatan pegawai-
pegawai kerajaan, meluluskan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan,
mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran dan darjah kebesaran
kepada pembesar yang setia kepada nya, di samping menguruskan
pentadbiran pusat dan merupakan ketua pentadbir di peringkat pusat.
Oleh itu, dapat dinyatakan peranan meharaja sepanjang pemerintahan
beraja di China iaitu pelbagai peranan dalam bidang esekutif.

ISI 2 Selain itu, peranan maharaja dalam sistem pemerintahan adalah


dalam bidang kehakiman. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam
bidang perundangan, bekuasa untuk mengisytiharkan sesuatu undang-
undang, berkuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah yang
melakukan kesalahan seperti mencuri, merompak dan membunuh.
Baginda juga dapat mengendalikan kes-kes rayuan, dan berhak
memberikan pengampunan kepada seseorang yang melakukan
kesalahan. Dengan ini, dapat dilihat maharaja mempunyai kuasa dan
peranan dalam sistem pemerintahan di China iaitu berperanan penting
dalam bidang kehakiman.

ISI 3 Di samping itu, dalam sistem pemerintahan di China, maharaja


mempunyai peranan dalam bidang ketenteraan negara. Maharaja
merupakan ketua tentera negara, mengetuai pasukan tentera ketika
menghadapi musuh di medan peperangan, berkuasa melantik
panglima perang di peringkat puusat dan wilayah, berperanan untuk
mengukuh ketahanan dan pertahanan negara, di samping merancang
ekspedisi ketenteraan bagi mempertahankan negara daripada
ancaman musuh . Di samping itu juga, merancang dasar kententeraan
negara dan berkuasa mengawal pengawal-pengawal diraja. Tegasnya,
maharaja berperanan penting dalam menjaga keselamatan negara di
China dan berperanan penting untuk memberi arahan dan strategi
ketika berlaku nya peperangan.

ISI 4 Seterusnya, peranan maharaja dalam sistem pemerintahan di


negara China ialah dalam bidang ekonomi. Maharaja menguasai segala
sumber ekonomi negara termasuk hasil bumi dan kegiatan
perdagangan seperti padi, hasil laut dan hasil berburu. Maharaja dapat
melantik pegawai-pegawai untuk mengendalikan hal ehwal ekonomi
negara, di samping menerima sumber pendapatan daripada hasil
kutipan cukai. Baginda juga boleh mengurniakan tanah kepada para
pembesar dan tanah tersebut akan diusahakan oleh para petani dan
pembesarkan akan menyerahkan sebahagian daripada hasil tanah
kepada maharaja. Oleh itu, maharaja berperanan untuk menstabilkan
dan memajukan ekonomi negara.

ISI 5 Selain itu, maharaja juga berperanan penting dalam bidang sosial.
Maharaja mempunyai tanggungjawab sosial bagi menjaga kepentingan
rakyatnya seperti membina pusat perubatan untuk kepentingan
kesihatan rakyat. Maharaja juga penting dalam menunjukkan contoh
dan teladan yang baik kepada rakyat jelata, di samping memberi
penghormatan kepada upacara ritual yang diadakan oleh sebahagian
rakyat mengikut kepercayaan. Baginda juga tidak boleh melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan adat tradisi yang diwarisi sejak
zaman berzaman. Oleh itu, maharaja mestilah mengutamakan
kepentingan sosail rakyat untuk memajukan negara dan dapat
mengelakkan kemarahan rakyat terhadap maharaja.

KESIMPULAN Kesimpulannya, maharaja mempunyai pelbagai peranan dalam


sistem pemerintahan beraja di China pada abad ke-16 hingga 20.
Peranan ini dapat menstabilkan dan mengukuhkan politik dan ekonomi
negara. Ini juga dapat menjaga keselamatan dan keamanan negara.

You might also like