You are on page 1of 2

Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang
individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak
struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah
pemerintahannya termasuklah tanah. Dalam sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri
masyarakat feudal di Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun,
Kedudukan Samurai, Pemilikan Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.

Isi-isi Penting:

1. Kedudukan Maharaja

Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan
dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja
serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.
Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak
mempunyai kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan
terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge )

2. Kedudukan Shogun.

Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.
Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau
Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi
tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.

3. Kedudukan Samurai.

Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk
menjaga keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja lain.
Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah
penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah.
Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai
bersederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan
kaki.

4. Pemilikan Tanah.
Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun.
Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya.
Daimyo yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya.
Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang
menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan
tanah yang setia kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan
menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai
dan Daskan.

5. Kewajipan Peribadi.

Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun
menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo
akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.
Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama, iaitu
satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan
dalam pentadbiran dan ketenteraan.

6. Mobiliti Sosial.

Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan.
Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik
yang berlainan.
Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam
hal ini, perubahan status dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak
berlaku mobiliti sosial.

Penutup

Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat dibuat
berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan di
anggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari
ini.

You might also like