You are on page 1of 4

PEMERINTAHAN TSAR ALEXANDER II (1855-1881)

Pengenalan Nama sebenar Tsar Alexander II ialah Alexander Nikolaevich Romanov.


Baginda telah dilahirkan pada 17 April 1818 di Moscow Kremlin, Moscow dan mati pada
13 Mac 1881 ketika berumur 62 tahun di Winter Palace, St. Petersburg akibat dibunuh
dengan bom. Baginda merupakan anak sulong kepada Tsar Nicholas I. Tsar Alexander
II mula menjadi Tsar Rusia pada 2 Mac 1855 hingga 12 Mac 1881 selepas kematian
bapanya. Semasa bermulanya pemerintahan Tsar Alexander II, negara mengalami
zaman kemerosotan. Baginda telah melakukan perubahan dasar pentadbirannya
dengan mengamalkan dasar bertolak ansur dalam sistem pemerintahan dan lebih
memberi keutamaan kepada politik. Tindakan utama baginda selepas menaiki takhta
ialah menamatkan Perang Crimea yang berlaku selama 3 tahun (1853-1856). Perang
ini telah menyebabkan Rusia mengalami masalah kewangan dan perbendaharaan
negara defisit. Kemudian barulah beralih perhatian kepada masalah negara. Pelbagai
pembaharuan yang diperkenalkan oleh baginda dalam pentadbiran. Antara
pembaharuan tersebut ialah:

1. Mengisytiharkan Dikri Pembebasan Hamba

Baginda telah bertindak mengisytiharkan dikri pembebasan hamba (hamba dimiliki


secara persendirian dan kerajaan pusat hendaklah dibebaskan). Golongan hamba
dibebaskan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh yang dihadapi oleh
kilang-kilang kapas dan bulu di bandar-bandar besar. Alexander II telah
mengeluarkan undang-undang yang dikenali sebagal Titah Perintah Emansipasi
pada bulan 3 Mac 1861 dan mengikut rang undang-undang tersebut, semua hamba
abdi dibebaskan. Baginda telah membuat perubahan dalam dasar perhambaan
disebabkan beberapa faktor seperti pertambahan bilangan golongan hamba dan
kesan peningkatan pertanian. Golongan hamba ini terdiri daripada petani, tawanan
perang dan individu bebas. Golongan petani yang tidak dapat membayar cukai dan
kos sewa tanah kepada tuan tanah persendirian terpaksa mengerjakan tanah
pertanian yang disewa untuk melangsaikan hutang mereka. Manakala tawanan
perang pula merupakan tawanan semasa pemerintahan Ivan III, Ivan IV, Peter dan
Catherine yang melaksanakan misi meluaskan empayar. Individu yang bebas akan
digelar hamba sekiranya mereka berkahwin dengan keluarga hamba. Golongan
hamba merupakan aset penting kepada negara Rusia. Seramai 45 peratus
penduduknya terdiri daripada hamba selain daripada petani. Peningkatan bilangan
hamba yang tidak seiring dengan bidang pertanian menyebabkan berlaku
penderitaan dalam hidup. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk tuan tanah,
membayar pelbagai cukai, melaksanakan sistem kerahan tenaga seperti membaiki
istana, dan sebagainya. Bagi petani yang bekerja di bandar, mereka terpaksa
menyerahkan sebahagian gaji mereka kepada tuan tanah. Oleh kerana mereka buta
huruf, maka mereka mengamalkan kaedah penanaman primitif dan tidak berdaya
memajukan diri sendiri. Ketidakpuasan layanan yang diterima daripada pemerintah
telah menyebabkan berlakunya pemberontakan petani dan hamba antara 1820-an
hingga 1860-an di beberapa wilayah seperti wilayah Vladimir, Riazan, Tambov,
Saratov, Penza dan Vorotech. Alexander II telah mengarahkan tenteranya untuk
mematahkan pemberontakan tersebut tetapi gagal. Justeru itu, baginda telah
membuat perubahan dasar terhadap sistem perhambaan di Rusia. Golongan pelajar
yang menyokong idea librelisme juga memberi tekanan dan mereka mahukan
perubahan yang mementingkan kebebasan individu, menghapuskan sistem
perhambaan yang tidak sesuai dengan peradaban manusia dan membayar upah
yang setimpal kepada hamba mengikut perkhidmatannya.

2. Meluluskan Undang-Undang Pada Tahun 1864


Alexander II telah meluluskan undang-undang pada tahun 1864 bagi melakukan
perubahan dalam pentadbiran tempatan di Rusia untuk tujuan memperkukuhkan
kuasanya dalam mengawal golongan bangsawan. Sebelum ini, golongan
bangsawan menguasai Dewan Perhimpunan di peringkat wilayah. Baginda cuba
untuk memecahkan monopoli golongan bangsawan di Dewan Perhimpunan.
Menurut undang-undang tersebut, setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan
mempunyai Majlis Perundangan Tempatan atau Majlis Daerah yang dikenali
sebagai Zemstvo. Penduduk bandar dan kaum petani diberi hak untuk memilih ahli
Majlis Daerah (Zemstvo). Zemstvo Daerah pula berhak memilih ahli anggota
Zemstvo Wilayah. Antara peranan Majils Daerah dan Zemstvo Wilayah ialah
mengutip cukai, membaiki jalan raya dan jambatan menguruskan pendidikan dan
kesihatan awam, serta memilih Pegawai Undang-undang.

3. Pembaharuan Dalam Sistem Pentadbiran Undang-Undang


Alexander II telah membuat pembaharuan dalam sistem pentadbiran undang-
undang di Rusia dengan menggunakan prinsip-prinsip perundangan Barat.
Pentadbiran hakim dan majistret diasingkan daripada jabatan kerajaan lain. Semua
rakyat menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial bagi
menjamin keadilan. Perbicaraan dijalankan secara terbuka clan sistem juri telah
diperkenalkan. Perbicaraan kesalahan awam dan jenayah akan dipindahkan dari
tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa mahkamah.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi


Manakala dalam bidang ekonomi, baginda memberikan tumpuan kepada
pembinaan landasan keretapi yang membantu perkembangan industri. Kesannya,
ramai penduduk desa telah berhijrah ke bandar dan muncul kelas pekerja di bandar.

5. Hubungan Diplomatik
Rusia telah menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan Perancis, lalu Perancis
telah memberikan pinjaman kewangan kepada Rusia untuk membangunkan industri.
Pada tahun 1914, terdapat lebih tiga juta pekerja kilang di Rusia. Oleh itu, Rusia
telah berada di kedudukan kelima dalam kalangan negara industri.

6. Bidang Ketenteraan
Baginda juga memperkenalkan perubahan dalam bidang ketenteraan pada tahun
1874. Beliau mewajibkan semua kelas daripada rakyatnya berkhidmat dalam
ketenteraan. Mereka akan berkhidmat dalam tentera selama 15 tahun berbanding
sebelumnya selama 25 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka akan berkhidmat
selama enam tahun sebagai tentera tetap dan lima tahun pula sebagai tentera
simpanan atau sukarela.
7. Bidang Penerbitan
Dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah, Alexander II memberikan sedikit
kebebasan dan kelonggaran. Baginda telah melonggarkan penapisan terhadap
akhbar-akhbar di Rusia. Kesannya, bilangan akhbar yang diterbitkan bertambah
iaitu terdapat 16 buah akhbar dan 156 buah majalah bulanan berbanding di
zaman Tsar Nicholas I iaitu hanya terdapat 6 buah akhbar dan 19 buah majalah
sahaja. Namun begitu, pembaharuan yang dilakukan menyebabkan timbul rasa
tidak puas hati dalam kalangan rakyat Rusia.

Kesimpulan
Walaupun pelbagai perubahan dilakukan oleh Tsar Alexander II, namun baginda
masih mengamalkan pemerintahan secara autokrasi. Akibatnya keseluruhan
rakyat Rusia tidak menerima dasar baginda dan wujud penentangan oleh
golongan pelajar yang inginkan demokrasi tulen di Rusia. Selain itu, tuan tanah
yang degil dan sebahagian golongan Parlimen terutamanya pegawai-pegawai
yang veteran tidak memberi sokongan kepada Tsar. Gabenor Wilayah masih
mempunyai kuasa pembatalan dalam Zemstvo. Bagi ahil politik pula, mereka
berasa tidak puas hati apabila pesalah tidak dibicarakan mengikut sistem juri
yang baharu dan golongan petani dibicarakan di mahkamah khas. Manakala
Dikri pembebasan hamba tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang
dijanjikan menyebabkan kehidupan mereka masih dalam kesusahan. Keadaan
ini menimbulkan pemberontakan dan terdapat cubaan untuk membunuh
Alexander II pada tahun 1866 tetapi berjaya dipatahkan. Alexander II telah
mengambil tindakan tegas menangkap mereka yang mengkhianati baginda lalu
dibuang ke Siberia.

You might also like