You are on page 1of 3

SISTEM PEMBESAR DI RUSIA

Peranan Pembesar
>Golongan pembesar dikenali sebagai boyar.(orang yg berkhidmat dan dekat dengan raja)
>Terdiri daripada golongan aristokrat yanag memberikan taat setia kepada raja yang
memerintah.
>Merupakan golongan tuan tanah yang kaya dan memegang jawatan penting dalam
kerajaan.
>Diberikan kuasa untuk mentadbir kawasan,memungut cukai, dan melaksanakan undang-
undang.
>Memainkan peranan dalam bidang politik,ekonomi,ketenteraan dan keagamaan

PEMERINTAHAN
>Pembesar memainkan peranan dalam bidang pentadbiran (dinasti Romanov)
>Membantu tsar menjalankan pentadbiran pada peringkat pusat dan wilayah.
>Dilantik sebagai anggota dewan perundangan seperti Duma,Zemski Sabor dan Prizaki.

DUMA:Majlis penasihat tertinggi


Dianggotai para bangsawan paling kanan.
Menyelaraskan hal ehwal pemerintahan ,membuat dan meluluskan dasar tertentu
dan sistem kehakiman.Keputusan di tangan raja.

ZEMSKI SABOR:Majlis penasihat namun kuasanya lebih rendah daripada Duma.


Dianggotai antara 40-50 orang bangsawan

PRIKAZI:Jabatan Kerajaan
Melaksanakan dasar yang diluluskan oleh duma.

TUGAS -TUGAS PEMBESAR


1) Memberi nasihat kepada Tsar.
2) Menyelaraskan hal ehwal pentadbiran negara.
3) Menggubal dan meluluskan dasar negara.
4) Melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negara.

ZAMAN PEMERINTAHAN PETER


>melakukan penyusunan semula sistem pentadbiran bertujuan sistem pentadbiran
berpusat,seragam,cekap,dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu.Oleh
itu,pada tahun 1711,Duma dan Zemski Sabor digantikan dengan Majlis Senate.

>Majlis Senate mempunyai anggota seramai 9 orang.Colleges dibentuk untuk memikul


beban tugas Senate yang semakin berat.Pada tahun 1718,tanggungjawab membuat
keputusan secara kolektif telah ditekankan oleh Peter.Prinsip ini dapat menggantikan Prikazi
yang telah memberi laluan kepada individu tertentu untk membuat keputusan.

>Golongan bangsawan membantu urusan pemerintahan dan pentadbiran Peter.Banyak


bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam
ketenteraan.Golongan bangsawan baharu ini memiliki tanah dan memberi perkhidmatan
ketenteraan pada Peter.
ZAMAN PEMERINTAHAN CATHERINE
>Beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan terpaksa bergantung kepada
bantuan daripada kerajaan pusat.Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan
memperkukuhkan pemerintahan diktatornya.

ZAMAN PEMERINTAHAN ALEXANDER I


>Mengambil pendekatan lebih bersifat liberal dalam segala perubahan yang dilakukan di
Rusia.Beliau telah melantik jawatankuasa khas atau lebih dikenali sebagai Jawatankuasa
Tidak Rasmi untuk menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara.

>Jawatankuasa Tidak Rasmi ini bukan sahaja memberi nasihat kepada Alexander I,malahan
mereka menyokong dasar liberal yang dipegang oleh Alexander I dalam pemerintahannya.

>Pendekatan liberal diteruskan pada tahun 1809 apabila Alexander I memperkenalkan


perubahan dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen.

ZAMAN PEMERINTAHAN ALEXANDER II


>dibantu oleh Dewan Perhimpunan wilayah yang bertanggungjawab membantu tsar dalam
menentukan pentadbiran negara.

1) Keanggotaannya terdiri daripada golongan bangsawan


2) Bagi mengawal golongan bangsawan dan Dewan Perhimpunan Wilayah,Alexander II
telah meluluskan undang-undang pada tahun 1864,iaitu setiap daerah daripada 34 buah
wilayah akan mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.
3) Penduduk bandar dan kaum petani diberi peluang untuk memilih ahli Majlis Daerah atau
Zemstvo.
4) Ahli Zemstvo Daerah pula akan memilih anggota Zemstvo Wilayah.
5) Majlis ini akan bertanggungjawab memelihara jambatan,jalan raya,pendidikan,kesihatan
awam,dan pemelihan pegawai undang-undang.
6) Walaupun zemstvo memliki kuasa politik yang terhad, namun penubuhannya merupakan
satu satunya institusi separa politik yang bebas daripada kawalan birokrasi tsar.

Pentadbiran daerah turut membantu tsar dalam pemerintahan.Misalnya, semasa


pentadbiran Rusia di bawah Catherine,beliau telah menyusun semula sistem pentadbiran di
peringkat daerah.Setiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran gabenor atau naib gabenor
yang dilantik oleh kerajaan pusat.

KEHAKIMAN
>Duma mempunyai kuasa membicarakan kes.
>Sistem makhamah diwujudkan
>Hakim,majistret dan juri dilantik daripada golongan pembesar untuk mengendalikan kes.
>Semua kes dibicarakan secara terbuka dan sistem juri diperkenalkan.

>Alexander II mewujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan


yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbirannya di Rusia.
1) memastikan pentadbiran hakim dan majistert terasing daripada jabatan kerajaan yang
lain.
2) Rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.
3) Terdapat jaksa pendamai,hakim-hakim daerah,dan sebuah Senat yang menjalankan
tugas sebagai Mahkamah Rayuan.
KETENTERAAN
>Pembesar berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan.
>membantu dalam merancang strategi dan menjadi panglima perang.
>tsar Peter dapat mengukuhkan kekuatan pasukan tentera Rusia dengan bantuan pembesar.
>mampu mempertahankan keselamatan negara.
>Baginda melancarkan dasar perluasan kuasa dan menguasai Azov,Livonia,Ingria dan Kerelia.

EKONOMI
>Pembesar terdiri dari tuan-tuan tanah yang kaya.
>memiliki tanah pertanian yang luas dan diusahakan oleh golongan petani dan hamba.
>pembesar berperanan mengutip cukai daripada penduduk.
>menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai kepada tsar.
>komun atau mir dilantik oleh kerajaan pusat.

PERANAN KOMUN
1) Memungut cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
2) Menetukan jenis tanaman yang ditanam oleh petani.
3) Mengagihkan tanah pertanian kepada petani.
4) Menjadi pengintip kerajaan.
5) Mengawal kemasukan pengaruh luar.
6) Melatih di kalangan petani untuk menjadi tentera apabila diperlukan oleh tsar.

KEAGAMAAN
>pembesar memimpin dan menguasai institusi gereja kristian ortodoks.
>institusi gereja berpengaruh dlam bidang keagamaan,ekonomi dan politik.

PENUBUHAN POLIS RAHSIA KHAS


TUGAS;
1) Mengawal penyebaran unsur propaganda.
2) Mengawal demonstrasi masyarakat.
3) Mengawal jalan keluar masuk ke empayar rusia.
4) Menjadi mata dan telinga tsar.

>mengenakan tapis keluar masuk ke rusia secara ketat dan menyekat penulisan yang
berbaur penentanangan tentang kewibawaannya sebagai pemerintah.
>menangkap sesiapa yang mengkhianati tsar.
>Nicholas II juga menggunakan polis rahsia atau okhrana dalam pemerintahannya.

You might also like