You are on page 1of 34

BAB 13

DASAR SOSIAL
DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN

DASAR SOSIAL NEGARA

DASAR SOSIAL
DASAR WANITA NEGARA

PELAN TINDAKAN
PEMBANGUNAN BELIA NASIONAL

PELAN INTEGRITI NASIONAL

RUKUN NEGARA
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pengenalan
• Dasar Pendidikan Kebangsaan wujud melalui penyata
Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran
1957
• Dasar ini telah disemak semula pada tahun 1960- wujud
Laporan Rahman Talib kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran 1961.
• Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan padatahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan bertujuan memperbaiki
pelaksanaannya bagi melahirkan masyarakat yg bersatu-
padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat . Laporan jawatan kuasa ini diterbitkan pada tahun
1979.
Rasional
• Untuk mengubah sistem pendidikan pada zaman
penjajahan yang berkembang tanpa mengambil kira
keperluan pendidikan, identiti kebangsaan dan perpaduan
negara.
• Perlu langkah2 sesuai menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang mempunyai matlamat tersendiri.
Objektif
• Berdasarkan pendahuluan Akta Pelajaran 1961:
“ Bahawasanya dasar pelajaran spt yg diisytiharkan dlm
Ordinan Pelajaran 1957 – menubuhkan satu sistem
pendidikan yg akan memenuhi keperluan negara dan
menggalakan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politiknya”
Matlamat
• Matlamat Dasar Pendidikan Negara sebenarnya boleh
diterjemahkan dari Falsafah Pendidikan Negara
• Memberi penekanan kpd usaha melahirkan insan yg
berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis.
Laporan Razak 1956
Tugas-tugas utama :
• Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang
seragam.
• Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
• Memastikan bahasa dan kebudayaan bangsa lain juga turut
terpelihara.
Tujuan-Tujuan utama Laporan Razak 1956:
• Menyediakan bahasan Melayu sebagai bahasa kebangsaan;
• Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun
bangsa Tanah Melayu;
• Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang
lebih cekap dan berkesan; dan
• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih,
bertoleransi, liberal dan progresif.
• Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Laporan
Razak 1956 telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran
1957.
Laporan Rahman Talib 1960.
• Dibentuk hasil cadangan yang terkandung dalam Laporan
Razak yang mencadangkan syor-syor di dalam Laporan
Razak dikaji semula tidak lewat dari tahun 1959.
• Selepas pilihanraya 1959, sebuah jawatankuasa yang
diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan.
• Walaupun berpuas hati dengan Penyata Razak, tetapi ia
juga membuat beberapa cadangan-cadangannya sendiri.
Syor-syor utama :
• Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar
di sekolah-sekolah dan universiti-universiti;
• Pelajaran agama dan moral- diwajibkan disekolah yang
tidak kurang daripada 15 orang.
• Kelas peralihan setahun untuk pelajar aliran Cina dan
Tamil sebelum ke tingkatan satu
• Kenaikan kelas secara automatik ke sekolah menengah
• Jemaah Nazir Persekutuan diadakan untuk mengawal
mutu pelajaran di sekolah-sekolah
• Pendidikan teknik dan vokasional
• Menekankan pelajaran vokasional dan teknikal
dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja
mahir
• Menekankan tentang pendidikan moral dan
agama untuk pembangunan kerohanian.
• Syor-syor Penyata Rahman akhirnya mnjadai
asas dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961
• Digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960.
Matlamat utama dasar ialah
• Untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di
kalangan rakyat.
Strategi :
• Menyediakan kurikulum yang sama kandungannya;
• Mewajibkan bahasa Malaysia digunakan sebagaii bahasa
pengantar utama di semua sekolah dan institusi pengajian
tinggi;
• Menggunakan buku-buku teks yang berlatarkan Malaysia;
• Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal;
• Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M
(membaca, menulis dan mengira); dan
• Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan
persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani, emosi
dan jasmani.
Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1974

Kenaikan darjah
Penguasaan 3M Secara automatik

Laporan
Penekanan Jawatankuasa Penekanan sekolah
kokurikulum Kabinet vokasional
1974

Bahasa Melayu-
Wajib dalam Sukatan pelajaran
peperiksaan sekolah swasta
Rumusan
• Tujuan utama Kementerian Pendidikan ialah untuk mendidik
rakyat Malaysia melalui system pelajaran kebangsaan
supaya membolehkan mereka menjadi warganegara yang
berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi
mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi
kehendak-kehendak Negara yang sedang membangun
sesuai dengan DEB disamping mewujudkan suatu
masyarakat yang taat setia, berdisiplin dan bersepadu
selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Matlamat-matlamat utama dasar pendidikan:
• Menyatukan system pelajarn untuk memupuk kesedaran
dan perpaduan kebangsaan;
• Memperluaskan serta mengubah suai rancangan-rancangan
pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan-keperluan
tenaga kerja;
• Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu
masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi
moden; dan
• Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan,
perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai objektif di
atas
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Latar Belakang
• “Kebudayaan” adalah keseluruhan cara hidup manusia.
• Berperanan penting kerana keperibadian Malaysia harus
dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kearah
meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik.
• Ini sudah tentu memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan.
Rasional
• Penting untuk memenuhi hasrat dan aspirasi Negara yang
membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum
seperti Malaysia.
• Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan
dunia antarabangsa.
Tiga asas/prinsip dasar :
• Kebudayaan rakyat asal rantau
- rantau ini merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Negara Thai(kawasan nusantara)
- Pusat pemancaran, pengembangandan warisan kebudayaan
Melayu sejak zaman berzaman
- budaya Melayu dijadikan teras kebudayaan kebangsaan
• Unsur-unsur kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
- unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat yg sesuai dan wajar
diberi pertimbangan dan diterima dalam kebudayaan kebangsaan
• Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan
- Agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
- Gabungan ketiga-tiga prinsip-prinsip asas ini membentuk
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsan 1971.
Objektif
• Mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat
melalui kebudayaan kebangsaan
• Memupuk, memperkaya dan memelihara
keperibadian kebangsaan, mempertingkatkan
kualiti kehidupan kemanusiaan dan membentuk
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosio-ekonomi.
Strategi
• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaan kea rah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih
peminat, serta mendokong dan mengerakkan
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme Malaysia;
• Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
DASAR SOSIAL NEGARA
Pengenalan
• DSN dilancarkan pada 19 Ogos 2003.
• Berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan
insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesjahteraan hidup masyarakat
Malaysia.
• Matlamat- wujud sebuah masyarakat Malaysia yg maju dan
mantap.
Objektif Umum
• Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat dapat
menyertai dan memberi sumbangan kepada negara
Objektif Khusus
a) Memastikan keperluan, asas individu, keluarga dan
masyarakat
• Keperluan asas secukupnya
• Persekitaran fizikal yg sihat, bersih , selamat dan mesra
alam
• Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
• Peluang peningkatan kualiti hidup
• Kehidupan berkeluarga dan masyarakat serta hak
warganegara
• Keperluan hidup yg lain
b) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
c) Memperkukuh, membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial
d) Menjana sinergi multisektor – kerjasama antara pelbagai
bidang
Jentera Pelaksanaan DSN

Peringkat Majlis Sosial Negara


Persekutuan

Jwtnkuasa Pembangunan sosial Negara

Jwtnkuasa Kerja Pembangunan sosial


Peringkat Kementerian

Peringkat Majlis Pembangunan Negeri


Negeri

Jwtnkuasa Kerja Pembangunan Negeri


Peringkat
Daerah Jwtnkuasa Kerja Pembangunan
Daerah/Bahagian

Peringkat
Komuniti Pusat Rujukan Sosial (PRS)
RUKUN NEGARA
Rukun Negara sebagai ideologi
• Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang
boleh dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak
dicapai secara bersungguh-sungguh
• RN – adalah satu susunan cara (prinsip) hidup
bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan
dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek
kehidupan bernegara.
• Latar Belakang Pembentukan Rukun Negara
• Negara menjadi sebuah negara berbilang kaum selepas
kedatangan penjajah Inggeris.
• Dibawah ‘dasar Pecah dan Perintah’ kumpulan etnik
dipisahkan antara satu sama lain.
• Peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa kepada satu dimensi
baru dalam negara dari aspek hubungan kaum dan dasar
kerajaan.
• 31 Ogos 1970 RUKUN NEGARA sebagai ideologi
Kebangsaan dirasmikan.Perisytiharan oleh YDPA semasa
sambutan ulangtahun ke 13 kemerdekaan Malaysia.
Objektif
• RN bercita-cita untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif
serta bersatu padu dan bersikap terbuka
terhadap pelbagai cara hidup rakyat .
• Objektifnya ialah
• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakat;
• Memelihara satu cara hidup yang demokratik;
• Mencipta sebuah masyarakat adil yang menjamin
kemakmuran Negara dinikmati bersama secara
adil dan saksama;
• Menjamin satu sikap yang liberal terhadap
pelbagai tradisi kebudayaan Negara yang kaya
dan berbagai-bagai corak; dan
• Membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden.
Prinsip-Prinsip Rukun Negara
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
• Pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia.
• Ketiadaan agama boleh runtuhkan keperibadian seseorang
dan juga sesuatu bangsa dan Negara.
• Punyai nilai dan kepercayaan agama
2) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keperluan untuk wujudkan rakyat yang bertanggungjawab
dan sanggup berkorban untuk Negara demi keamanan dan
kemajuan.
• Pegangan yang teguh pada prinsip ini akan dapat
melahirkan rakyat yang :
– Menghormati harta awam
– Mematuhi simbol-simbol kedaulatan Negara
– Mematuhi undang-undang
– Produktif
– Berusaha meningkatkan nama baik Negara melalui
aktiviti-aktiviti social, ekonomi dan politik yang
diceburinya
– Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk
pembangunan masyarakat dan Negara
– Setia, sanggup dan berani mempertahankan Negara dari
sebarang ancaman oleh kuasa luar
• Keluhuran Perlembagaan
• Perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan
Negara.
• Aspek-aspek utama perlembagaan yang dirangkumi prinsip
ialah :
– Kedudukan raja-raja sebagai raja berperlembagaan ;
– Kedudukan kaum-kaum bumiputera dan bukan
bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi dijamin;
– Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sementara perkembangan bahasa-bahasa lain tidak
dihalang;
– Agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi sementara
kebebasan beragama dijamin;
– Hak asasi rakyat dijamin;
– Penetapan soal kerakyatan dan soal system
pemerintahan
• Perlembagaan digubal berasaskan kesepakatan
semua kaum dan semua pihak. Satu kontrak
sosial yang tidak boleh dipersoalkan dan digugat
• Perlu dimasukkan kerana kestabilan Negara akan
tergugat jika rakyat tidak menerima keluhuran
perlembagaannya dan terus mempersoalkan dan
mengkritiknya tanpa mengetahui asas
penggubalannya.
Kedaulatan Undang-Undang
• Berasaskan kepada Perlembagaan Negara.
• Kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
• Perlukan undang-undang untuk wujudkan
masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
• Jika kedaulatan dipertahankan, masyarakat akan
terus membangun dan hidup dalam keadaan
aman dan harmoni.
Kesopanan dan Kesusilaan
• Tekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang.
• Tujuan untuk membentuk seseorang warganegara yang
bersopan (beradab, ikut peraturan, tertib, bermaruah) dan
bersusila (berakhlak dan berhemat mulia).
• Prinsip ini jika dipraktikan, dijangka akan mewujudkan :
– Individu yang berdisiplin;
– Insan murni yang akan membantu membentuk
masyarakat yang baik; dan
– Masyarakat yang berperaturan, tertib dan harmoni.
• Kewujudan majoriti anggota masyarakat yang bersopan
dan bersusila akan membantu usaha kerajaan untuk
membentuk masyarakat berbilang kaum yang harmoni.
Strategi Mencapai Objektif Rukun Negara
• Bagi mencapai objektif Rukun Negara, beberapa
tindakan telah diambil. Antaranya :
• Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara;
• Memasukkan unsur-unsur RN dalam program
agensi kerajaan dan NGO;
• Memasukkan unsure-unsur RN ke dalam
kurikulum sekolah dan IPT;
• Menyebatikan prinsip-prinsip RN ke dalam
peraturan pertubuhan dan ikrar rasmi; dan
• Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan
Negara pada tahun 1974.
DASAR WANITA NEGARA
Pengenalan
• Dasar wanita bermaksud untuk memberi panduan dan hala
tuju dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan
program2 pembangunan negara.
• Urusetia Hal-ehwal Wanita (HAWA) ditubuhkan diperingkat
kerajan pusat.
Matlamat
• Perkongsian saksama antara lelaki dengan wanita
• Pengintergrasian wanita dalam semua sektor pembangunan
negara
Prinsip dan Garis Panduan Utama
• Dasar berlandaskan kerluhuran Perrlembagaan berkaitan
hak asasi rakyat, perlindungan undang2, perpaduan dan
kebebasan.
• Mengutamakan penyertaan dan penglibatan aktif wanita
dan lelaki dalam proses pembangunan
• Mengambil kira potensi tenaga manusia yang separuhnya
terdiri drpd wanita.
• Taraf pendidikan dan akademik yang luas dan mendalam
dipertingkatkan bagi kaum wanita
• Diskriminasi wanita dihapuskan
Strategi-strategi Bagi Pelaksanaan Dasar
• Membangkitkan kesedaran di kalangan wanita
• Menyalurkan isu-isu wanita
• Merancangkan pengagihan sumber2
• Mendapatkan kerjasama antara sektor kerajaan dengan
bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan penglibatan
wanita dlm pembangunan
Strategi dan Jangka Masa Tindakan DWN
• Memperkukuhkan Unit Hal-Ehwal sbg jentera
Pembangunan Wanita
• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan
• Pendidikan dan latihan mengenai isu wanita
• Penglibatan badan-badan bukan kerajaan
• Membasmi diskriminasi
• Memajukan dan menyelaraskan penyelidikan mengenai isu
wanita
• Peruntukan anggaran belanjawan

Isu Global Melibatkan Wanita

Kemiskinan Kesihatan Peperangan


PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA NASIONAL
Pengenalan
• Belia merupakan aset terpenting negara yang perlu
dibangunkan kerana mereka merupakan pewaris masa
hadapan kita.
• Belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun
mengikut takrif daripada Majlis Belia Malaysia (1985)
• Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertanggungjawab
menyediakan satu pelan kepada pembangunan belia
nasional
Tujuan
• Tujuan utama menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan
Belia Nasional untuk mendapatkan komitmen kerajaan
dalam pelaksanaan terhadap strategi pembangunan belia.
Terdapat 11 teras pembanguan KBS :
a) Teras Pembangunan Ekonomi
- program pembangunan Usahawan ICT, perniagaan
francais, tabung ekonomi belia
b) Teras Pembangunan Sumber Manusia
- program latihan kemahiran(Institut Kemahiran Belia
Negara –IKBN)dan MLVK (Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan)
c) Teras Program Rakan Muda
- mewujudkan fasilitator terlatih bagi semua program
Rakan Muda, program PLKN (3 bulan)
d) Teras Pembangunan Sosial (Nilai)
- mewujudkan Indeks Nilai dan Tingkahlaku Belia
e) Teras Peranan Pertubuhan Belia
- mewujudkan indeks prestasi dan meningkatkan
profesionalisme pertubuhan belia
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pengenalan
• Digubal merangkumi semangat dan prinsip Perlembagan
Persekutuan
• PIN menerapkan Rukun Negara dan Wawasan 2020
Konsep
• PIN adalah pelan induk bertujuan memberikan hala tuju
serta bimbingan kpd semua komponen atau sektor
masyarakat dan negara serta memupuk dan menyemai
sistem kehidupan masyarakat dan negara.
Objektif Umum
• Merealisasikan hasrat Wawasan 2020
Objektif Khusus
• Memberikan hala tuju dan bimbingan
• Meningkatkan kesedaran integriti menjadi buadaya
masyarakat
• Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan
anggota masyarakat
• Pengukuhan asas moral
• Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia
Strategi Pelaksanaan PIN
• Institusi Keluarga
- peranan keluarga
• Institusi Komuniti
- peranan JKKK, rukun tetangga
• Institusi Masyarakat Sivil
- peranan NGO
• Institusi SosioBudaya
- pembinaan modal sosial, kesihatan, perasaan kekitaan
• Institusi Agama
- persefahaman dan saling menghormati pelbagai agama
dan penghayatan agama Islam
• Institusi Ekonomi
- Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM)
- Suruhajaya Sekuriti
• Institusi Politik
- amalan budaya politik yg sihat, beretika , matang dan
demokrasi.
• Institusi Pentadbiran
- meningkatkan jentera pentadbiran

You might also like