You are on page 1of 2

Bincangkan perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dalam gerakan nasionalisme

di Tanah Melayu dari Tahun 1938 hingga Tahun 1942. (SOALAN STPM ULANGAN
2015)

PENGENALAN
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubukan pada bulan April 1938 oleh golongan
nasionalis berpendidikan Melayu di Kuala Lumpur. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaacob dengan beberapa orang tokoh nasionalis yang lain seperti
Mustapha Hussain, Ishak Haji Muhammad, Onan Haji Siraj, Hassan Manan, Ahmad
Boestaman dan Abdul Karim Rashid. KMM merupakan sebuah pertubuhan politik bersayap
kiri yang terpengaruh oleh gerakan nasionalisme di Indonesia dan perjuangan Parti Nasional
Indonesia (PNI) yang dipimpin oleh Sukarno. Keahlian KMM adalah terdiri daripada guru-
guru sekolah Melayu yang kebanyakkannya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim (UPSI).

ISI-ISI PENTING.
A. Matlamat Penubuhan.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah
Melayu melalui dasar tidak bekerjasama dengan Inggeris. Berusaha membentuk satu
kesatuan politik dengan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia bagi membentuk
Indonesia Raya atau Melayu Raya selain mewujudkan bangsa Melayu yang terbesar di Asia
Tenggara.

B. Perkembangan.
Menjelang tahun 1940, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah berjaya menubuhkan
cawangan di beberapa buah negeri seperti Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor,
Pulau Pinang, Singapura, Kelantan dan Terengganu. Namun KMM tidak berjaya menarik
banyak sokongan terutamanya dalam kalangan rakyat bawahan dan birokrat Melayu yang
berpendidikan Inggeris. Kegagalan ini disebabkan oleh sikap orang Melayu ketika itu yang
masih mahukan kepimpinan kaum bangsawan yang dianggap sebagai pelindung bangsa
Melayu. Idea penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang diperjuangkan oleh KMM juga
tidak berjaya menarik sokongan rakyat. Masalah kewangan dan kekurangan kemahiran untuk
memperluaskan kegiatan kegiatannya di seluruh Tanah Melayu. KMM menyebarkan cita-cita
perjuangannya menerusi akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan perasaan anti-
Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang Melayu.
Selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, Jepun berusaha mendapatkan sokongan
penduduk tempatan. Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Haji Yaacob untuk
membeli akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura. Akibatnya seramai 100 orang
ahli KMM termasuk Ibrahim Haji Yaccob dan Ishak Haji Muhammad ditangkap dan
dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941 kerana dituduh merancang Pakatan
menentang British dan bekerjasama dengan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, pemimpin
KMM yang ditahan oleh Inggeris telah dibebaskan dan dibenarkan bergiat semula dalam
kegiatan politik.

PENUTUP.
Pada bulan Jun 1942, Kesatuan Melayu Muda (KMM) dibudarkan atau diharamkan
kerana Kesatuan Melayu Muda (KMM) membuat Pakatan sulit dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) dan dianggap boleh menjadi ancaman kepada kepentingan Jepun di Tanah
Melayu. Namun selepas itu, Jepun telah menubuhkn Pembela Tanah Air (PETA) pada tahun
1943 bagi mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin KMM. Pembela Tanah Air (PETA)
yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob merupakan pertubuhan bercorak ketenteraan.
Sebagai langkah untuk berkerajaan sendiri, Jepun telah menggalakkan Ibrahim Haji Yaacob
menubuhkan Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS) pada Julai 1945. Kemudian KRIS dikenal
sebagai Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung. Kegiatan KRIS telah ditamatkan apabila
Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945. Ibrahim Haji Yaacob dan beberapa pemimpin yang
lain telah berhijrah ke Indonesia untuk menyertai kegiatan politik disana manakala anggota
KMM yang lain telah dipenjarakan oleh Inggeris.

You might also like