You are on page 1of 3

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang
pertama di Tanah Melayu.
KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan
tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan
perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain
sepertiPersatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lain-lain tetapi tidak
mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM.
Penubuhan KMM adalah hasil daripada satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa
institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta
wartawan akhbarMajlis.
Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob(presiden), Mustapha
Hussein (Naib Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd.
Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris
Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik,
Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin danAhmad
Boestamam. Semasa penubuhan ini, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam
Merah dari Indonesia. Sutan Djenain merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan
pergerakannya menyebarkan pengaruh sebelum perang Dunia Kedua.
KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan
demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau

gabungan koperasi multinasional. Tetapi dasar sosialisme yang diamalkan ini tidak menafikan hak
dan kebebasan dalam proses pengumpulan harta. Cuma dalam mengamalkan demokrasi dalam
ekonomi ini, KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM
berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme
demokratiknya.
Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang berorientasi
Barat, penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi rasa
persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian. Bagi KMM penyatuan nasional penting bagi
mewujudkan suatu tekanan kepada penjajah British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu harus
bersatu menghapuskan semangat kenegerian yang pada pendapat KMM sengaja diwujudkan oleh
dasar penjajah. Atas dasar inilah KMM tidak dapat berjuang bersama-sama persatuan yang mirip
kepada kenegerian, misalnya Kesatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Perak.
Malahan hakikat penubuhan KMM itupun atas kesedaran menentang persatuan Melayu yang
bersifat kenegerian yang memisahkan orang-orang Melayu.
Memandangkan kelemahan di kalangan sesetengah sultan dan pembesar Melayu terlalu ketara,
hingga menunjukkan kelemahan kekuasaan mereka kepada bangsanya sendiri, golongan elit
inteligensia yang insaf dalam KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba
mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan
panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah
negara.
KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu
dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis
mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM
ialah penubuhan kampung-kampung baru orang Melayu untuk dijadikan penempatan orang-orang
Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana
bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman.
Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal menyebabkan orang Melayu tidak
menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan
ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya. Mereka tidak suka pada
demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela
bangsanya. Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik
negeri dan bangsanya. Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar. Walaupun begitu,
terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya

termasuklah Sultan Abu Bakar,Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan
kerana menjaga keselamatan diri mereka.
Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana
kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive. Untuk menyatakan sikap anti-penjajah dan
anti-feudal adalah suatu hal yang tidak mungkin. Oleh itu pemahaman ideologi dan dasar-dasar
perjuangan KMM tidak tersebar dan diketahui oleh orang-orang Melayu. Ini merupakan salah satu
faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang.
Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan
begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan
pemimpin-pemimpin KMM pdaDisember 1941.

sumber: arkib Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin

You might also like