You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN ILMU NAQLI ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH

Pendahuluan
Ilmu Naqli bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan sunnah
Rasulullah SAW. Ilmu ini menduduki taraf fardu ain iaitu wajib dipelajari oleh setiap umat
Islam kerana ia mengandungi ajaran asas Islam yang berkaitan akidah, syariah dan akhlak.
Pada zaman khalifah Abbasiyah khasnya zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun,
penulisan ilmiah oleh sarjana Islam aktif dalam bidang ilmu naqli dan aqli.
Ilmu Tafsir al-Quran
Ilmu Tafsir Quram tidak hanya tertumpu kepada teks sahaja yang melahirkan tafsir bil
matsur tetapi telah menekankan kepada kontekstual yang melahirkan tafsir birra'yi seperti
tafsir maudhui (memisahkan ilmu ke dalam perkara tertentu mengikut mata pelajaran), tafsir
adaby (kesusasteraan), tafsir nuzuli (sebab turun ayat al-Quran) dan tafsir ilmu. Antara tokoh
tafsir pada zaman Abbasiyah ialah Zamakjsyari, seorang ulama yang arif dalam bidang nahu,
bahasa, tafsir, ma'ani dan bayan. Antara karangannya yang terkenal ialah al-Khasaf dan Ibn
Taimiyyah dengan karyanya Majmu' al-Fatawa.
Ilmu Kalam
Ilmu Kalam adalah ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Allah, cara mekrifat atau
mengetahui secara mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat
dengan menggunakan dalil-dalil yang sah. Pemikiran teologi (yang berkaitan akidah)
berkembang pesat pada zaman Khalifah Abbasiyah yang merangkumi sistem, metodologi dan
pokok kajiannya. Imam al-Ghazali telah menghasilkan karya Iqtishad fi al-I'tiqad manakala
Imam al-Qusairy an-Naisabury menghasilkan karya Risalatul Qusairiyah yang menentang
keras doktrin-doktrin aliran Muktazilah, Karamitah, Mujassimah (golongan yang
membincangkan sifat tuhan secara fizikal) dan Syiah.
Ilmu Tasawuf
Ilmu tasawuf berkembang dengan kemunculan tokoh-tokoh dan turut menyumbang kepada
kemunculan istilah-istilah tasawuf seperti zuhud, mahabbah, makrifah dan al-ittihad
(penyatuan). Ilmu tasawuf mengalami pencemaran dengan pengaruh asing seperti fahaman
pantheisme (menyerah kepada takdir tanpa usaha). Suasana pencemaran ini diselamatkan
dengan kemunculan Imam al-Ghazali melalui karyanya Ihya Ulumuddin yang berjaya
membersihkan fahaman asing ini dengan mengemukakan falsafah akhlak dan mementang
teori pencantuman (Wahdatul Wujud) dan resapan.
Ilmu Fiqah
Ilmu feqah ialah bidang yang berkaitan dengan perundangan dan hukum-hakam. Walaupun
terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang jelas di dalam al-Quran dan as-sunnah
seperti hukum qisas, hudud, pewarisan dan sebagainya, namun masih banyak sektor
perundangan yang memerlukan kepada interpretasi. Secara teknikalnya, bidang ini dikenali
dengan nama ijtihad. Antara tokoh ilmu ini ialah Imam an-Nawawi dengan Kitab Hadis 40.
Kesimpulan
Satu fenomena yang dapat dikesan daripada perkembangan intelektual di zaman Khalifah
Abbasiyah ialah pencernaan ilmu kepada bidang-bidang tertentu seperti tafsir al-Quran,
hadis, fiqah dan sebagainya. Perkembangan intelektual ini secara tidak langsung
membuktikan bahawa Islam adalah agama yang progresif dan dinamik.

You might also like