You are on page 1of 1

SEJARAH PENUBUHAN

MAJLIS PERBANDARAN TAWAU


~ Sejak 1881 ketika pihak British memerintah Sabah ( Borneo Utara), Sabah telah
melihat pertukaran cara pemerintahan iaitu dari cara pemerintahan corak koloni kepada
pemerintahan Raja Berpelembagaan iaitu Merdeka melalui Malaysia pada 16 September
1963.
~ Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) adalah sebuah penguasa tempatan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir Daerah Tawau. Mempunyai keluasan 6243 km
persegi dengan bilangan penduduk yang melebihi 524,700 orang, sebelum wujunya
penguasa tempatan di Daerah Tawau pada akhir tahun 1961.
~ "Tawau Sanitory Board" memang sudah wujud di bawah pengawasan Pejabat Daerah
dan bertindak sebagai penguasa tempatan. Apabila Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
dikuatkuasakan, maka wujudlah dua penguasa tempatan iaitu Lembaga Bandaran Tawau (
LBT ) dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau ( MDLBT ). Pejabat Daerah
bertanggungjawab ke atas pentadbiran serta melaksanakan projek-projek pembangunan
kerajaan. Manakala LBT dan MDLBT menghadkan kegiatan masing-masing kepada
perkhidmatan awam, pemungutan lesen-lesen dan cukai-cukai dan perancangan
pembangunan setempat. Pentadbiran LBT adalah di dalam lingkungan empat batu
daripada Bandar dan kawasan-kawasan selepas itu adalah terletak di bawah
tanggungjawab MDLBT.
~ Pada menjalankan pengurusan dan pentadbiran, seorang "Pegawai Kerja" boleh dilantik
di bawah seksyen 69, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, di kedua-dua penguasa tempatan
ini. Penguasa LBT bukanlah seorang pegawai sepenuh masa atau daripada Perhubungan
Awam
( dipilih dari salah seorang Ahli ). Apabila jawatan Residen dimansuhkan pada 1 Januari
1979. Jawatan pengerusi telah di ambil alih oleh seorang pegawai dari Perkhidmatan
Awam yang bergelar "Pesuruhjaya". Selain menjadi Pengerusi, Pesuruhjaya juga adalah
Ketua Jabatan. Bagi MDLBT, Pengerusinya juga dipilih dari salah seorang ahli. Pada 1
Januari 1982, taraf Daerah Tawau dinaikkan statusnya menjadi Perbandaran. LBT dan
MDLBT digabungkan dan wujudlah Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ). Gelaran
Pesuruhjaya digantikan dengan Presiden dan Pegawai Kerja menjadi Setiausaha
Perbandaran.
~ Sabah Mempunyai 23 Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak dibawah bidang kuasa
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri ( terdiri daripada 2 Majlis
Perbandaran, 1 Lembaga Bandaran dan 20 Majlis Daerah). Majlis Perbandaran Tawau
( MPT ) adalah satu daripada 23 Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) ini di Negeri Sabah.

You might also like