You are on page 1of 4

PENGENALAN

Saya mengambil tajuk ini kerana keropok lekor RAJMAH ENTERPRISE merupakan

keropok lekor yang telah diwarisi secara turun-temurun dari ayahnya Zul Hasim. Keropok

lekor yang diwarisi ini juga merupakan keropok lekor yang pertama ditubukan di Kampung Jaya

Gading Kuantan Pahang . Selain itu , keropok lekor RAJMAH ENTERPRISE ini juga masih

mengekalkan penghasilan keropok lekor tradisional dan terdapat juga beberapa perkembangan

dalam penghasilan keropok lekor . Disampin itu RAJMAH ENTERPRISE ini juga telah

melakukan inovasi seperti keropok losong [keropok gote] .Pembuatan keropok losong adalah

sama dengan pembuatan keropok lekor tetapi yang hanya membezakan losong dan lekor adalah

cara memasaknya.Keropok lekor tidak boleh dimakan secara terus kerana perlu digoreng

manakala keropok losong boleh dimakan begitu saja tanpa perlu menggorengkannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah awal penghasilan keropok lekor

RAJMAH ENTERPRISE yang telah memenuhi keperluan harian penduduk setempat.

Seterusnya, kajian ini akan meneliti perubahan dan perkembangan teknologi yang

digunakan dalam penghasilan keropok lekor tersebut.

Selain itu, kajian ini menilai keberhasilan perkembangan dan perubahan teknologi dalam

penghasilan keropok lekor dikalangan penduduk setempat.


PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini akan meneliti sejauhmanakah keberhasilan perkembangan dan perubahan teknologi

yang menarik minat penduduk setempat dalam penghasilan keropok lekor Rajmah Enterprise .

Seterusnya, kajian ini akan meneliti apakah perubahan dan perkembangan teknologi yang

digunakan dalam penghasilan keropok lekor tersebut .

Selain itu, kajian ini akan mengenalpasti dimanakah sejarah awal penghasilan keropok lekor

RAJMAH ENTERPRISE yang telah memenuhi keperluan harian penduduk setempat .

SKOP KAJIAN

Skop kajian saya terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama mengikut isu yang hendak dikaji

iaitu sejarah perkembangan teknologi dalam penghasilan keropok lekor RAJMAH

ENTERPRISE di Kampung Jaya Gading Kuantan ,Pahang. Kedua, merujuk kepada lokasi kajian

atau tempat kajian iaitu kawasan Kampung Jaya Gading. Bahagian Ketiga, berkaitan tempoh

penubuhan RAJMAH ENTERPISE .

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Penulis mendapat bahawa daripada kajian yang dijalankan oleh Ahmad Haziq bin Ami Harizam

dalam karyanya Penggunaan Teknolgi Moden dalam Pembuatan Keropok Lekor dan penulis

dalam Utusan Online berkaitan dengan artikel-artikel berkenaan dengan keropok lekor mengenai

sains dan teknologu proses keropok lekor lebih mudah dengan teknologi. Selain itu terdapat juga

dalam penulisan Nurul Farah binti Sapa’e dalam penulisannya Sejauhmanakah penggunaan

teknologi dalam perusahaan keropok lekor.


KAEDAH LAPANGAN

Kaedah penyelidikan kepustakaan termasuk penyelidikan jurnal, majalah, internet, dan


website.

Selain itu,kaedah temuramah,temuduga, dan lawatan ke tempat penghasilan keropok


lekor di Kampung Jaya Gading

PEMBAHAGIAN ESEI

Pengenalan: Pada awal ini akan menjelaskan sejarah asal usul keropok lekor secara umum dan
cara penghasilan sebelum dan selepas mempunyai peralatan dan latar belakang Rajmah
Enterprise di Kampung Jaya Gading Kauntan Pahang.

Isi-isi: 1] Bahagian ini akan memfokuskan sejarah penubuhan keropok lekor Rajmah Enterprise
di Kampung Jaya Gading Kuantan ,Pahang. Bahagian ini juga akan menerangkan perkembangan
teknologi terdahulu dan teknologi kini.

2] Seterusnya ,bahagian ini akan menjelaskan serba sedikit cara penghasilan keropok lekor
sebelum menghadapi era perkembangan penggunaan teknologi dan selepas penggunaan
perkembangan teknologi dan juga akan menceritakan cara pengendalian peralatan dalam
penghasilan keropok lekor.

3] Selain itu, bahagian ini akan menceritakan keberhasilan perkembangan teknologi dalam
penghasilan keropok lekor Rajmah Enterprise.

Kesimpulan: Pada keseluruhan bahagian ini akan merumuskan hasil kajian khususnya perkara
yang dilakukan oleh Rajmah Enterprise sehingga menjadi tempat penghasilan keropok yang
pertama dan paling lama ditubuhkan di Kampung Jaya Gading.

PENUTUP

Rajmah Enterprise sudah memasuki era pembaharuan teknologi yang digunakan dalam
penghasilan keropok lekor . Disebabkan ingin memenuhi keperluan asas penduduk setempat
maka bermulalah tertubuhnya Rajmah Enterprise yang diwarisi secara turun temurun pada tahun
1975.Jadi tidak dapat dinafikan keropok lekor Rajmah Enterprise jika keropok lekor telah
terkenal kerana pertubuhan nya yang telah lama ditubuh.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Haziq Bin Ami Harizam , prauniversiti SMK AGAMA ARAU Perlis. “Penggunaan
teknologi moden dalam pembuatan keropok lekor.”

Nurul Farhana Binti Sapa’e, Universiti Pendidikan Sultan Idris ‘ Sejauhmanakah penggunaan
teknologi dalam perusahaan keropoklekor di Terengganu.’

Utusan Online ,30Mac 2015, “ proses keropok lekor lebih mudah “.

SUMBER PRIME

Temuduga , Encik Zulhakim Bin Zul Hasim pewaris kepada RAJMAH ENTERPRISE .

Foto bersama pemilik , peralatan membuat keropok lekor .

You might also like