You are on page 1of 5

PENGENALAN

Industri koko di negara kita masih lagi relevan dan menjadikan penyumbang

kepada ekonomi negara. Pada awalnya, industri ini hanya dilaksanakan secara kecilan.

Namun, perkembangan masa menunjukkan industri ini mampu menghasilkan

penjanaan besar untuk ekonomi negara. Koko juga merupakan tanaman komoditi

keempat terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan. Malaysia

adalah negara pengisar koko yang ketujuh terbesar di dunia selepas Cote d’lvoire,

Belanda, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, dan Brazil. Negeri Sabah merupakan

negeri yang mempunyai tanaman koko yang besar iaitu menyumbang kepada 6, 260

hektar (38.9%) daripada jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia.

OBJEKTIFF KAJIAN

I. Merintis sejarah awal penubuhan syarikat Teck Guan dalam peranan dan

sumbangan menjalankan industri koko di Tawau.

II. Mengenal pasti peranan syarikat Teck Guan dalam industri koko di Tawau

antara tahun 2010 hingga tahun 2015.

III. Mengenal pasti strategi pemasaran syarikat Teck Guan dalam industri koko di

Tawau antara tahun 2010 hingga 2015.

1
PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana penubuhan syarikat Teck

Guan dalam peranan dan strategi pemasaran menjalankan industri koko di Tawau. Ini

kerana, industri ini dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk yang berasaskan

koko yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi di Tawau. Ini menjadikan kajian

ini menarik untuk dijalankan.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti peranan syarikat Teck Guan

dalam industri koko di Tawau dalam tempoh kajian. Dengan kajian ini dapat melihat

cabaran syarikat Teck Guan dalam peranannya menghasilkan produk koko yang

berdasarkan industri koko.

Di samping itu, kajian ini dijalankan juga untuk meninjau apakah strategi

pemasaran syarikat Teck Guan dalam meningkatkan ekonomi di Tawau berdasarkan

industri koko.

SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah terbahagi kepada tiga iaitu kawasan kajian, tempoh kajian

serta aspek yang dikaji. Kawasan kajian ialah di Teck Guan Holding Sdn Bhd kira-

kira 950.0 meter dari bandar Tawau dan Teck Guan Cocoa Village di Quoin Hill kira-

kira 34 kilometer dari bandar Tawau dan Teck Guan Cocoa Museum yang terletak di

Tanjung Batu Laut kira-kira mengambil masa 22 minit untuk sampai di destinasi.

Tempoh kajian antara 2010 hingga tahun 2015. Tempoh kajian seelama 5 tahun

kerana sepanjang masa tersebut berlaku perkembangan dalam peranan dan strategi

pemasaran yang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam menghasilkan produk yang

berasaskan industri koko.

2
Aspek yang dikaji adalah tertumpu kepada peranan syarikat Teck Guan dalam

menghasilkan produk koko. Kajian ini juga berfokus kepada penelitian terhadap

strategi pemasaran syarikat ini dalam meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan industri

koko di Malaysia antaranya kajian yang menunjukkan penghasilan kualiti koko yang

lebih bermutu seperti dalam penulisan Hashim Abdul dan Wahab bertajuk “Strategies

In The Development Of The Malaysian Cocoa Industry”. Satu lagi penulisan yang di

hasilkan oleh Malaysian Cocoa Board in Collaboration with Riverside Majestic Hotel,

Kuching.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan

kajiannya secara terperinci. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah

kajian ke pustakaan. Selain daripada mencari bahan berkaitan kajian di internet,

penulis juga akan pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan ilmiah dan jurnal yang

berkaitan industri koko. Selain itu, kaedah menebu bual pengurus syarikat Teck Guan

dan beberapa orang pekerja. Kaedah seterusnya adalah, pengkaji akan melakukan

kajian lapangan. Kaedah ini memerlukan pengkaji untuk melawat ke syarikat Teck

Guan untuk mengkaji asal usul syarikat Teck Guan dalam peranan dan strategi

pemasaran dalam industri koko, peranan syarikat Teck Guan dan sumbangannya

dalam ekonomi yang berasaskan industri koko di Tawau.

3
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

I. Pengenalan

Penulis akan menerangkan serbah sedikit tentang

perkembangan industri koko di Malaysia secara umumnya.

II. Badan esei

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang

sejarah awal penubuhan syarikat Teck Guan dalam peranan dan

strategi pemasaran dalam industri koko di Tawau antara tahun 2010

hingga tahun 2015. Penuliskan akan menerangkan secara lebih

terperinci tentang penubuhan syarikat ini.

Selain itu, pengkaji akan mengkaji peranan syarikat Teck Guan

dalam menghasilkan produk yang berasaskan industri koko di Tawau.

Penuliskan memaparkan produk yang telah dihasilkan berasaskan koko

oleh syarikat Teck Guan dari tahun 2010 hingga tahun 2015.

Di samping itu, pengkaji akan mengenal pasti strategi

pemasaran syarikat Teck Guan dalam industri koko di Tawau. Penulis

akan mengenal pasti sumbangan kepada pengusaha dan masyarakat di

Tawau dari aspek ekonomi.

III. Kesimpulan

Pengkaji akan menyatakan kesimpulan dan rumusan tentang

kajiannya di syarikat Teck Guan.

PENUTUP

Kesimpulannya, kajian ini dapat menerangkan tentang asal usul penubuham

syarikat Teck Guan dalam peranan dan strategi pemasaran syarikat Teck Guan dalam

4
penghasilan produk yang berasaskan industri koko, dan sumbangan syarikat Teck

Guan dalam ekonomi berasaskan koko di Tawau. Pengkaji turut rasa bersyukur

kerana berjaya menghasilkan kajian tentang syarikat Teck Guan dalam industri koko

di Tawau. Dengan melakukan kajian ini penulis dapat mengetahui sejarah penubuhan

syarikat Teck Guan. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui peranan syarikat Teck

Guan dalam menghasilkan produk yang berasaskan industri koko. Pengkaji juga dapat

mengetahui tentang strategi pemasaran syarikat Teck Guan dalam ekonomi kepada

pengusaha dan masyarakat di Tawau. pengkaji berharap dengan melakukan kajian ini

masyarakat dapat mengetahui tentang industri koko di Tawau mahupun di seluruh

Malaysia.

BIBILIOGRAFI

1. Buku

i. G.A.R Wood. Cocoa. London: Longman, 2010

ii. Nazaruddin Ramli dan Suriah Abdul Rahman, Koko dan Coklat

(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).

2. Jurnal

i. Mad Sad “Galakan Usahawan Tempatan Ceburi Industri Koko”.

Utusan Online (Kota Baharu), 02 November 2015.

3. Laman Web

i. http://www.teckguan.com/industries.html

ii. http://www.sabahtourism.com/destination/teck-guan-cocoa-

museum

You might also like