You are on page 1of 31

BAB 1

PENGENALAN
Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia , pada asalnya otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.
Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak
di Malaysia iaitu "Otak-otak Terengganu" dan "Otak-otak Johor." Pada lazimnya ia dibungkus
dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan
dikenali sebagai 'spring roll'. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut tetapi bagi
ikan air tawar, antara ikan yang paling sesuai bagi pembuatan otak-otak ialah ikan tilapia merah,
patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di
atas dapur arang atau dapur biasa.

Dewasa kini, kebanyakan otak-otak telah dimajukan dan dikomersilkan dengan


meluasnya yang mana diletakkan di bawah bahagian Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Kewujudan IKS merupakan salah satu di antara penyumbang terpenting dalam pembangunan
dan perkembangan ekonomi negara. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai
perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan
dengan pusing ganti tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS
mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

1.1 Latar Belakang Kajian


Dewasa ini, industri pengeluaran makanan semakin meningkat dari setahun ke setahun
terutama permintaan makanan ringan seperti otak-otak yang bertambah walaupun tahap
pengeluaran dan penghasilan produk ini masih lagi dilakukan secara konvensional yang mana
memerlukan tenaga pekerja sepenuhnya bagi memenuhi permintaan pelanggan. Walau
bagaimanapun, tahap pengeluaran otak-otak ini masih lagi di tahap rendah dan tidak mampu
memenuhi permintaan pelangan kerana hanya sebilangan kecil sahaja pengusaha-pengusaha
yang sanggup terlibat di dalam industri pengeluaran makanan seperti otak-otak. Otak-otak
merupakan salah satu makanan ringan yang mendapat permintaan yang meluas di kawasan Johor
dan sekitarnya. Malahan, Otak-otak Kempas yang dihasilkan di Johor Bahru merupakan
makanan yang telah sinonim di kalangan masyarakat di kawasan Kuala Lumpur.
Terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi oleh segelintir individu yang
mengusahakan perusahaan otak-otak antaranya termasuklah kos dan modal bagi memulakan
perniagaan yang mana sebahagian besarnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Selain
daripada itu juga, kaedah pembuatan, penghasilan, dan pembungkusan otak-otak masih lagi
menggunakan tenaga pekerja sepenuhnya yang mana memerlukan tenaga pekerja yang ramai
bagi menghasilkan otak-otak dalam kuantiti yang banyak.
Oleh yang demikian, bagi mengurangkan kos tenaga pekerja yang ramai, mekanisme
mesin otak-otak dicipta bagi menggantikan kaedah konvensional kepada kaedah separa
automatik.

1.2 Objektif
Objektif utama kajian ini dilakukan ialah:
i. Mengenalpasti faktor-faktor pemilihan teknologi dalam penghasilan otak-otak bagi Industri
Mikro dan Kecil.
ii. Mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor pemilihan teknologi dengan produktiviti/kuantiti
otak-otak yang boleh dihasilkan dalam Industri Mikro dan Kecil.

1.3 Skop Projek


Kajian ini dilakukan dengan menfokuskan kepada rekabentuk pembangunan mekanisme mesin
otak-otak. Berikut merupakan skop kajian yang terlibat:
i. Kajian ini dilakukan di salah sebuah kilang pengeluar otak-otak dan kedai yang menghasilkan
otak-otak.
ii. Mensasarkan penghasilan otak-otak yang tinggi bagi memenuhi permintaan pelanggan yang
semakin meningkat.

1.4 Penyataan Masalah


Pada masa kini, perusahaan otak-otak telah berkembang dengan maju dan pesat. Ini telah
menyebabkan permintaan terhadap otak-otak telah meningkat dengan cepat. Oleh yang
demikian, pembangunan mekanisme mesin otak-otak dihasilkan bagi meningkatkan penghasilan
otak-otak sejajar dengan permintaannya di pasaran. Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk
menjadikan industri pertanian sebagai tunggak pertumbuhan negara menjelang 2020 menerusi
peranan pertanian sebagai pengeluar bahan makanan, pembekal bahan mentah dan pasaran
keluaran sektor awam.

Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan
2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah, IKS boleh
dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita
wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Terdapat beberapa pernyataan masalah
yang perlu dititikberatkan dalam melakukan kajian terhadap penghasilan dan pengendalian
operasi otak-otak yang mana akan menjejaskan produtiviti penghasilannya. Ianya merangkumi
peringkat pengisian adunan otak-otak ke dalam daun nipah, dan seterusnya penyematan daun lidi
bagi memastikan adunan tersebut berada pada keadaan yang tetap.
Berikut merupakan penyataan masalah yang perlu dititikberatkan:
i.

Pengisian otak-otak ke dalam daun nipah dilakukan secara manual iaitu


sepenuhnya menggunakan tenaga kerja manual bermula daripada proses
pengisian adunan otak-otak ke dalam daun nipah, sehinggalah disematkan
menggunakan lidi yang mana menghadkan produktiviti pengeluaran otak-otak

ii.

dalam sesuatu tempoh.


Dalam tempoh yang sama, ia memerlukan tenaga kerja yang ramai dalam
proses penghasilan dan pembungkusan adunan otak-otak bagi memenuhi

iii.

permintaan pelanggan yang tinggi.


Proses sematan lidi memerlukan kecekapan kerja yang tinggi dalam jangka

iv.

masa yang pendek.


Kaedah sematan yang dilakukan secara konvensional memakan masa yang

v.

lama.
Kaedah konvensional juga melibatkan kos yang tinggi berbanding kaedah
separa automatik.

1.5 Jangkaan Keputusan


Matlamat bagi penghasilan pembangunan mekanisme mesin otak-otak ini adalah untuk
mempelajari dan merekabentuk mekanisme yang terlibat dalam pembungkusan otak-otak dengan

pengoperasian pemesinan yang berterusan. Ini akan membantu otak-otak dihasilkan dengan lebih
cepat berbanding kaedah konvensional dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan
produktiviti penghasilannya. Apabila produktiviti dapat dipertingkatkan, ia secara tidak langsung
telah membantu Industri Kecil dan Sederhana berkembang lebih maju dan pesat. Selain daripada
itu juga, berikut merupakan antara beberapa jangkaan keputusan hasil daripada kajian yang
dilakukan:
i. Mekanisme mesin otak-otak yang dihasilkan mampu membantu para pengusaha otak-otak
dalam proses sematan lidi pada daun nipah.
ii. Meningkatkan produktiviti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan.

BAB 2
KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengenalan
Kajian ilmiah merupakan salah satu kajian ilmiah bagi mengenalpasti kajian-kajian
terdahulu yang mana melibatkan latar belakang sesuatu projek yang juga merangkumi suatu
kajian awal terhadap sebuah projek. Kajian ilmiah ini merupakan elemen yang penting bagi
memperoleh dan menentukan maklumat serta idea yang berkaitan bagi melaksanakan projek
yang akan dibangunkan. Objektif kajian ilmiah dilakukan bagi menjelaskan kajian yang akan
dilakukan dan hubungkait berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Kajian ilmiah boleh diperoleh melalui rujukan dan pencarian maklumat seperti artikel
jurnal, tesis, kertas kerja, buku malahan dokumen-dokumen yang berkaitan dijadikan rujukan.
Namun yang demikian, tahap keutamaan juga perlu dititikberatkan seperti teori dan analisis yang
akan digunakan dalam kajian yang akan dilakukan. Selain daripada itu juga, rujukan hasil
penulisan buku daripada sarjana yang terbabit dan juga jurnal-jurnal terkini merupakan pencarian
rujukan yang kukuh kerana sumber rujukan literatur yang tepat dan betul akan membuktikan
perbincangan kajian ini bersifat saintifik dan empirikal. Melalui kajian literatur ini juga,
rekabentuk mesin yang akan dihasilkan boleh dibangunkan melalui penghasilan mesin terdahulu
agar fungsinya dapat dipertingkatkan terutama bagi membantu pengusaha dalam bidang industri
kecil dan sederhana.

2.2 Kaedah Penghasilan Otak-otak Secara Konvensional

Mengikut perancangan pada carta gantt, lawatan industri ke kilang Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) pada minggu ke-sembilan telah memberi banyak maklumat mengenai kaedah
pembuatan otak-otak secara manual bermula daripada bancuhan bagi penghasilan adunan otakotak sehinggalah ke peringkat pembungkusan otak-otak. Berikut merupakan langkah-langkah
pemprosesan otak-otak:
i. Menumis sambal
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus.
Kemudian, bahan tersebut ditumis dengan menggunakan minyak sehingga garing dan pecah
minyak. Pada kebiasaannya, ramuan yang digunakan akan mempengaruhi rasa otak-otak yang
akan dihasilkan. Ada kalanya, bahan-bahan yang telah dikisar tidak ditumis, malahan terus
digaul sebati dengan ramuan isi ikan yang diperlukan.
ii. Menggaul adunan
Selesai menumis sambal otak-otak, ia perlulah disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul
sebati bersama isi ikan, tepung jagung, santan, gula, garam, dan bahan perasa dengan
menggunakan mesin pengadun bagi memastikan adunan yang dihasilkan digaul dengan sebati.
Kebiasaannya, proses adunan ini mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit bergantung kepada
kapasiti mesin pengadun yang digunakan. Penghasilan adunan bagi satu tempoh mampu
menghasilkan 30 kilogram adunan dan sekurang-kurangnya 1400 keping otak-otak yang mana
dalam tempoh sehari, sebanyak 13 kali adunan akan dihasilkan.

Rajah 2.1: Proses pengadunan otak-otak

iii. Membungkus

Seterusnya, adunan ini dimasukkan ke dalam daun kelapa, atau daun nipah dan
disematkan dengan menggunakan lidi. Proses pengisian dan pembungkusan ini mengambil masa
yang lama kerana dilakukan sepenuhnya menggunakan tenaga pekerja.

Rajah 2.2: Proses pengisian adunan otak-otak ke dalam daun nipah

Rajah 2.3: Proses sematan daun menggunakan lidi

Otak-otak ini kemudian dipanggang di atas bara atau alat pembakar untuk dimakan secara
terus. Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan
menggunakan kotak plastik kalis udara dan disimpan sejukbeku pada suhu -18C hingga -30C.
Selain daripada itu juga, otak-otak yang telah sedia dibungkus mampu bertahan selama dua jam
pada keadaan suhu bilik, dan jika disejukbekukan mampu bertahan selama tiga bulan.

Rajah 2.4: Otak-otak dipanggang di atas alat pembakar


2.3 Konsep-konsep Mesin dan Mekanisme
Bagi merekabentuk sesuatu produk, langkah pertama ialah menyenaraikan beberapa
rekabentuk konsep pengembangan idea. Ia bertujuan untuk mengetahui fungsi dan kelebihan
setiap rekabentuk selepas analisis dilakukan. Pemilihan rekabentuk perlulah tepat dan
bersesuaian dengan mesin dan mekanisme yang akan dihasilkan. Selain daripada itu juga, ia
dijadikan sebagai rujukan agar rekabentuk yang akan datang dapat dibangunkan dengan lebih
baik. Konsep-konsep mesin dan mekanisme dikaji bagi mendapat konsep mekanisme mesin
otak-otak agar proses pembangunan dapat dilaksanakan. Setiap mesin dan mekanisme dikaji
melalui paten yang telah direka oleh perekabentuk. Antara mekanisme yang dijadikan sebagai
rujukan dalam kajian adalah seperti berikut:
2.3.1 Mekanisme Pengapit
Mekanisme pengapit digunakan dalam penghasilan mekanisme mesin ini supaya ia dapat
memegang dan mengapit bahagian daun nipah yang pertama supaya adunan dimasukkan ke
dalamnya dengan mudah. Konsep paten yang digunakan adalah berdasarkan paten pengapit bar.
Dalam paten ini, mekanisme digunakan bagi memegang sesuatu bahan dengan kukuh agar proses
seterusnya dapat dijalankan dengan mudah dan lancar.

Walaupun pada asasnya mekanisme ini dilakukan secara manual, konsep dan fungsinya
dapat diaplikasikan di dalam penghasilan mekanisme otak-otak bagi proses mengapit daun nipah
di samping kaedah pengendaliannya dibangunkan melalui kaedah separa automatik.
Jadual 2.1: Pengapit bar
Nama Perekabentuk
No. Paten
Tarikh Paten

Joseph A. Sorensen
US 328846
25 OGOS 1992

Rajah 2.5: Pengapit bar


2.3.2 Mekanisme Sematan

Melalui kaedah pelaksanaan sematan secara manual yang mana dawai kokot akan
dikenakan daya melalui penekan agar ia dapat menyemat lampiran kertas yang perlu
dicantumkan. Kaedah ini dapat digunakan sebagai rujukan di samping fungsinya ditingkatkan
bagi kaedah sematan dalam proses pembungkusan daun nipah bagi memastikan kedua-dua
bahagian daun nipah dapat dicantumkan dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, pengendalian
dawai kokot akan digantikan dengan lidi sematan. Ini kerana penggunaan lidi sematan adalah
lebih sesuai dan selamat bagi pembungkusan otak-otak ekoran faktor keselamatan pengguna.
Jadual 2.2: Peningkatan peranti untuk memasukkan ruji logam
Nama perekabentuk
No. paten
Tarikh paten

Henry R. Heyl
US 195603
25 September 1877

Rajah 2.6: Peningkatan peranti untuk memasukkan ruji logam


2.3.3 Mekanisme Penekan

Mekanisme penekan dilengkapi dengan spring penekan yang bertindak untuk menekan
apabila beban dikenakan ke atas bahagian spring penekan bagi melekatkan lampiran bahan
seperti kertas dan seumpamanya. Walaupun ia diaplikasikan pada kepingan kertas, konsep ini
boleh dibangunkan agar fungsinya dapat digunakan dalam proses penekanan dalam mekanisme
mesin otak-otak setelah proses sematan dilakukan. Kaedah ini diaplikasikan selepas mekanisme
sematan lidi dilakukan ke atas kedua-dua bahagian daun nipah yang telah dicantumkan bersama.
Ia juga berfungsi bagi mengelakkan lidi sematan tersebut terlerai bersama cantuman daun.
Jadual 2.3: Mekanisme penekan bagi melampirkan kertas
Nama perekabentuk

Joseph A.

No. paten
Tarikh paten

Sorensen
US 328846
25 Ogos 1992

Rajah 2.7: Mekanisme penekan bagi melampirkan kertas

2.4 Sistem Automasi

Menurut Stephen (2005), automasi bermaksud merekabentuk, membina dan


melaksanakan mesin automatik. Mesin automatik merupakan mesin yang dapat menghasilkan
jumlah produk yang banyak dan berkualiti untuk mengurangkan kos. Manakala sistem automasi
ialah rekabentuk sistem dan komponen kawalan untuk menghasilkan produk yang dikehendaki
(Derby, 2005).
Terdapat cara-cara untuk merekabentuk sesebuah mesin yang mana ia terdiri daripada
enam proses merekabentuk seperti pada Rajah 2.7. Perkara yang paling penting dalam
merekabentuk bentuk sesebuah mesin adalah memastikan produk yang dihasilkan dapat
berfungsi dengan baik.
Bagi menghasilkan sistem kawalan mekanisme automasi mesin otak-otak, proses
merekabentuk merupakan perkara yang paling utama agar setiap komponen yang terlibat dapat
berfungsi dengan sewajarnya apabila ia diaplikasikan di dalam sistem kawalan. Berikut
merupakan beberapa komponen yang digunakan:
2.4.1 Struktur Kerangka Mesin
Struktur kerangka mesin merupakan salah satu struktur utama dalam merekabentuk
sesebuah mesin kerana ia merupakan tapak dan pemegang utama bagi beberapa komponen yang
penting. Binaannya perlulah kukuh agar lebih tahan lama dan sesuai bagi industri yang terlibat.
Kebanyakan mesin menjadikan keluli sebagai bahan binaan kerangka mesin tetapi di dalam
industri makanan, kebersihan sesebuah kerangka perlu dititikberatkan agar makanan tersebut
tidak terdedah kepada pencemaran.
Oleh yang demikian, bahan binaan kerangka yang dipilih perlulah tahan daripada kakisan
agar jangka hayatnya lebih lama seperti keluli tahan karat. Penyambungan setiap kerangka mesin
juga perlu diambil kira kerana penyambungan juga akan menyebabkan ketahanan terhadap
getaran, hentaman dan faktor seumpamanya. Antara contoh penyambungan termasuklah
kimpalan dan penyambungan skru dan nat. Kesan daripada perkara tersebut juga melibatkan
ketahanan, kekuatan dan jangka hayat sesebuah mesin.

2.4.2 Silinder Pneumatik Dua Tindakan

Silinder dua tindakan merupakan satu kaedah pneumatik yang menggunakan tindakan
udara untuk bergerak dalam dua arah iaitu bergerak keluar atau kembali ke bentuk asal. Ia
mempunyai dua liang (port) bagi membenarkan udara masuk ke dalam melalui saluran khas.
Panjang lejang bagi rekabentuk ini tidak terhad dan bagaimanapun, rod omboh adalah lebih
terdedah kepada lengkokan dan lenturan.

Rajah 2.9: Silinder pneumatik dua tindakan

2.4.3 Injap 5/3


Injap 5/3 bermaksud injap kawalan berarah yang mempunyai 4 laluan, 5 liang (port) dan
3 kedudukan. Injap mempunyai beberapa fungsi tertentu seperti mengawal dan menghentikan
kadar pengaliran udara yang disalurkan daripada pemampat (compressor) kepada silinder.

Rajah 2.10: Injap 5/3

2.4.4 Hex Cap Screw


Hex cap screw mempunyai pelbagai saiz mengikut spesifikasi diameter dan panjang di
mana fungsinya sebagai pengikat dan hampir sama seperti bolt hex. Kebanyakkannya dihasilkan
untuk toleransi yang lebih ketat. Kadangkala ia turut disertakan bersama washer seperti dalam
gambarajah di bawah.

Rajah 2.12: Hex cap screw


2.5 Pengukuran Kerja Dalam Rekabentuk
Dalam proses merekabentuk mesin ini, beberapa teori yang berkaitan akan digunakan
dalam analisis dan pengiraan kajian masa yang mana melibatkan kaedah konvensional dan
separa automatik yang turut meliputi perbandingan kedua-dua kaedah tersebut. Teori-teori yang
digunakan dalam analisis dan pengiraan rekabentuk mesin ini dijelaskan dalam subtopik
berikutnya. Berikut merupakan penerangan bagi setiap istilah dan rumus yang akan digunakan:
2.5.1 Pengukuran Kerja (work measurement)
Pengukuran kerja adalah aplikasi yang direka bagi melakukan kiraan masa yang
sewajarnya untuk seseorang pekerja yang berkelayakan bagi menjalankan tugas pada kadar yang
ditetapkan untuk bekerja.
Objektif bagi sistem pengukuran kerja adalah bagi menentukan masa purata yang perlu
diambil, pekerja yang terlatih untuk melaksanakan tugas jika melebihi lapan jam sehari di bawah
keadaan kerja yang biasa dan bekerja pada kadar yang normal.

2.5.2 Masa Biasa (normal time)


Masa biasa adalah masa yang diperlukan untuk purata, operator terlatih bagi
melaksanakan tugas di bawah keadaan kerja biasa dan bekerja pada kadar yang normal.
Persamaan teori bagi pengiraan masa biasa adalah seperti berikut:
Masa biasa (normal time) = (Purata kitaran masa sebenar)
(Kadar Faktor)

2.5.3 Masa Piawai (standard time)


Masa piawai merupakan masa yang perlu ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan
masa biasa (normal time) yang mana melibatkan faktor peruntukan (allowance) yang perlu
ditetapkan. Berikut merupakan persamaan yang terlibat:
Masa piawai =

Jumlah masa biasa


1 Faktor peruntukan

2.6.1 Peralatan Kajian Masa


Terdapat beberapa peralatan yang perlu digunakan dalam menjalankan kaedah kajian
masa bagi memenuhi keperluan dan kriteria perlaksanaan kajian masa. Peralatan asas bagi kajian
masa terdiri daripada:

1. Jam randik
Jam randik digunakan bagi mengukur masa secara langsung yang mempunyai ketepatan
jam pada kadar 1%. Terdapat beberapa jam randik yang boleh digunakan bagi kaedah ini yang
mana antaranya termasuklah jam randik yang terdapat pada telefon bimbit, jam tangan biasa, dan
jam randik digital. Penggunaan jam randik adalah kaedah yang paling sesuai digunakan bagi
mendapatkan bacaan masa.

Rajah 2.12: Jam randik


2. Papan kajian masa
Papan kajian masa yang digunakan adalah bertujuan bagi meletakkan borang kajian masa
yang diperbuat daripada papan nipis atau kepingan plastik yang keras dan rata yang mana
saiznya mestilah lebih besar berbanding saiz borang kajian masa yang akan digunakan.

Rajah 2.13: Papan kajian masa

3. Borang kajian masa


Borang kajian masa digunakan bagi merekod dan mencatatkan data yang diperoleh bagi
memudahkan analisis ke atas kajian masa yang dilakukan. Data direkodkan berdasarkan catatan
jam randik yang digunakan. Rajah di bawah merupakan contoh borang kajian masa.

Rajah 2.14: Borang kajian masa

2.7 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian ilmiah merupakan satu aktiviti menilai dan mengenalpasti segala
maklumat dan sumber yang diperlukan bagi membantu kajian yang dilakukan. Selain itu juga,
kajian ilmiah merupakan suatu kaedah merujuk maklumat yang dijadikan sebagai rujukan
daripada kajian terdahulu yang telah dilakukan.
Kajian ilmiah turut merangkumi ringkasan mengenai keseluruhan kajian yang dibuat
termasuklah merekabentuk pembangunan mekanisme mesin otak-otak. Kajian terhadap
mekanisme mesin otak-otak amat penting dalam melakukan kajian yang dilakukan bagi
memastikan maklumat dan sumber yang diperoleh bertepatan dan bersesuaian dengan kajian
yang dilakukan. Penggunaan istilah dan rumus yang akan digunakan bagi analisis pada bab 4
turut dibincangkan bagi mengenalpasti kaedah dan langkah yang bersesuaian bagi kajian ini.

BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan perbincangan mengenai turutan proses bagi menjalankan
sesebuah kajian terhadap mesin yang akan dilakukan. Metodologi adalah sangat penting di dalam
sesebuah kajian kerana ia akan membantu menjalankan kajian dengan lebih efisyen dan
sistematik. Carta alir di bawah adalah ringkasan di dalam metodologi kajian yang mana ia
merupakan susunan langkah kerja bagi proses penghasilan sesebuah mekanisme automasi mesin
otak-otak.
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian termasuklah lawatan industri
ke kilang otak-otak, dan kajian melalui jurnal dan buku dan akan dibincangkan lebih lanjut agar
objektif dan matlamat kajian tercapai. Selain daripada itu juga, metodologi kajian turut
merangkumi bahan mentah yang digunakan dan kaedah penyediaannya. Peralatan yang
digunakan juga turut meliputi prinsip kerja, spesifikasi, kejituan dan ketepatan alat, dan had
operasi. Metodologi kajian yang turut dilakukan adalah mengenai rekabentuk mekanisme mesin
otak-otak dengan menggunakan pendekatan automasi.
3.2 Carta Aliran
Carta aliran adalah sejenis rajah yang mewakili sesuatu proses di mana ia ditunjukkan
dalam pelbagai jenis kotak dan susunan daripadanya dihubungkan melalui tanda anak panah. Ia
juga suatu gambaran rajah mengenai sesuatu proses agar ia dapat dilakukan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan.

3.3 Fasa Pertama: Perancangan Projek


Perancangan projek merupakan langkah kerja yang pertama bermula daripada
permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha industri kecil dan sederhana dalam pembuatan,
pengisian dan seterusnya pembungkusan otak-otak.
Hasil lawatan industri yang dilakukan di Otak-otak Sinar Shukor Enterprise, Batu Pahat,
masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah kapasiti otak-otak yang dihasilkan dalam tempoh
sebulan tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Johor, Perlis, dan kawasan
sekitar yang mana mendapat permintaan yang tinggi berbanding kawasan lain. Ini berikutan
proses pengisian dan pembungkusan otak-otak dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan
tenaga pekerja yang ramai. Hanya proses bancuhan adunan dilakukan secara automatik dengan
menggunakan mesin adunan. Berikutan perkara tersebut, pembangunan mekanisme mesin otakotak dihasilkan bagi meringankan penggunaan tenaga kerja disamping meningkatkan
produktiviti penghasilan otak-otak bagi memenuhi permintaan.
Kajian dilakukan dalam penghasilan sebuah mesin otak-otak automatik. Permulaan kajian
dilakukan dengan melihat sendiri proses pembuatan otak-otak bermula daripada peringkat
adunan sehinggalah peringkat pembungkusan. Hasil daripada maklumat dan pandangan yang
diberikan, berikut merupakan lakaran pembangunan mekanisme mesin otak-otak yang akan
dihasilkan.

3.3.1 Lakaran Idea

Rajah 3.2: Lakaran mekanisme mesin otak-otak

Jadual di bawah menunjukkan komponen-konponen pada mekanisme mesin otak-otak.


Lakaran awal diperlukan bagi mendapat gambaran mengenai pergerakan dan fungsi setiap
komponen.
Jadual 3.1: Senarai komponen
No.
1
2
3
4

Komponen
Mekanisme pengapit
Mekanisme penekan
Spring
Bolt dan nat

3.4 Fasa kedua : Rekabentuk Mekanikal

Pada peringkat rekabentuk mekanikal mekanisme mesin otak-otak, idea awal diperlukan
bagi menghasilkan rekabentuk yang baik dan sesuai dengan penggunaan yang diperlukan oleh
pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Selepas mengenalpasti idea dan menentuan
konsep yang akan digunakan, lukisan mekanisme mesin otak-otak dilakukan bagi mendapatkan
gambaran lebih jelas melalui perisian Solidwork 2010.
3.4.1 Penerangan Lakaran Komponen Mekanisme Automasi Mesin Otak-otak
Mekanisme mesin otak-otak mempunyai tiga bahagian. Bahagian yang pertama
merupakan bahagian mekanisme pengapit yang mana bahagian tersebut akan memegang dan
mengapit bahagian daun nipah yang pertama agar adunan otak-otak dapat dimasukkan dengan
mudah. Bahagian kedua pula melibatkan percantuman bagi kedua-dua bahagian daun agar ianya
dapat menutup dan membungkus bahagian adunan otak-otak yang telah dimasukkan ke dalam
daun bahagian pertama melalui mekanisme sematan lidi.
Bahagian ini akan melibatkan proses sematan lidi di bahagian kiri dan kanan daun nipah
yang telah dicantumkan agar pembungkusannya lebih kukuh. Bahagian ketiga pula
menggunakan aplikasi mekanisme penekan yang dikenakan ke atas lidi agar percantuman keduadua bahagian daun nipah tidak terlerai.
3.4.2 Spesifikasi Rekabentuk Mesin
Spesifikasi yang disenaraikan adalah panduan yang digunakan sepanjang projek
dijalankan. Jadual menunjukkan beberapa spesifikasi garis panduan yang diperlukan dalam
penghasilan mekanisme automasi mesin otak-otak.

Jadual 3.2: Spesifikasi rekabentuk mesin

Tajuk Kajian:

Penggunaan Teknologi Mesin Dalam


Menghasilkan Otak-otak Bagi Sektor Industri

Penyataan masalah

Mikro dan Kecil


Pembuatan otak-otak secara konvensional tidak
dapat memenuhi permintaan pelanggan yang

Objektif kajian

semakin meningkat
i. Mengenalpasti faktor-faktor pemilihan
teknologi dalam penghasilan otak-otak bagi
Industri Mikro dan Kecil.
ii. Mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor
pemilihan teknologi dengan
produktiviti/kuantiti otak-otak yang boleh

Kriteria / ciri-ciri

dihasilkan dalam Industri Mikro dan Kecil.


i.Mekanisme mesin otak-otak yang dihasilkan
memudahkan dan mempercepatkan proses
sematan lidi pada daun nipah

Ergonomik

ii.Mesin yang dihasilkan mudah dikendalikan


i.Hanya memerlukan seorang untuk
mengendalikan mesin.
ii.Menjimatkan tenaga pekerja dan
menjimatkan kos secara keseluruhannya

3.4.3 Pemilihan Bahan


Pemilihan bahan bagi pembinaan sesebuah mesin adalah sangat penting. Bahan yang
dipilih akan menentukan struktur serta kekuatan sesuatu komponen dan keseluruhan rekabentuk

mesin itu sendiri. Pemilihan bahan yang tepat jugaakan meningkatkan jangka hayat sesuatu
mesin, malahan dengan pengendalian mesin yang berhemah.
Berdasarkan skop kajian awal, beberapa kriteria-kriteria pemilihan seperti pada Jadual
3.3 telah ditetapkan sebagai panduan sepanjang proses pembinaan mesin dijalankan.
Jadual 3.3: Kriteria pemilihan bahan
Sifat Mekanikal
Tahan karat

Kriteria pemilihan bahan yang dipilih


Mekanisme yang terlibat dengan makanan
perlulah tahan karat agar tidak menjejaskan
kesihatan di samping memberi kesan yang

Kukuh

buruk terhadap pengeluaran produk otak-otak.


Bahan yang dipilih perlulah kukuh dan mampu
menampung beban yang dikenakan ke atasnya
seperti kaedah penekanan dan penyematan lidi
ke atas kedua-dua bahagian daun yang telah
dicantumkan.

Pemilihan bahan yang betul dalam rekabentuk juga merupakan langkah utama kepada
sesuatu proses supaya ia tidak membawa kepada kegagalan bahan dan juga kos kitar hayat yang
tidak perlu disamping ketahanan bahan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang
panjang.
Keluli tahan karat menjadi pilihan utama dalam rekabentuk ini kerana melibatkan bahan
makanan yang perlu menitikberatkan soal kesihatan. Merujuk Jadual 3.4 dan Jadual 3.5, besi

tahan karat AISI 316 digunakan kerana kesesuaian aplikasinya di dalam keadaan persekitaran
berklorida bagi mengelak hakisan pada keluli. Segelintir industri pembuatan makanan
menggunakan besi tahan karat AISI 304 kerana harganya yang murah namun ianya kurang dari
segi ketahanan kakisan berbanding AISI 316. Perbandingan antara AISI 316 dan AISI 304 adalah
dari segi kandungan karbonnya.

Jadual 3.4: Komposisi besi tahat karat AISI

Jadual 3.5 Ciri-ciri mekanikal besi tahan karat AISI 316

3.5 Fasa ketiga: Rekabentuk Sistem Kawalan


Rekabentuk sistem kawalan yang digunakan dalam pengisian adunan dan pembungkusan
otak-otak adalah melalui penyaluran silinder berongga yang mana ia akan ditolak ke dalam daun
nipah melalui penekan yang dikhaskan.
Setelah adunan otak-otak dimasukkan ke dalam daun nipah pada kepingan pertama,
kepingan daun nipah yang kedua akan dicantumkan bersama kepingan kedua bagi mengelakkan
adunan otak-otak tadi keluar.
Selesai melakukan proses cantuman bagi kedua-dua kepingan daun nipah, mekanisme
penekan dan pengapit akan memastikan cantuman kepingan daun nipah tersebut mudah
disematkan menggunakan lidi. Lidi akan disematkan di hujung kedua-dua cantuman daun nipah
tersebut bagi mengelakkan cantuman tersebut terpisah.
3.6 Kesimpulan

Dalam bab metodologi ini membincangkan mengenai perancangan, kaedah kerja,


pemilihan bahan dan analisis yang akan diguna pakai dalam bab seterusnya. Rekabentuk mesin
otak-otak bermula dengan idea yang dikemukakan dan kemudian dilakar dengan perisian
Solidwork sebagai gambaran awal bagi mendapatkan gambaran yang jelas. Mesin otak-otak
menggunakan konsep mekanisme pengapit, mekanisme sematan dan mekanisme penekan
bahagian daun nipah. Tetapi, penambahbaikan akan dilakukan dari semua aspek rekabentuk bagi
memastikan fungsi rekabentuknya berjalan dengan baik.

You might also like