You are on page 1of 12

_____________________________________________________________________________________

PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI


PERTUBUHAN KAMI ANAK FELDA MALAYSIA (KAF)
WILAYAH TROLAK

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk mencadangkan kepada pihak Pengurusan Agro Bank
mengenai pembiayaan aktiviti sumber pendapatan baharu Peneroka Felda dan
Generasi Baharu Felda iaitu dengan menjalankan aktiviti Penternakan Arnab Pedaging
oleh Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia (KAF) Wilayah Trolak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat kami ialah untuk mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada


Peneroka dan Generasi Baharu Felda bersesuaian dengan cadangan kerajaan dalam
Kertas Putih yang dibentangkan pada 10 April 2019 di Parlimen oleh Menteri Ekonomi
Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan projek ini akan dapat mencapai perkara berikut:

 Menyediakan ruang untuk aktiviti meningkatkan pendapatan Warga Felda


melalui aktiviti selain daripada tanaman komoditi.

 Mengaktif dan memanfaatkan penggunaan tanah-tanah kosong dalam


rancangan.

 Memberi ruang kepada individu / badan pertubuhan dalam rancangan untuk


berkongsi sama usaha ini.

 Mengembangkan aktiviti penternakan arnab pedaging sedia ada.

 Membuka ruang kepada peserta memperolehi hasil dalam tempoh yang


singkat.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 1


_____________________________________________________________________________________

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Di dalam pembentangan Kertas Putih Felda, ”Ke Arah Kelestarian Lembaga


Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” terdapat usaha untuk melahirkan peneroka
baharu yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti
pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti smart
farming dan precision agriculture, serta keyakinan Yang Berhormat Menteri Ekonomi
bahawa Felda mampu untuk bangkit kembali sebagaimana kegemilangannya sebelum
ini. Kepimpinan KAF Malaysia rasa terpanggil untuk berkongsi buah fikiran dan usaha
bagi merealisasikan usaha tersebut.

KAF sebelum ini telah merangka beberapa projek pertanian dan ternakan seperti
penanaman nenas, penanaman buah tin dan ternakan arnab untuk dilaksanakan oleh
generasi baharu felda di seluruh wilayah. Bertepatan dengan isi kandungan Kertas
Putih yang dibentangkan, KAF berhasrat untuk berkongsi cadangan tersebut dengan
pihak Pengurusan Felda dan Kerajaan seterusnya bersama-sama menggerakkan
usaha membangunkan projek tersebut. Dengan sokongan pihak pengurusan dan
kerajaan, kami yakin pelaksanaan projek tersebut akan lebih berkesan dan memberi
impak yang besar.

Di dalam kertas cadangan ini kami mencadangkan Projek Ternakan Arnab Pedaging
sebagai projek yang akan dijadikan sumber pendapatan baharu kerana aktiviti ini
mampu dilaksanakan oleh setiap peneroka dan generasi baharu di tanah rancangan.
Ia boleh dilaksanakan dalam skala besar atau kecil.

4.1 Senario Semasa Industri Arnab Pedaging

Di Malaysia, mereka yang terlibat dengan ternakan arnab pedaging masih


kurang dan agak asing bagi masyarakat Malaysia memakan daging arnab.
Hakikatnya arnab pedaging tidak asing di Negara Eropah seperti Perancis, Itali,
German, Belgium. Kanada, Amerika Syarikat, Jepun dan Afrika. Daging arnab
menjadi sumber protein dan diet utama dalam menu pemakanan mereka.

Walaupun di Malaysia penggunaan daging arnab dalam menu pemakanan


rakyatnya agak kurang popular, kami tidak menganggap itu sebagai halangan
untuk melaksanakan aktiviti penternakan arnab pedaging. Kami mengambil
senario ini sebagai peluang di mana ia menunjukkan bahawa ruang pasaran
daging arnab yang masih luas dan terbuka.

4.2 Fakta Daging Arnab

Kajian oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)


melalui bukunya Penternakan Arnab (1995), menyatakan bahawa daging arnab
mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan berbanding dengan

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 2


_____________________________________________________________________________________

daging-daging lain. Di samping rasanya yang enak, daging arnab mempunyai


kadar lemak yang sangat rendah, tinggi protein dan sangat sesuai dijadikan
pengganti kepada daging-daging lain seperti ayam, lembu dan kambing. Tidak
mustahil daging arnab akan menjadi salah satu sumber makanan yang akan
diterima baik oleh rakyat Malaysia.

Kandungan Nutrien Daging Arnab:

Tenaga : 160kcal
Crude Protein : 18%
Lemak : 7.1%
Kolesterol : 136mg / 100gm
Air : 71%
Terkandung juga vitamin B3 & B12, mineral dan asid amino.

4.3 Khasiat dan Faedah Lain Daging Arnab

Menjalankan penternakan arnab pedaging secara komersial akan membuka


ruang pelbagai pihak membuat kajian lebih mendalam berkaitan khasiat lain
yang terkandung dalam daging arnab. Antara khasiat daging arnab yang
diperkatakan hari ini:

4.3.1 Mengatasi masalah pencernaan kerana ia mudah hadam.


4.3.2 Mengawal tekanan darah tinggi dan kandungan uric asid.
4.3.3 Mengawal implikasi asthma dan demam malaria.
4.3.4 Memperbaiki sel-sel dalam tubuh.
4.3.5 Meningkatkan kecerdasan otak.
4.3.6 Mengawal kebuncitan perut.
4.3.7 Berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki.
4.3.8 Hempedunya baik untuk kesuburan wanita.
4.3.9 Tulang arnab boleh menjadi sumber kolagen.
4.3.10 Kulit arnab boleh digunakan untuk menghasilkan kraf.
4.3.11 Tinja arnab sangat sesuai untuk baja tumbuhan.
4.3.12 Telinga arnab sesuai sebagai makanan basah haiwan peliharaan.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 3


_____________________________________________________________________________________

4.4 Kenapa Ternakan Arnab Pedaging

Kami merujuk kepada pengusaha ternakan arnab pedaging di beberapa tempat.


Antara faktor yang menyebabkan kami berusaha untuk menjayakan projek
ternakan arnab pedaging dan seterusnya mencadangkan kepada pihak
pengurusan dan kerajaan untuk dijadikan sebagai sumber baharu pendapatan
peneroka dan generasi baharu felda ialah:

4.4.1 Kos Operasi permulaan yang rendah.


4.4.2 Kos operasi dan penjagaan yang minima
4.4.3 R.O.I (titik pulang modal) yang cepat
4.4.4 Keperluan ruang yag kecil dan tidak panas
4.4.5 Produktif - Kadar kelahiran yang tinggi (purata 7 ekor & sehingga
10 kelahiran setahun) dan dalam tempoh yang singkat (tempoh
bunting 30 hari).
4.4.6 Tempoh matang (sedia untuk dijual) yang cepat (60 hari)
4.4.7 Harga pasaran yang kompetitif
4.4.8 Pasaran yang masih luas (dalam negara & luar negara).
4.4.9 Mempunyai potensi membangunkan industi hiliran yang luas.

5.0 METHOD PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI

Tenakan arnab pedaging komuniti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
semua komuniti melibatkan diri dalam industri ternakan arnab pedaging. Satu method
dicadangkan bagi membolehkan peserta menuai hasil yang cepat dengan risiko yang
rendah (rujuk SOP)

5.1 Penternakan Rezeki Di Laman Rumah

Aktiviti penternakan di laman rumah ini boleh dilaksanakan oleh peneroka atau
generasi baharu felda di laman belakang atau hadapan rumah masing-masing.
Pakej akan bermula dengan seekor arnab jantan dan 5 ekor arnab betina
sebagai induk. Arnab mampu melahirkan anak dari 5 hingga 12 belas ekor.
Dengan anggaran setiap ekor induk akan melahirkan 7 ekor anak, ia akan
menghasilkan sejumlah 35 ekor anak daripada lima ekor induk. Anak-anak
arnab ini boleh dijual kepada grower pada umur 2 bulan dan berat 1kg dengan
harga RM20.00 seekor kepada KAF ataupun jualan terus dengan harga RM40
seekor. Peserta juga boleh terus membela arnab tersebut sehingga matang

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 4


_____________________________________________________________________________________

sekiranya ingin mendapatkan pendapatan yang lebih (harga pasaran induk


RM200 seekor).

5.2 Anggaran Kos Aktiviti Penternakan di Laman Rumah

Berikut ialah anggaran kos bagi memulakan aktiviti penternakan di laman rumah:

5.2.1 Baka – Arnab pedaging 1 x Arnab Jantan 5 x Arnab Betina


(RM200.00 x 6 ekor) - RM1200.00
5.2.2 Sangkar Lengkap dengan sistem pemakanan – RM1,660.00
5.5.3 Bekalan makanan sehingga jualan pertama – RM240.00
5.5.4 Latihan & praktikal (2 hari 1 malam) – RM700.00
5.5.5 Bekalan Ubat – RM200.00
5.5.6 Jumlah anggaran kos permulaan ialah RM4,000.00

5.3 Insentif Kepada Peserta

Peserta yang menyertai program ini akan menikmati insentif berikut:

5.3.1 Latihan teori dan praktikal sehingga peserta mahir mengendalikan


aktiviti penternakan.
5.3.2 Aktiviti promosi yang akan diadakan oleh KAF Wilayah Trolak.
5.3.3 Kerjasama oleh KAF Wilayah Trolak dengan 10 Wilayah Felda di
seluruh Malaysia.
5.3.4 Belian semula hasil.
5.3.5 Potensi pasaran yang akan dimainkan oleh KAF Wilayah Trolak
secara berterusan.
5.3.6 Kempen penternakan arnab di rancangan-rancangan yang akan
digerakkan oleh KAF Wilayah Trolak.

5.4 Ternak Sendiri

Peserta akan melaksanakan projek dengan cara menternak sendiri di


laman rumah. Dalam tempoh ini peserta akan diberi peluang untuk mengikuti ”on
the job training” di tempat grower.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 5


_____________________________________________________________________________________

5.5 Mewujudkan Team mentor / Grower di Setiap Rancangan Atau Zon

Bagi memudahkan pemantauan aktiviti penternakan, team mentor atau grower


akan diwujudkan di setiap zon – 5 zon. Pasukan ini dicadang diwujudkan
secara berkumpulan / berkelompok. Kami memikirkan bahawa aktiviti yang
dijalankan secara berkelompok adalah lebih berkesan dan lebih berdaya saing.

5.5.1 Bagi setiap team mentor / grower akan mewujudkan sekurang-


kurangnya 20 orang penternak di laman rumah di setiap zon bagi
memperolehi bekalan arnab pedaging berjumlah 2,000 ekor
sebulan.

5.5.2 Team mentor / grower akan dikenalpasti dan dilatih di kalangan ahli
KAF bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh KAF Wilayah
Trolak.

5.5.3 Modal awal yang diperlukan bagi membangunkan team mentor /


grower ialah sekitar RM15,000.00. Perinciannya sebagaimana di
lampiran 1.

5.6 Mewujudkan Hubungan Dengan Agensi / Jabatan Pemberi Khidmat


Nasihat.

Selain daripada Agro Bank sebagai pembiaya, kami juga mendapatkan khidmat
nasihat dari agensi dan jabatan seperti Veterinar, FAMA, SIRIM bagi
menjayakan program ini. Agensi / jabatan dibawah Kementerian Pertanian,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Exco Luar Bandar di negeri terlibat
juga akan dirujuk.

5.7 Kempen Menternak Arnab Kepada Penduduk Rancangan

Antara fasa yang tidak kurang pentingnya dalam projek ini ialah untuk
menggalakkan penduduk rancangan turut serta menjalankan aktiviti
penternakan. Kempen menternak arnab pedaging akan dijalankan sebagai
salah satu usaha mempelbagaikan sumber pendapatan peneroka / generasi
baharu Felda kerana mudah,cepat & tidak perlu berpanas.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 6


_____________________________________________________________________________________

5.8 Titik Pulang Modal

Arnab boleh melahirkan antara 5 hingga 12 ekor / induk. Dengan


mengandaikan kelahiran adalah 7 ekor setiap induk dan umur boleh jual
(bercerai susu) ialah 2 bulan, titik pulang modal di jangkakan seperti berikut:

Harga belian KAF


35 ekor x RM20.00 = RM700.00
RM4,000.00 / 700 = 6 bulan + 2 bulan

Harga pasaran
35 ekor x RM40.00 = RM1400.00
RM4,000.00 / 1400 = 3 bulan + 2 bulan

*Titik pulang modal untuk aktiviti penternakan di laman rumah ialah 8 bulan
bagi jualan terus kepada KAF atau 5 bulan jika dijual terus, di mana hasil
mula di tuai di bulan ke 3.

6.0 PEMBIAYAAN PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING DI LAMAN RUMAH


Pembiayaan merupakan elemen penting bagi menjayakan projek ternakan ini.
KAF mencadangkan pembiayaan sebanyak RM4000 dengan tempoh pinjaman selama
24 bulan. dan tempoh bayaran semula pada bulan ke 7 memandangkan hasil hanya
akan dituai pada bulan ke 3.

6.1 Cadangan pembiayaan sebanyak RM4000 untuk tempoh pinjaman


selama 24 bulan serta bayaran semula pada bulan ke 7.

*Bagi pembiayaan melalui pinjaman, KAF Wilayah Trolak akan memastikan bayaran
bulanan di buat oleh peserta.

7.0 PEMBIAYAAN PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING OLEH MENTOR /


GROWER

Grower merupakan entiti utama yang akan mengurus perjalanan ternakan


arnab di laman rumah. Selain daripada mengurus, grower juga bertanggungjawab
untuk melahirkan penternak laman, melatih peserta dan mengumpul hasil ternakan
peserta disetiap rancangan. Dicadangkan supaya setiap zon akan ada seorang grower.

Adalah dicadangkan kos pembangunan pusat grower ini juga dibiayai oleh Agro Bank.
Anggaran modal permulaan yang diperlukan untuk memulakan sebuah pusat grower
sebagaimana di lampiran 1.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 7


_____________________________________________________________________________________

8.0 RANCANGAN PENGURUSAN

Aktiviti ini merupakan pembangunan projek baharu atau pengembangan kepada


projek sedia ada yang memungkinkan ia beralih kepada satu projek berskala besar
yang melibatkan komuniti. Pengurusan bagi projek ini akan di pecahkan kepada tiga
bahagian iaitu bahagian pentadbiran dan pengurusan, bahagian pengeluaran (produksi)
dan bahagian pembangunan pemasaran. Bahagian-bahagian lain boleh diwujudkan
mengikut keperluan.

8.1 Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan

Bahagian ini akan bertanggungjawab menguruskan keahlian kelompok,


peserta ternakan di laman rumah, menguruskan pinjaman dari serta
pembayaran kepada Agro Bank bagi membantu pembangunan aktiviti
kelompok ini.

8.2 Bahagian Pengeluaran

Bahagian ini akan fokus kepada pembangunan kaedah ternakan (amalan


baik) untuk menternak arnab pedaging dengan kos yang paling minima.
Bahagian ini juga akan bertanggungjawab untuk memberi latihan
kepada peserta ternakan di laman.

8.3 Bahagian Pembangunan dan Pemasaran

Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengenalpasti pasaran dan


kaedah pembungkusan produk (presentation). Kebanyakan produk
Industri Kecil dan Sederhana mempunyai masalah jualan produk. Oleh itu
menjadi keperluan kepada projek ini untuk diwujudkan bahagian khas
yang akan mengenalpasti dimanakah produk hendak dijual.

Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk membangunkan kepelbagaian produk yang


berasaskan daging arnab atau lebih tepat akan melaksanakan aktiviti Research and
Development (R & D)

9.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN PEMASARAN

9.1 Analisa Pemasaran

Hasil maklumat daripada pemain industri yang agak terhad, pasaran


daging arnab masih terbuka ekoran aktiviti penternakan yang masih
kurang. Oleh itu produk ini perlu diperkenalkan kepada masyarakat
ekoran ia bukanlah sumber makanan yang menjadi makanan asasi atau
makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat kita seperti ayam dan

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 8


_____________________________________________________________________________________

ikan. Namun demikian, daging arnab merupakan salah satu sumber


protein yang tinggi. Kami mengambil positif kepada situasi ini di mana ia
sebenarnya merupakan peluang kepada KAF untuk mengembangkan
kepada masyarakat mengenai pengambilan daging arnab sebagai sumber
protein.

9.2 Strategi Pemasaran

Pendekatan yang kami gunakan untuk mengatur pemasaran adalah seperti


berikut:

9.2.1 Sasaran utama pemasaran ialah dengan memasuki pasaran


industri berasaskan daging seperti industri makanan segera
(burger), Sate dan lain-lain peruncit serta pasaran luar negara
seperti negara timur tengah.

9.2.2 Membangunkan produk sebagai produk sejuk beku yang berkualiti.


Ahli terpilih akan dihantar ke kursus pembangunan produk sejuk
beku.

9.2.3 Membekalkan kepada pasaraya tempatan, hotel & restoren.

9.2.4 Mensasarkan gerai-gerai runcit & Dmart di seluruh rancangan


Felda sesuai dengan kempen pemakanan sihat (mengambil contoh
Brunei yang menggalakkan rakyatnya mengambil daging arnab
sebagai sumber protien)

9.2.5 Minimum Oder Quantity akan diperkenalkan kepada peruncit.

9.2.6 Diskaun tunai akan diperkenalkan bagi menggalakkan pembelian


secara tunai.

9.3 Harga

Harga pasaran daging – RM35/kg


Harga pasaran hidup arnab berumur 2 bulan – RM20 - RM40
Harga pasaran arnab dewasa – RM150 – RM250
Harga makanan berasaskan arnab – RM80/kg

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 9


_____________________________________________________________________________________

9.4 Rancangan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang Jualan

9.4.1 Rancangan Jangka Pendek

Untuk jangka pendek jualan terus akan dibuat kepada masyarakat


sekitar. KAF akan pergi kepada pemain industri makanan segera
seperti Ramly Burger, Azmy Burger, Sate Haji Samuri dan lain-lain
untuk mempromosikan daging arnab ini. Juga kepada pengeluar
makanan haiwan (wet food).

9.4.2 Rancangan Jangka Panjang

Bagi rancangan jangka panjang kami akan melaksanakan R & D


untuk memproses sendiri daging arnab ini kepada pelbagai produk
akhir, seperti kepingan burger, rendang segera dan sebagai produk
frozen yang sedia untuk dimasak di mana produk sedemikian
menjadi keperluan kepada gaya hidup masyarakat hari ini.

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

KAF Wilayah Trolak akan memantau pengurusan kewangan oleh peserta. Untuk
kos permulaan projek adalah sebagaimana dilampiran.

11.0 PENGURUSAN RISIKO

11.1 Bekerjasama Dengan Pemain Industri

Kerjasama dengan pemain industri penternakan arnab pedaging adalah


penting kerana industri ini belum menjadi satu industri sebagaimana
ternakan ayam daging dan lain-lain sumber protein. Antara pemain
industri yang menjadi rujukan ialah Pusat Ternakan Arnab Haji Ismail di
Bukit Badung.

11.2 Khidmat Nasihat Jabatan Veterinar

Khidmat nasihat dari jabatan veterinar perlu supaya projek ini akan dapat
dipantau dengan sempurna oleh jabatan berkaitan.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 10


_____________________________________________________________________________________

11.3 Penyediaan “Standard Operation Procedure” (SOP)

Bagi menjamin proses ternakan berjalan dengan sempurna, SOP


disediakan sebagai rujukan peserta. Melalui SOP proses penternakan
akan berjalan mengikut kaedah yang betul.

12.0 PERLAKSANAAN PROJEK

Di Wilayah Trolak yang ada 21 tanah rancangan Felda, kami mencadangkan agar
diwujudkan skim Projek Penternakan Arnab Pedaging Komuniti ini 5 zon iaitu di Zon
Hulu Selangor, Zon Tengah, Zon Besout, Zon Trolak & Zon Hulu Perak. Setiap
rancangan akan membangunkan 5 peserta dengan model Ternakan Rezeki Di
Belakang Rumah & 1 Grower disetiap zon. Rancangan Felda serta zon yang terlibat
ialah:

12.1 21 Tanah rancangan yang terlibat dengan Program Ternakan Rezeki


Di Belakang Rumah ialah;

12.1.1 Felda Sungai Behrang


12.1.2 Felda Trolak Utara
12.1.3 Felda Trolak Selatan
12.1.4 Felda Trolak Timur
12.1.5 Besout 1
12.1.6 Besout 2
12.1.7 Besout 3
12.1.8 Besout 4
12.1.9 Besout 5
12.1.10 Sg Klah
12.1.11 Sg Tengi Selatan
12.1.12 Sg Tengi
12.1.13 Soeharto
12.1.14 Gedangsa
12.1.15 Ijok
12.1.16 Lasah
12.1.17 Papulut
12.1.18 Lawin Utara
12.1.19 Lawin Selatan
12.1.20 Bersia
12.1.21 Nenering

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 11


_____________________________________________________________________________________

12.2 Program Grower pula dicadangkan di 5 zon di bawah;


12.2.1 Zon Hulu Selangor
12.2.2 Zon Tengah
12.2.3 Zon Besout
12.2.4 Zon Trolak
12.2.5 Zon Hulu Perak

13.0 HARAPAN DAN POTENSI MASA HADAPAN TERNAKAN ARNAB


PEDAGING

KAF Wilayah Trolak amat yakin bahawa industri ternakan arnab pedaging ini
akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu, kami yakin bahawa aktiviti
industri hiliran akan juga dapat dibangunkan. Antaranya aktiviti pemprosesan
daging arnab dan pemprosesan makanan arnab yang kami yakin akan dapat
dibangunkan kemudian. Begitu juga arnab sebagai haiwan peliharaan dan kami
berhasrat untuk mempopularkan ”Taman Arnab” disetiap rancangan bagi memberi
pengetahuan mengenai kepelbagaian fungsi arnab kepada manusia juga menarik minat
anak cucu untuk pulang ke kampung.

Pihak kami juga sedang berusaha melaksanakan aktiviti industri hiliran di lokasi projek-
projek sentuhan kasih yang masih belum dapat di optimumkan pengeluaran hasil dan
aktiviti-aktiviti ekonomi melalui kemudahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan
Projek Sentuhan Kasih.

14.0 PENUTUP

Kami berharap projek ini akan dapat dijayakan seterusnya menjadi pemangkin
kepada pembangunan ekonomi masyarakat rancangan khususnya generasi baharu
Felda. Ternakan arnab yang mampu menjana tuaian hasil dalam masa yang singkat di
samping peluang pasaran yang luas menjadikan ia sangat bersesuaian dijadikan
sebagai sumber pendapatan baharu kepada peneroka dan generasi baharu Felda.

Semoga usaha kami ini beroleh sokongan dari semua pihak. Kami juga berharap agar
JKKR/MPKK, GPW dan lain-lain pertubuhan dalam rancangan dapat bersama-sama
kami dalam menjayakannya projek ternakan arnab pedaging ini.

_____________________PROJEK TERNAKAN ARNAB PEDAGING KOMUNITI KAF MALAYSIA... 12

You might also like