You are on page 1of 23

Muka Hadapan.

Logo Projek Ternakan Kambing

Tajuk Nama Syarikat Pengusaha Alamat Alamat e-mail No Talifon No Fax

: : : : : : :

Penternakan kambing kampong Projek penternakan kambing kampong segenting Ahli Jawatan kuasa Kampong Segenting JKK Kampung segenting Port Dickson www.kampungsegenting @yahoo.com 06 6623344(Pejabat) 06 6623344

Isi kandungan Muka hadapan Isi kandungan Ringkasan eksekutif Pendahuluan rancangan perniagaan Objektif Rancangan perniagaan Perkhidmatan yang ditawarkan Lokasi perniagaan Rancangan Pemasaran Rancangan Operasi Rancangan Pentadbiran Rancangan kewangan Jadual pelaksanaa Rumusan dan jaustifikasi daya maju Bibliografi Lampiran

muka surat 1 2 3 5 6 7 8 9 13 14 16 17 18 21

Ringkasan eksekutif
Penternakan kambing dipilih kerana ia bersesuain dengan kedudukan kampong yang berdekatan dengan kawasan luar Bandar yang memerlukan kawasan meragur rumput.Ramai penduduk kampong juga mempunyai pengalaman dalam penternakan kambing.Penternakan
kambing tidak

memerlukan keluasan tanah yang luas. Sebagai contohnya pada kadar 50 hingga

100 ekor/ekar boleh dipraktikkan dengan penternakan secara gabungan dimana penggunaan rumputdikombinasikan dengan penggunaan dedak,pelepah kelapa sawit dan bahan bahan molasies yang ada. Kadar penggunaan rumput dan pelepah kelapa sawit serta dengan penanaman rumput secara ladang ragut perlu diselenggara dengan baik.Rumput itu boleh dituai sehari sekali. Kawasan kampong ini berdekatan dengan kawasan kebun kelapa sawit yang juga boleh dijadikan makanan kepada kambing. Penduduk sekitar kawasan segenting kebanyakkannya ialah orang Melayu.Mereka akan membuat korban kambing untuk Hari Raya Haji.olehyang demikiaan permintaan tinggi terhadap daging kambing tempatan serta keperluan untuk ibadah akikah dan ibadah Qurban. Kambing kambing yang cukup umur serta tidak cacat boleh digunakan untuk tujuan ibadah akikah. Untuk kambing cukup umur adalah pada umur 2 tahun. Ibadah akikah boleh dijalankan dengan menyembelih kambing pada bila bila masa tanpa menunggu musim haji untuk dilakukan dan ini membolehkan pasaran kambing meluas. Pengurusan masa kepada kandang kambing adalah singkat berbanding dengan penggunaan masa utntuk menguruskan kandang lembu.Disamping itu penternakan kambing memerlukan tenaga pekerja yang kurang bebanding dengan penternakan lembu.Penternak kambing hanya memerlukan untuk membersihkan kandang kambing dan mengisar rumput.Ini merupakan penjimatan masa masa daan tenaga berbanding dengan penternakan yang lain. Kambing akan beranak lebih banyan anak berbanding dengan kelahiran untuk lembu. Dengan kadar kelahiranyang tinggi serta penggunaan tenaga kerja yang minima serta kos permakanan tambahan yang rendah membolehkan kambing memberikan pulangan yang lebih dari ternakan lembu daging. Penternakan kambing dijalankan secara 4 peringkat iaitu peringkat penanaman rumput. Kawasan penanaman rumput adalah kawasan yang ditanam dengan rumput untuk tujuan penternakan dimanakambing akandilepas bebas meragut rumput ataupun rumput dituai untuk
3

dijadikan makanan ternakan. Didalam projek ini padang ragut hanya digunakan untuk tujuan menjadikan rumputsebagai foraj ternakan dan bukan untuk dilepas bebas ternakan didalamnya. Fasa pembangunan penanaman rumput merupakan fasa pertama dalam proses penternakan kambing.Fasa ini sedang dijalankan dengan aktiviti pembersihan tanah terbiar. Padang ragut merupakansatu aspek yang penting untuk pemeliharaan kambing. Bekalan rumput yang mencukupi adalahperlu supaya kambing yang diternak dapat makanan yang bermutu tinggi serta penghasilan daging yang tinggi serta bermutu. Peringkat kedua adalah pembinaan tapak kandang kambing.Kambing perlu ditempat kan kawasan yang selesa .Kandang kambing ini dibina kawasan sekitar 50 ekar. Peringkat ketiga pula pemilihan baka kambing kacukan. Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambingyang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing yang tidak baik baka akan merugikan penternak. Peringkat keempat adalah makanan merupakan keperluan asas kepada kehidupan.Olehyang demikian selain rumput,makanan kering juga kepada kambing.disamping itu garam galian juga bdibekalkan kepada kambing agar ias sihat dan cergas. Peringkat kelima ialah Promosi akan dijalankan selepas kambing dibesarkan iaitu selepas lima bulan.promosi ini di buat melalui papan tanda depan kampong,Menghantar brochure kepada beberapa pejabat dan mengiklankan dalam surat khabar.

Pendahuluan projek Penternakan Kambing 1 Desa 1 Produk. Kambing merupakan satu jenis haiwan yang gemar dimakan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Oleh yang demikian permintaan terhadap daging kambing yang meningkat terutama semasa musim perayaan adalah semakin hari semakin meningkat.Projek penternakan kambing akan meningkatkan daging kambing di pasaran. Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3) juga telah menitik beratkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang boleh dimainkan dalam bidang usaha ini.Mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu dilapangan, bidang usaha pengeluaran kambing bolih digerak dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dengan potensinya pada masa hadapan.Walaupun kambing dan bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahan ini dikemdalikan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Kambing dipelihara dinegara ini untuk tujuan susu. Susu kambing telah banyak menjadi alternatif minuman kesihatan yang mulai banyak digemari masyarakat dunia khususnya kini di Malaysia. Menurut berbagai penelitian, susu kambing memiliki kandungan gizi yang jauh lebih baik daripada susu lembu, selain itu juga susu kambing memiliki beberapa keunggulan dan khasiat yang sangat baik bagi kesihatan tubuh.Baru-baru ini daging lembu digantikan dengan daging zebra telah mewujudkan masalah kepada Negara-negara import daging-daging tersebut.Kampung segenting merupakan satu kawasan yang luas dan strategic untuk projek ternakan Kambing mempunyai untuk ibadah akikah maka satu projek membangunkan kawasan terbiar di Kampungsegenting, Port Dickson untuk tujuan ternakan kambing daging telah dirancang.Daging kambing yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta empunyai nilai khasiat yangtinggi boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan.Melalui program terbaru 1 Desa 1 Produk,kerajaan telah memperuntukan satu dana bernilai 1 juta.Sehubungan dengan itu saya diminta membantu menyediakan kertas kerja untuk memohon modal sebanyak RM100 ribu untuk projek Ternakan Kambing di kampong kami. Kemampuan projek ini berdaya maju bergantung kepada strategi pemasaran serta kemampuan menguruskan kos operasi dengan effesien.Kertas kerja ini menerangkan konsep asas projek serta perancang dan perlaksanaan.
5

Objektif Rancangan Perniagaan. 1. Masyarakat kampung ingin menyahut cabaran kerajaan untuk menjalankan perniagaan didesa yang boleh mennambah pendapatan penduduk. 2. Dikawasam kampong kami juga mempunyai banyak kawasan terbiar yang boleh digunakan untuk program yang mendatangkan hasil lumayan jika diusahakan dengan teratur. 3. Program ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya belia yang mengganggur. 4. Program seperti ini juga boleh memupuk dan memberi pendedahan mengenai asas perniagaan terutama nya kepada anak- anak muda di kampong. 5. Menambah hasil pendapatan kepada penduduk.kampung.

6. Memberi pendedahan secukupnya kepada peserta tentang aspek kewangan dan teknikal sebelum melibatkan diri dalam projek seperti ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan. 1. Daging kambing dan kambing 2. Produk susu kambing. 3. Disamping itu bahan buangan seperti najis kambing boleh dijual sebagai baja.

Lokasi Perniagaan. Lokasi ladang ternakan adalah di Kampung Segentingi, Port Dickson, Negeri Sembilan diatas tanah seluas 5 ekar.Lokasi tanah tersebut sudahlama tidak mempunyai pemilik.Melalui khabar pemiliknya sudah pindah ke negeri lain.

Rancangan Pemasaran Proses pemasaran bermula dengan adanya promosi.Promosi serta jualan yang mantap serta menarik akan menjamin kejayaan projek ini. Tanpa perancangan pemasaran yang mantap pasti projek ini akan mengalami kegagalan. Aspek pemasaran dan promosi merupakan satu espek yang amat penting dan peruntukan untuk promosi serta pemasaran amat perlu bagi menjayakan projek ini.Peringkat promosi akan dijalankan pada pengujung bulan Jun 2013selepas segala peringkat selesai dijalankan. Ianya perlu dijalankan dengan cepat supaya kos operasi dapat ditampung dengan aktiviti jualan yang rancak serta promosi yang menarik. Pemasaran yang dirancang akan terbahagi kepada 5 cara: Cara pertama- Papan Tanda Penggunaan papan tanda ladang ternakan serta papantanda jalan. Cara Kedua- Promosi Brochures Penghantaran brochures kepada pejabat pejabat serta syarikat -syarikat. Cara ketiga Temujanji serta lawatan Lawatan serta perbincangan untuk pembekalan secara kontrak/pukal dengan pihak hotel/restoran serta penjual daging mentah di pasar pasar. Cara keempat Permohonan pembekalan baka kambing dengan mendaftar sebagai pembekal baka kambing dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Haiwan Cara kelima Aktiviti membungkus daging untuk tujuan jualan di Pasaraya serta kedai dinginbeku.

Cara pertama iaitu Papan Tanda Pemasangan papan tanda merupakan iklan yang boleh membantu menaikkan jualan serta promosi. Iklan secara ini boleh memberikan inpak penting untuk pemasaran kerana ianya tidak memerlukan jumlah belanja yang tinggi serta dapat digunakan pada masa yang lama. Dicadangkan untuk menyediakan papan tanda depan kampong segmenting.Persimpangan kampong segmenting yang menjadi jalan ke negeri Melaka tanpa menggunakan lebuh raya.Ia merupakan jalan perkampungan ke Melaka.Papantanda ladang juga akan dibina untuk memudahkan pelanggan menghubungi pemohonuntuk tujuan urusniaga. Ini penting kerana pelanggan akan mendapat maklumat yang cepat dariiklan papantanda ladang serta informasi yang terkandung didalamnya.
9

Cara kedua iaitu Promosi Brochures Penghantaran brochures kepada pejabat pejabat serta syarikat syarikat boleh menaikkan imej serta nama projek. Pelanggan yang berminat dapat menghubungi ladang dengan cepat melalui risalah yang diedarkan ke pejabat pejabat. Pengenalan pakej yang menyenangkan pelanggan dijangka dapat menarik minat pelanggan untuk menbeli kambing ternakan. Brochures package serta harga.Brochures package serta harga yang menarik akan dihantar kepada setiap jabatan kerajaan,swasta serta badan berkanun yang menerangkan konsep jualan serta sasaran jualan.Pengedaran risalah serta brochures akan dilakukan dengan lawatan ke pejabat pejabat kerajaan serta swasta di sekitar Port Dickson. Sasaran jualan terbahagi kepada 3 kelompok. A:Pembeli Individu Dijangakan 60% dari perolehan adalah dari pembeli individu B:Pembeli swasta serta institusi Program pemasaran pada peringkat hotel, restoran serta syarikat swasta.Untuk sasaran pembeli individu satu pakej yang menarik akan dilaksanakan. Berikut merupakan cadangan pakej untuk pembeli individu NO 1 2 3 4 5 KETERANGAN PAKEJ Kambing hidup Kambing sembelih Kambing sembelih +lapah Kambing sembelih + hantar Kambing sembelih + lapah + hantar HARGA RM 18-25/kg RM 18-25/kg+upah sembelih RM 18-25/kg+upah sembelih+upah lapah RM 18-25/kg+upah hantar RM18-RM25/kg+ upah sembelih + upah lapah + upah hantar

Cara ketiga 3 Temujanji serta lawatan Lawatan serta perbincangan untuk pembekalan secara kontrak/pukal dengan pihak hotel/restoran serta penjual daging mentah di pasar pasar. Pembeli swasta serta institusi Untuk pembeli syarikat swasta/institusi kerajaan/badan berkanun satu pakej yang menarik akan
10

diberikan dan pada asasnya ia hampir sama dengan pakej untuk individu. Lawatan serta temujanji dengan pihak swasta terdiri dari pengusaha restoran serta hotel hotel sekitar Port Dickson,seperti Tiara Beach,Thistle,Nube akan dijalankan secara tetap dan konsistan.Jadual lawatan serta temujanji akan dilakukan supaya semua aspek pemasaran akan dilakukan dengan sebaik baiknya.Pada perancangan, setiap hotel serta restoran akan dilawati pada kadar 4 pelanggan berpontensi(potential custumer) sebulan. Oleh kerana pemohon berkerja tetap maka temujanji yang terhad tetapi bernas diperlukan supaya masa yang digunakan tidak dibazirkan. Kadar ini adalah memadai untuk mendapatkan reputasi yang baik dengan pihak hotel serta restoran. Cara keempat Permohonan pembekalan baka kambing dengan mendaftar sebagai pembekal baka kambing dengan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Haiwan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan lesen pembekal baka kambing adakan diusahakan supaya ianya boleh menanpung kos operasi. Walaupun keuntungan dari kontrak adalah kecil tetapi ianya boleh digunakan sebagai salah satu cara mempelbagaikan sumber pendapatan projek. Cara Kelima Aktiviti membungkus daging untuk tujuan jualan di Pasaraya serta kedai dinginbeku. Cara ini merupakan matlamat utama projek ini. Ini kerana aktiviti serta keuntungan yang diperolehi dari fasa ini adalah lumayan dan tidak perlukan tempoh yang lama untuk mendapatkan hasil.Dengan keupayaan menghasilkan kambing dengan purata 1000 ekor setahun ini bermakna kambing untuk diproses adalah sebanyak purata 3.0 ekor sehari membolehkan penghasilan daging sebanyak 150- 200kg/sehari. Penghasilan daging ini boleh menampung keperluan sebanyak 300 peket daging dengan berat sebayak kg sepeket. Jika penjualan daging peket dengan harga borong sebanyak RM 7/peket ini membolehkan pendapatan kasar daging dingin beku sebanyak RM2000/sehari. Daging daging yang siap diproses akan dihantar ke pasaraya serta supermarket untuk jualan dan biasanya pembayaran akan dilakukan secara kredit selama 90 hari. Oleh kerana pasaran daging kambing tempatan tidak meluas dipasaran, maka dijangka projek ini mampu untuk bertapak dipasaran tempatan terutama dengan kemasukan ke pasaraya di sekitar
11

Port Dickson.

Rancangan Operasi Pada mulanya Padang Ragut kena disiapkan untuk pemakanan kambing. Padang ragut di bina kerana ternakan boleh dilepas bebas meragut rumput ataupun rumput dituai untuk dijadikan makanan ternakan. Didalam projek ini padang ragut hanya digunakan untuk tujuan menjadikan

12

rumput sebagai sementara ternakan dan bukan untuk dilepas bebas ternakan didalamnya.Kedua pula Pembinaan kandang kambing yang sempurna adalah perlu supaya kesihatan kambing yang diternak dapat dijaga dengan baik. Kandang kambing dapat mencegah kambing dari kena cahaya matahari yang terik.kandang kambing dibina Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.Ketiga pula pemilihan baka yang baik seprti kambing kacukan yang mempunyai daging yang banyak untuk dijual.Jika baka yang salah dipilih akan mengakibatkan kerugian yang besar.Keempat pula ialah makanan dan minuman kambing.Makanan dan minuman kambing perlu dijaga agar tidak mendapat penyakit yang akan mengakibatkan kerugian yang besar. Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini boleh didapati dari garam biasa,garam jilat, dicalsium fosfat, tepung tulang dan tepung ikan.

Rancangan Pentadbiran Carta Organisasi Jawatan Kuasa Kampung Segenting

Ketua Kampung
13En.Muniandy

Setiausaha En.Velu

Bendahari En.Muthusamy

Ajk En.Ayyau(pekerja) En.Vaiyaapuri(pekerja) En.Kannan(pekerja) En.Rajah(pekerja)

Jadual Tugasan Pekerja

Bil 1 2

Masa 7.00pagi-9.00pagi 9.00pagi-10.pagi

Pekerjaan Membersihkan kandang kambing Membawa kambing untuk meragut rumput


14

3 4 5 6

10.00pagi-10.30pagi 10.30pagi-2.00petang 2.00petang-.4.00 petang 4.00petang-7.00petang

Rehat Mengisar rumput Memberi rumput yang kisar kepada kambing Memberi air,dedak dan ikat di kandang

Rancangan kewangan Anggaran kos perbelanjaan untuk enam bulan pertama Bil 1. Anggaran Kos Pembinaan Kandang
15

Jumlah(RM) 5 000.00

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Penyediaan Padang Ragut Upah tenaga kerja(lima orang) Pembelian kambing Makanan tambahan kambing Perubatan Modal pusingan JUMLAH

5 000.00 15 000.00 50 000.00 5 000.00 5 000.00 15 000.00 100 000.00

Jadual pelaksanaan Tarikh 13-Mac 2013 Tempat Kampong segenting Masa Selama 5 tahun

Kambing sebanyak seratus ekor akan dibeli dan diternak selama enam bulan sebelum dijual.
16

KESIMPULAN Dengan kajian yang dilakukan dengan mendalam oleh pemohon bersama pengalaman yang ada serta pendapatan tetap yang diperolehi maka dijangkakan pemohon tidak mengalami masalah untuk membayar pinjaman yang dikeluarkan oleh dana kerajaan sebanyak RM100,000.00.Melalui aspek aspek pemasaran serta potensi pasaran yang dicadangkan, saya pasti projek ini akan dapat memberikan keuntungan pada tahun ke 2 operasi ini nanti. Serta meningkatkan lagi minat golongan siswazah untuk menceburi bidang penternakan sebagai usaha yang boleh dikomersialkan.Peluang pekerjaan yang wujud dari program ini juga secara tidak
17

langsung boleh mengurangkan gejala social yang biasa ditimbulkan oleh remaja yang mennganggur di kampong ini.Melalui projek ternakan kambing ini juga akan melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berdikari serta boleh membangunkan ekonomi negara.

Refleksi Saya telah mengadakan lawatan ke kandang kambing yang dimajukan oleh pengusaha Sree jaya sdn.Sree Jaya Sdn berhad diusahakan oleh seorang usahawan yang Berjaya yang bernama En .Tangrajah.Beliau menjalankan penternakan ini selama 6 tahun.Beliau merupakan seorang bekas tentera yang bertinggal di Taman Orkid,Port Dickson.Beliau telah membeli tanah tapak penternakan kambing seluas lima ekar ini dengan secara hutang bank.Beliau mempunyai kawasan penanaman rumput iaitu rumput Mardi Digit.Beliau telah menanam rumput ini sekitar tanahnya sejumlah 4 ekar. Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun. Sesuai ditanam di
18

kebanyakan jenis tanah terutamanya tanah gambut. Pertumbuhannya adalah lebih baik apabila ditanam di tanah yang subur atau diberi pembajaan nitrogen.Rumput yang tumbuh akan digunakan untuk makanan kambing ternakan.En.Tangarajah mempunyai 2 orang pekerja Indonesia yang bekerja selama 1 tahun denganya. Pekerja Indonesia ini akan menanam rumput dikawasan tanah,memotong dan mengisar rumput untuk kambing yang sejumlahnya 50 ekor.Rumput-rumput yang dipotong akan dikisar oleh pekerja-pekerja tersebut sebelum diberikan kepada kambing.Menurut pekerja Indonesia,beliau memberikan makanan kepada kambingnya dua kali sehari sebanyak 20 guni rumput.Makanan tambahan seperti dedak dan pelepah kelapa sawit juga gemar dimakan oleh kambing-kambingnya.Pelepah kelapa sawitnya pula diambil dari kebun kelapa sawitnya sendiri yang berdekatan dengan kawasan ternakkan kambing.Dikandang tersebut terdapat beberapa batu garam yang digantung untuk dijilat oleh kambing agar mendapat garam mineral untuk sihat tanpa berpenyakit.Pekerja akan membersihkan kandang dua kali sehari.Perkerja Indonesia memberitahu masalah yang biasa dihadapi oleh beliau ialah ganggunan dari binatang liar seperti anjing liar dan ular sawa yang banyak terdapat disekitar hutan.. Untuk mengatasai masalah ini beliau membela lima ekor anjing.Jika anjing menyalak pada waktu malam ia membuktikan bahawa sesuatu telah memasuki kawasan jagaanya dan beliau akan pergi menyiasat.Masalah kesihatan kambing juga kerap dihadapai olehnya .Pengusaha Encik Thangarajah memberitahu bahawa sekali menjual kambing ada menjejak 15 ribu ringgit Malaysia.Beliau berasa gembita dengan penternakan kambing ditanahnya. Penternakanan kambing merupakan satu perniagaan yang agak susah tetapi ia menghasilkan pendapatan yang lumayan disamping itu ia tidak memerlukan kos yang agak tinggi untuk diusahakan.Kita perlu mempunyai minat yang tinggi dan berdisiplin untuk menjalankan ternakan kambing ini.Usaha yang gigih dan rajin merupakan tangga kejayaan seseorang.Lawatan ke tapak usahawan telah memberi banyak memberi pendedahan yang bermakna kepada saya.Usahawan tersebut begitu rajin berusaha tanpa mengira penat lelah walaupun beliau telah berumur.(Gambar,rujuk Lampiran)

19

Bibliografi.

Mahani Abu Bakar (2008),Eksport Pertanian Negara.Kuala Lumpur. Pustaka Segar http://aminagrotech.blogspot.com/ http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20120917/ag_02/Masalah-ternak-kambing

20

http://www.moa.gov.my/documents/10157/12d0b6fe-2299-4634-91ec-dffb0b960816 http://www.rahsiakambing.com/

Lampiran

21

Kandang Kambing

Kambing dalam kandang

22

Pekerja

Semasa lawatan

23

You might also like