You are on page 1of 20

INI ADALAH CONTOH SAHAJA

PENTERNAKAN KAMBING PEDAGING


SECARA SISTEM INTENSIF (FIDLOT)
DAN
SEPARA INTENSIF

DI

JENDERAM, SELANGOR

ARAH PADU ENTERPRISE


+NO. PENDAFTARAN 000975876-X
Tingkat 2, 3374, jalan 18/31,Taman Seri Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel/Fax : 603 89619713
e-mail ssufiann@agribazaar.com.my
PENGENALAN 3

LATAR BELAKANG KAWASAN 4

OBJEKTIF SYARIKAT
4

OBJEKTIF KERTAS KERJA


4

PLAN PEMASARAN 5

PENGURUSAN SYARIKAT 7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT


8
HARTA SYARIKAT 9
Harta Tetap
Harta Semasa

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN


11

KONSEP PENTERNAKAN 14

SISTEM PENTERNAKAN 14

ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL UNTUK


MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING
17

INFRASTRUKTUR
18

DAYA MAJU PROJEK


18

KESIMPULAN 19

2
LAMPIRAN/RUJUKAN

3
PENGENALAN

Keperluan daging kambing negara.

Amnya permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahuan ke setahun,
sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

2002 2003 2005 2010


Tahun
Pengeluaran 1.21 1.30 1.50 2.18
Permintaan 15.10 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.01 8.33 8.93 10.23

Jabatan berpendapat, perlunya ada satu system pengeluaran yang produktif dan berdaya
maju bagi meningkatkan bekalan punca tempatan dalam masa yang terdekat. Bermakna
asas baka kambing yang sedia ada perlu digembeling ke dalam usaha pembangunan ini
dan bagi mengurangkan pengantungan bekalan baka daripada luar negara, sejajar dengan
hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan makanan.

4
LATAR BELAKANG SYARIKAT

Arah Padu Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini banyak
menumpukan aktiviti pembinaan / ubahsuai bangunan secara kecil-kecilan dan
pengangkutan.

Syarikat mempunyai kontrak untuk menghantar suratkhabar dengan The New Straits
Times Press (M) Bhd yang bermula daripada tahun 2001 hinggalah sekarang ini.

Walaupun bidang penternakan ini baru bagi syarikat ini, namun kemahiran untuk
menjalankan penternakan ini datangnya daripada salah seorang rakan kongsi syarikat
yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang penternakan.

Penternakan kambing telah bermula pada bulan November 2004 dengan permulaan
sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah kambing yang dipelihara telah
ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya.

Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam
bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan
kepada pihak selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing.

OBJEKTIF SYARIKAT

Selama ini syarikat menumpukan kepada pekhidmatan pengangkutan dan juga


pembinaan / ubahsuai, walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat satu pelaburan
dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi.

Sehubungan dengan itu pihak syarikat telah melaburkan sejumlah modal dan telah
membina kandang kambing di Balakong, Sg Besi. Pada masa sekarang terdapat lebih
kurang 20 ekor kambing yang dipelihara.

Pada masa akan datang syarikat bercadang akan meluaskan dan mengembangkan lagi
bidang penternakan kambing ini dengan cara menyewa tanah bagi membina kemudahan
kandang yang lebih besar.

5
OBJEKTIF KERTAS KERJA

Tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal tambahan
bagi memperbesarkan lagi perniagaan ini. Modal akan digunakan untuk menambahkan
bilangan kambing yang diternak, membeli mesin perincih makanan (rumput gajah) dan
bagi membeli makanan tambahan untuk kambing) pallet PKC/PKE).

PELAN PEMASARAN

Pihak syarikat akan menjual sendiri ternakan. Kriteria yang digunakan bagi menentukan
masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai berat badan
antara 30 - 35 kg.

Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah tinggi


memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan yang segar sentiasa ada
dan bekalan di pasaran pula adalah tidak mencukupi.

Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan dijalankan bagi menjual
hasil daging kambing.

Pendekatan yang diambil adalah seperti:

a. Jualan sendiri:

menjual kambing hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia


menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.

b. Melalui Jabatan:

Pegawai Penyelaras Projek (TAC) boleh membantu untuk menjual


ternakan kepada pembeli yang lebih besar seperti FAMA atau
Syarikat Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan
mengambil kira kos pengangkutan.

c. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penjualan dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga


kambing yang dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada
kambing biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.

Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300

Berat awal kambing : 20kg (a)

6
Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat : b – a = 20kg

Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00

Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor

Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor

Nota : * anggaran harga belian awal kambing pedaging

7
PENGURUSAN SYARIKAT

Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan

Mohd Sufian bin Kasim

Dilahirkan di Negeri Sembilan, berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda


(kepj.) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertindak sebagai Pengurus
Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan
kewangan banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau
juga mempunyai pengalaman selama lebih kurang 8 tahun menternak lembu milik
keluarga.

Pengurus Projek Ternakan

Aziz bin Ri

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, berumur 40 tahun. Beliau adalah pengasas syarikat
Arah Padu Enterprise. Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan kejuruteraan,
pengangkutan. Selain daripada itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam
bidang pertanian dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus penternakan lembu
kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar, Cermin Kiri, Trengganu.

Pengurus Pemasaran

Mejar (B) Sarmidi bin Marjudin

Beliau adalah seorang bekas pegawai tentera yang telah berkhidmat selama lebih 22
tahun. Lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera dan mempunyai Diploma dalam
Pengajian Strategik dan Keselamatan. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan
projek ini. Bidang pemasaran adalah salah satu daripada kemahiran beliau.

Beliau juga adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia Kuala Lumpur. Hubungan baik dengan ahli-ahli dewan membolehkan beliau
memasarkan produk syarikat dengan lebih luas lagi.

Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu mengendalikan kerja secara
teratur dan professional.

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU


ENTERPRISE

8
PENGURUS BESAR

PENTADBIRAN PENGURUS PENGURUS


& TERNAKAN PEMASARAN
KEWANGAN

9
HARTA SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai dua buah lori (3 tan dan 1 tan) dan sebuah van
yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan kambing induk dan baka.

HARTA TETAP

Perkara Nilai (RM)

Lori 35,000.00

Lori 15,000.00

Kandang kambing 6,000.00

Kambing 22,800.00

-----------------------------------------------------------

Jumlah 78,800.00

===================================

10
HARTA SEMASA

ORANG BERHUTANG

The New Straits Times Press RM19,900.00

DEPOSIT

Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,434.00 tiap bulan.

11
MODAL AWAL BAGI PROJEK YANG DIJALANKAN

Pihak syarikat telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan modal untuk
memulakan projek ternakan kambing ini. Modal yang dikeluarkan adalah untuk membina
kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka).

Sehingga sekarang ini syarikat mempunyai sejumlah 24 ekor kambing yang dipelihara.

Perkara Nilai (RM)

Kandang kambing 6,000.00

Belian kambing 10,000.00

-------------------------------------------------------

Jumlah 16,000.00

======================================

12
UNTUNG RUGI

BULANAN

Perkara Debit/bulan Kredit/bulan

Servis pengangkutan akhbar NSTP 9,950.00

Percetakan Keselamatan Negara 500.00

Minyak / tol 1,720.00

Gaji pekerja 2,200.00

Telefon 150.00

Servis kenderaan 200.00

Bil bulanan :

i. Kereta 480.00

ii. Rumah 750.00

iii. Southern Bank 1,016.00

iv. Kad kredit 1,500.00

----------------------------------------------------------------------------------

Jumlah 10,450.00

8,016.00

----------------------------------------------------------------------------------

Jumlah bersih 2,434.00

=====================================================

13
TAHUNAN

Cukai jalan/ Insuran (setahun)

Lori Mitsubishi 1,527.00

Lori Hicom 1,118.00

Van Toyota 359.00

Kereta 394.30

------------------------------------------------------

Jumlah 3,398.30

14
KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan

Tujuan utama pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk mendapatkan baka dan
mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)

Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau
setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk
sembelihan.

SISTEM PENTERNAKAN

Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung
(intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).

Sistem Berkurung (intensif)

Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan
meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu
konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan
oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu
kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka.
Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah
tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu,
kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

15
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)

Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada
siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai
faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk,
ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan
mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh
dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Sistem Intensif

Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot. Ternakan sepanjang masa
berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna satu-satu projek komersil hanya
memerlukan kawasan seluas 2 ekar.

Penyimpanan rekod

Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan memakai tag
telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu ada dan
dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan
memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini
sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan akhirnya
keuntungan bidangusaha.

Pemakanan

Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada
system pengeluaran kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan
kadar pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.

Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan
dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan yang
berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable
nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;

Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4


Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1

16
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12

Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari, dengan demikian
menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan
supaya diberikan juga serat yang diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun
daripada silage jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.

PEMBIAKBAKAAN

Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan )
sebagai baka asas di permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan
penternak kambing sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk
memulakan sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini
mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan.

Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat
pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada penambahbaikan
baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.


2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka.

Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah Katjang,
Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan hasil kacukan 3 baka
tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.

ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL YANG DIPERLUKAN


UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING

Kos untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing adalah seperti Jadual
1 di bawah :

Ladang Kambing          
  Kos Pembangunan Jadual 1  
  Bil. Unit   Kos/Unit Jum Kos  

17
1. PEMBANGUNAN TANAH          
           
a) Pembaikan Pastura / Fodder 4 ekar 700 2,800  
           
2. PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG          
a) Pejabat /Setor /Rumah KT 1 10,000 10,000  
b) Kandang / Kemudahan 1 55,000 55,000  
d) Pemagaran 1 10,000 10,000  
           
3. LETRIK & UTILITI   2,500 2,500  
         
4. PERALATAN LADANG 1 4,500 4,500  
JUMLAH KECIL       84,800  
           
5. PEMBELIAN KAMBING          
Baka Pejantan 3  1,000 3,000  
Baka Induk Betina 120 500 60,000  
JUMLAH KECIL       63,000  
JUMLAH KOS PROJEK       147,800  

18
INFRASTRUKTUR

Kandang kambing tidak banyak berbedza dengan perumahan kambing lain. Perumahan
yang dibuat ini adalah berasaskan kayu serta beratapkan zing atau asbestos. Tinggi lantai
daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah seperti yang sedia ada sekarang ini Cuma dari
lebih besar segi saiz . Kandang yang baru ini akan dapat menampung sebanyak 120
hingga 200 ekor kambing pada satu-satu masa. (Rujuk gambar)

DAYA MAJU PROJEK

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap
komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000.

Kekuatan projek ini ialah ianya berdaya maju dan komersil, berpandukan andaian-
andaian parameter teknikal yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 120 ekor ibu.
Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah sekitaran RM 200,000.00.
Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 14% dengan titik pulangan modal diperolehi pada
tahun yang ke 6.

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap
komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000. Bagi projek
transformasi ini Kadar Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 14% dan titik pulangan
modal pada tahun ke 5 juga (Lampiran).

Model pengiraan daya maju projek ini mengambil kira purata pendapatan sebulan bagi
pengusaha ialah RM3,000.00 sungguhpun pada tahun pertama kami meletakkan
pendapatan pada kadar RM2,500.00/sebulan.

19
KESIMPULAN

Oleh dengan itu syarikat Arah Padu enterprise ingin menambahkan lagi jumlah bilangan
kambing dan membesarkan kandang bagi tujuan mencapai tahap komersil yang lebih
mendatangkan keuntungan.

Oleh yang demikian, dengan pembangunan komoditi ini, kami berharap dapat
mempercepatkan dan akhirnya meningkatkan pengeluaran daging kambing tempatan, dan
dalam kes ini daging kambing bermutu tinggi dan akhirnya mampu mengurangkan impot
komoditi ini.

20

You might also like