You are on page 1of 9

BUSINESS PLAN - AGROPRENEUR MUDA KELULUT

  
RANCANGAN PERNIAGAAN
(Bisnes Plan)
PROJEK TERNAKAN KELULUT
DIKAMPONG PARIT AMAL, MUAR, JOHOR
DIBAWAH PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

  
Oleh:
MOHD AMIN BIN HASAN
No 66, Kampong Parit Amal,
Jalan Temenggong, Muar,
86200, Johor

  
Kertas ini disediakan untuk permohonan Projek Ternakan Kelulut
 (Trigona spp) dibawah Program Agropreneur Muda Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia 
 __________________________________________________________________

RINGKASAN ESEKUTIF

Kertas Rancangan Perniagaan (RP)  ini disediakan untuk melaksanakan projek


ternakan kelulut  (Trigona spp) di Kampong Parit Amal, Muar, Johor dibawah program
Agropreneur Muda Lebah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. 
Cadangan projek ini dimajukan berdasarkan kepada potensi projek kelulut yang mampu
menjana pendapatan yang baik berasaskan analisa kewangan. Kertas ini akan dihantar
kepada Jabatan Pertanian untuk diproses  untuk mendapatkan kelulusan. Pinjaman dan
bantuan  modal projek dipohon daripada AgroBank atau TEKUN bagi mendapatkan
70% pinjaman dan 30% bantuan grant daripada Program Agropreneur Muda
Kementerian Pertanian. Projek ini akan dilaksanakan mengikut Pakej Teknologi
Agropreneur Muda kelulut melibatkan 100 kotak kelulut  dengan anggaran pendapatan
sebanyak purata RM7,209 iaitu ia melebihi RM5,000 sebulan. 
  __________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN                                        MUKASURAT 

1.    RINGKASAN ESEKUTIF                             2 


2.    KANDUNGAN                                               3 
3.    PENDAHULUAN                                          4 
4.    TEKNIKAL                                                     5 
5.    PEMASARAN                                               6 
6.    PENGURUSAN                                            7 
7.    KEWANGAN                                                 7 
8.    KESIMPULAN                                               8 
9.    LAMPIRAN                                              9 -14

9.1  Peta lokasi penternakan kelulut di Muar

9.2  Surat kebenaran daripada pemilik tanah

9.3  Sijil Kursus Agropreneur Muda Kelulut

9.4  Cashflow Penternakan Kelulut


_________________________________________
_________________________  

1. PENDAHULUAN 

1.1 MAKLUMAT PEMOHON

Nama Pemohon                  : MOHD AMIN BIN HASAN


No Kad Pengenalan           : 900312-01-5455 (25 Tahun)
Tempat Lahir                        : Muar, Johor
Alamat Rumah                     : N0 66, Kampong Parit Amal,
                                                Jalan Temenggong, 86200, Muar, Johor
No Telefon                            : 013-7613455 (HP)
                                                 07-79687880 (Rumah)
Tahap Pendidikan               : Diploma Pertanian (UPM)
Pekerjaan Semasa              : Penyelia Jualan Pasaraya
Alamat Bertugas                  : Econsave  Supermarket Sdn Bhd,
                                                Taman Temenggong, Muar,
                                                Johor.
Pendapatan Sebulan         : RM 1,800
Nama Isteri                          : Jamilah binti Wagimin
Bilangan Anak                    : 4 orang
Pengalaman                       : Mempunyai 10 koloni kelulut ( 3 tahun)
Kursus Rasmi                    : Sijil Kursus Agropreneur Kelulut di Pusat
                                               Apiari Sekayu,Terengganu (2014)
1.2 LOKASI PROJEK

Cadangan Projek ternakan Kelulut (Trigona spp)  ini akan diletakkan di Lot MR8573,
Mukim Bandar, Muar, Johor kepunyaan Encik Hasan (Ayah) dan Lot MR4522, Mukim
Bandar, Muar kepunyaan Encik Harun (Bapa Saudara) seluas 8 ekar. Lokasi projek dan
jarak sejauh 1.5 km daripada rumah kediaman pemohon (Seperti dalam lampiran 1).
Pada masa ini saya meletakkan 10 koloni kelulut dalam kebun bapa dengan kawasan
persekitaran adalah dusun buah-buahan campuran dan beberapa tanaman makanan
kelulut yang sesuai. Berdasarkan prestasi kawasan dan sumber makanan sedia ada,
banyak lagi koloni kelulut boleh diletakkan dikawasan tersebut. Satu kawasan lain
berhampiran iaitu  kebun bapa saudara boleh digunakan dimana pemilik telah
memberikan surat kebenaran untuk mengusahakannya  (Surat kebenaran  gunatanah
seperti Lampiran 2). Lokasi yang dicadangkan mudah diakses melalui jalan kampong
dan jalan kebun dimana lokasi projek mempunyai tahap keselamatan dari sebarang
gangguan. Bagaimana pun bagi memingkatkan lagi tahap keselamatan kawasan kotak
kelulut dan pondok dikawasan tersebut akan dipagar dan dikunci.

1.3 PENGALAMAN

Saya pernah mengikuti kursus Lebah Kelulut melalui Program Agropreneur Muda pada
Oktober 2014 di Pusat Apiari Nasional, Sekayu, Terengganu anjuran Jabatan Pertanian
selama seminggu (Sijil Kursus disertakan – Lampiran 3). Saya amat berminat dengan
projek ternakan lebah kelulut dimana pada masa ini telah mempunyai sebanyak 10
kotakkelulut yang diletakkan berhampiran rumah selama 3 tahun dulu. Selain itu saya
mempunyai 5 kotak lebah keran  dan menjaganya dengan baik. Saya berpeluang
brberapa kali mengikuti lawatan teknikal projek kelulut anjuran Jabatan Pertanian dan
lawatan persendirian di Kelantan, Kedah, Melaka dan Pahang.

2. TEKNIKAL KELULUT

Projek ternakan Lebah Kelulut Trigona spp  merupakan satu projek yang baru
dikomersilkan dalam negara kita untuk kawasan dusun dan juga hutan gelam atau
akasia. Selama ini sumber madu dalam negara bergantung kepada Madu Lebah yang
diimpot dari luar negara dengan nilai jumlah impot melebihi RM45 juta setahun
sedangkan pengeluaran madu dalam negara kurang daripada RM30 juta setahun.
Kualiti madu yang diimpot atau pun keluaran tempatan banyak yang tidak tulin akibat
mudahnya pengguna tertipu dengan Madu Tiruan. Pengguna kurang arif dengan
bagaimana untuk mengenali madu asli dengan madu tiruan yang ada dipasaran. Oleh
itu jika pengeluaran madu tempatan dapat ditingkatkan maka ianya akan menjana
pendapatan pengusaha dan KDNK dalam negara. Madu kelulut juga mempunyai
khasiat yang lebih hebat daripada madu impot kerana kandungan nutrien didalamnya.
Ia adalah jauh lebih mahal dipasaran berbanding dengan harga madu lebah atau madu
impot.

Industri Perlebahan di Malaysia dahulu hanya bergantung kepada madu dari lebah
Tualang (Apis dorsata) atau lebah liar hutan yang tidak boleh diternak. Pemburu Madu
Tualang hanya akan mengutip hasil pada pokok tualang yang tidak menentu hasilnya.
Kemudian diperkenalkan penternakan Lebah Keran (Apis cerana) dimana ia merupakan
lebah tempatan yang kurang produktif dengan penghasilan kurang daripada 5 kg/haif
setahun dengan pengurusan yang baik. Lebah Keran juga garang dan suka menyengat
ketika pengurusan dilakukan. Pada masa ini daripada inforamasi yang saya perolehi,
penternakan Lebah Impot (Apis mellifera) merupakan spesis lebah yang berpotensi
untuk dijadikan sumber pendapatan baru terutama jika diternak dikawasan hutan
Akasia (Acacia mangium) atau dikawasan hutan pokok Gelam. Produktiviti daripada
spesis lebah ini paling kurang mampu menghasilkan 6 - 10 kg satu haif dalam sebulan
dengan pengurusan yang sempurna.

Kini penternakan lebah kelulut (Trigona spp) yang tidak menyengat ini (Stingless bee)
lebih mudah diuruskan dan kurang risiko. Ini kerana lebah Trigona itama dan Trigona
thoracica merupaka dua spesis kelulut yang telah dikenalpasti sangat sesuai
dikomersilkan. Spesis kelulut ini merupakan jenis tempatan yang ujud secara
semulajadi dikawasan dimana persekitarannya sesuai. Teknologi baru penternakan
kelulut telah di sesuaikan dengan menggunakan Kotak Topping dimana membolehkan
kelullut menyimpan madu didalamnya. Kaedah menggunakan batang kayu merupakan
teknologi yang sesuai digunakan walau pun penggunaan kotak haf juga lebih mudah.
Ramai dikalangan usahawan kelulut kini bergiat secara individu, berkelompok malahan
paling unik dengan cara komersial dan ada syarikat. Beberapa pengusaha ada
menubuhkan sistem ’kontrak farming’ dalam penternakan kelulut yangb boleh diikuti.

3. PEMASARAN 

Penternakan lebah kelulut secara komersil menghasilkan produk seperti MADU LEBAH
KELULUT. Selain itu projek ini juga boleh menghasilkan produk lain seperti Lilin,
Debunga, Propolis, Koloni dan banyak lagi. Komponen hasil madu lebah merupakan
sumber utama pendapatan usahawan. Madu Lebah belum proses dan siap proses
dijual dengan harga RM 200.00 sekilogram pada harga ladang. Harga ini akan lebih
tinggi apabila dijual dengan madu siap proses dibotolkan. Madu kelulut keluaran saya
akan di beri kenama ’MADU LEBAH KELULUT ASLI MUARA” dengan pembotolan
120 ml, 240 ml dan juga 300 ml. Harga runcit bergantung jenis pembotolan diaripada
RM 50.00 sebotol sehingga RM 120.00 sebotol mengikut pembungkusan dan  lokasi.

Pemasaran dijalankan dengan jualan borong daripada tempahan pengedar di Muar,


Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu produk madu ini akan
dijual runcit melalui premis jualan di premis R&R PLUS, Pasar Malam dan juga  kepada
individu yang datang. Pembekalan kepada pasaraya besar seperti MYDIN, GIANT,
ECONSAVE  dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahap penghasilkan mencapai
maksima selepas tahun ke dua. Produk asas dari penternakan lebah madu akan
diproses di premis atau pusat pengumpulan hasil madu  yang akan dilengkapi peralatan
moden. Sebahagian madu kelulut akan di ekspot ke Singapura dan negara jiran 
mengikut perancangan.

4. PENGURUSAN 
Projek penternakan lebah madu kelulut akan dijalankan dengan cara meletakkan
semua kotak dan ’kotak topping’ dalam satu kawasan dikhususkan dalam kawasan
dusun campuran dan dipasang pagar keselamatan. Pengurusan dan pemeriksaan
kawasan letak koloni akan dilakukan sendiri oleh pemohon dan dibantu oleh isteri, 1
orang anak saudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran gaji bulanan RM 900
sebulan. Perjalananan selama 15-20 minit dari rumah membolehkan pengawasan
projek ini dapat dilakukan dengan baik. Sebuah pusat mengumpul madu dan produk
berasaskan madu kelulut akan didirikan dikawasan tapak. Ia berupa struktur tidak kekal
iaitu memadai dengan bumbung, tiang dan para serta setor untuk menjalankan aktiviti
menuai hasil dan menyimpan peralatan perlu. Pemeriksaan biasa akan dilakukan setiap
hari untuk kesemua 100 kotak/ haif terutama pada waktu petang, Cuti Sabtu dan Ahad.
Bagaimana pun aktiviti menuai madu, memeriksa ratu lebah dan memecahkan koloni
akan dilakukan sepanjang hari oleh pekerja tetap dan pemilik usahawan bersama pada
lewat petang dan pada hari Sabtu dan Ahad kerana ada waktu yang panjang.

5. KEWANGAN 

Lampiran 4 menunjukkan Aliran Wang Tunai atau Cashflow projek ternakan lebah
kelulut dikawasan dusun tradisional yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Cashflow
tersebut menunjukan bagi mendapatkan pulangan sebanyak RM 7,209 iaitu jumlah
melebihi RM5,000 sebulan (Sasaran Pakej Projek) yang perlukan sebanyak 100 batang
kayu  atau koloni kelulut. Madu kelulut akan mula dihasilkan pada bulan ke 6 dengan
aggaran hasil madu sebanyak 42 kg sebulan  (Anggaran hasil meningkat mengikut
masa). Jika anggaran harga madu lebah akasia sekitar RM 200.00 sekilogram, maka
anggaran pendapatan kasar tahun pertama sebanyak RM50,400 dimana ia  meningkat
kepada RM100,800 setahun pada tahun berikutnya.

Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar untuk cashflow 5 tahun


sebanyak RM 453,600 sedangkan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM 127,795 yang
memberikan pendapatan bersih sebanyak RM 325,804. Kadar Kos-Fadah (BC Ratio)
adalah 3.55 bermakna etiap satu ringgit dibelanjakan akan memberikan pulangan
RM3.55. Nilai kini Bersih (NPV@10%) pula adalah RM 230,899  dengan Kadar
Pulangan Dalam (IRR10%) adalah 4.27%. Anggaran purata pendapatan bulanan projek
ini sekitar RM 7,209 sebulan iaitu mencapai sasaran program Agropreneur Muda
Ternakan kelulut. Ini bermakna dari segi cashflow, ianya positif dan berdaya maju
untuk dilaksanakan.

Kertas ini mencadangkan kos pembangunan dan pembelian alatan untuk 100 koloni
dalam batang kayu dan kotak topping pada tahun pertama sebanyak RM51,710 dimana
ianya boleh dipohon daripada pinjaman AgroBank atau TEKUN. Kadar pembiayaan
melalui pinjaman sekitar RM 50,000 (70% daripada kos projek melalui pinjaman) dan
permohonan melalui bantuan daripada MOA sebanyak RM 15,000 (30% daripada kos).
Anggaran bataran balik akan ditentukan oleh pihak kewangan  dianggarkan sekitar RM
800 sebulan.

6. KESIMPULAN 

Pelan Perniagaan atau Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju dimana ia adalah
projek ternakan kelulut dikawasan dusun bercampur di Kg Parit Amal, Jalan
Temenggong, Muar, Johor yang akan memberikan pendapatan selaras dengan konsep
Pakej  Projek Agropreneur Muda Lebah Kelulut. Projek ini akan memberikan
pendapatan bulanan sebanyak RM 7,209 sebulan untuk selama 5 tahun seperti dalam
cashflow. Pengeluaran Madu kelulut ini merupakan jenis madu yang berkualiti dan asli
dimana ia boleh dijual dalam negara atau pun untuk pasaran ekspot.  Projek ini akan
dibiayai oleh pihak Bank dan MOA.

Disediakan oleh:
Mohd. Amin bin Hasan
No 66, Kampong Parit Amal,
Jalan Temenggong, Muar,
86200, Johor (013-7613455 (HP)
  

9.  LAMPIRAN

            9.1       Peta lokasi cadangan Projek kelulut Kg Parit Amal, Muar,
                        Jalan, Temenggong, Johor.  
            9.2      Surat Kebenaran Menternak Kelulut Lot MR4522   
            9.3      Sijil kehadiran Kursus Kelulut  Madu di Pusat Apiari Nasional,   
                       SEKAYU, TERENGGANU  
            9.4.    Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan (Cashflow Kelulut

 __________________________________________________________________

KERTASKERJA INI DIPAPARKAN SEBAGAI


'TEMPLATE' KEPADA BAKAL USAHAWAN
AGROPRENEUR MUDA KELULUT YANG INGIN
MENCEBURI DALAM INDUSTRI TERNAKAN KELULUT
DI MALAYSIA. SEBARANG PERTANYAAN SILA
HUBUNGI PENULIS. WASALLAM!.

You might also like