You are on page 1of 2

STRUKTUR BINAAN DALAM SARANG

Setiap sarang akan mempunyai tempat menyimpan madu, roti lebah, tempat
bertelur, struktur penyambung binaan dan lapisan nipis propolis di tempat-tempat
tertentu.  Jika rongga terlalu besar, ia dihadkan dengan lapisan bitumen yang keras.
Bitumen dibina dari campuran cerumen, propolis, lumpur, serat tumbuhan dan
kotoran haiwan.  Fungsi-fungsi struktur ini adalah seperti berikut:

      KOKUN
Kokun ialah struktur yang diperbuat dari propolis dan lilin, berbentuk silinder dan
digunakan untuk meletakkan telur, larva dan pupa.

      KATUNG MADU


Berbentuk tempayan, diperbuat daripada propolis dan lilin.  Pada kebiasaannya
katung madu diatur bahagian atas kokun. Fungsinya ialah sebagai tempat
pengumpulan madu.

      KATUNG ROTI LEBAH


Berbentuk tempayan, diperbuat daripada propolis dan lilin.  Pada kebiasaannya
katung madu diatur bahagian atas kokun. Fungsinya ialah sebagai tempat
pengumpulan roti lebah.

      INVOLUCRUM
Involucrum ialah lapisan propolis yang nipis mengelilingi kokun.  Involucrum ini
terbentuk pada umumnya dikeliling kokun anak bagi tujuan untuk mengawal dari
serangan perosak atau mengstabilkan keadaan suhu dikawasan kokun.

      TIANG PENYOKONG


Tiang penyokong ini terbentuk diantara lapisan kokun.  Ianya diperbuat daripada
propolis dan lilin. Fungsi tiang penyokong ialah untuk memisah satu lapisan kokun
dengan yang lain.

      STRUKTUR PENYAMBUNG


Rangkaian struktur yang menghubung rangkaian kantung madu, kantung roti lebah
dan lain.

STRUKTUR BINAAN LUAR SARANG


Pada keadaan biasa hanya satu lubang / corong sahaja dibina sebagai pintu keluar
masuk kedalam sarang.   Ini bagi memastikan kawalan keselamatan boleh dijalan
lebih baik oleh pengawal-pengawal koloni.  Bahan yang digunakan untuk pembinaan
corong luar ialah propolis, lilin, pasir, resin, tanah dan serap tumbuhan.  Seni binaan
corong adalah pelbagai bergatung kepada spesis, persekitaran setempat dan tahap
kesihatan koloni.  Seni bina corong ini biasa digunakan pengecaman spesis lebah
kelulut

You might also like