You are on page 1of 2

Kelulut Poultry Farm

Madu Kelulut

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut sejenis lebah bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Kajian Mardi mendapati Malaysia mempunyai paling banyak spesis kelulut berbanding negara lain di Asia. Di semenanjung Malaysia sahaja terdapat 29 spesis kelulut manakala jumlah spesis di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan. Kelulut boleh dibahagikan kepada 3 iaitu besar, sederhana dan kecil. Ia biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang dan kepelbagaiannya boleh dilihat menerusi bentuk sarang. Lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan oleh lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1000 hingga 2000 ekor kelulut. Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat. Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Madunya berasa agak masam berbanding madu lebah biasa dan warnanya lebih cerah. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang dipasaran. Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga. Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, anti-bakteria dan anti-radang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam produk kosmetik, krim dan tablet. Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

You might also like