You are on page 1of 17

Sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.

Pokok jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga. Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica. Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm. dan suhu 15 - 38C. Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit. Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg. Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

Kudup Bunga

Daun Pokok

Pokok Cengkih

Pokok Cengkih

Lada hitam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum merupakn sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi.Ia biasanya dikeringkan dan digunakan sebagai rempah dan perasa. Buahnya, yang dikenali sebagai lada apabila kering, mengukur pada kira-kira 5 milimeter (0,20) dalam diameter, merah gelap apabila telah matang, dan, mengandungi sebiji benih sahaja. Lada, dan lada serbuk yang diperolehi daripada pengisaran buahnya, boleh dihuraikan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam, lada hijau dan lada putih. Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008. Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam. Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.

Ubi kayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubi kayu

Gambar ubi kayu dari Koehlers Medizinischepflanzen

Pengelasan saintifik Nama binomial Manihot esculenta


Crantz

Alam: Divisi: Kelas: Order: Keluarga:

Plantae Magnoliophyta Magnoliopsida Malpighiales Euphorbiaceae

Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi

Subkeluarga: Crotonoideae Tribe: Genus: Spesies: Manihoteae Manihot M. esculenta

belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandio (Par aguay), akpuatau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang

berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong(Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), c sn or khoai m (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).

Penanaman
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Kegunaan
Makanan
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadimonosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.[1]

Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Pokok ubi kayu. kayu.

Ubi kayu yang baru digali. Ubi kayu rebus dengan kelapa parut

. Tapai ubi

Daun ubi kayu yang tua boleh dijadikan bungkusan makanan. Bahagian pucuknya dibuat ulam.

Tebu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tebu

Pengelasan saintifik

Alam: Divisi: Kelas: Order: Famili:

Tumbuhan (Plantae) Magnoliophyta Liliopsida Poales Poaceae

Genus: Saccharum Spesies: Saccharum officinarum

Pokok tebu Saccharum officinarum di Taman Kew, London

Saccharum officinarum yang ditanam di Hawaii

Tebu merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula. Terdapat beberapa spesies tebu, tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning. Terdapat juga tebu hitam.

Penanaman dan kegunaan


Kira-kira 107 buah negara menanam pokok tebu untuk menghasilkan 1,324 juta tan (melebihi enam kali jumlah bit gula yang dihasilkan). Pengeluar-pengeluar terbesar ialah Brazil, India, China, dan Pakistan, dan merupakan melebihi 50% daripada pengeluaran dunia.
Pokok tebu di ladang Madeira

Sejarah
Rencana utama: Gula Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-orang Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol. Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan ia segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancismendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe,Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009.

Penanaman tebu turut memberi kesan kepada sejarah moden kebanyakan pulau Pasifik tropika, terutamanya Hawaii dan Fiji. Di pulau ini, gula menguasai keadaan politik dan ekonomi selepas masyarakat tempatan dijajah oleh Eropah dan Amerika. Orang Eropah dan Amerika turut menggalakkan penghijrahan dari pelbagai negara Asia sebagai pekerja bagi menjaga dan menuai tanaman. Polisi industri gula akhirnya menentukan bentuk etnik penduduk pulau yang wujud kini, menjejaskan dengan banyaknya masyarakat dan politik di pulau tersebut. Brazil merupakan penanam utama tebu, di mana ia digunakan bagi menghasilkan gula dan juga bagi menghasilkan alkohol yang digunakan bagi menghasilkan bahan api gasohol dan biodiesel. [sunting]Penanaman Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada [biojisim]]. Dalam wilayah penanaman utama, seperti Hawai, tebu mampu menghasilkan 20 kg gula bagi setiap meter persegi yang terdedah kepada matahari. Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurangkurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali; setiap kali selepas tuaian, batang asal akan menumbuhkan pucuk baru, dikenali sebagai ratoons. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan, dan akhirnya pengurangan hasil menyokong penanaman semula. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 boleh dilakukan antara setiap penanaman. Tebu digunakan sebagai tumbuhan makanan oleh larva sesetengah spesies lepidoptera, termasuk kupu-kupu turnip. Tebu boleh dituai menggunakan tangan atau mekhanikal. Penuaian menggunakan tangan menyumbang kepada separuh dari pengeluaran dunia, dan amat berleluasa di negara membangun. Apabila dituai dengan tangan, ladang tebu akan dibakar. Api merebak dengan cepatnya, membakar daun, tetapi membiarkan batang dan akar yang dipenuhi air selamat. Penuai kemudian memotong batang yang tegak pada aras tanah dengan pisau. Penuai tebu yang mahir mampu memotong 500 kg tebu sejam. Mesin penuai gabungan tebu, atau penuai pemotong, adalah mesin tuaian yang pada asalnya dimajukan di Australia. Mesin penuai memotong tebu pada pangkal batang,

menceraikan tebu dari daunnya, dan kemudiannya meletakkan batang tebu kedalam pedati sementara menghembus daun yang dipotong kembali keladang. Mesin sedemikian mampu menuai 30 tan tebu sejam, tetapi tebu yang dituai menggunakan mesin sedemikian perlu dihantar kekilang dengan cepat; apabila dipotong tebu mula kehilangan kandungan gulanya, dan kerosakan pada batang tebu semasa tuaian mekhanikal hanya mempercepatkan penguraian ini. [sunting]Pemprosesan Secara traditional, tebu akan diproses dalam dua tahap. Kilang tebu di kawasan pengeluaran tebu, mengeluarkan gula dari tebu yang dituai segar, menghasilkan gula mentah bagi pemprosesan semula, dalam bentuk gula kilang putih bagi kegunaan tempatan. Pengilang gula, sering kali terdapat dalam kawasan pengguna gula yang tinggi seperti Amerika Utara, Europah, dan Jepun, kemudiannya akan menghalusi gula mentah bagi menghasilkan gula putih halus, keluaran yang lebih dari 99% sucrose sepenuhnya. Kedua tahap ini perlahan-lahan semakin kabur. Peningkatan kekayaan di kawasan tropik pengeluar gula mendorong kepada peningkatan bagi gula halus di kawasan tersebut, dan terdapat trend kearah menggabung pengilangan dan penghalusan di kawasan tersebut. [sunting]Pengilangan Di kilang tebu, tebu dibasuh, dan kemudiannya dipotong dan dicincang oleh mata pisau yang berputar. Tebu yang dicincang kemudiannya dicampurkan berulang kali dengan air dan digelek antara penggelek; air tebu yang terkumpul (dikenali di Brazil sebagai garapa) mengandungi 1015% sucrose, sementara pepejal berfiber yang tinggal, dikenali sebagai hampasinggeris: bagasse, dibakar sebagai bahan api. Hampas menjadikan kilang gula lebih dari berdikari dari segi penggunaan tenaga; hampas lebihan kemudiannya boleh digunakan sebagai makanan haiwan, dalam penghasilan kertas, atau dibakar bagi menghasilkan eletrik bagi grid tenaga tempatan.

Kilang gula di sebuah ladang tebu yang lama di Antigua.

Air tebu kemudiannya dicampurkan dengan batu kapur bagi menyesuaikanpHnya kepada 7. Ini menghalang penguraian sucrose kepada glucose dan fructose, dan menyingkir keluar sebahagian kekotoran. Campuran ini kemudiannya diheningkan, membenarkan kapur dan pepejal terapung lain mendak dan cecair yang l;ebih jernih ini dipekatkan dalam pengeluwap pelbagai kesan (multiple-effect evaporator) bagi menghasilkan sirap dengan kandungan sucrose sekitar 60% menurut berat. Sirap ini kemudiannya dipekatkan dalam vakum sehingga ia menjadi superpekat, dan kemudiannya disemai dengan kristal gula. Apabila disejukkan, gula berkristal keluar dari sirap. Mesin (centrifuge) digunakan bagi mengasingkan gula dari cecair yang tinggal, atau molasses. Pengkristilan tambahan mungkin dilakukan bagi mengeluarkan lebih banyak gula dari molasses; baki molasses selepas kesemua gula yang boleh dihasilkan telah dikeluarkan secara kos-efektif dikenali sebagaiblackstrap. Gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Sekiranya gula putih diperlukan buih sulfur dioxida mungkin ditiup melalui air tebu sejurus sebelum pengelowapan. Peluntur ini menjadikan bahan cemar bewarna menjadi tanpa warna. Gula yang diluntur menjadi putih melalui proses sulfitation ini dikenali sebagai putih kilang, putih ladang atau gula kristal. Gula dalam bentuk ini merupakan bentuk gula yang paling banyak digunakan dinegara penanam tebu. [sunting]Penapisan Dalam penulinan gula, gula kasar ditulinkan lebih lanjut. Mula-mula gula kasar dicampurkan dengan sirap pekat dan dibersihkan secara centrifuge. Proses ini dikenali sebagai affination; tujuannya adalah bagi membersihkan selaput luar kristal gula kasar, yang kurang tulin berbanding bahagian dalam kristal. Baki gula kemudian dilarutkan bagi menghasilkan sirap, sekitar 70% menurut berat pepejal. Larutan gula ini kemudiannya dijernihkan melalui campuran asid phosphorik dan kalsium hidrosida, yang bergabung bagi mengeluarkan kalsium phosphate. Partikel calcium phosphate memerangkap sebahagian bahan cemar dan menyarap yang lain, dan kemudiannya terapung di bahagian atas tangki, di mana ia akan diceduk buang. Pilihan lain kepada teknik phosphatationadalah karbonatation, dioksida dan kalsium yang hampir bagi serupa, tetapi menggunakan karbon hidroksida menghasilkan

penyingkiran kalsium karbonat . Selepas sebahagian baki pepejal ditapis keluar, sirap jernih ini dinyahwarna melalui penapisan melalui lapisan karbon aktif. Sesetengah baki cemaran bewarna diserap dalam tapisan karbon. Sirap yang ditulinkan kemudiannya dipekatkan lagi menjadi amat pekat dan dikristalkan dalam keadaan hampagas, bagi menghasilkan gula putih tulin. Sebagaimana di kilang gula, kristal gula dipisahkan dari molasses melalui centrifugation. Gula tambahan

diambil dengan mencampur baki sirap dengan basuhan dari affination dan dikristalkan sekali lagi bagi menghasilkan gula perang. Apabila tiada lagi gula dapat dihasilkan dengan mudah, molasses terakhir masih mempunyai 2030% sucrose, termasuk 1525% glukos dan fructos. Untuk menghasilkan gula kasar dari mana bijian gula individual tidak melekat sesama sendiri, gula perlu dikeringkan. Ini dicapai dengan mula-mula mengeringkan gula dalam pengering pemutar panas, dan kemudian merawat gula tersebut dengan meniup udara sejuk melaluinya selama beberapa hari.

Sirap Tebu Reben

Penyejat yang menggunakan dulang sesekat dan pencedok busa untuk membuat sirap tebu reben. Muzium Persatuan Sejarah Three Rivers di Browntown, Carolina Selatan

Tebu Ribon adalah jenis separa tropika yang dahulunya pernah ditanam secara meluas di selatan Amerika Syarikat, ke utara sejauh persisiran North Carolina. Airnya dikeluarkan dengan menggunakan pemerah berkuasa kuda atau baghal, kemudian cecair itu dididihkan, sama seperti sirap maple, dalam dulang leper, kemudiannya digunakan dalam bentuk sirap sebagai pemanis makanan lain. Ia bukannya tanaman perdagangan masa kini, tetapi sebilangan kecil petani cuba mengekalkan tradisi lama dan mendapati pasaran tersedia bagi keluaran mereka. kebanyakan pengeluaran tebu di Amerika Syarikat dilakukan di Florida dan Louisiana, dan sebahagian kecilnya diHawaii dan Texas.

Mesin tebu yang digunakan di Malaysiabagi memerah air tebu.

[sunting]Tebu

sebagai barang makanan

Dalam kebanyakan negara di mana tebu ditanam, terdapat beberapa makanan dan hidangan popular yang dihasilkan darinya, seperti:

Batang tebu yang dimakan terus, yang dimamah bagi mengeluarkan airnya dan hampas diludah keluar. Air tebu yang dihasilkan melalui tangan, atau mesin eletrik dangan sedikit campuran limau nipis dan air batu, menghasilkan minuman yang sedap dan amat popular. Molasses, digunakan sebagai pemanis dan juga sebagai sirap bersama makanan lain, seperti keju Rapadura, kandi dihasilkan dari gula perang pepejal di Brazil, yang boleh dimakan dalam blok keras kecil, atau dalam bentuk hancur (tepung), sebagai tambahan kepada pembasuh mulut lain.

Tebu untuk penghasilan etanol (sebagai penggantian untuk gasolin)


Minat dalam penggunaan tebu bagi menghasilkan ethanol semakin meningkat, disebabkan kenaikan harga minyak dan gasolin. Brazil telah berjaya menggunakan ekonomi bahan apinya bagi menggantikan kebanyakan penggunaan gasolin dengan penggunaan ethanol. Jagung digunakan secara meluas di Amerika Syarikat bagi penghasilan ethanol. Tebu bagaimanapun adalah lebih berkesan bagi menghasilkan ethanol. Penggantian ethanol berasaskan jagung kepada ethanol berasaskan tebu membolehkan negara bergantung minyak seperti Amerika Syarikat bagi mengurangkan pergantungan kepada minyaknya.

Nanas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

nanas

Buah nanas, di atas pokok induk

Pengelasan saintifik Alam: (tiada pangkat) (tiada pangkat) Order: Keluarga: Tumbuhan Monokot

Commelinids

Poales Bromeliaceae

Subkeluarga: Bromelioideae Genus: Spesies: Ananas A. comosus

Nama binomial Ananas comosus


(L.) Merr.

Sinonim Ananas sativus Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Kultivar
Kultivar nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripa 3 kumpulan yang besar iaitu Jenisnanas CAYENE, nanas SPANISH dan nanas QUEEN. Keluasan penanaman nanas di negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007) , 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011.[1] Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (57% dari keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar.

Kumpulan CAYENE
Kultivar ini mempunyai saiz buah yang besar, mata buah yang rata, isinya berwarna kuning pucat dengan kandungan gula dan asid yang tinggi. Nanas jenis ini menunjukkan pertumbuhan tampang (vegetative growth) yang cepat dengan tepi daunnya halus dan berduri dibahagian hujung sahaja. Nanas jenis ini popular ditanam di banyak lokasi seluruh dunia untuk dikalengkan dan mempuyai bentuk buah yang tirus. Senang sahaja nak kenal nanas ini iaitu nanas Sarawak dan Smooth Cayene daripada saiznya dan bentuknya. Kelebihan jenis ini dikatakan rintang terhadap penyakit reput teras dan juga penyakit buah hantu. Pokok nanas Sarawak (Di Sarawak nanas ini dipanggil sebagai nanas 'Paun'). Ketinggian pokok sekitar 120 cm dengan bilangan daun sekitar 60 -80 helai semasa pokok tersebut berbunga. Daunya berwarna hijau dengan pigmentasi merah ungu di sepanjang bahagian tengah daun dan ianya berduri tajam di bahagian hujung. Kalau terkena durinya boleh luka dan gatal. Nanas ini mempunyai buah paling besar dengan 2-4 kg sebiji bergantung kepada jenis tanah dan kesuburan pokok. Buah nanas Sarawak berbentuk tirus dengan warna kulit hijau gelap. Maklumat dari ramai petani juga mengesahkan nanas ini kurang resposnsif terhadap hormon pil ANA untuk berbuah kerana jenis ini dipengaruhi suhu dan fotokala untuk berbuah. Kajian saintis menunjukan jenis ini perlukan suhu 20 Celsius dengan sinaran siang yang pendek yang tiada di Malaysia. Jenis nanas ini sentiasa dalam keadaan tampang (Vegetative) sahaja di Malaysia dan sukar untuk di aturkan penghasilan buah nanas Sarawak yang seragam dan komersil. Sesekali dapat makan nanas Sarawak yang cukup masak dan baru dipetik terasa 'LIDAS'.

Kumpulan SPANISH
Nanas Spanish adalah popular ditanam di Malaysia untuk tujuan pengeluaran bagi nanas kaleng (untuk di tinkan). Antara yang memang terkenal ialah kultivar Masmerah dan Gandul. Kedua-dua kultivar ini telah ditanam di Johor. Pokok ini mempunyai 35 - 70 helai daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya mempunyai duri dibahagian hujung dan yang istimewa ialah

kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang terbit pada pangkal buah. Jambulnya (Crown) nanas ini juga besar dan kadang-kadang terjadi berbilang dan juga menjadi pipih bentuknya. Saiz buah jenis ini sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang berbentuk silinder, mata agak dalam dan warna buah hijau bertukar ke ungu gelap atau jingga kemerahan apabila masak. Isinya berwarna kuning keemasan dan berserabut. Buah ini tahan lasak dan tidak mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Buah kumpulan Spanish seperti nanas Gandul mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan Aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA atau pun Etephon akan dibubuh pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan ( Sekitar 8 bulan ). Pokok nanas ini boleh diprogramkan bila masa menanam dan bila masa untuk menuai dengan kiraan yang betul dan jadual penanaman yang boleh di programkan. [sunting]Kumpulan

Queen

Kultivar Queen merupakan antara yang paling popular ditanam di Malaysia. Nanas Moris ini merupakan nanas yang luas ditanam untuk kegunaan segar dan dimasak untuk dibuat pajeri dan sebagainya. Nama lain dalam kumpulan ini seperti nanas Tailung 2 di Taiwan dan nanas Common Rough, nanas Ripley Queen yang ditanam di Australia. Nanas Moris rasanya manis (Gula antara 13-18 darjah brix) dan bentuk buahnya yang tirus. Nanas ini tidak sesuai untuk dikaleng kerana saiznya kecil dengan tekstur isinya rapuh dan warna kuning keemasan yang menarik bila cukup masak. Pokoknya paling kecil berbanding dengan jenis lain dengan warna daun hijau kebiruan serta ungu dibahagian tengahnya dan mempunyai duri. Buah yang kecil berwarna hijau gelap dan tidak mempunyai slip tetapi mampu menghasilkan sulur (suckers) yang banyak. Kultivar ini mampu menghasilkan buah 1 bulan lebih awal daripada kumpulan Cayene dan Spanish. Nanas Moris (Nama asal 'Mauritius') merupakan nanas yang ditanam untuk makan segar dengan jangkamasa menuai singkat sekitar 9-10 bulan sahaja. Nanas jenis ini sangat responsif atau bertindakbalas dengan baik terhadap pengaruhan pembungaan menggunakan pil ANA atau bahan hormon yang lain. Penanaman lazim menggunakan bahan tanaman daripada sulur batang yang banyak diperolehi selepas menuai buah dan mencantas daunnya. Varian nanas jenis ini seperti nanas Moris Sungai Balang (16 - 18 Darjah Brix), nanas Moris Slipping (Jenis ini pelik sikit kerana ada slip) dan juga nanas Moris Besar (Buahnya besar sekitar 1.5 - 1.8 kg sebiji). [sunting]Penanaman Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang.[2] Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok

induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Kelicap (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.[3]

Penanaman nanas di ladang kelapa sawit, Johor.

Antara varieti nanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport Malaysia kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30oC dengan taburan hujan sebanyak 1250 mm setahun.[4] Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik. Penghasilan komersil nanas boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, Hawaii, Ivory Coast, Kenya,Mexico, Puerto Rico dan Taipei. [sunting]Khasiat Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. [sunting]Perubatan Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. [perlu rujukan] Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.[5]Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. [sunting]Kegunaan

lain

Buah dan pokok nanas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei. Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

You might also like