You are on page 1of 13

PENDAHULUAN

Di Brunei Darussalam kini terdapat berbagai-bagai tumbuhan sama ada yang ditanam atau tumbuh liar di hutan. Ada antaranya merupakan tumbuhan asli negara ini dan ada pula yang dibawa dari negara lain. Banyak diantaranya mengeluarkan bunga, buah, ubi, daun dan sebagainya yang bermanfaat kepada manusia. Seperti yang kita sedia maklum penduduk Brunei Darussalam sememangnya gemar akan buah-buahan. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pengeluaran buahbuahan yang semakin meningkat setiap tahun. Buahbuahan bukan saja sedap dimakan tetapi boleh membekalkan zat-zat makanan serta vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Selain daripada khasiat zat pemakanannya, buah-buahan juga mempunyai pelbagai kegunaan lain. Kegunannya dalam industri makanan adalah sangat meluas. Selain dijadikan jem dan jus, buah-buahan juga dijadikan bahan ekstrak utama perisa pelbagai jenis makanan. Untuk melihat khasiat dan kepelbagaian beberapa jenis buah-buahan, tajuk-tajuk berikut ini akan membincangkannya dengan lebih lanjut.

POKOK PISANG
Pokok Pisang merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Pada masa kini, pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Bagi kaum Melayu di Brunei pokok pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain dari dimakan. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit. Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.

Penawar penyakit
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu: 1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. 2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol. 3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit. 4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang. 6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa peningpening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula. 4

Tahukah anda mengenai pisang


Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan kita ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya. Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang. Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit. Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

POKOK KELAPA
Pokok kelapa adalah ahli keluarga Arecaceae. Ia merupakan spesies tunggal yang dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun sepanjang 4-6 meter, dengan helaian daun sepanjang 60-90 cm; pelepah tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.

Buah

Secara botani, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali sebagai pepauh (ataupun drup) bergentian (bukannya "kacang"). Mesokarpa terdiri daripada gentian yang dikenali sebagai sabut dan terdapat tempurung (endokarpa). Tempurung keras mempunyai tiga liang percambahan yang jelas kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Melalui salah satu darinya pucuk keluar apabila embrionya bercambah. Apabila dilihat dari satu bahagian, tempurung dan liang percambahan kelihatan seperti muka monyet yang merupakan istilah bahasa Portugis iaitu coco.

Kegunaan
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

batang kelapa boleh dibuat titi; daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan; lidi kelapa boleh dibuat penyapu; sabut kelapa boleh dibuat tali; dan tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk dan barangan kraftangan.

Buah kelapa yang muda boleh diminum, sementara kelapa tua boleh diproses untuk menghasilkan santan, minyak kelapa dan pelbagai lagi.

POKOK DURIAN
Durian merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durian banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih. Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

Ciri- ciri
Stesen bayaran berbentuk durian. Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama. Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ianya dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

NANGKA
Nangka adalah nama sejenis pohon, sekaligus buahnya. Pohon nangka termasuk ke dalam suku Moraceae; nama ilmiahnya adalah Artocarpus heterophyllus. Dalam bahasa Inggris, nangka dikenal sebagai jackfruit.

Hasil dan Kegunaan


Nangka terutama dipanen buahnya. "Daging buah" yang matang seringkali dimakan dalam keadaan segar, dicampur dalam es, dihaluskan menjadi minuman (jus), atau diolah menjadi aneka jenis makanan daerah: dodol nangka, kolak nangka, selai nangka, nangka-goreng-tepung, keripik nangka, dan lain-lain. Nangka juga digunakan sebagai pengharum es krim dan minumnan, dijadikan madu-nangka, konsentrat atau tepung. Biji nangka, dikenal sebagai "beton", dapat direbus dan dimakan sebagai sumber karbohidrat tambahan. Buah nangka muda sangat digemari sebagai bahan sayuran. Di Sumatra, terutama di Minangkabau, dikenal masakan gulai nangka. Di Jawa Barat buah nangka muda antara lain dimasak sebagai salah satu bahan sayur asam. Di Jawa Tengah dikenal berbagai macam masakan dengan bahan dasar buah nangka muda (disebut gori), seperti sayur lodeh, sayur megana, oseng-oseng gori, dan jangan gori (sayur nangka muda). Di Jogyakarta nangka muda terutama dimasak sebagai gudeg. Sementara di seputaran Jakarta dan Jawa Barat, bongkol bunga jantan (disebut babal atau tongtolang) kerap dijadikan bahan rujak. 10

Ketupat gulai nangka, contoh olahan dari "buah" nangka muda. Daun-daun nangka merupakan pakan ternak yang disukai kambing, domba maupun sapi. Kulit batangnya yang berserat, dapat digunakan sebagai bahan tali dan pada masa lalu juga dijadikan bahan pakaian. Getahnya digunakan dalam campuran untuk memerangkap burung, untuk memakal (menambal) perahu dan lainlain. Kayunya berwarna kuning di bagian teras, berkualitas baik dan mudah dikerjakan. Kayu ini cukup kuat, awet dan tahan terhadap serangan rayap atau jamur, serta memiliki pola yang menarik, gampang mengkilap apabila diserut halus dan digosok dengan minyak. Karena itu kayu nangka kerap dijadikan perkakas rumah tangga, mebel, konstruksi bangunan, konstruksi kapal sampai ke alat musik. Dari kayunya juga dihasilkan bahan pewarna kuning untuk mewarnai jubah para pendeta Buddha.

11

BETIK
Betik adalah tumbuhan yang berasal dari Meksiko bagian selatan dan bagian utara dari Amerika Selatan, dan kini menyebar luas dan banyak ditanam di seluruh daerah tropis untuk diambil buahnya.

Kegunaan
Buah betik dimakan dagingnya, baik ketika muda mahupun masak. Daging buah muda dimasak sebagai sayuran (dioseng-oseng). Daging buah masak dimakan segar atau sebagai campuran cocktail. Betik dimanfaatkan pula daunnya sebagai sayuran dan pelunak daging. Daun betik muda dimakan sebagai lalap (setelah dilayukan dengan air panas) atau dijadikan pembungkus buntil. Getah betik (dapat ditemukan di batang, daun, dan buah) mengandung enzim papain, semacam protease, yang dapat melunakkan daging dan mengubah konformasi protein lainnya. Papain telah diproduksi secara massal dan menjadi komoditas dagang. Daun betik juga berkhasiat obat dan perasannya digunakan dalam pengobatan tradisional untuk menambah nafsu makan.

12

PENUTUP
Seperti yang telah diterangkan, sememangnya buah-buahan merupakan sumber semulajadi yang membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh badan kita. Hal ini terbukti apabila kajian yang dijalankan oleh para saintis dan pakar makanan mendapati pelbagai kandungan zat makanan terdapat dalam buahbuahan. Amalan pemakanan buah-buahan dalam kehidupan seharian sudah tentunya sedikit sebanyak dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Selain daripada khasiatnya, buah-buahan juga mempunyai pelbagai kegunaan yang lain seperti yang telah diterangkan. Perkembangan yang pesat dalam industri makanan telah meningkat dan ini telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

DIBUAT OLEH :

13

You might also like