You are on page 1of 3

Kegunaan Pokok Pisang

Terdapat banyak kegunaan pokok pisang. Daun pisang boleh digunakan untuk
membungkus nasi lemak. Buah pisang pula boleh dibuat kuih-muih dan
dimakan sebagai pencuci mulut.

Selain itu, jantung pisang boleh dibuat ulam dan sayur. Kegunaan lain
pokok pisang pula ialah batang pisang boleh dijadikan rakit.

Akhir sekali, pisang yang muda boleh dibuat kerepek pisang. Itulah antara
kegunaan pokok pisang.

Kegunaan Pokok Kelapa


Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan. Antaranya, air buah kelapa muda
boleh diminum untuk menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Di
samping itu, daun kelapa boleh dianyam menjadi sarung ketupat ketika musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya, batang pokok kelapa yang keras dan panjang sesuai dijadikan titi
untuk menyeberangi sungai atau parit. Selain itu, isi kelapa boleh diproses
menjadi sabun untuk membersihkan badan kita. Isi kelapa juga boleh dibuat
marjerin yang diperlukan semasa membuat biskut atau kuih. Kesimpulannya,
kita hendaklah menghargai pokok kelapa kerana hampir seluruh bahagian
tumbuhan ini memberikan manfaat kepada kita.

Khasiat Buah Manggis


Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada
kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan
badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.

Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai


anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara,
kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.

Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak
dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang
menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis
amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

You might also like