You are on page 1of 5

KBK60104

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK E-FORUM : TRAUMATIK

NAMA :SUMITHRA A/P PUSHPANATHAN

NO. MATRIK : 20182001975

PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN

NO. TELEFON : 014-9840130

PENSYARAH : DR. NORFISHAH BINTI MAT RABI


1.0 Konsep Traumatik

Trauma berasal dari bahasa Yunani yang dimaksudkan sebagai luka. Perkataan
‘Trauma’ digunakan untuk menggambarkan keadaan seseorang disebabkan peristiwa
yang dialami. Para psikologi telah menyatakan bahawa trauma dalam istilah psikologi
dimaksudkan sebagai suatu kejadian yang dialami seseorang dan meninggalkan bekas
yang selalunya bersifat negative. Dalam istilah psikologi perkara ini disebut sebagai
post-traumatic syndrome disorder. Definisi trauma ialah rasa terkejut iaitu sangat
terganggu dalam fikiran yang akan meninggalkan kesan mendalam, menakutkan dan
berpanjangan. Definisi kedua bagi trauma ialah kecederaan fizikal akibat sesuatu
kemalangan. Jadi definisi trauma dibahagi kepada dua iaitu secara mental dan fizikal.

2.0 Punca Wujud Kes

Terdapat pelbagai punca berlaku trauma terhadap kanak-kanak keperluan khas.


Salah satunya ialah penderaan seksual. Penderaan seksual kanak-kanak merupakan
salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan
individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong
berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu
seksual. Selalunya penderaan seksual berlaku apabila kanak-kanak didera secara
seksual sama ada kanak-kanak keperluan khas mengambil bahagian atau digelar
sebagai pemerhati dalam mana-mana aktiviti yang bersifat seks. Penderaan seksual
mendatangkan kesan negatif dan kritikalIa serta mampu memberikan kesan trauma
yang kompleks kepada kehidupan kanak-kanak yang mengalaminya. (Steel, Sanna,
Hammond, Whipple & Cross, 2004; Hyman, Gold & Cott, 2003; Salina, Fuziah, Suzana
& Zaizul, 2012). Kesan tersebut akan merosotkan pemikiran, emosi dan tingkah laku
kanak-kanak sehinggalah mereka meningkat dewasa (Muhammed Sharif & Nur Diyana,
2012; Browne & Finkelhor, 1986; Lianny, 2004).
Punca kedua trauma terhadap kanak-kanak keperluan khas ialah, penderaan
fizikal yang berlaku apabila seseorang kanak-kanak didera secara fizikal dan berlaku
kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan seseorang
kanak-kanak akibat penggunaan kekerasan. Penderaan fizikal biasanya dilakukan
dengan senjata terhadap tubuh badan kanak-kanak. Antara contoh penderaan fizikal
yang boleh dilihat ialah laserasi, calar, parut, patah, kecederaan tulang dan lain-lain lagi.
Kajian yang dilakukan oleh Shawna et al. (2008), mereka telah menggunakan kerangka
ekologikal untuk melihat risiko berlakunya penderaan fizikal dengan meramalkan faktor
demografi, faktor persekitaran dan juga aspek psikososial seperti tahap tekanan yang
dihadapi oleh ibu bapa bagi melihat risiko kepada berlakunya penderaan fizikal terhadap
kanak-kanak. Hasil kajian mereka telah membuktikan tekanan yang dihadapi oleh ibu
bapa mempunyai perkaitan yang kuat dengan masalah penderaan fizikal kanak-kanak.
Model Tekanan Persekitaran bertepatan dengan kajian mereka di mana persekitaran
merupakan faktor terbesar yang menyebabkan seseorang kanak-kanak menjadi trauma.
Penderaan emosi juga menjadi salah satu punca kanak-kanak keperluan khas
traumatik. Menurut Akta Kanak-kanak 2001 pula, penderaan emosi adalah apabila
seorang kanak-kanak dicedera dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang
boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental
atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Penderaan emosi berlaku sekiranya terdapat gangguan yang keterlaluan atau yang
boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak. Smith, Heyman & Snarr
(2011), telah menyatakan penderaan emosi kanak-kanak adalah signifikan dengan
kesan emosi, tingkah laku dan sosial kanak-kanak merentasi perkembangan mereka.
Kasmini (1998) turut menjelaskan, kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi akan
menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan masalah pembelajaran yang serius,
lebih dari kesan umum dalam persekitaran mereka.
Tambahan pula, kemalangan dan kematian juga menjadi punca kanak-kanak
keperluan khas mengalami trauma. Kemalangan mungkin dialami sendiri oleh kanak-
kanak tersebut atau kerana melihat bagaimana sesuatu kemalangan berlaku di depan
mata juga menyebabkan kanak-kanak berasa takut dan emosi mereka terganggu.

3.0 Isu/ Masalah yang berlaku

Ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas yang bertraumatik selalunya dalam keadaan


kemurungan. Kemurungan adalah didefinisikan sebagai gangguan perasaan seseorang
yang menyebabkan kanak-kanak merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan
ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti seharian. Selain itu,
kanak-kanak traumatik selalunya berada dalam keadaan ketakutkan dan tertekan.
Mereka akan berasa risau dan gelisah walaupun perkara itu remeh. Emosi seseorang
kanak-kanak keperluan khas yang mengalami trauma juga terganggu dan mereka tidak
dapat memberi penumpuan sepenuhnya dalam sesuatu aktiviti.
Trauma awal kanak-kanak secara umumnya merujuk kepada pengalaman
traumatik yang kepada kanak-kanak yang berumur 0-6 tahun. Usia muda itu melindungi
kanak-kanak dari kesan pengalaman traumatik. Jadi apabila kanak-kanak menyaksikan
peristiwa traumatik biasanya mereka terlalu muda untuk memahami.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak boleh terjejas oleh peristiwa traumatik sejak kecil
lagi

Gejala dan tingkah laku kanak-kanak yang berusia 0-2 tahun yang terdedah
kepada trauma ialah mereka selalu meminta perhatian melalui tingkah laku kedua-
dua positif dan negatif, menunjukkan kemahiran lisan yang lemah, agresif,
menunjukkan masalah ingatan, menjerit atau menangis berlebihan. Kanak-kanak
yang berusia 3-6 tahun pula suka mengasingkan diri dan tidak mahu terlibat dalam
apa-apa situasi sosial. Mereka akan cepat jadi cemas dan takut dan selalu
mempamerkan tingkah laku agresif. Mereka juga mempaparkan keresahan, kesedihan,
kebimbingan dan perkembangan kemahiran yang lemah. Kanak-kanak ini juga takut
dengan orang dewasa yang mengingatkan mereka peristiwa traumatik.
Kebiasaannya, kanak-kanak yang bertraumatik tidak mendapat sokongan dan
bimbingan yang diharapkan daripada ibu bapa atau penjaga mereka. Situasi ini akan
menghalang dan memperlahankan kanak-kanak untuk bergerak ke tahap
perkembangan psikososial dan ini menyebabkan mereka masih terkial-kial untuk
mengatasi krisis perkembangan dalam peringkat umur rendah. Terr (1991) telah
mengatakan bahawa kanak-kanak yang didera akan mengalami pelbagai jenis trauma
serta mempunyai harapan dan tanggapan yang berbeza. Gangguan psikiatri yang timbul
dari penderaan emosi ialah gangguan pertalian kasih sayang, masalah tingkah laku
dan gangguan psikosomatik. Antara contoh gangguan negatif lain adalah gangguan
tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan cubaan membunuh diri.

4.0 Penyelesaian Masalah

Salah satu cara penyelesaian masalah traumatik terhadap kanak-kanak ialah


rawatan menyeluruh. Kanak-kanak didedahkan dengan prinsip biopsikososial dan
spiritual yang dikembangkan di Universiti Rochester oleh George L Engel dan John
Romano pada tahun 1977. Selain itu, kanak-kanak traumatic juga perlu mengambil ubat-
ubatan anxiety seperti lorazepam,ubat alprazolam untuk menangani masalah keresahan
dan serangan panic. Ubat-ubatan ini diberi dalam jangka masa singkat kerana lama-
kelamaan kanak-kanak akan mengalami ketagihan dengan ubat-ubatan ini. Ubat anti-
depressant yang tidak menyebabkan ketagihan juga boleh diambil oleh kanak-kanak
traumatik untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, terdapat pelbagai terapi untuk membantu kanak-kanak traumatik.
Mereka akan mendapat kesan positif daripada kaunseling individu yang lebih fokus
kepada pembinaan semula konsep kendiri (self-esteem) dan autonomi mereka. Kanak-
kanak yang bertrauma akibat daripada penderaan emosi, kebiasaannya menolak untuk
memberi maklumat tentang penderaan yang dialami mereka. Menurut Josephine (2005),
kanak-kanak yang memerlukan terapi bermain adalah kanak-kanak yang mengalami
kehilangan orang tersayang, mempunyai pengalaman penceraian ibu bapa, kanak-
kanak berkeperluan khas, kanak-kanak yang mempunyai pengalaman didera (fizikal,
seksual, pengabaian dan emosi) dan sebagainya. Oleh itu, terapi seni, terapi pasir, dan
terapi bermain merupakan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah traumatik mereka.
Dengan kaedah permainan, melukis gambar, bercerita akan membolehkan kanak-kanak
traumatik mengekspersi tanpa lisan.
Kaunseling kelompok atau kumpulan merupakan kaedah pendekatan yang biasa
digunakan untuk kanak-kanak traumatik. Perkongsian pengalaman yang sama antara
kanak-kanak traumatic akan mewujudkan satu bentuk persamaan dan penerimaan.
Persekitaran kumpulan akan mendorong mereka untuk membina semula konsep kendiri
dan keyakinan kanak-kanak. Antara bentuk rawatan yang berkesan ialah psikoterapi,
terapi tingkah laku dan lain-lain lagi.

5.0 Cadangan Pengawalan Kes

Program UNICEF di Malaysia dibentuk untuk membantu penggubal dasar untuk


memulakan langkah-langkah membasmi penderaan dan pengabaian kanak-kanak,
eksploitasi seksual dan penyeludupan kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran di
peringkat tempatan, dan peluang pendidikan dan latihan kepada kanak-kanak dan
golongan remaja yang berisiko. Selain itu dicadangkan juga untuk menubuhkan dan
memperkukuh sistem pemantauan dan laporan yang menyeluruh terhadap penderaan
kanak-kanak dan eksploitasi seks di seluruh negara.
Tindakan tegas harus diambil atas pendera atau sesiapa yang menyebabkan
seseorang kanak-kanak mengalami traumatik. Selain daripada itu, UNICEF juga harus
memudahkan kerjasama yang berkesan dengan Kerajaan, NGO, organisasi
keagamaan, universiti dan institusi penyelidikan, media dan sektor swasta untuk
mengukuhkan persekitaran yang terjamin bagi kanak-kanak di Malaysia. Secara
keseluruhan, semua pihak harus berganding bahu untuk mengatasi masalah traumatik
dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

You might also like