You are on page 1of 5

KESAN TIDUR LEPAS SAHUR

------------------------------
.
"Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul
mata" kata Tijah.
.
"Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur" soal Tijah lagi bersungguh.
.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur
lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu
kemestian.
.
3 KESAN tidur lepas sahur:
.
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi
tidak diserap. Pesta keroncong mula
Berbunyi seawal jam 10 pagi.
.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan
kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
.
Mohon SHARE, LIKE, TAG dan KOMEN.

.
#DrOtak
#OCOC
#FutureBrain

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=512069912517672&id=100011440020001
KURNIAAN TUHAN KEPADA PISANG

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan
pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang
digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar
segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang
mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang
dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat
sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai
dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit
tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana
pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam
tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya
membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:


Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah,
menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan
dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari.
Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat
membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan
tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman
pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu
dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan,
manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda
menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam
darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan
nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan
akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan
sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:


Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada
pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital,
kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan
juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam
darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan
kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak
mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta
mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-
dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu
mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang
yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):


Penyakit ini mer
upakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya
matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan
semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:


Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium
dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam
membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung,
menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita
stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini
dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang
sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:


Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai
masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit
pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan
menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika
dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali
karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain.
Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah
didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji
pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan


selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil
bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan
dengan kain kering. Menakjubkan!

We Care And We Share😁

You might also like