You are on page 1of 8

PIRAMID MAKANAN

PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang

pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita

setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan

makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh

badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi

membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu

dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua

nutrien yang diperlukan oleh badan.

1
PIRAMID MAKANAN

KUMPULAN MAKANAN TERDAPAT DALAM PIRAMID MAKANAN

ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan

karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini

juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan

makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi

kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan,

capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral

dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan

di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran

hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini

kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging

rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.

Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah

lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya

seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

2
PIRAMID MAKANAN

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah

susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya

diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini

terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan

daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Badan Sihat Minda Cerdas merupakan slogan yang sering kita dengari, namun

tidak ramai yang menyedari hakikat kebenaran slogan ini. Sebagaimana pada hari

ini begitu ramai masyarakat tanpa mengira peringkat umur menghidap pelbagai

penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain.

Hal ini kerana kurangnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Oleh

itu, amalan ini perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi ibarat melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Amalan gaya hidup sihat perlu dilakukan secara

konsisten dan berterusan. Sebagai contoh, pengambilan makanan seimbang,

aktiviti senaman, menjaga kebersihan dan lain-lain. Amalan gaya hidup sihat ini

mempunyai banyak kepentingannya jika diamalkan dari peringkat sekolah lagi.

3
PIRAMID MAKANAN

KEPENTINGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA PELAJAR

1. Meningkatkan prestasi pelajar

Apabila seorang pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian

mereka, apabila waktu belajar, mereka lebih senang untuk fokus terhadap apa

yang diajar. Apabila sentiasa melakukan aktiviti yang sihat, seperti berjogging,

bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, otak dan badan akan sentiasa

aktif dan senang untuk belajar dan focus dan kesannya, pelajar akan dapat

meningkatkan prestasi mereka sama ada dalam akademik dan kokurikulum.

2. Membantu proses perkembangan otak

Kita akui bahawa melalui amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar

khususnya akan memberikan impak yang sangat baik dan berguna. Keadaan ini

akan membantu proses perkembangan otak mereka. Melalui pengamalan

pemakanan contohnya, jika pelajar mengamalkan pemakanan yang seimbang, maka

ia akan memberi impak yang bagus kepada otak kita dan otak kita akan

berkembang dengan baik. Apabila otak berkembang dengan baik, otak sentiasa

aktif, kita dapat mencerna dan menerima maklumat dengan cepat. Hal ini kerana,

otak yang sentiasa aktif, akan membuatkan kita berasa segar dan cerdas.

3. Ketahanan fizikal

 Apabila sering mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu akan mempunyai

ketahanan fizikal yang kuat. Sebagai contoh, apabila kita sering melakukan

aktiviti fizikal seperti berjogging, bersenam, bersukan dan sebagai nya, kita akan

dapat mengekalkan lagi ketahanan fizikal kita. Hal ini kerana, apabila sering kali

melakukan kerja-kerja yang melibatkan fizikal, otot-otot badan akan bertambah

4
PIRAMID MAKANAN

kuat. Apabila kita mempunyai ketahanan fizikal yang kuat, kita akan sentiasa

cergas dan bersemangat dalam melakukan apa jua aktiviti. Tubuh yang sihat dan

cergas akan membuatkan kita sentiasa segar dan bersemangat dalam melakukan

aktiviti harian.

4. Pelajar peka dengan kesihatan

 Apabila sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, sudah terbiasa dengan makanan

berkhasiat, melakukan aktiviti yang sihat, kita akan dapat menilai yang mana baik

dan buruk untuk diri kita. Kita juga akan terbiasa dan lebih berhati-hati dalam

pengambilan makanan. Makanan yang berkhasiat akan menjadi keutamaan kepada

diri kita. Mengamalkan gaya hidup sihat akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan

harian seorang pelajar jika ia terus diamalkan.

KEBURUKAN TIDAK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Keburukan tidak mengamalkan gaya hidup sihat sering diperkatakan oleh semua

pihak.Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama

untuk mengatasi masalah akibat tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya

semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan

semua masyarakat sama seperti pepatah “

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Antara kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat adalah mudah ditimpa

penyakit. Sebanyak 16.8 juta rakyat Malaysia menghidap obesiti dan 15% adalah

dikalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai di antara rakyat Malaysia

membudayakan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut sukatan yang

5
PIRAMID MAKANAN

ditetapkan.Bagi mengurangkan kadar penghidap obesiti, terdapat pelbagai cara.

Ia salah satu caranya ialah dengan menjadikan senaman sebagai satu rutin.

Ini kerana hampir kesemua penghidap obesiti berpunca daripada kurangnya

bersenam. Sebagai contoh, melakukan senamrobik empat kali seminggu untuk

memastikan badan sentiasa aktif.

Selain daripada itu,amalan gaya hidup sihat juga tidak semestinya dari segi

pemakanan ataupun senaman. Ia juga boleh dikaitkan dengan kehidupan sosial

seseorang individu. Pergaulan bebas yang tidak terkawal juga menjadi kesan

kepada sebilangan masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Perkara

ini berlaku kerana adanya segelintir masyarakat yang melakukan aktiviti yang

tidak bermoral. Sebagai contoh, keluar dari rumah hingga lewat malam. Perkara

ini dapat menggalakkan lagi seseorang itu untuk melangkah batas pergaulan

antara lelaki dan wanita. Jika perkara ini tidak dibendung, masyarakat kita akan

terdorong daripada perbuatan seks sebelum perkahwinan. Perkara ini amat

dilarang sama sekali di dalam agama Islam dan agama yang lain juga. Perkara ini

juga menyebabkan semakin meningkat bilangan anak luar nikah.

Salah satu cara untuk mengelak perkara ini berterusan adalah dengan

memperkuatkan lagi pendidikan agama. Dengan cara ini kita dapat mempelajari

dan membezakan perkara yang baik atau yang sebaliknya. 

Sebagai penutup kata, jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan kita. Masyarakat juga harus peka dalam

kelas perkara ini untuk mengelakkan generasi yang akan datang terikut dengan

amalan gaya hidup yang tidak sihat.

6
PIRAMID MAKANAN

TIPS MENJAGA KEBERSIHAN DAN


KESIHATAN KUKU

Tangan dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran.

Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini. Misalnya,

makan, mencapai barang, menulis, bersalaman dan sebagainya. Oleh itu penjagaan

kebersihan tangan dan kuku amat penting untuk mengelakkan mudah terkena

jangkitan atau menjadi punca penyebaran kuman kepada orang lain. Antara tips

penjagaan kuku ialah:

1. Potong kuku untuk mengelakkan kuman atau kotoran terlekat dicelah kuku
yang panjang. 

2. Apabila mencuci tangan bahagian bawah kuku juga perlu dibersihkan dan
kemudian dilap kering. 

3. Penggunaan sabun dan air adalah cara terbaik mencuci tangan. 

4. Penjagaan kesihatan kulit tangan dan kuku : 

*Cuci dengan sabun yang lembut dan air. 


*Gunakan pelembab / losyen (kelembapan semulajadi mungkin berkurangan
akibat terdedah kepada sekitaran kering, cuaca atau bahan kimia/pencuci
berulangan). 
*Sentiasa periksa kuku dan kulit. 
*Pastikan kuku sentiasa pendek. 
*Rawat jika mempunyai masalah kulit, alahan atau jangkitan pada kuku dan
kulit.
*Elakkan menggigit atau mencungkil kuku.

5. Masalah kesihatan pada tangan dan kuku; antaranya : 

*dermatitis, psoriasis dan eczema (radang atau alahan pada kulit) 

*jangkitan kulat/fungal kulit dan kuku 

7
PIRAMID MAKANAN

*jangkitan bakteria seperti bernanah, kudis dan sebagainya 

*jangkitan virus ( ketuat / viral warts) 

*kekeringan / brittle nail akibat proses penuaan 

*kecederaan /trauma dan lain-lain.. 

Lakukan pemeriksaan untuk rawatan yang betul. Perubahan pada kuku

mungkin menunjukkan masalah kesihatan sistemik yang lain

You might also like