You are on page 1of 1

Penolong Kanan Kokurikulum,

SMK Bandar Baru Sintok,


06010 Sintok,
Kedah.

Kepada:
YB Dato’ Hjh Halimaton Shaadiah binti Saad,
DSSS., SSS., BKM
Adun Bukit Kayu Hitam,
Mukim Temin.

Melalui dan Salinan:


Pengetua,
SMK Bandar Baru Sintok,
06010 Sintok,
Kedah,

Tuan,
Memohon Sumbangan Membeli Televisyen di Dewan Terbuka

Merujuk kepada perkara di atas,


2. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan tunai sebanyak RM 5000 untuk
menampung perbelanjaan membeli sebuah televisyen yang akan diletakkan di dewan
terbuka.
3. Pihak sekolah ingin memerlukan televisyen tersebut adalah untuk:
i) Memberi hebahan dan maklumat dengan pantas dan berterusan kepada
pelajar
ii) Memudahkan sebarang program sekolah dilaksanakan
iii) Mengisi waktu senggang pelajar iaitu pada waktu rehat/selepas sesi
persekolahan
4. Diharapkan dengan adanya televisyen ini dapat membantu dan memudahkan
urusan warga sekolah amnya , para pelajar dan guru sekolah khasnya.
5. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
‘Berkhidmat untuk negara’

Saya yang menurut perintah,

(Pn Nor Rizan Bt A.Latip)


PK Kokurikulum
SMK Bandar Baru Sintok

You might also like