You are on page 1of 1

Buah Kurma

Buah Kurma merupakan buah tropika yang ditanam banyak di Iran dan Timur Tengah. Buah
ini dianggap antara buah yang mengandungi khasiat paling banyak untuk kesihatan tubuh
badan disamping rasanya yang sangat lazat. Buah kurma merupakan buah yang terbaik untuk
pembinaan otot badan. Selain itu ia merupakan sumber vitamin yang penting seperti A, B, E
dan C serta garam galian penting seperti serat, kuprum, magnesium, protein, Kalium dan
Kalsium.

Kalium berfungsi untuk menguatkan sistem saraf. Pengambilan kurma setiap hari juga boleh
mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Kandungan serat tidak larut dan larut kurma
mampu melancarkan lagi sistem penghadaman di dalam gastrousus dan mengatasi masalah
sembelit.
Selain itu, serat kurma bermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser kolon dan buasir. Di
samping meningkatkan kesihatan usus besar, serat juga dapat meningkatkan kesihatan
jantung anda! Kandungan magnesiumnya yang tinggi bertindak sebagai anti-radang di
samping membantu mengurangkan dan mengawal tekanan darah tinggi!
Vitamin B6 pula membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak. Potassium pula merupakan
mineral yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Buah Kurma juga dapat memperbaiki sistem saraf serta menghilangkan rasa lapar kerana
kandungan kaliumnya yang tinggi.

Buah kurma juga merupakan makanan pelawas yang baik. Oleh sebab itu kurma sangat bagus
dimakan oleh orang-orang yang mengalami masalah sembelit. Cara pengambilannya adalah
dengan merendam kurma di dalam air semalaman. Kemudian, minum rendaman kurma di
pagi hari untuk mendapatkan hasil yang paling optimum. Menurut kajian yang telah
dilakukan sebelum ini, kurma boleh mengatasi masalah sembelit disebabkan jumlah serat
larutnya yang tinggi. Mineral yang lain berfungsi untuk menguatkan tulang dan merawat
penyakit yang kronik seperti osteoporosis.

Kandungan zat besi menjadikan kurma sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh
menampung kekurangan zat besi untuk mereka yang mengalami masalah anemia. Di samping
itu, kalium dan serat larutnya turut berkesan untuk merawat cirit-birit kronik. Akhir sekali,
kurma boleh menjana banyak tenaga untuk badan tanpa memberi sebarang kesan negatif
kepada badan manusia.

You might also like