You are on page 1of 3

Kertas Kerja Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Pendidikan Seks

Sekolah Menengah Kebangsaan Dangi


Tahun 2019
1.0 Pendahuluan

Dalam melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik tanpa Dadah (ABCD), kita perlu
melahirkan kendiri pelajar yang berkualiti. Kendiri pelajar sangatlah penting untuk
menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan pelajar sekolah menengah dengan
pendidikan pencegahan jenayah dan pendidikan seks. Pelajar-pelajar yang mempunyai
masalah disiplin di sekolah seperti merokok, gengsterism, berpasangan, melepak, tidak
menghormati guru-guru dan pelbagai masalah disiplin lain, perlulah dibimbing agar
kesalahan disiplin di sekolah dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, adalah
penting kecemerlangan kendiri individu dibina dan diperkukuhkan lagi bagi melahirkan
pelajar yang berwibawa dan berkepimpinan.

2.0 Matlamat

Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pendidikan pencegahan jenayah dan

pendidikan seks.

3.0 Objektif

1. Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar.


2. Memupuk kesedaran dan keinsafan dalam kalangan pelajar.
3. Memberikan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah dan pendidikan seks.
4. Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

4.0 Sasaran

86 orang pelajar SMK Dangi

5.0 Tarikh / Tempat

Tarikh : 26 Julai 2019 (Jumaat)


Tempat : Dewan Anjung Sri, SMK Dangi

6.0 Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En. Mustapa bin Basiron


Pengetua SMK Dangi
Pengerusi : En. Mohd Sharuddin bin Md Salleh
GPK Hal Ehwal Murid
Tim. Pengerusi 1 : Pn. Rohana bt Ahmad
GPK Kurikulum
Tim. Pengerusi 2 : Pn. Mimee Mastura bin Hj Isa
GPK Kokurikulum
Penyelaras : Pn. Khairani Masthura bt Nasir
AJK Kecil :
Pengurus ceramah : Pn. Siti Ashifah bt Md Zainudin
Dokumentasi : Pn. Norliza bt Zainal
Buku Program : Pn. Ashikin bt Hamzah
Bacaan Doa : Ust. Zetty EI Kusna bt Abd Kudus
PA Sistem : En. Razak bin Adom
Pengurusan dewan/ : Pn. Siti Aminah bt Adenan
backdrop : Cik. Siti Nor Sa’adah bt Sambri
: Pn. Paakiaaletchumi A/P Narainasamy
: Pn. Zeliha bt Sahak
Sijil & Hadiah : Cik Liaw Pei Yeng
Jamuan ringan : Pn. Norazizah bt hj Mansor
Kawalan Murid : En. Dzulkifli bin Abd Wahid

7.0 Anggaran Kos

Bil Perkara Unit Jumlah

1 Sijil dan cenderamata 1 RM 50.00

2 Jamuan ringan VIP 30 x RM5 RM150.00

3 Jamuan ringan pelajar 86x RM 3.50 RM301.00

4 Fotostat 1 rim RM30.00

Jumlah RM531.00

Sumber Kewangan

Perbelanjaan program ini menggunakan peruntukan kewangan Persatuan Pendidikan


Moral dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pihak sekolah memohon sumbangan Pejabat
Kebajikan Masyarakat untuk menaja makanan pelajar dan guru-guru.

Pcg P.Moral= RM30.00


Unit Bimbingan Kaunseling : RM50.00
Sumbangan JKM: RM451.00

8.0 Tentatif Program


Tarikh / Hari Masa Aktiviti
8.40 Semua pelajar masuk ke dalam Dewan
10.40 Ceramah : Pendidikan Seks dan Pencegahan Jenayah
26 Julai 2019 Oleh : Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jumaat 10.40 Rehat
Jamuan Ringan
Bersurai

9.0 Penutup

Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah di hargai. Diharapkan
dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi pendedahan kepada semua
pelajar mengenai pendidikan pencegahan jenayah dan seks serta mengubah sikap pelajar
dari pelajar yang bermasalah disiplin kepada pelajar yang mempunyai sikap dan sahsiah
serta berkualiti dalam semua aspek terutama dalam intelek dan rohani. Kerjasama
daripada semua pihak sangat dihargai dan sangat diperlukan dalam melaksanakan dan
menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………… ………………………………..
( SITI ASHIFAH BT MD ZAINUDIN) (MUSTAPA BIN BASIRON)
Ketua Panitia Pendidikan Moral Pengetua
SMK Dangi SMK Dangi

You might also like