You are on page 1of 3

Bengkel Pembangunan Diri Remaja

Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pengenalan

Salahlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah merupakan satu masalah sosial yang melanda
hampir semua sekolah di Malaysia. Kita akan sedar tentang wujudnya sebilangan pelajar
yang sentiasa melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kita juga menyendari faktor-
faktor negatif yang terdapat di luar persekitaraan sekolah yang mempengaruhi watak dan
perilaku yang kurang sihat di kalangan pelajar-pelajar. Bengkel ini adalah program motivasi
dan latihan yang membolehkan para pelajar menerokai memahami potensi dan kehebatan diri
dalam membentuk kecemerlangan diri dan dapat mengelakkan diri daripada masalah sosial.
Tambahan pula, bengkel ini akan membawa perubahan di kalangan pelajar-pelajar SMKTS.

Objektif:

i. Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap pelajar yang merokok supaya


berhenti merokok.

ii. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi dalam semua
aspek kehidupan.

iii. Mewujudkan warga pelajar sekolah yang bebas daripada amalan merokok dan
ponteng sekolah.

Tarikh : 2. 2. 2012 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi 10.00 Pagi

Tempat : Dewan, SMKTS

Kumpulan

Sasaran : 35 orang pelajar


Sumber Kewangan : PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

Jawatan Kuasa Pelaksana

Pengerusi : Pn. Khalijah Bt Sirat (Pengetua)


Naib Pengerusi : En. Azhar Bin Muhamad (PK HEM)
Penyelaras Program : En Puaneswaran A/L Sadhu (Kaunselor)
Setiausaha : En. Puaneswaran A/L Sadhu
P. Setiauasaha : Pn. Azlina Bt Ismail (Kaunselor)
AJK
Persiapan tempat : Ahli PRS
Siaraya : Ahli PRS
Dokumentasi : Pn. Azlina Ismail
Jurufoto : En.Izzat Anwari Bin Hasni
Kawalan Disiplin : En. Norulamin Bin Ismail
: En. Selvarajah A/L Subramaniam

Anggaran perbelanjaan :

Bayaran Penceramah : RM 100.00

Makanan Penceramah dan : RM 20.00

Barisan Fasilitator

Kertas Mahjong : RM 2.00

(RM 0.40 x 5 keping)

Belon : RM 3.00

Jumlah RM 125.00

Peralatan yang diperlukan

1. LCD Projektor

2. Pen Marker

3. Kertas Mahjong

4. Kertas A4

5. Belon
Aturcara Program :

8.30 pagi : Taklimat Kursus dan Ice Breaking

9.00 pagi : Sesi 1

Merokok : Remaja dan Kesan Kesihatan

10.30 pagi : Rehat

10.30 pagi : Tamat

Penutup :

Diharap bengkel ini dapat memberi kemanfaatan yang mendalam untuk melahirkan
kelompok pelajar yang progresif dan matang dalam menjalani perjalanan hidup dengan penuh
hemah dan maruah.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

..
(PUANESWARAN SADHU) (KHALIJAH BT SIRAT)
Kaunselor, Pengetua,
SMK Taman Sejahtera, SMK Taman Sejahtera,
14000 Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

You might also like