You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Agung Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya

SMJK Chan Wa II Tahun 2016/2017

Tarikh : 22 April 2017


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Kaunseling
Kehadiran :
1. LIM WEI JEAN (5J)
2. TEO YUN XIAN (5J)
3. TAN LILY (5J)
4. CHIN KWONG TZE (4S)
5. NG SIEW TENG (4T)
6. LIANG JING RU(5J)
7. WONG PUI YEE(5T)
8. WONG SHUET YEE (5U)
9. CHIN XI PEI(4M)
10. LEE SIN JIEK(5P)
11. GAN CHIN YI (4P)
12. GAN CHIN YI (4T)
13. KON SIOW WEE(4T)
14. LEW JYA ERN (4S)
15. LYNESE OOI (2U)
16. CHAN WEI ZHEI (2U)
17. GAN CHING XUAN (2S)
18. TONG FEI LING (1J)
19. WONG ZHEN KIT (1P)
20. ASHLEY OOI WAI YEE (1S)
21. LAW WEI JIAN (1U)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi Kelab Kerjaya 2016/17, Saudara Lim Wei Jean mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru penasihat kerana telah banyak membantu dan membimbing
menguruskan kelab ini.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab kerana telah
banyak bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

2.0 Ucapan Ketua Guru Penasihat Kelab


2.1 Ketua guru penasihat En Puaneswaran mengucapkan terima kasih kepada semua
pembimbing rakan sebaya (PRS) yang telah banyak membantu beliau menjalankan
aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.
2.2 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah
bertungkus lumus menguruskan lembaga PRS ini.

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2016.


Pengesahan minit mesyuarat agung 2016 telah dicadangkan oleh Saudari Ng Siew Teng
dan disokong oleh Saudara Chin Xi Pei.

4.0 Membentang laporan tahunan 2016/2017


Pengerusi meminta semua ahli membaca laporan tahunan yang disediakan dan bertanya
sama ada terdapat perkara berbangkit atau tidak.
5.0 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2016/2017
Tiada laporan kewangan kerana tidak yuran.

6.0 Pembubaran ahli jawatan kuasa Kelab 2016/17


Ahli jawatankuasa Kelab Kerjaya 2016/17 dibubarkan secara rasmi.

7.0 Pelantikan ahli jawatan kuasa baru 2017/2018

Ahli-ahli jawatankuasa baru yang dilantik ialah:


Pengerusi : Tan Lily (4T)
Naib Pengerusi : Chin Xi Pei (4M)
Setiausaha : Gan Kah Yi (4P)
Penolong Setiausaha : Lynese Ooi (2U)
Bendahari : Chin Kwong Tze (4S)
Penolong Bendahari : Lew Jya Ern (4S)
AJK: Uniform : Gan Ching Xuan (2S)
Disiplin : Law Wei Jian(1U)
Papan kenyataan : Ashley Ooi (1S)

8.0 Perkara Berbangkit

8.1 Saudari Chin Kwong Tze membangkitkan bahawa mengutip yuran ahli sebanyak RM 3
untuk menjalankan aktiviti PRS.
8.2 Perkara ini mendapat persetujuan semua ahli.
Tindakan : Bendahari

9.0 Ucapan Penangguhan


9.1 Pengerusi baru berucap dan mengucapkan terima kasih kerana beliau telah dilantik
sebagai pengerusi baru kelab ini.
9.2 Beliau seterusnya menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

…………………………
(LIANG JING RU )
Setiausaha Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya
SMJK Chan Wa II Seremban

You might also like